Anda di halaman 1dari 1

PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengatasi masalah terlebih masa semasa set induksi, bahan bantu mengajar
(BBM) atau video yang digunakan perlulah disunting supaya dapat mengelakkan dari
mempengaruhi waktu-waktu seterusnya dan menyebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang
tidak mengikut masa yang ditetapkan. Masa untuk set induksi adalah selama 3-5 minit sahaja.
Oleh itu, guru perlulah memilih video ataupun alat BBM yang sesuai dari segi masanya.
Seterusnya, guru juga boleh menambaik bahan BBM atau video yang dengan menggunakan
bahan yang lebih interaktif dan mempunyai pelbagai unsur seperti teks, grafik dan animasi
supaya sesuai dengan peranan set induksi iaitu untuk menarik minat murid terhadap tajuk
yang akan dipelajari. Dengan adanya kepelbagaian unsur tersebut pastinya murid akan
memberikan perhatian dan dapat mendorong minat murid untuk belajar tajuk yang akan
dipelajari. Selain itu, guru juga perlu menambahbaik dari aspek pergerakan di dalam kelas.
Guru perlu berusaha untuk melakukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat dengan
kadar yang sesuai. Pergerakan yang terlalu minimum akan menyebabkan murid kurang fokus
semasa menonton tayangan video manakala pergerakan yang terlalu banyak pula boleh
menyebabkan murid berasa terganggu. Oleh itu, guru seharusnya bergerak ke pelbagai sudut
kelas bagi memantau dan mengawal tingkah laku yang dilakukan oleh murid. Sekiranya
tindakan ini dilakukan, perjalanan tingkah laku murid dapat dikawal. Walaubagaimanapun,
interaksi dan komunikasi antar guru-murid tidak begitu terjejas.

Anda mungkin juga menyukai