Anda di halaman 1dari 13

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )

1.

BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 4 )


ULUM AL QURAN DAN KEPENTINGANNYA
Pengertian ulum al-Quran .

a. Dari segi bahasa : Ilmu bermaksud pengetahuan dan al-Quran bermaksud bacaan.
b. Dari segi istilah : Al-Quran ditarifkan sebagai kalamullah yang bermujizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad melalui malaikat jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawattir
dan membacanya adalah ibadah.
Takrif Ulum al-quran : satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang al-Quran dan perkara yang
berkaitan dengannya.
2.

Peringkat perkembangan dan pembukuan ulum al-Quran.

a. Zaman Rasulullah S.A.W.


Penurunan, penulisan, pengajian dan penghayatan al-Quran menghasilkan ilmu tentang konsep
wahyu, konsep nuzul al-Quran. Ulum tafsir, kaedah penulisan dan pengajian al-Quran.
b. Zaman Sahabat.
i. Pengumpulan al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz dalam peperangan riddah
menghasilkan ilmu Jamul Quran.
ii. Penyatuan al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf Usmani menghasilkan Resam
Usmani.
iii. Pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali, Yahya bin Yakmur dan Khalil bin
Ahmad menghasilkan Irab al-Quran.
c. Zaman Umawi ( Para Tabiin )
Penandaan titik dan baris huruf al-quran oleh Hujjaj Bin Yusuf as-Saqafi memperkemaskan lagi
ulum Resam al-Quran.
d. Zaman Abasi ( Para Tabi Tabiin )
Perkembangan ilmu tafsir dan pembukuan bidang-bidang ulum al-Quran seperti Tafsir bil rakyi,
Asbabun nuzul, Makki wal madani, Ijaz al-quran dan sebagainya.
3.
a.
b.
c.
d.
e.

Faedah mempelajari ulum al-Quran :


Meneguhkan keimanan terhadap keagungan al- Quran sebagai kalamullah.
Mengambil iktibar daripada kehebatan para ulama mengkaji al-Quran.
Dapat memahami al-Quran dengan betul.
Dapat mengamal dan menghayati al-Quran.
Dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


4.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.
o.
p.

Bidang kajian ulum al-Quran :


Mukaddimah ulum al-Quran
Konsep nuzul al-Quran
Asbabun nuzul al-Quran
Jadal al-Quran.
Asbabul nuzul ayat
Makki dan madani
Sejarah penulisan dan pembukuan al-Quran.
Ijaz al-Quran.
Nasakh dan mansukh.
Am dan khas
Mutlak dan muqayyad
Mantuk dab mafhum
Tajwid al-Quran
Tarannum al-Quran
Dabit al-Quran
Muhkam wal mutasyabih.

5.
a.
b.
c.
d.
e.

Kesan perkembangan ulum al-Quran :


Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap al-Quran.
Melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan al-Quran.
Melatih minat mambaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan al-Quran.
Melatih beriltizam dengan berdisplin dan etika pembelajaran.
Melatih berfikir secara kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap perbahasan ulum al-Quran.

q.
r.
s.
t.
u.
v.

Konsep wahyu
Amsal al-Quran.
Aqsam al-Quran.
Qasas al-Quran.
Balagahah al-Quran.
Muyskilul Quran

BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 4 )

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


AL QURAN DAN NAMA NAMA AL-QURAN
Pengertian al-Quran :
a. Al-Quran dari segi bahasa ialah bacan atau himpunan huruf.
b. Dari segi istilah ditarifkan sebagai kalamullah yang bermujizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad melalui malaikat jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawattir dan
membacanya adalah ibadah, bermula dengan surah fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas.
Ciri-ciri al-Quran :
a. Isi kandungannya meliputi seluruh aspek akidah , syariah dan akhlak.
b. Diriwayatkan secara mutawattir dan selamat daripada kemungkinan tersilap.
c. Sesuai digunakan pada sebarang masa dan tempat sehingga hari kiamat.
d. Kegunaan untuk seluruh umat manusia.
e. Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat.
Ciri-ciri kitab samawi yang lain :
a. Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan.
b. Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan.
c. Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja.
d. Untuk umat tertentu sahaja.
e. Tidak ada jaminan kekal dan selamat.
Nama-nama al-Quran : 1. al-Kitab, 2. al-Furqan, 3. Az-Zikr, 4. al-Tanzil.
Daripada nama-nama al-Quran juga, kita dapat mengenal sifat-sifat al-Quran
1. An-Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , 2. Al-Mubin (menerangkan sesuatu),
3. Al-Huda (petunjuk),
4. Ar-Rahmah (kerahmatan ).

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 4 )
AL QURAN SEBAGAI MUKJIZAT
1. Tarif mukjizat.
Dari segi bahasa bermaksud melemahkan manakala dari segi istilah ditakrifkan sebagai perkara
luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang rasul sebagai bukti kebenaran
risalah yang dibawa kepada umat manusia.
2. Jenis mujizat :
a. Mujizat Hissi : ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera seperti
tongkat nabi musa menjadi ular.
b. Mujizat Maknawi : ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan mata
hati seperti al-Quran.
3. Perkara luar biasa selain mukjizat :
a. Sihir- Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan
manusia. Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular.
b. Silap mata- Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui
kepantasan tangan dan teknikal. Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan.
c. Ilham- Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan
melalui mimpi atau proses berfikir. Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid.
d. Irhas
- Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi rasul.
Contoh : Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad.
e. Istidraj
- Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk menambahkan lagi
kesesatan mereka. Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun.
f. Maunah
- Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka dari sesuatu
malapetaka atau bencana. Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang.
g. Karamah - Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang beriman dan
bertakwa. Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.
4. Aspek mukjizat al-Quran.
a. DARI ASPEK BAHASA - mempunyai bahasa yang tinggi dan indah.
b. DARI SEGI ISI KANDUNGAN- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara ghaib , hari
pembalasan, syariat dan hukum hakam.
c. DARI ASPEK ILMU PENGETAHUAN- Penemuan sains bertepatan dengan ayat al-Quran.
( kejadian siang dan malam , kejadian makhluk berpasangan )
5. DALIL-DALIL AKLI (AKAL) TENTANG MUKJIZAT AL-QURAN.
a. Ketinggian bahasa al-Quran sehingga menghalang pakar-pakar bahasa.
b. Perkhabaran al-Quran tentang perkara ghaib, peristiwa lampau, peristiwa kan datang dan
syariat yang tidak boleh difikir dan direka melalui akal.
c. Isyarat al-Quran kepada beberapa fakta sains yang diperolehi melalui kajian saintifik.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 4 )
KEPENTINGAN WAHYU
Dari segi bahasa perkataan wahyu membawa lima maksud :
a. Ilham fitri yang diberikan oleh Allah kepada orang biasa.
b. Ilham gharizi yang diberi oleh Allah kepada haiwan.
c. Isyarat pantas yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya.
d. Bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia.
e. Perintah Allah kepada para malaikat untuk melakukan sesuatu.
Dari segi istilah ialah kalamullah yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul mengikut
cara yang khusus.
Cara penurunan wahyu :
a. Melalui malaikat.
i. Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring.
ii. Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa.
b. Tanpa perantaraan malaikat.
i. Melalui mimpi yang baik.
ii. Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.
Jenis-jenis wahyu :
a. Wahyu al-Quran yang diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua lafaz dan maknanya daripada Allah
dan sampai kepada kita secara mutawattir.
b. Wahyu hadis yang diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di sebalik hijab, maknanya
daripada Allah manakala lafaznya daripada baginda Rasulullah sendiri.
Wahyu adalah sumber ilmu Islam dan manusia perlu kepada panduan wahyu daripada Allah untuk
memahami agama kerana ajaran agama tidak boleh melalui akal fikiran.
Akibat mengabaikan peranan wahyu :
a. Gagal memahami agama.
b. Dipengaruhi budaya asing.
c. Hilang jati diri
d. Berada dalam kesesatan.
Ulama berselisih pendapat mengenai wahyu pertama yang diturunkan :
a. Pendapat pertama surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling rajih ).
b. Pendapat kedua surah al-Mudassir ayat 1 hingga 56
c. Pendapat ketiga ayat basmalah
d. Pendapat keempat surah al-Fatihah ayat keseluruhannya.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


8.
Perselisihan ulama mengenai wahyu terakhir :
a. Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan di akhirat.
( Pendapat paling rajih ).
b. Surah al-Baqarah ayat 287 yang berkaitan dengan riba.
c. Surah al-Baqarah ayat 282 yang berkaitan dengan hutang piutang.
d. Surah al-Imran ayat 195 .
e. Surah an-Nisak ayat 176.
f. Surah at-Taubah ayat 128-129.
BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 4 )
NUZUL AL - QURAN
Nuzul quran bermaksud proses penurunan wahyu al-Quran mengikut cara-cara yang tertentu.
Peringkat penurunan al-Quran :
a. Peringkat pertama sebelum diturunkan ke bumi, al-Quran pada mulanya berada di Luh Mahfuz.
b. Peringkat kedua, al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama Baitul Izzah yang terletak di
langit dunia. Proses penurunan ini berlaku pada malam lailatul qadar di bulan ramadhan secara
serentak sekali gus.
c. Peringkat ketiga, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada baginda
melalui Jibril alaihissalam.
Hikmah penurunan al-quran secara berperingkat :
a. Untuk membezakan keistimewaan al-quran dan Nabi Muhammad dengan kitab dan para Nabi
terdahulu.
b. Untuk menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yang berlaku di alam ghaib.
c. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kebenaran al-quran.
d. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kerasulan Nabi Muhammad.
Hikmah penurunan al-quran secara beransur-ansur :
a. Sebagai bukti al-Quran itu daripada Allah.
b. Untuk menetapkan hati baginda yang terpaksa menempuh berbagai rintangan dalam
menyampaikan dakwah kepada umatnya.
c. Sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada rasulullah samada berkaitan
kerasulan, peristiwa lampau dan perkara ghaib.
d. Supaya manusia mampu dan bersiap sedia untuk menerima syariah.
e. Untuk memudahkan umat islam menghafaz dan memahami kandungannya.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 5)
MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH
1. Ulama berselisih pendapat mengenai pengertian makkiyyah dan madaniyyah
a. Pendapat berdasarkan tempat.
Makkiyyah ialah surah yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitar seperti Mina, Arafah, dan
Hudaibiyyah.Madaniyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan di Madinah dan dan kawasan
sekitarnya seperti Badar, dan Uhud samada selepas atau sebelum hijrah.
b. Pendapat berdasarkan kumpulan sasaran. Makkiyyah ialah surah yang ditujukan kepada penduduk
Mekah dankawasan sekitar .
Madaniyyah ialah ayat atau surah yang ditujukan kepada penduduk Madinah dan dan kawasan
sekitarnya.
c. Pendapat berdasarkan masa.
Makkiyyah ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah.
Makkiyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah.
2. Pendapat berdasarkan masa adalah lebih tepat dan muktabar kerana :
a. Tidak semua ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah serta kawasan sekitarnya seperti
tabuk.
b. Tidak semua ayat atau surah ditujukan kepada penduduk Mekah menggunakan lafaz dan
tidak semua yang diturunkan kepada penduduk Madinah menggunakan lafaz
3. Faedah mengetahui Makkiyyah dan Madaniayyah.
a. Dapat mengetahui dan memahami sejarah perundangan islam dan tahap yang dilalui oleh
sesuatu hukum atau undang-undang sebelum ia ditetapkan oleh Allah
b. Dapat mengetahui pendekatan yang diambil oleh Islam dalam mendidik masyarakat dan
individu.
c. Boleh membantu para Mufassirin mentafsir al-Quran. Mereka dapat membezakan antara
nasakh dan mansukh apabila terdapat percanggahan makna antara dua ayat.
d. Dapat mengetahui dan memahami sirah Rasulullah dengan terperinci
berdasarkan pendekatan al-Quran yang berbeza ketika Rasulullah
berada di Mekah dan ketika di Madinah.
e. Dapat menambahkan keyakinan terhadap keaslian al-Quran.
4. Bentuk-bentuk ayat Makkiyah :
a. Semua surah yang ada lafaz
b. Surah-surah yang tidak terdapat ayat sajadah.
c. Semua surah yang dimulakan dengan huruf hijaiyyah kecuali surah alBaqarah dan surah al-Imran.
d. Semua yang menceritakan Adam dan iblis kecuali surah al-Baqarah.
e. Semua surah yang terdapat di dalamnya lafaz

f. Semua surah yang menceritakan rasul dan umat dahulu kala yang mengandungi nasihat dan
pengajaran dan menceritakan kemusnahan kaum yang mendustakan.
g. Surah yang ada lafaz

h. Ayat-ayat Makkiyyah kebanyakan pendek-pendek.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )

5. Bentuk-bentuk ayat Madaniyyah.


a. Semua yang menceritakan kisah orang Munafik dan pendirian mereka terhadap dakwah Rasulullah
kecuali surah al-Ankabut.
b. Semua surah yang menceritakan tentang ahli kitab.
c. Surah yang ada lafaz

d. Ayat-ayat Makkiyyah kebanyakannya panjang-panjang.


6. Ciri-ciri ayat Makkiyah :
a. Memantapkan akidah dengan memerangi habis-habisan syirik dan penyembahan berhala yang
dilakukan oleh penduduk Mekah.
b. Menggalakkan manusia supaya merenung diri dan alam untuk melihat kebenaran al-Quran.
c. Membanteras budaya jahiliyyah seperti membunuh, suka bergaduh dan perang.
d. Menjelaskan tentang prinsip akhlak al-Quran dan hak-hak sosial dalam Islam.
e. Menceritakan kisah-kisah Rasul dan umat-umat terdahulu yang mengandungi pengajaranpengajaran dan teladan yang perlu diikuti.
f. Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.
7.
Ciri-ciri ayat Madaniyyah.
a. Menjelaskan dengan agak terperinci soalan hukum-hukum syarak, umpamanya dalam bidang
ibadah, muamalah, perniagaan, hukum hudud, hukum sosial, peraturan perang, peraturan
bermasyarakat dan hak individu.
b. Menyeru ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) supaya mereka menerima islam dan mengajak mereka
berbincang tentang akidah yang benar. Ini kerana mereka telah memesongkan kebenaran dengan
mengubah dan meminda kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.
c. Terdapat ayat yang memberikan keizinan berperang dan berjihad dengan menjelaskan hukumhukum yang berkaitan dengannya.
d. Ayat dan surah Madinah lebih terperinci kerana penduduk Madinah tidak sama dengan
penduduk Mekah dari segi penguasaan bahasa. Mereka lebih sesuai diberi penjelasan dan
penerangan yang jelas dan teliti.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 5)
SEJARAH AL - QURAN
SEJARAH AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH, KHULAFA ARRASHIDIN DAN BANI UMAIYYAH
PENGUMPULAN, PENULISAN DAN PENYEBARAN AL-QURAN
Zaman Rasulullah S.A.W.
1. Pada zaman Rasulullah, al-quran belum dikumpulkan dan ditulis dalam satu mashaf tertentu
seperti yang ada pada masa kini. Sebaik sahaja wahyu diturunkan, Rasulullah bersegera untuk
menghafaz dan memahaminya.
2. Al-Quran disebarkan pada zaman Rasulullah melalui beberapa cara :
a. Bacaan dalam solat.
b. Majlis tadarus al-Quran antara Rasulullah bersama sahabat, antara sahabat sesame sahabat dan
antara sahabat sesama keluarga mereka.
c. Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah.
d. Sebelum hijrah ,Rasulullah mengutuskan sahabat seperti Musab Bin Umair, Abdullah Bin Ummu
Maktum untuk mengajar al-Quran
kepada orang ramai . Sementara Muaz Bin Jabal telah dihantar ke Mekah selepas Rasul
berhijrah ke Madinah.
3. Para sahabat memilih untuk menghafaz al-Quran kerana kebanyakkan mereka buta huruf.
Mereka ialah :
a. Abdullah Bin Masud
b. Salim Maula Abi Huzaifah
c. Muaz Bin Jabal
d. Zaid Bin Thabit
e. Abu Zaid Bin Ibnu Sakan
f. Abu Darda
4.
Al-Quran ditulis di pelapah tamar, batu-batu nipis, kulit binatang dan
perca-perca kain. Antara penulis wahyu ialah :
a. Ali Bin Abi Thalib
b. Ubai Bin kaab
c. Zaid Bin Thabit
d. Muawiyah Bin Abu Sufian
e. Muaz Bin Jabal

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )

Zaman Abu Bakar As-Assidiq


1. Ramai para Hafiz al-Quran terkorban dalam peperangan al-Yamamah bagi memerangi ancaman nabi
palsu.
2. Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan Saidina Umar bahawa akan lebih ramai lagi hafiz
yang terkorban dan berpindah ke tempat lain.
3. Saidina Umar telah mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar supaya al-Quran dikumpulkan dan
disusun dalam satu mashaf.
4. Namun cadangan tersebut sukar diterima oleh Abu Bakar kerana tidak pernah dilakukan oleh
Rasulullah tetapi akhirnya bersetuju setelah dipujuk oleh Saidina Umar demi memelihara al-quran.
5. Tugas penulisan al-Quran telah diamanahkan kepada Zaid bin Thabit
kerana :
a. Beliau ialah seorang daripada hafiz al-Quran dan penulis wahyu.
b. Beliau berkesempatan mengikuti majlis pembacaan a-Quran oleh Rasulullah bersama Jibril pada
sangat-sangat akhir hayat Rasulullah.
6. Zaid telah melakukan dengan teliti dan berhati-hati serta meletakkan
beberapa garis panduan :
a. Merujuk kepada para hafiz al-Quran dan penulis wahyu yang lain serta ayat al-quran yang telah
ditulis pada zaman Rasulullah.
b. Setiap ayat yang ditulis disahkan oleh dua orang saksi yang adil bagi membuktikan ayat itu
benar-benar diterima daripada Allah.
Zaman Saidina Usman Bin Affan
1. Pada zaman Saidina Usman, negara Islam bertambah luas dengan pembukaan wilayah-wilayah
baru dan ramai bukan arab memeluk Islam.
2. Jarak waktu antara zaman Rasulullah dengan generasi selepasnya semakin jauh yang menyebabkan
berlakunya perbezaan lahjah dalam pembacaan alQuran.
3. Perselisihan ini disaksikan oleh Abu Huzaufah Bin al-Yaman semasa beliau menyertai penduduk Syam
dan Iraq menentang Armaniah dan Azbaijan.
4. Beliau bersama-sama beberapa orang sahabat telah berbincang dengan khalifah Osman Bin
Affan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


5. Khalifah telah bersetuju untuk menyalin semula al-Quran ke dalam beberapa mashaf dan
menghantarnya
ke setiap wilayah Islam untuk menjadi rujukan jika berlaku perselisihan berhubung
bacaannya. Naskhah al-Quran yang lain hendaklah dibakar bagi menggalakkan fitnah.
6. Khalifah Usman telah meminta jasa baik beberapa orang sahabat untuk menyalin semula alQuran.
a. Zaid Bin Thabit
b. Abdullah Bin az-Zubir
c. Said Bin al-As
d. Abd Rahman Bin Al-Haris Bin Hisyam
7.
Khalifah Usman telah menetapkan syarat-syarat tertentu dalam penulisan
tersebut .
a. Jika berlaku perselisihan dalam bacaan antara mereka, segala pembetulan dalam bacaan
yang berbeza hendaklah dirujuk kepada
lahjah Quraiys kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa tersebut.
b. Hanya ayat al-Quran yang benar-benar mutawatir daripada Rasulullah dan tidak dimansukhkan akan
ditulis semula.
c. Naskhah al-Quran diedarkan ke seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dalam bacaan.
8. Sebanyak tujuh naskhah telah disiapkan . Enam naskhah telah dihantar ke wilayah-wilayah
Islam iaitu Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Yaman dan Bahrin. Sementara satu lagi naskhah
disimpan di Madinah sebagai rujukan dan ia dikenali sebagai Mashaf Al-Imam.
ZAMAN BANI UMAIYAH
1. Pada zaman Bani Umaiyah meraka telah menggunakan naskhah yang telah dihantar oleh khalifah
Osman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam keadaan yang asal iaitu tanpa
mempunyai baris dan titik.
2. Pertambahan umat Islam daripada kalangan bukan arab menyebabkan kebanyakkan mereka
sukar untuk membezakan kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya kerana tidak mempunyai sebarang
baris dan titik
3. Keadaan ini telah disedari oleh pemerintah Islam dan mereka telah membuat beberapa
ikhtiar untuk menjamin keaslian al-Quran agar terus berkekalan. Antara usaha-asaha tersebut ialah
:
a. Meletakkan tanda baris seperti sukun ( baris mati ), sabdu, mad dan sebagainya.Ia
dilaksanakan oleh Abu Aswad ad-Dauli semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufian.
b. Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada ba, ta, sa, jim, ha, kha
dan sebagainya. Ia dilaksanakan oleh Nasar Bin Asim dan Yahya Bin Yamur . Dilaksanakan pada
pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dengan bantuan Yusuf as-Saqafi.
4.
Proses menambah baikan tanda al-Quran telah diteruskan pada zaman Abasiah dan
dilaksanakan oleh Khalil Bin Ahmad al-Basri.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )

BAB ULUM AL QURAN ( TINGKATAN 5)


ILMU TAFSIR DAN KITAB KITAB TAFSIR

1. Tafsir dari segi bahasa ialah bermaksud terang dan jelas.


2. Dari segi istilah, terdapat beberapa pendapat :
a. Ilmu untuk memahami al-Quran, menerangkan maknanya dan mengeluarkan hukum-hukum dan
hikmatnya.
b. Ilmu yang membahaskan tentang al-Quran dari segi kehujahannya selaras dengan kehendak
Allah sekadar kemampuan manusia.
3.

Jenis-jenis tafsir :

a. Tafsir bil-maksur.
Tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran yang lain - Tafsir ini adalah yang. paling tepat.
Tafsir ayat al-Quran oleh hadis Rasulullah. Ayat al-Quran yang umum atau mutlak akan
ditafsirkan oleh hadis-hadis Rasulullah.
Tafsir ayat al-Quran oleh para sahabat - Ijtihad para sahabat dalam mentafsir al-Quran adalah
diterima kerana para sahabat hidup sezaman dengan Rasullullah.
b. Tafsir bil-rakyi.
Para Mufassir mentafsir ayat al-Quran lebih banyak berdasarkan pendapat dan ijtihad mereka
sendiri.
4.
Syarat-syarat untuk mentafsir al-Quran :
a. Mahir dalam ilmu bahasa arab yang meliputi ilmu nahu dan ilmu tasauf.
b. Mahir dalam ilmu usul feqah yang berkaitan mengenai am, khas, mujmal, mufasal dan lainlain.
c. Mahir tentang ilmu qiraat.
d. Mahir dalam ilmu usuluddin.
e. Mahir dalam ilmu balaghah yang terdiri daripada ilmu maani, ilmu
bayan dan ilmu badi.
f. Mahir ilmu asbabun nuzul.
g. Mahir tentang hadis dan ilmu hadis.
h. Mahir tentang ilmu nasakh dan mansukh.
i. Mahir dalam ilmu feqah.

5.
Kepentingan ilmu tafsir :
a. Mampu mentafsir dengan baik.
b. Memahami metodologi ulama dalam mentasir al-Quran.
c. Mengelak dan menghindarkan unsure-unsur penyelewengan dalam proses mentafsir al-Quran.
d. Memandu manusia untuk berjaya hidup di dunia dan akhirat serta hidup dalam hidayah dan
rahmat Allah.

Hak Cipta : Noor Zainah Bt Ahmad 2013( Bab Ulum Al - Quran )


e. Memantapkan akidah seseorang , ibadah semakin berkualiti, muamalah lebih menjadi adil,
pentadbiran semakin efisyen dan akhlak menjadi luhur.
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
Zaman Rasulullah S.A.W.
1. Rasulullah adalah mufassir al-Quran yang ulung kerana baginda memahami setiap ayat al-Quran yang
diturunkan.
2. Baginda menyebarkan kepada para sahabat dengan memberikan maksud dan pengajaran ayat
secara umum dan terperinci.
3. Sekiranya timbuk masalah dalam memahami al-Quran, para sahabat akan merujuk terus
kepada Rasulullah.
Zaman Sahabat R.A
1. Para sahabat adalah orang yang mahir tentang selok belok al-Quran kerana al-Quran diturunkan
dalam bahasa arab dan mereka hidup sezaman dengan Rasulullah.
2.
a.
b.
c.

Para sahabat mentafsir al-Quran berdasarkan beberapa pendekatan iaitu :


Mentafsir al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain.
Mentafsir berdasarkan tafsir hadis Rasulullah.
Mentafsir al-Quran dengan ijtihad mereka sendiri.

Zaman Tabiin hingga zaman pembukuan ilmu tafsir.


1. Para Tabiin mewarisi ilmu tafsir melalui para sahabat secara talaqi dan musafahah .
2. Dalam mentafsir para Tabiin berpegang kepada riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah, para
sahabat dan tabiin sendiri. Mereka juga mengadakan istinbat berdasarkan kaedah-kaedah bahasa
arab.
3. Di kota Mekah terkenal dengan ajaran dan aliran Ibnu Abas.
4. Di kota Madinah terkenal dengan ajaran dan alliran Ubai Bin Kaab.
5. Di Kota Iraq terkenal dengan ajaran dan aliran Abdullah Ibnu Masud.
6. Pada akhir pemerintahan bani Umaiyah dan pada awal pemerintahan Bani Abasiah usaha telah
dilakukan untuk menulis ilmu tafsir sebagai satu displin ilmu yang berasingan.
7.
a.
b.
c.

Kesan perkembangan ilmu tafsir kepada tamadun manusia :


Perkembangan ilmu tafsir telah melahirkan ramai ulama yang mahir dalam ilmu tafsir.
Lahirnya displin ilmu yang lain seperti ilmu falak dan lain-lain.
Lahirnya masyarakat berilmu

Anda mungkin juga menyukai