Anda di halaman 1dari 4

Ilmu Fawasil : suatu pengenalan http://ahbabthaqafa.blogspot.com/2017/08/ilmu-fawasil-suatu-pengena...

Ilmu Fawasil : suatu pengenalan

Sebelum memulakan tulisan assignment yang sebenar, kami


berhajat untuk menerangkan mengenai permulaan ilmu
fawasil supaya para tetamu tidak ketinggalan akan tujuan
kami menulis blog ini.

1. Takrifan Ilmu Fawasil:

takrifan dari sudut bahasa: diambil daripada kata akar iaitu

(‫ﺼ ًﺎﻻ‬
َ ِ‫ ﻓ‬، ً‫ﺼﻮﻻ‬
ُ ُ‫ ﻓ‬، ً‫ﺼﻼ‬ ِ ‫ﺼ َﻞ ﻳَـ ْﻔ‬
ْ َ‫ﺼ ُﻞ ﻓ‬ َ َ‫)ﻓ‬

Yang memberi maksud memisahkan adapun kata nama


pelaku (isim fa`el) ialah ‫ ﻓَﺎﺻﻞ‬yang mana jamaknya (plural)
ialah (‫ )ﻓﻮﺍﺻﻞ‬manakala takrifan dari sudut istilah: ilmu
fawasil membincangkan mengenai penetuan bilangan ayat
pada akhir kalimah yang terdapat didalam al-Quran
berdasarkan tauqif daripada syarak.

2. adakah ilmu ini bersifat tauqifi?

ya, ilmu ini adalah bersifat tauqifi kerana baginda Rasulullah


S.A.W sendiri telah menentukan bilangan ayat

al-Quran seperti pengiraan bilangan ayat pada Surah al-Mulk


atau Surah al-Fatihah berdasarkan sabit didalam di dalam
hadis seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-Tirmizi dan
lain-lain.

3. adakah pengiraan ayat al-Quran ini sabit dengan ijtihad?

Dalam isu ini, berlaku perselisihan pandangan dalam


kalangan para ulama. sebahagian ulama' menghukumkan
tidak ada ijtihad dalam menetukan ayat al-Quran kerana ia
bersifat tauqifi.

Manakala sebahagian lain mengatakan pengiraan ayat sabit


dengan ijtihad sebagaimana dikemukan oleh Imam Abu Amru
al-Dani, Imam al-Syatibi dan Imam Ibnu `Abdul Kafi.
Pendapat inilah yang dipilih oleh kebanyakkan ulama'.

1 of 4 1/8/2018, 8:24 AM
Ilmu Fawasil : suatu pengenalan http://ahbabthaqafa.blogspot.com/2017/08/ilmu-fawasil-suatu-pengena...

namun begitu, ijtihad ini tidak bermaksud untuk


memansukhkan apa yang telah dipersetujui oleh nas syarak
bahkan ia sebagai pelengkap kepada sebahagian bilangan ayat
yang tidak disebut didalam nas.

Kesimpulannya, pengiraan bilangan ayat kebanyakannya


adalah tauqifi dan sebahagiannya adalah ijtihad dengan
mengunakan kaedah yang akan disebut selepas ini.

4. cara mengetahui ilmu fawasil terdapat empat cara untuk


mengetahui ilmu fawasil:

a. persamaan ayat sebelum dan selepasnya berdasarkan


panjang dan pendek.

b. b.persamaan akhir pada sesuatu ayat dengan ayat yang


lain dalam satu surah. c. ulama' bersepakat pada
pengiraan ayat d. terputus kalam daripada makna ayat
yang sebelumnya (boleh jadi pemahaman ini betul)

5. Faedah mengetahui ilmu fawasil

Faedah mengetahui ilmu fawasil ialah: a.perlunya untuk


mengetahui ilmu fawasil sebagai penentu sah solat seseorang.
seperti bacaan surah al-Fatihah, seseorang mestilah
mencukupkan bilangan tujuh ayat untuk melengkapkan
sebahagian rukun didalam solat. Maka tak dapat tidak
seseorang mesti mengetahui mengenai ilmu ini.

b.perlunya untuk mengetahui juga ilmu fawasil untuk


mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan ketika
membacanya dalam solat atau mengajarkan kepada seseorang
akan ayat tertentu.

c.Sebagai penentu syarat sah khutbah

d.Untuk mengetahui wakaf yang disunatkan terutama


apabila berhenti pada kepala ayat.

e. Ilmu ini berperanan kepada qiraat yang membaca dengan


imalah atau taqlil pada kepala ayat seperti surah Taha dan al-
Dhuha

ini kerana bacaan imalah dan taqlil pada kepala ayat adalah

2 of 4 1/8/2018, 8:24 AM
Ilmu Fawasil : suatu pengenalan http://ahbabthaqafa.blogspot.com/2017/08/ilmu-fawasil-suatu-pengena...

sepakat tanpa khilaf. Maka mana mungkin untuk


menentukan bacaan tersebut tanpa mengethui ilmu fawasil.

5. Ulama yang membincangkan mengenai fawasil

ulama yang membincangkan ilmu ini yang masyhurnya ada


tujuh (disertakan bilangan ayat al-Quran disisi mereka) iaitu:

- Madani al-Awwal - Madani al-Akhir - Makki - Basri -


Dimasyqi - Kufi - Himsi

1. Madani al-Awwal (Daripada Imam Nafi` meriwayatkan


Daripada Abu Ja`far dan Syaibah)

Terdapat dua riwayat pada bilangan ayat al-Quran disisi


Madani al-Awwal

-riwayat ahli Kufah daripada penduduk madinah (tanpa


menyebutkan ulama') iaitu: 6217 -riwayat ahli Basrah
daripada Imam Warsh ` daripada Imam Nafi` iaitu: 6214

2. Madani al-Akhir (Daripada ismai`l bin Ja`far daripada


Sulaiman bin Jammaz Daripada Abu Ja`far dan Syaibah)

Bilangan ayat al-Quran disisi Madani al-Akhir ialah: 6214

3. Makki (Diriwatkan oleh al-Dani daripada Ibn Kathir daripd


Mujahid drpd Ibn Abbas drpd Ubai drpd Rasulullah S.A.W)

Bilangan ayat disisinya adalah: 6210

4. Basri (Diriwatkan daripada `ata' bin Yasar dan `Asim al-


Jahdari daripda Ayyub bin al-Mutawakkil)

Bilangan ayatnya ialah: 6204

5. Dimasyqi (Daripada Yahya al-Zumari daripada Ibn `Amir


daripada Abu Darda' daripda Uthman bin `Affan)

Bilangannya disisi mereka ialah: 6227 dikatakan juga 6226

6. Himsi -Homs, Syria- (Dinisbahkan kepada Syuraih bin


Yazid al-Himsi al-Hadhrami)

Bilangannya sebanyak 6232 ayat

3 of 4 1/8/2018, 8:24 AM
Ilmu Fawasil : suatu pengenalan http://ahbabthaqafa.blogspot.com/2017/08/ilmu-fawasil-suatu-pengena...

7. Kufi (Diriwayatkan daripada Hamzah dan Sufian Daripada


`Ali bin Abi Talib)

Terdapat dua riwayat bagi bilangan ayat yang masyhur disisi


ahli Kufah:

-Bilangannya seperti Madani al-Awwal - Bilangan yang


dinisbahkan kepada Sayyidina `Ali (daripada Hamzah &
Sufian melalui perantaraan alim ulama yang dipercayai)
adalah sebanyak 6236

‫ﻭﷲ ﺃﻋﻠﻢ‬

4 of 4 1/8/2018, 8:24 AM

Anda mungkin juga menyukai