Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Kelas : 4 Aggerik
Bilagan murid : 39 orang
Tarikh : 28 Ogos 2012
Masa :12.00 -1.00 (60 minit)
Tema : Keluargaku sayang
Tajuk : Keluarga Bahagia

Standard Kandungan :
Fokus Utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata-kata ungkapan, ayat, intonasi dan
nada yang sesuai.
Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang
dilihat atau dibaca.
Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan bahan
sastera dengan intonasi yang betul.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:
1) berbual dengan menggunakan ayat yang betul dengan baik.
2) membaca teks yang diberi dengan menggunakan intonasi
yang betul dengan baik.
3) membina empat daripada lima ayat tunggal dengan betul.
Sistem bahasa : Morfologi ( Kata nama) dan sistem sebutan Bahasa melayu



Pengisian Kurikulum :
1) Ilmu : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
2) Nilai : Kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah :
1) Kemahiran berfikir menjana idea
2) Kercerdasan pelbagai : Verbal - linguistik muzik / Interpersonal
3) Kontekstual pengalaman sedia ada
Pengetahuan sedia ada :
1) Murid murid mampu untuk bercerita tentang keluarga.
2) Murid dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelum ini.
Media: Komputer riba, LCD, teks bacaan dan lembaran kerja
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pebgajaran
Pembelajaran
Catatan
Set induksi
( 5 minit)
Tayangan Video
Lagu : Damai yang Hilang

Soalan :
- Apakah yang anda
saksikan di dalam video
sebentar tadi?
- Bagaimanakah
perasaan anda setelah
menonton video
tersebut?
1. Guru menayangkan video
lagu (Damai yang Hilang) dan
meminta murid-murid
menghayati video tersebut.
2. Guru meminta murid memberi
pendapat tentang video yang
ditayangkan.
3. Guru mengaitkan video
tersebut dengan tajuk
Keluarga Bahagia.

BMM:
- Komputer riba
- LCD
Ilmu:
Pendidikan Sivik
dan
Kewarganegaraan
Nilai:
- Keadilan


Langkah 1
(15 minit)
Teknik Drama
- Main Peranan
1. Guru memilih beberapa orang
murid untuk melakonkan
BMM:
- Komputer riba
- ( lampiran 1)
Tajuk :Anak Derhaka

Soalan :
- Apakah yang anda
faham tentang drama
tadi?
- Pada pendapat anda
adakah sifat yang
ditunjukkan oleh Lieya
merupakan sifat yang
baik. Berikan sebab.

Keluarga Bahagia
Adab anak yang baik.
menghormati
mendengar nasihat
belajar bersungguh-
sungguh
bantu-membantu
membalas jasa
mendoakan ibu
bapa
menyayangi ibu
bapa


drama yang disediakan.
2. Guru menyoal beberapa
orang murid tentang
pemahaman mereka
mengenai drama tersebut.
3. Berdasarkan drama, guru
meminta murid secara
berpasangan berbincang
tentang bagaimana adab
seorang anak terhadap ibu
bapa.
4. Guru memilih murid secara
rawak untuk
membentangkan hasil
perbincangan.

- LCD
- Petikan dialog



KBT :
- Kecerdasan
pelbagai :
Intrapersonal,
Interpersonal
- Kemahiran
berfikir


Teknik :
Drama ( Main
Peranan)

Langkah 2
(15 minit)

Keluarga Bahagia

-Lagu Keluarga Bahagia

1) Guru menayangkan video
lagu Keluarga bahagia.
2) Murid diminta mendengar
dengan teliti kemudian
menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama.
BBM:
-Komputer riba
-LCD

Kaedah:
Kaedah Ajuk
Hafaz


KBT:
- Kecerdasan
pelbagai : Verbal
Intrapersonal,
Interpersonal
Nilai :
-Kasih sayang


Langkah 3
(15 minit)

Keluarga Bahagia
- Lagu Keluarga
Bahagia
(lampiran 2)

Kata nama :
- Taman
- Hidup
- Keluarga
- Impian
- Insan
- Ayah
- Ibu
- Kasih
- Sayang
1) Guru membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan.
2) Guru meminta murid
menyenaraikan kata nama
yang terdapat dalam lirik
lagu.
3) Berdasarkan kata nama
tersebut guru meminta murid
membuat ayat tunggal.
BBM:
-Komputer riba
-LCD



Sistem bahasa:
Morfologi (kata
nama)



Tatabahasa
(5 minit)
Lembaran Kerja
( lampiran 3)
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
murid.
2. Murid dikehendaki
menjawab soalan tersebut
dengan betul.
BBM:
- Lembaran
kerja

KBT:
- Kemahiran
berfikir

Penutup Rumusan isi pelajaran. 1. Guru meminta murid BBM:
(5 minit) menyanyi lagu Keluarga
Bahagia sekali lagi.
2. Guru minta murid
menyenaraikan nilai-nilai
murni yang dipelajari.
3. Guru merumuskan isi
pelajaran.
-Komputer riba
-LCD

KBT:
- Kemahiran
Berfikir : merumus
- Kecerdasan
pelbagai : Verbal,
Intrapersonal,
Interpersonal

Refleksi :

















Lampiran 1
Drama Anak Derhaka

Dialog :
BABAK 1
Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Mieza dan Lieya di hadapan rumah
Lieya.
Lieya : Terima kasih Mieza sebab hantarkan aku ke rumah.
Mieza : Sama-sama Lieya. Minggu depan kita keluar ke kelab lagi ya. Maaf, esok aku ada hal,
tak dapat teman kau ke kelab dengan Sam.
Lieya : Baik Mieza.
Kelihatan Lieya berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan.
Pak Samat : Lieya ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana lewat sebegini
baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah dengan kau ni Lieya.
Lieya : Alaa, abah ni. Lieya baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study group tadi.
Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam)
Pak Samat : Hisyyyhh budak ni. (mendengus sendiri)

BABAK 2
Keesokan harinya. Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas
sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke
sekolah.
Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.
Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?
Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.
Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti cikgu
akan menelefon ibu bapanya.
Mieza : Err.. baik cikgu.

Tepat jam 12.00 malam. Lieya baru pulang ke rumah.

Pak Samat : Lieya ! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke rumah. Kau
ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat sebegini?
Suara Pak Samat yang agak kuat itu telah didengari oleh Mak Leha.
Mak Leha : Apa yang bising-bising tengah malam ni bang ?
Pak Samat : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini? Tak malu
ke dilihat jiran tetangga kita?
Mak Leha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri sendiri. Lieya,
kamu ke mana tadi?
Lieya : Lieya ke rumah kawan mak, kami buat study group tadi bincang tentang soalan
peperiksaan nanti. Mak abah janganlah risau.
Mak Leha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah kawan dia. Tak
payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah Lieya, kamu pergi masuk bilik, mandi dan makan.
Lieya : Baik mak.
Pak Samat : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu aja. Bukannya kita boleh percaya
sangat budak-budak remaja sekarang.
Mak Leha : Yelah-yelah abang, jom masuk tidur.
Pak Samat mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur.








LAMPIRAN 2
Lirik Lagu Keluarga Bahagia Saujana

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

LAMPIRAN 3

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan
2. Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi
3. Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam
4. __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang




5. __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian
6. __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda
7. Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu
8. Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air
9. Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10. Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda
11. __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar
12. __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan
13. Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas
14. __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15. Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang
16. Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,
Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa
17. __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang
18. Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar




19. Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura
20. Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

Anda mungkin juga menyukai