Anda di halaman 1dari 6

KPD 3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN

PENSYARAH: EN. OMAR HISHAM B. MOHD BAHARIN

TUGASAN 2:
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (INDIVIDU)

Nama Pelajar : WARDATI BT YUSOFF ( D20102043555 )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 Tahun Bilangan murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif Pembelajaran : 5 Gemilang : 35 orang : 5 Mei 2011 : 1 jam : Kekeluargaan : Rumah ku Syurga ku : Pada akhir pengajaran murid dapat: i) ii) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan betul. Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Utama

: 8.1 Membina dan menulis perkataan dan maksud frasa dan ayat. Aras 1 (i) menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Fokus Sampingan

: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

BBM

: Lagu Saujana (Keluarga Bahagia),petikan dialog, rajah, lembaran kerja ,instrumen penilaian.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: Mendengar, membaca, dan menulis. : i)Morfologi-kata nama khas dan kata nama am. ii)Sintaksis-ayat tunggal dan ayat majmuk. -tanda baca.

Kosa kata

: Beransur-ansur, pulih, seronok, salasilah, sulung, bongsu, berhijrah, anak tunggal.

Pengisian Kurikulum

:a)Ilmu-Kekeluargaan, Moral. b)Nilai murni- hormat-menghormati, bahagia, kasih-sayang. c)Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): -Kemahiran Berfikir: Menjana, mengelas. -Kemahiran Pelbagai: Kontekstual, visual, muzik.

Pengetahuan sedia ada

: Ada. i)Berlaku pada diri sendiri. ii) Membina ayat iii)Mempunyai keluarga sendiri.

Rancangan pengajaran harian: Langkah Set Induksi (5 minit) Isi pelajaran Mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Guru menyoal murid: 1. Berapakah bilangan ahli keluarga kamu? 2. Apakah aktiviti yang kamu lakukan pada masa lapang? 3. Adakah kamu masih mempunyai datuk dan nenek? - Guru memperdengarkan lagu Keluarga Bahagia dan meminta murid menyanyi bersama-sama. - Guru bersoal jawab tentang keluarga. - Guru mengaitkan tajuk pelajaran.
-

Catatan BBM: Lagu Keluarga Bahagia, lirik lagu, komputer LCD. Nilai murni: Kasih-sayang, hormatmenghormati.

Langkah 1: (15 minit)

Membaca & melakonkan dialog. Menekankan pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat.

Murid diperdengarkan bacaan dialog. Murid diminta membaca dialog secara berpasangan dengan intonasi yang betul. Guru memilih wakil murid untuk melakonkan perbualan dalam dialog. Guru bersoal jawab tentang isi kandungan dialog.

BBM: Petikan dialog Nilai murni: Bertolak-ansur, sayang akan keluarga.

Mencari makna dicetak berwarna.

perkataan

Langkah 2: (20 minit)

Menulis ayat:

Ayat tunggal dan ayat majmuk.

Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. Guru mengedarkan kad-kad arahan dan meminta murid berbincang dalam kumpulan. Kumpulan 1 & 2menyenaraikan kata panggilan dan membina lima ayat berdasarkan kata panggilan dalam dialog. Kumpulan 3 & 4menamakan tanda baca yang terdapat dalam dialog dan menulis lima ayat dengan menggunakan tanda baca tersebut. Kumpulan 5 & 6menyenaraikan lima perkataan yang dicetak berwarna dalam dialog.Bina ayat berdasarkan perkataan tersebut. -Wakil murid keluar untuk membentangkan dapatan masing-masing. - Menulis ayat yang dibina di dalam buku latihan. Guru mengedarkan rajah pohon keluarga. Guru meminta murid mengisi maklumat salasilah keluarga Fahmi berdasarkan dialog. Guru menyuruh murid mengisi salasilah keluarga masing-masing pada rajah pohon keluarga. Guru menerangkan kepentingan mengetahui asalusul keluarga masing-masing. Guru meminta murid menjawab soalan taksiran.

BBM: Kad arahan Sistem bahasa: Ayat tunggal, ayat majmuk, tanda baca.

Langkah 3 (15 minit)

Melengkapkan pohon keluarga. (salasilah keluarga). Mengetahui asal-usul diri dan keluarga.

BBM: Rajah pohon keluarga KB: Menjana, mengelas

Penutup (5 minit)

Merumus isi

pelajaran dan nilai murni.

Guru menyoal murid a)Apakah yang telah kamu pelajari hari ini? b)Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini? Guru membuat rumusan pembelajaran pada hari ini.

Nilai murni: Kasih-sayang, hormatmenghormati, mengenang jasa ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai