Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

KADET REMAJA SEKOLAH, 2015


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM,
JOHOR
TAJUK

Perkhemahan Unit Beruniform (Amali)

TARIKH

19 22 April 2015

TEMPAT

Mutiara Motor Resort, Tg Sedili, Johor Bahru

PENYERTAAN :

320rang Ahli KRS Ipgkti

Laporan Hari Pertama( Ahad-19/4/2015)

Para peserta perkhemahan 4PISMP ambilan Jun 2013 telah mula berkumpul
di perkarangan parkir Bas IPG Kampus Temenggong Ibrahim (blok I )seawal
jam 7.15 pagi lagi.Peserta perkhemahan adalah para pelajar 4PISMP ambilan
Jun 2013. Seramai 88 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini.
Kekuatan ahli KRS adalah seramai 32 orang.
Tepat jam 7.30 pagi,
Kokurikulum

dan

membantu

Encik Md.Jasa telah hadir ke stor Unit


para

peserta

menyediakan

peralatan

perkhemahan. Pengerusi AJK peralatan, saudariNorma Binti Gapar telah


menjalankan tugas dengan baik. Beliau telah memastikan kesemua peralatan dan
keperluan KRS tersedia dengan baik, sebelum dibawa masuk ke dalam bas. Selesai

membuat senarai semak (checklist) , barang-barang keperluan dibawa masuk ke


dalam bas oleh ahli ahli KRS. Sepanjang pengurusan penyediaan barang
keperluan, kami dipantau oleh Tuan Hj Azman Bin Manas, iaitu kem komandan KRS.
Rombongan

peserta perkhemahan

ke

Mutiara Resort Sedili Kecil (tapak

perkhemahan ) pada jam 8.30 pagi. Sebanyak 2 bas dan 1 van digunakan dalam
perjalanan ini.
Rombongan peserta berhenti di Kota Tinggi untuk makan tengahari.
Perjalanan bersambung semula ke tapak perkhemahan setelah selesaimakan
tengahari. Perjalanan lancar seperti dalam perancangan. Tepat jam 12.30 tengah
hari, rombongan peserta tiba di tapak perkhemahan. Para peserta menurunkan
barang-barang keperluan dan mengumpulnya mengikut unit masing-masing. Semua
peserta memberi kerjasama yang baik dan saling tolong menolong antara satu sama
lain.
Taklimat pertama sebelum memulakan perkhemahan telah diberikan
oleh Encik Tormadi bin Jono. Encik Tormadi telah memberitahu segala peraturan,
peringatan serta nasihat sepanjang perkhemahan. Kemudian beliau telah memberi
ruang tempat perkhemahan mengikut unit masing-masing. Skuad KRS mendapat
ruang tapak perkhemahan dibahagian hujung. Tempat yang diberikan sangat selesa
dan menarik.Sebelum mendirikan khemah, Tuan Hj Azman telah memberikan
taklimat mengenai pemasangan khemah dan tapak yang sesuai untuk mendirikan
khemah. Sebanyak 11 buah khemah didirikan dan disusun mengikut perancangan.
Usai mendirikan khemah, kami telah diberikan beberapa batang buluh untuk
pembinaan gajet dan projek rintis.
Pada sesi petang, satu taklimat telah diadakan oleh Ketua Platun, saudari
Kalpana A/P Krishnan tentang pembahagian kumpulan kumpulan masakan dan
kawalan malam. Menu minum petang adalah air teh o dan bubur kacang. Menu
sebelah malam adalah nasi putih, kari ayam, sayur kobis goring dan air sirap.
Kumpulan yang bertugas untuk memasak adalah kumpulan tiga.Pada sebelah
petang, pelajar meneruskan aktiviti menyiapkan gajet-gajet keperluan, pintu gerbang
dan pagar tapak perkhemahan. Para pelajar muslim menunaikan solat secara
berjemaah di surau setelah masuk waktu solat.Aktiviti malam pula adalah aktiviti
pioneering. Pelajar diajar dan diminta untuk membuat rakit. Rakit tersebut akan

digunakan sewaktu aktiviti air (water confident). Jam 12.30 sesi pengurusan diri para
peserta sebelum tidur di khemah masing-masing.

Laporan Hari kedua ( Isnin-20/4/2015)


Bermula seawal 5:30 pagi peserta bangun untuk melaksanakan aktiviti
pada hari tersebut. Setelah selesai menyiapkan diri, peserta muslim dikehendaki
solat subuh berjemaah di surau dan satu tazkirah subuh yang ringkas telah
diadakan. Tazkirah subuh dikendalikan oleh En.Zainal.manakala bagi

peserta

bukan muslim pula telah diadakan slot moral.


Pada hari tersebut, kumpulan yang bertugas menyediakan sarapan pagi ialah
kumpulan tiga, iaitu Noor Shafinaz, Aminah, Norma, Noor Syariza dan Farah
Nazihah.Menu sarapan pagi pada hari tersebut ialah bihun goreng, nasi goreng dan
kopi o.
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti senaman pagi pada pukul 6.30 pagi.
Senaman tersebut telah dikendalikan oleh saudara Kalpana dan dipantau oleh DO
yang bertugas, Tuan Muhamad Bin Basar. Perhimpunan pagi pada jam 7:30 pagi.
Semasa perhimpunan pagi, saudari Kalpana telah ditugaskan untuk memberi
koman, manakala Noor Syariza selaku pembaca doa dan Hoo Fon Yean, Tan Su
Shan dan Tan Li Peng ditugaskan untuk menaikkan bendera. Perhimpunan
dimulakan dengan nyanyian lagu KRS, Bangsa Johor dan lagu Negaraku.
Seterusnya diikuti dengan bacaan doa. Perhimpunan diteruskan lagi dengan laporan
daripada DO yang bertugas pada hari pertama iaitu Tuan Muhamad. Tuan Muhamad
menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap sikap peserta yang kurang
memberi komitmen dan kerjasama serta gagal menguruskan masa dengan bijak dan
berharap pada hari seterusnya akan lebih baik lagi. Kemudian perhimpunan
diteruskan dengan ucapan DO bertugas pada hari tersebut iaitu Tuan Wan
Azhar.Selesai sahaja perhimpunan pagi peserta bersarapan bersama-sama.
Setelah bersarapan pagi, peserta menggunakan masa yang ada untuk
menukar pakaian untuk menjalani aktiviti seterusnya iaitu aktiviti air (water
confident). Taklimat tentang aktiviti air telah disampaikan oleh Tuan Wan
Azhar.Setelah habis taklimat, peserta membuat regangan badan yang dikendalikan

oleh Tuan Wan Azhar dan Tuan Rosli.Kemudian peserta dibawa masuk ke dalam
laut untuk menjalani aktiviti yang dinamakan water confident.Aktiviti berakhir
dengan perlawanan rakit mengikut kumpulan.Pada jam 11 pagi aktiviti selesai
dijalankan.
Hidangan makan tengah hari disediakan oleh kumpulan tiga. Menu makan
tengah hari pada hari tersebut ialah nasi putih, ikan goring sambal, sayur kacang
panjang dan sirap oren. Selesai menjamu selera, peserta muslim dikehendaki ke
surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah manakala peserta bukan muslim
berehat.
Aktiviti diteruskan lagi pada jam 2:30 petang iaitu aktiviti orienteering yang
dikendalikan oleh Tuan Sanif dari Unit beruniform KRS.Aktiviti ini disertai oleh 3 unit
berunifom iaitu BSMM, KRS dan PPK.Orienteering yang dijalankan ialah
orienteering bermarkah.Peserta diberi 15 minit untuk menyelesaikan tugasan ini.
Pemenang akan diumumkan pada malam kebudayaan. Aktiviti ini telah selesai pada
jam 5 petang. Pada jam 5.30 petang peserta menjalani latihan kawad kaki.
Seterusnya, semua peserta minum petang. Hidangan disediakan oleh
kumpulan empat iaitu Tan Su Shan, Hoo Fon Yean, Tey Yan Le, Teo Xue Ting dan
Lee Sok Teng. Menu untuk minum petang ialah bubur jagung dan teh O. Selesai
minum petang, upacara menurunkan bendera dijalankan pada pukul enam
petang.Kemudian peserta menyiapkan diri untuk membuat aktiviti seterusnya.Makan
malam disediakan pada pukul 6.30 petang.Menu makan malam pada hari tersebut
ialah nasi putih, sup ayam, sayur sawi dan air sirap laici.Peserta makan malam pada
pukul 7.30 malam.Selesai makan malam, peserta muslim dikehendaki ke surau
untuk solat berjemaah magrib dan isyak. Manakala peserta bukan muslim boleh
menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.
Pada jam 8:45 malam, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti yang dinamakan
Badan Operasi Menyelamat (BOM) yang dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah
BSMM dan pensyarah jemputan dari IPG Perlis iaitu En. Musaidi.Aktiviti ini juga
disertai oleh 3 unit berunifom antaranya ialah BSMM, KRS dan PPK. Majlis ini
dimulakan dengan slot penerangan dari En.Musaidi dan seterusnya simulasi
kejadian sebenar berlakunya bencana. Bencana yang diberikan ialah kejadian Feri
terbakar dan kemudian tenggelam di Laut bertempat di Tanjung Sedili.Terdapat 20

orang mangsa yang perlu diselamatkan.Aktiviti ini dapat dijalankan dengan


kerjasama daripada peserta yang terlibat. Aktiviti ini selesai pada jam 1:00 pagi.
Seterusnya peserta membersihkan dan mengemas kawasan, kemudian berehat dan
tidur di khemah masing-masing supaya dapat meneruskan aktiviti seterunya pada
esok hari.

Hari ketiga 21/4/2015 (Selasa)


Aktiviti bermula seawal 5.00 pagi bagi membuat sarapan pagi iaitu mee
goreng.Sarapan disediakan oleh kumpulan lima. Kemudian pada jam 6.30 pagi,
peserta melakukan senaman pagi yang dikendalikan oleh saudari Parameswary A/P
Murugan dan di pantau oleh Tuan Rosli.Tuan Rosli telah mengajar ilmu
mempertahankan diri.Seperti biasa jam 7.30 pagi perhimpunan pagi dikendalikan
oleh saudari Geevanya A/P Subramaniam. Perhimpunan dimulakan dengan
nyanyian lagu KRS, Bangsa Johor dan Negaraku diikuti bacaan doa oleh saudari
Noor Shafinaz Binti Noorul Kamal. Seterusnya laporan DO yang bertugas hari
semalam iaitu Tuan Rosli.Beliau mengucapkan tahniah kerana menunjukkan
kesungguhan ketika menjalani aktiviti orienteering dan aktiviti BOM.Beliau juga
menegur kelemahan yang ada dan berharap agar kelemahan tersebut dapat
diperbaiki.Seterusnya, ucapan daripada DO yang bertugas pada hari tersebut iaitu
Tuan Tauhit Bin Sudar. Beliau memberitahu aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang hari ini.
Aktiviti seterusnya merupakan aktiviti pengembaraan sejauh 15km yang
mengabungkan tiga pasukan beruniform iaitu KRS, Pandu Puteri dan BSMM.
Taklimat yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing Pandu Puteri berkaitan
dengan pertandingan memasak bagi slot ikhtiar hidup. Seterusnya, En Tauhit Bin
Sudar memberi penerangan berkaitan perjalanan pengembaraan.Peserta juga
dikehendaki menyenaraikan 10 flora dan fauna yang dijumpai sepanjang perjalanan
tersebut.Perjalanan sejauh 15 km melalui kawasan kampung, persisiran pantai dan
jalanraya. Sikap kerjasama antara satu sama lain dan berhati-hati ketika berjalan
amat penting sepanjang aktiviti ini. Setelah hampir 2 jam perjalanan tiba di kawasan
rehat, slot seterusnya iaitu ikhtiar hidup kami dikehendaki memasak dalam masa
satu jam menggunakan bekalan yang diberikan dan boleh menggunakan bahan-

bahan disekeliling. Peserta memasak mengikut kumpulan yang ditetapkan.Setelah


selesai sesi penilaian memasak dan makan tengahari sebelum bergerak pulang
peserta dikehendaki membersihkan kawasan persekitaran bagi aktiviti komuniti dan
masyarakat. Tepat jam 1.30 tengahari peserta memulakan perjalanan balik ke tapak
perkhemahan. Oleh kerana cuaca yang terlalu panas dan kekurangan air membuat
ramai antara peserta hampir pengsan dan mengalami kesakitan kaki.Lebih kurang
2.30 petang peserta tiba di tapak perkhemahan.Peserta diberi peluang untuk
berehat pada petang itu. Jam 5.00 petang peserta berkumpul untuk menjalani ujian
kawad kaki dan ujian ikatan. Selesai ujian, upacara menurunkan bendera
dilaksanakan pada jam enam petang.Semua peserta makan malam dan membuat
latihan untuk persembahan malam kebudayaan.
Aktiviti Malam Kebudayaan bermula jam 9.00 malam yang dikendalikan oleh
pasukan Pandu Puteri. Bertemakan patriotik Disini Lahirnya Sebuah Cinta.
Pasukan pertama yang membuat persembahan iaitu BSMM dengan tajuk Kerabu
Mangga Sambal Belacan, diikuti persembahan lakonan daripada pasukan KRS yang
bertajuk Pahlawanku, Persembahan tarian oleh pasukan Pandu Puteri dan akhir
sekali persembahan lakonan daripada pasukan Pengakap. Majlis diteruskan dengan
penyampaian hadiah bagi pertandingan orienteering yang dimenangi oleh pasukan
BSMM.Seterusnya bagi acara malam kebudayaan tempat pertama KRS, kedua
Pandu Puteri, ketiga pengakap dan keempat BSMM.
Setelah selesai aktiviti kebudayaan peserta berkumpul di tapak perkhemahan
bagi mengemaskan beberapa peralatan yang tidak digunakan bagi memudahkan
pengiraan peralatan yang akan dibawa pulang.

Laporan hari ke-4 ( Rabu - 22/4/2015)


Jam 5.30 pagi peserta bangun seperti biasa. Aktiviti hari ini diteruskan lagi
dengan solat subuh secara berjemaah.Setelah selesai menunaikan solat fardhu
subuh, kami diperdengarkan tazkirah yang disampaikan oleh En.

Zainal.

Peserta

non-muslim pula menghadiri slot moral.Aktiviti pagi dijalankan dengan latihan


persediaan untuk pentauliahan.Latihan tersebut dikendalikan oleh Tuan Muhamad.
Hasil daripada kata sepakat ketua bagi setiap unit beruniform, sarapan pagi
disediakan mengikut kepakaran masing-masing.Bulan sabit merah ditugaskan untuk
memasak nasi, pengakap dan pandu puteri mengoreng ayam dan krs menyediakan
sambal serta telur.Semua unit beruniform dapat menyiapan tugasan bagi sarapan
pagi tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Setelah selesai sarapan, aktiviti diteruskan lagi dengan perhimpunan pagi pada
jam 7:30 pagi. Semasa perhimpunan pagi, saudari Noor Syariza Binti Masood telah
ditugaskan untuk memberi koman, manakala saudari Aminah Binti Kiprawi selaku
pembaca doa. Farah Nazihah, Hoo Fon Yean dan Tan Xioqi ditugaskan untuk
menaikkan bendera. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu KRS, Bangsa
Johor, lagu Negaraku. Seterusnya diikuti dengan bacaan doa. Perhimpunan
diteruskan lagi dengan laporan daripada DO yang bertugas pada hari ketiga iaitu
Tuan Muhamad.Tuan Muhamad menyatakan rasa puas hati beliau terhadap sikap
peserta yang memberi komitmen dan kerjasama serta dapat menguruskan masa
dengan bijak dan mengucapkan tahniah kepada semua kerana telah berjaya
memenangi pertandingan pada malam kebudayaan dan ikhtiar hidup (masakan
rimba).Kemudian perhimpunan diteruskan dengan ucapan DO bertugas pada hari
tersebut iaitu Tuan Tauhit Bin Sudar.
Setelah bersarapan pagi, peserta menggunakan masa yang ada untuk
melakukan khidmat komuniti. Pertama sekali yang dilakukan ialah setiap peserta
membuka khemah masing-masing.Khemah yang telah dibuka terlebih dahulu
dibersihkan agar tidak kotor apabila disimpan.Setelah itu, kami bertungkus lumus
membersihkan tapak perkhemahan.Kanvas yang digunakan dilipat sepeti sedia kala
untuk memudahkannya disimpan.Ahli yang ditugaskan menjaga peralatan yang

dipinjam sibuk membuat semakan semula untuk memastikan tiada peralatan yang
tertinggal. Adapun peralatan yang rosak akan dicatitkan dan dilaporkan nanti kepada
pegawai pengurusan kokurikulum iaitu En. Mohamad Jasa Hj, Siraj.
Setelah selesai khimat komuniti dilakukan, peserta segera bersiap untuk raptai
masjlis penutupan. Hampir setengah jam masa diperlukan untuk mempersiapkan
diri. Semua peserta berkumpul di tapak perhimpunan mengikut unit beruniform
masing-masing.Raptai dapat dijalankan dengan lancar.Hanya ada beberapa
kesilapan kecil sahaja yang berlaku dan peserta segera memperbaikinya.
Majlis penutupan dimulakan apabila pengacara majlis mengumumkan ketibaan
VIP jemputan Dr. Yazid Bin Abdul Manap selaku Timbalan Pengarah Pengurusan
dan Perkhidmatan.Ucapan majlis penutupan tersebut dimulakan dengan Ketua unit
kokurikulum iaitu Pn. Zuhaida Raya.Beliau menyatakan kepuasan hati dengan
komitmen yang telah diberikan oleh setiap peserta sepanjang mengharungi aktiviti
yang telah dirancang.Setelah itu, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan
iaitu Dr. Yazid Bin Abdul Manap dijumput untuk memberi ucapan seterusnya
merasmikan majlis penutupan kursus asas kepimpinan unit beruniform pada kali
ini.Antara inti pati ucapan beliau ialah setiap daripada pendidik haruslah
menonjolkan kreativiti dan setiasa membuat perubahan yang baru agar dapat
menghasilkan produk yang berkualiti.Majlis penutupan ditamatkan dengan nanyian
lagu semaian subur.Semua peserta diminta untuk berkumpul untuk sesi fotografi.
Sebaik sahaja sesi fotografi selesai, semua peserta bersegera mengangkat
barang-barang dan segala peralatan untuk dimasukkan ke dalam bas.Barangbarang dan peralatan disusun dengan rapi.Peserta mengambil tempat masingmasing di dalam bas dan juga van.Peserta dan fesilitator bertolak pulang ke institut
dengan selamat.

Laporan disediakan oleh:


..............................................
AMINAH BINTI KIPRAWI
KRS IPGKTI 2015

Anda mungkin juga menyukai