Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU


KELANTAN

KERTAS KERJA:
PROGRAM SEHARI BERSAMA KELAB AMAR
ANJURAN KELAB ANGKATAN MAHASISWA ANTI
RASUAH (AMAR)
IPG KAMPUS KOTA BHARU

TARIKH:
25 DISEMBER 2021

TEMPAT:
SEKITAR IPGKKB DAN DEWAN ASRAMA

ANJURAN:
KELAB ANGKATAN MAHASISWA ANTI RASUAH (AMAR)
SESI 20/21 IPGKKB
1.0 PENGENALAN
Satu Hari Bersama AMAR merupakan salah satu aktiviti yang diadakan buat
julung kalinya untuk mengeratkan silaturrahim dan hubungan antara semua ahli
kelab AMAR IPGKKB. Hal ini kerana sesebuah institusi adalah saluran asas dalam
pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan
sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Program ini juga diadakan untuk
menyambut penglibatan ahli-ahli baru kelab pada tahun ini. Penganjuran program ini
merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama
antara semua pensyarah penasihat dan ahli kelab AMAR IPGKKB. Aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat
bertanggungjawab dan muhibbah antara ahli kelab. Antara pengisian dalam program
ini meliputi semangat kekitaan, kerjasama, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi
harapan agar program Satu Hari Bersama AMAR kali pertama ini meriah, berjalan
lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

2.0 MATLAMAT

Program Satu Hari Bersama AMAR ini adalah bertujuan untuk mengalu-alukan ahli
baharu serta memberi peluang kepada semua ahli kelab dan para pensyarah
penasihat untuk meluangkan masa bersama-sama dalam suasana yang santai.
Dengan program ini, diharapkan hubungan ahli kelab dan pensyarah semakin erat.
Ahli-ahli kelab juga turut didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai kelab dan
SPRM serta perihal rasuah.
3.0 OBJEKTIF

1. Sebagai ruang untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan


silaturrahim antara pensyarah penasihat dan sesama ahli kelab
2. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
3. Memberi peluang kepada pensyarah penasihat kelab AMAR dan ahli AMAR
untuk mengikuti aktiviti bersama
4. Mencungkil bakat ahli-ahli kelab yang mampu menyelesaikan masalah
dengan kreatif, kritis dan menarik
5. Menguji sifat kepimpinan setiap ahli dan kerjasama dalam pasukan
6. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja sepasukan di kalangan ahli
kelab dan pensyarah sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
kerja
4.0 JAWATANKUASA INDUK

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SATU HARI


BERSAMA AMAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

PENAUNG
YBrs. Dr. Khairuddin bin Said
( Pengarah IPG Kampus Kota Bharu )

PENASIHAT
YBrs. Dr. Che Othman Bin Che Wil
( Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar )

PENGERUSI
YBrs. Dr. Che Othman Bin Che Wil
( Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar )

PENYELARAS
YBrs. Dr. Sabry
( Pensyarah Penasihat Kelab Angkatan
Mahasiswa Anti rasuah )

PENASIHAT KELAB AMAR


YBrs. Dr. Hj. Alias Bin Hussain
( Pensyarah Penasihat Kelab Angkatan
Mahasiswa Anti rasuah )
5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

6.0 PESERTA / PENYERTAAN

Diwajibkan kepada semua ahli kelab AMAR IPG Kampus Kota Bharu. Aktiviti
dijalankan secara berkumpulan.

7.0 TARIKH

Program Satu Hari Bersama AMAR peringkat IPG Kampus Kota Bharu ini akan
diadakan pada 25 Disember 2021.

8.0 MASA / TEMPAT

Program ini diadakan bermula 8 pagi dan dijangka tamat pada 11.30 malam. Tempat
berlangsungnya program ialah di sekitar kawasan IPG Kampus Kota Bharu dan
Dewan Wawasan.

9.0 PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis penyampaian hadiah akan dilaksanakan di Dewan Asrama pada 4.30 PM.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan kertaas kerja ini mendapat kelulusan daripada pihak


tuan. Dengan terlaksananya program Satu Hari Bersama AMAR kali pertama ini
diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah di
kalangan pensyarah penasihat dan ahli kelab AMAR. Di samping itu dapat
mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan sesama
kita sekaligus meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja yang proaktif. Besarlah
harapan kami agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan semua pihak
yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang sewajarnya. Kami juga berharap
program ini mencapai segala objektif yang telah digariskan.

Anda mungkin juga menyukai