Anda di halaman 1dari 5

SURAH AN-NUR: AYAT 31 (AURAT WANITA)

Surah An-Nur ayat 31 adalah mengenai wanita. Ayat ini menerangkan wanita mesti menundukkan
pandangan dan juga mesti menutupi anggota badan dengan menjaga aurat.

Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman; ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah
menampakkan perhiasaannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putera- putera mereka atau putera- putera suami mereka, atau saudara saudara lelaki
mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka
atau wanita islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita . Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah (S.W.T) hai orang-orang yang beriman supaya kamu
beruntung.”

Dalam ayat ini, Allah (S.W.T) berfirman kepada seluruh hambaNya yang mukminah agar menjaga
kehormatan diri mereka dengan menjaga pandangan, menjaga kemaluan dan menjaga aurat.
Dengan menjaga ketiga tiga hal tersebut, dipastikan kehormatan mukminah akan terjaga. Ayat ini
dikhusukan untuk hambaNya yang beriman.

Kriterianya terbahagi kepada 3 ;

Kriteria Pertama : MENJAGA PANDANGAN

Islam mewajibkan setiap umatnya menjaga pandangan daripada melihat perkara perkara yang
diharamkab seperti vide0-video atau gambar lucah, dan perkara-perkara maksiat.

Allah (S.W.T) memuliakan untuk menjaga pandangan sebelum menjaga kemaluan, kerana menjaga
pandangan merupakan salah satu penyebab terjaganya kemaluan.

Rasulullah (S.A.W) bersabda :

“Pandangan mata itu merupakan anak panah yang beracun yang terlepas dari busur iblis,
barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah (S.W.T), maka Allah (S.W.T) akan
memberinya ganti dengan manisnya iman di dalam hatinya.”

(Lafaz hadis yang disebutkan tercantum dalam kitab Ad Da’ wa Daq’ karya ibnu qayyum)

Panah yang dimaksudkan adalah pandangan liar yang telah menghargai kehormatan diri sendiri dan
orang lain. Zina mata adalah pandangan haram. Al quran memerintahkan agar menjaga pandangan
agar tidak merusakkan keimanan. Jika mata banyak melihat maksiat yang dilarang, ia akan langsung
masuk ke hati dan merusak hati.
Kriteria 2 : MENJAGA KEMALUAN

Menjaga kemaluan merupakan perkara paling penting yang mesti diperhatikan oleh setiap
muslimah. Orang yang tidak dapat menjaga kemaluannya pasti tidak dapat menjaga pandangannya.
Menjaga kemaluan daripada zina adala hal yang sangat penting dalam menjaga kehormatan. Dengan
terjerumusnya kedalam zina, bukan dirinya yang rosak tetapi keluarganya turut tercemar dan
mendapat malu.

“Dan orang orang yang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri isteri mereka atau
budak budak yang mereka miliki. Maka sesungguhnya, mereka dalam hal ini tiada tercela.
Barangsiapa mencari yang sebaliknya, mereka itulah orang orang yang melampaui batas.”

(QS. ad-Ma’arij:29-31)

Allah (S.W.T) sangat melaknat orang yang berbuat zina dan menyamaratakan dengan orang yang
berbuat syirik dengan membunuh. Tiga perbuatan dosa besar yang amat dibenci oleh Allah (S.W.T)

Firman Allah :

“Dah janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
suatu jalan yang buruk.”

(QS ‘ad-Isra’: ayat 32)

Kriteria 3 : MENJAGA BATASAN PERGAULAN DAN AURAT

Pergaulan antara lelaki dan perempuan mempunyai beberapa batas yang perlu diikuti. Orang bukan
mahram adalah dilarang bersentuhan atau berjabat tangan. Lelaki dan perempuan juga dilarang
berdua-duaan.

Menjaga batas aurat adalah langkah menutupi pintu maksiat. Allah (S.W.T) memerintahkan kepada
setiap mukminah untuk menutup auratnya kepada mereka yang bukan mahramnya. Wanita yang
beriman tidak boleh dengan sengaja menzahirkan perhiasan dan kecantikan mereka serta
diperintahkan melabuhkan tudung sehingga menutup dada kecuali kepada suami, bapa, bapa
mentua, saudara laki-laki, anaknya saudara perempuan, anaknya yang lelaki, hamba sahaya dan
pelayan tua yang tidak ada hasrat terhadap wanita.

Para wanita juga dilarang berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian terutamanya
menghentak-hentakkan kaki dengan sengaja bagi menampakkan perhiasaan mereka yang
tersembunyi. Hal ini sama sahaja seperti membuka aurat.
Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bahawa kita wajib menghindari perkara-perkara yang
haram dilihat, memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara-perkara haram seperti zina
dan kita wajib menjaga batas-batas pergaulan dan aurat.

Di akhir ayat ini, kita diperintahkan untuk bertaubat kerana hanya dengan taubat dari kesalahan
yang dilakukan dan berjanji untuk mengubah sikap maka kita akan menjadi golongan yang
beruntung di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN :-

1) Tafsir Ibn Kathir


2) Tafsir Al-Azhar
3) Buku ` Ajarkan Wanita Mu Surah An Nur
4) Buku Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Kertas X SMK Kementerian Pendidikan dan
Kebudayaan Rupublik Indonesia, 2017
SURAH AN-NUR ; AYAT 32 ( ANJURAN UNTUK BERKAHWIN )

Menikah merupakan hal yang sangat didambakan oleh manusia terutama pemuda pemudi yang
telah memasuki usia pernikahan. Hal ini adalah alamiah dan nuluriah. Akan tetapi, ramai yang
khuatir akan keadaan ekonominya nanti. Padahal Islam mengajarkan bahawa dengan menikah akan
menjadi kaya, serba cukup dn semakin mendekatkan diri kepadaNya. Sebagaimana didalam
SurahAn-Nur Ayat 32 yang bermaksud :

“ Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang
layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah
Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui. “

Ayat ini juga menganjurkan lelaki untuk mengahwini wanita yang bersendirian, lebih-lebih lagi yang
sudah pernah berkahwin (janda)

Surah An-Nur ini mengajar bagaimana untuk mengelak penzinaan dari berlaku. Maka salah satu jalan
yang perlu diambil adalah dengan adanya pasangan. Kerena dengan adanya pasangan , maka
keperluan nafsu akan dipenuhi dengan cara halal dan maka tiadalah pencarian kepada cara yang
haram.

Pada ayat ini juga Allah menyeru kepada semua pihak untuk memikul tanggungjawab atas kesucian
dan kebersihan akhlak umat supaya mereka menikahkan laki-laki yang tidak beristeri, samada duda
atau jejaka dan perempuan yang tidak bersuami samada janda atau gadis. Demikian juga kepada
hamba sahaya laki-laki atau perempuan yang patut dinikahkan.

Seruan ini adalah kepada semua para wali (wali nikah) seperti bapa, pakcik atau keluarga yang
bertanggungjawab ke atas keluarganya. Begitu juga kepada orang-orang yang memiliki hamba
sahaya laki-laki atau perempuan yang telah mempunyai syarat-syarat untuk bernikah.

Di akhir ayat ini, dianjurkan untuk menikah walaupun dalam keadaan miskin. Namun Allah SWT akan
mencukupi mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) Maha Mengetahui.

Kalimah ini menjelaskan bahawa dalam banyak hal tidak diketahui oleh manusia dan kemampuan
manusia itu sangat terbatas. Allah telah berjanji dalam ayat ini bahawa Allah akan cukupkan untuk
mereka daripada segi keperluan mereka. Oleh kerena itu, anggapan bahawa apabila menikah
seseorang itu dapat menjadi miskin kerana banyak tanggungan adalah tidak benar.

Ibnu Abbas ra berkata berkenaan ayat ini,

“ Kalau hendak menjadi kaya, maka berkahwinlah.”


Allah Maha mengetahui siapa yang patut diberi dengan limphan kurniaNya. Allah tahu apa yang
manusia perlukan. Dan Allah mempunyai banyak kurnian yang boleh diberikan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya.

Kita boleh lihat kehidupan bersuami isteri membantu lelaki atau perempuan untuk lebih
bertanggungjawab. Para isteri juga ramai yang bekerja untuk membantu menambah pendapatan
keluarga. Maka ini boleh membantu memperbaiki lagi tahap kewangan keluarga mereka. Walaupun
sebaiknya para isteri tidak bekerja kerana tugas isteri sebaiknya di rumah. Tetai Suami isteri boleh
berbincang untuk kebaikan bersama dan yakin dengan janji Allah.

RUJUKAN:

1)

Anda mungkin juga menyukai