Anda di halaman 1dari 3

1.0.

PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang agung, disampaikan kepada manusia melalui
malaikat dan kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Terkandung di dalamnya kisah-kisah umat
terdahulu dan yang kemudian, hukum hakam agama serta banyak pengajaran yang boleh
dijadikan sebagai panduan hidup. Justeru, selain mentadabbur ayat-Nya, bacaan secara
tarannum juga menjadi salah satu wadah yang signifikan untuk meningkatkan zauq (kepuasan
atau penghayatan) dalam pembacaan kalam-Nya. Seorang murabbi sewajarnya menguasai
ilmu tarannum untuk mendidik hati mendalami ayat suci Al-Quran untuk disampaikan
kepada murid-murid di sekolah.

Dari sudut bahasa, perkataan tarannum berasal daripada kalimah arab (‫ ) َت َر َّنم‬yang
bermaksud menyanyi, mendendang, dan memperelokkan suara terhadap sesuatu (Muhammad
Lukman, Mohd Yakub @ Zulkifli, & Mustaffa, 2012). Nik Jaafar Nik Ismail (2012)
mendefinisikan tarannum dari segi istilah sebagai suatu ilmu atau kaedah yang
membincangkan tentang kepelbagaian bunyi melalui proses-proses seperti nada, rentak, dan
irama yang tertentu bertujuan meningkatkan kemerduan dalam pembacaan Al-Quran. Di
Malaysia, para qari seringkali terlihat menggunakan tarannum berirama Misri seperti Bayyati,
Hijaz, Soba, Rast, Jiharkah, Sikah, dan Nahawand (Nurul Auji Hasbullah, Ahmad Sanusi
Azmi dan Adnan Mohamed Yusoff, 2020). Justeru, penulisan ini akan memfokuskan kepada
konsep tarannum Nahawand serta perbezaan tarannum Nahawand dengan tarannum Hijaz.

2.0. KONSEP TARANNUM NAHAWAND

Dalam Irsyad Al-Hadith Siri ke 242: Menghias Suara Ketika Membaca Al-Quran, telah
disebutkan bahawa membaca al-Quran dengan bertajwid adalah suatu keutamaan namun,
membaca al-Quran dengan suara yang baik juga merupakan suatu tuntutan atau sunnah untuk
dilakukan (Zulkifli Mohamad Al Bakri, 2018). Hal ini dirujuk daripada hadith Rasulullah
SAW yang berbunyi:

‫َأص َو اتِ ُك ْم‬


ْ ِ‫آن ب‬
َ ‫َز ِّي نُ وا الْ ُق ْر‬

1
Maksudnya: “Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu”

[Riwayat Abu Daud (1468)]

2.1. Definisi dan Sejarah Ringkas Tarannum Nahawand

Antara lagu yang seringkali dibawa oleh para qari hampir dari seluruh negara Islam
ialah tarannum Nahawand. Tarannum Nahawand merupakan salah satu daripada
tujuh lagu berirama Misri yang berbunyi seperti lagu-lagu Arab ala Mesir. Irama
Misri digunakan secara meluas dan berkembang di lembah Nil yang merupakan satu
kawasan yang mempunyai suhu dan cuaca yang sederhana dan tumbuh-tumbuhannya
subur menghijau. Suasana yang tenang ini menyebabkan irama dan rentak yang
digunakan adalah bersifat lembut dan suara yang dilontarkan kedengaran sederhana
kemanisan.

Mohd Ali (2015) menjelaskan bahawa perkataan Nahawand ( ‫ )هناوند‬adalah

nama bagi suatu tempat yang terletakdi daerah Hamadan ( ‫)مهدان‬, Parsi. Dari segi

istilah pula, perkataan Nahawand merupakan suatu jenis alunan tarannum yang
dipopularkan oleh qari-qari daripada daerah tersebut mengikut alunan budaya
tempatnya. Kemudian, lagu ini diberikan sentuhan baharu oleh para qurra’ Mesir dan
dialunkan sehingga sekarang mengikut alunan budaya Mesir.

2.2. Sifat-sifat Tarannum Nahawand

Seperti lagu-lagu tarannum yang lain, tarannum Nahawand juga mempunyai sifat dan
peranannya yang tersendiri. Nik Jaafar (2012) serta Mohd Ali (2015) menjelaskan
bahawa tarannum Nahawand mempunyai gerak alunan yang ringan, berbeza dengan
tarannum Hijaz yang dibaca dengan rentak yang sedikit perlahan. Selain itu,
tarannum Nahawand juga boleh disesuaikan dengan tabaqat yang sederhana tetapi
meninggalkan kesan yang mendalam. Sifat tarannum Nahawand yang seterusnya
ialah, iramanya bersifat lemah lembut dan sopan santun sehingga menimbulkan
perasaan terharu dan terpesona, berbeza dengan tarannum Hijaz yang dibaca dengan
irama yang tegas dan bersemangat. Akhir sekali, tarannum Nahawand sesuai untuk
dibaca pada ayat-ayat yang menunjukkan permohonan, penceritaan, dan untuk
menggambarkan perasaan gembira dan sedih manakala tarannum Hijaz lebih sesuai
digunakan untuk ayat-ayat yang berunsur perintah, larangan dan marah. Sifat

2
tarannum Nahawand yang lemah lembut dan mendayu-dayu telah dimanfaatkan
dalam kemajuan muzik Islam yang bercorak nasyid dalam usaha untuk
menyampaikan dakwah (Febri Yulika, 2017) Sebagai contoh, selawat, nasihat, kisah
tauladan dan peringatan. Hal ini berbeza dengan sifat tarannum Hijaz yang tegas
seringkali diaplikasikan dalam alunan azan bagi meningkatkan semangat umat Islam
yang mendengar azan untuk menunaikan solat.

2.3. Peranan-peranan Tarannum Nahawand

Antara peranan-peranan tarannum Nahawand yang diterangkan oleh Nik Jaafar Nik
Ismail (2012) ialah, yang pertama dari segi seni suara, tarannum Nahawand
digunakan untuk melembutkan bacaan Al-Quran bagi meninggalkan kesan
ketenangan jiwa kepada pembaca dan pendengar. Hal ini kerana, tarannum
Nahawand seringkali dibaca dengan alunan yang mendayu-dayu. Berbeza dengan
tarannum Hijaz, bacaannya yang tegas berperanan untuk meningkatkan semangat
kepada persembahan bacaan serta memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Selain itu, tarannum Nahawand juga dapat melahirkan kefasihan sebutan huruf lahjah
Arab, manakala tarannum Hijaz berperanan untuk menekankan ketegasan dan
kefasihan terhadap mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar. Akhir sekali,
peranan tarannum Nahawand dan tarannum Hijaz kedua-duanya secara tidak langsung
menzahirkan kemukjizatan dan keagungan Al-Quran dari segi ketinggian bahasa yang
digunakan serta dari sudut bacaan yang diperdengarkan.

3.0. PENUTUP
Kesimpulannya, ilmu tarannum seharusnya dipelajari secara meluas dalam setiap
lapisan masyarakat. Hal ini kerana, ilmu tarannum bukan sahaja melambangkan
kesenian dan keindahan di dalam Islam, namun ilmu tarannum juga mampu
meningkatkan kepuasan, kefahaman dan penghayatan seseorang dalam bacaan Al-
Quran tidak kira sama ada kepada para pembaca mahupun para pendengar. Perlu
difahami bahawa kefahaman dan penghayatan ini merupakan elemen yang sangat
penting dalam diri seorang Muslim terutamanya murabbi ummah, bagi mencorakkan
peribadi diri serta generasi-generasi yang dididik.

Anda mungkin juga menyukai