Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam

pembentukan akhlak masyarakat yang menjadi contoh kepada umat manusia


sehingga ke hari ini.

1. Mengajar secara beransur-ansur


Pendekatan mengajar secara beransur-ansur digunakan oleh Rasulullah
S.A.W supaya mudah difahami dan diingati. Konsep bertolak ansur sangat
dititikberatkan oleh Rasulullah semasa proses membentuk akhlak dengan
mendahulukan perkara yang lebih penting dan melalui pendekatan yang beransur-
ansur. Sebagai contoh, dalam perjanjian Aqabah Pertama perkara yang
dititikberatkan oleh Rasullullah dalam membentuk akhlak orang Yathrib ialah dengan
berimankan kepada Allah. Dalam Perjanjian ini, perkara-perkara utama sahaja yangn
diberi penekanan dalam usaha awal pembentukan akhlak masyarakat aus dan
Khazraj. Dalam konteks masa kini, pendidikan akhlak yang disampaikan juga perlu
dilakukan secara beransur-ansur supaya masyarakat tidak mudah keliru.
Pembelajaran atau pendidikan tentang akhlak perlu bermula dengan pemahaman
terhadap ilmu yang asas terlebih dahulu sebelum didik denegan lebih mendalam.

2. Dialog secara sopan dan lemah lembut


Rasulullah sering menggunakan Teknik dialog dan bersoal jawab dalam
membentuk akhlak masyarakat di sekitar Baginda. Melalui penggunaan teknik dialog,
baginda dapat menarik perhatian para sahabat seterusnya dapat mengajak mereka
untuk sama-sama berfikir.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Hurairah beliau berkata:
Rasulullah pernah bersabda: “Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang
anak sungai di pintu rumah salah seorang daripada kamu, ia mandi di dalamnya
sebanyak 5 kali sehatri pada setiap hari, apakah aka nada lagi daki yang tinggal?
Mereka menjawab: Tidak akan ada kekotoran sedikit pun. Sabda Nabi: Demikianlah
perumpamaan solat 5 waktu. Allah akan menghapuskan segala dosa dengannya.
Dapat dilihat bahawa pendekatan baginda yang berhemah dan bersopan
dalam mendidik para sahabat dapat diaplikasikan dalam mendidik masyarakat pada
hari ini. Baginda tidak menggunakan kata-kata yang kasar, malah memberikan
jawapan yangn mjudah untuk difahami dan terkesan kepada sahabat. Kaedah ini
dapat digunakan dalam mendidik masyarakat pada masa kini, dengan meyentuh hati
mereka melalui kata-kata dan nasihat yang berhikmah bukan dengan cara yang
sindiran yang kasar.

Anda mungkin juga menyukai