Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

Tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang diperbagaikan bunyi
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan
keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran. (Haji Nik Jaafar,
1998)

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda


memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta
diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat
yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu
Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di
Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah
sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari
ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka
Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah
bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu,
cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai
aliran (mazhab).

Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai
aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi
(sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular
dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah
mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan
sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta
mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

1
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TARANNUM HIJAZI, NAHAWAND, SIKAH DAN
JIHARKAH.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tarannum bermaksud kaedah


memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu. Manakala menurut
Haji Nik Jaafar (1998) tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang
diperbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk
menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran.

2.1 Tarannum Hijazi

Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara
Arab Saudi. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana ia berasal dari Negara
Arab. Oleh kerana ia berasal dari tanah Arab, maka ia telah dipelopori dan
dipopularkan oleh Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di
kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas.

Ia telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan
Qariah dari pelbagai negara. Seperti tarannum-tarannum lain, ia juga telah
mengalami pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Di Malaysia, boleh
dikatakan ia mula popular sejak Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Ia
dimulai oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat ketika itu seperti Allahyarham
Ma’som Pergau dari Kelantan, Allahyarham Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain.
Tokoh-tokoh hebat tarannum ini masing-masing mempunyai cara yang berlainan
dalam melagukan lagu Hijaz ini dan lagu-lagu lain. Kemudiannya ia diwarisi oleh
murid-murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah ke
generasi yang ada pada waktu ini.

Berdasar kepada pemerhatian, para Qari dan Qariah di Malaysia amat


menggemari tarannum ini terutamanya mereka yang memiliki suara yang tinggi dan
lantang. Boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan bacaan al-nQuran
secara bertarannum, maka setiap kali itulah mereka tidak akan ketinggalan untuk
memasukkan tarannum Hijaz sebagai salah satu lagu daripada susunan beberapa
lagu lain yang mereka susun.

2
2.2 Tarannum Nahawand

Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah


nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi
suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari
daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di


daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.
Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika
dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang
perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina
atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah binHasan bin Ali bin
Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap


beberapatarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak
terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian
paraQurra’ dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau
bagaimanapun identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi
dikekalkan.

2.3 Tarannum Sikah

Tarannum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari negara Parsi. Setelah
diubahsuai, ia diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari Negara Hijazi
dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini mengikut lahjah
Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun kesembilan belas Masihi.
Sehingga kini, ia telah dipopularkan semula oleh para Qari Mesir yang dikenali
dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk dan alunannya lebih lembut dan lebih
bersopan.

3
2.4 Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah
diterima pakai sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui
fasa pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini,
Tarannum Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut kesesuaian
budaya mereka ( Muhd. Ali bin Abu Bakar, 1997).

Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi


menunjukkan kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa
perubahan, namun pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal.
Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan ia turut
diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun, menurut pemerhatian yang
dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di semua peringkat di
Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh mereka adalah
Jiharkah.

4
3.0 SIFAT DAN PERANAN TARANNUM HIJAZI, NAHAWAND, SIKAH DAN
JIHARKAH.

3.1.1 Sifat Tarannum Hijazi


Secara umumnya, tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang
mempunyai gerak yang ringkas dan tegas. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada
nawa, jawab dan jawabul jawab. Pergerakan lagunya tidak begitu kompleks dan
fleksibel seperti tarannum-tarannum lain, akan tetapi ia tetap mampu memberi kesan
yang mendalam terhadap para pendengar setanding dengan tarannumtarannum
lain. Oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum Hijaz
ini berada di tahap suara jawab, maka ia memerlukan kelantangan suara untuk
merealisasikannya dengan berkesan.

Justeru, tarannum ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang
mempunyai suara yang lantang dan tinggi. Jika tidak, berkemungkinan pembawaan
lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana Qari ataupun Qariah yang membawa
lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul jawab yang merupakan
tahap kemuncak dalam lagu ini.

mempunyai kesesuaian
mempunyai gerak yang dengan ayat al-Quran
mempunyai gerak yang
tegas dan bersifat yang berbentuk
agak lambat tetapi
lancar yang mampu perintah tegahan dan
tegas dan berkesan.
menghidupkan. suruhan, peringatan,
marah dan azab.

mempunyai kesesuaian
mempunyai gerakan
dengan semua tabaqah
yang mampu
suara khususnya
menghidupkan suara.
tabaqah jawab.

5
3.1.2 Peranan Tarannum Hijazi

Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah


bacaan. Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang memainkan
peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam
terhadap pendengar. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja, bahkan tarannum Hijaz
mempunyai peranan-peranan lain seperti di bawah:

memberikan tenaga menjadikan memberikan kepuasan


kepada tarannum yang persembahan bacaan dan kekusyukan
akan dibaca al-Quran lebih lancar kepada pembac dan
selepasnya. dan fasih. pendengar.

menyampaikan mesej
memberikan semangat
ayat yang dibaca
kepada sesuatu
kepada pendengar
persembahan bacaan
secara tegas dan
al-Quran.
berkesan.

3.2.1 Sifat Tarannum Nahawand

mempunyai gerak
yang ringan
mempunyai
kesesuaian
mempunyai
dengan ayat yang
kelembutan yang
menggambarkan
penuh bersopan
pemohonan dan
penceritaan sifat-sifat
alunan
tarannum
Nahawand
mempunyai mempunyai unsur
kehalusan seni kesederhanaan
yang yang mampu
mempersonakan memikat jiwa
mempunyai
kesesuaian
dengan tabaqah
sederhana

6
3.2.2 Peranan Tarannum Nahawand
Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai
kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran. Jelasnya,
kepentingan mengetahui peranan tarannum Nahawand akan menerangkan dan
memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan hala tuju dalam sesuatu
persembahan bacaan al-Quran.

Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand adalah seperti yang dinyatakan
di bawah:

peranan persembahan tarannum Nahawand

mampu melembutkan bacaan al-Quran

mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar

mampu menggambarkan suasana kegembiran, permohonan dan penceritaan

mampu memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran

mampu melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan

3.3.1 Sifat Tarannum Sikah

Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang


tampak ringan dan bersahaja membuatkan ia berbeza daripada tarannum-tarannum
lain dari sudut bentuk lagunya. Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang
menceritakan tentang kerohanian, kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam al-
Quran, hari kiamat dan sebagainya. Di antara Qari-qari Mesir kontemporari yang
masyhur dan sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah
Syeikh Shahhat Mohammad Anwar, Dr. Nua’na dan lain-lain. Manakala Syeikh Saad
al-Ghamidi yang sering dikumandangkan bacaannya oleh rakyat Malaysia pula
sering juga menggunakan tarannum ini dalam bacaan murattalnya

7
mempunyai gerak mempunyai
lembut yang ringan kelembutan yang
dan meyakinkan menusuk kalbu

mempunyai
kesesuaian dengan
ayat-ayat yang
mempunyai
menunjukkan
kesesuaian dengan
mana-mana tabaqah tentang cerita,
merayu, memohon,
merintih dan
sebagainya

3.3.2 Peranan Tarannum Sikah

8
Tarannum Sikah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah
persembahan. Di antara peranan-peranan tersebut ialah:

Peranan Tarannum Sikah

memberi
ketenangan memberikan melahirkan
membawa menambah
dengan kepuasan keagungan
perasaan seni
bacaan yang kepada dan sifat
khusuk dan pembacaan
lembut di pembaca dan mukjizat al-
keinsafan al-Quran
dalam pendengar Quran
persembahan

3.4.1 Sifat Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan


merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang
menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa. Ia juga sesuai pada ayat- ayat
yang bersifat dalaman ataupun rohaniah dan aqidah.

9
mempunyai kesesuaian dengan mempunyai gerak ringan yang
tabaqah sederhana berkesan

mempunyai
kelembutan yang
menusuk kalbu
mempunyai kesesuaian dengan ayat-
mempunyai unsur-unsur ketenangan ayat yang menunujukkan merayu,
dan keharmonian memohon, merintih dan sebagainya

3.4.2 Peranan Tarannum Jiharkah


Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu
memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di
samping menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga
memainkan beberapa peranan lain seperti yang diterangkan di bawah:

m em beri ketenangan
memberi ke ten anga n dan m eng urang kan kete
mengurangkan gana gn dalam
keteganagn dalam bacaan
bacaan

m elem butka n bbacaan


melembutkan acaa n dalam
dalam ppersembahan
ersem bahan

m e m ba w a perasaan
membawa perasaan khusuk dan keinsafan se
dan keinsafan rta m
serta en zah irkan
menzahirkan
kehe batan al-Q
kehebatan al-Quranuran

m am pu menemubual
mampu m e nem ub ual perasaan
perasaan rintihan, ra yua n dan
rayuan dan harapan
harapan

m em beri kefasihan
memberi ke fasihan dan
dan bacaan
bacaan al-Q uran secara
al-Quran secara tartil

4.0 JENIS-JENIS TARANNUM DAN HARAKAHNYA DALAM BACAAN AL-


QURAN
4.1 Jenis-jenis Tarannum

Lagu-lagu tarannum terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu tarannum


Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri. Tarannum Arab Hijazi ialah tarannum Arab

10
yang berlahjah Hijazi yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana padang pasir
yang berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi, irama dan rentaknya
agak lebih lancar disamping nada suara yang sederhana kemanisannya.

Tarannum Arab Misri pula ialah tarannum Arab yang berlahjah Misri yang
mana iramanya dipengaruhi oleh suasana lembah Nil yang subur menghijau dengan
suhunya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya yang dirasakan lembut
berkesopanan disamping nada suara yang sederhana kemanisan.

4.2 Harakah dalam Bacaan Al-Quran

Setiap qari perlu mengetahui peranan harakah secara umum sebagaimana


berikut:
1. Untuk mempelbagaikan seni bunyi.
2. Untuk menghidupkan bacaan.
3. Untuk meningkatkan persembahan.
4. Untuk menjadi pengukur kepada lagu-lagu yang akan dibaca sesudahnya.

Seseorang qari yang mengalunkan taranum al quran tanpa mengetahui


peranan harakahnya umpama seorangn musafir yang meneruskan perjalanannya
tanpa matlamat, sentiasa hanyut mengikut arus.

4.2.1 Peranan Khusus Kepada Tiap-tiap Harakah

Tiap-tiap harakah itu memang mempunyai peranannya yang khusus dan


setiap qari perlu memahaminya dengan betul, demi untuk menyusun dan
menyesuaikan satu harakah kepada harakah yang lain dengan lebih rapi dan lebih
sempurna sebagaimana berikut:-
1. Mempunyai peranan penyesuaian
2. Mempunyai peranan ransangan
3. Mempunyai peranan jawab
4. Mempunyai peranan jawabul jawab
5. Mempunyai peranan persediaan
6. Mempunyai peranan penutup
11
4.2.2 Memahami Kehebatan dan Kecanggihan Harakah

Di antara cirri-ciri kehebatan dan kecanggihan harakat itu adalah


sebagaimana berikut:-
1. Harakah yang mempunyai ‫ ساللم النزول‬iaitu tangga –tangga untuk menurun.
2. Harakah yang mempunyai ‫ ساللم صعود‬iaitu tangga-tangga untuk menaik.
3. Harakah yang mempunyai ‫لة المماثلة‬UU‫ وص‬iaitu gabungan dua angin lagu atau
lebih.
4. Harakah yang mempunyai ‫ إختالل اللحن‬iaitu kesumbangan untuk menurun atau
menaik.
5. Harakah yang mempunyai ‫ردة‬UUU‫ ب‬yang tersusun iaitu bunga-bunga yang
menarik.

Tetapi perlu diingatkan dalam mencari kecanggihan harakah janganlah


sampai kepada tahap menghilangkan kualiti al quran. Jika berlaku sedemikian maka
ianya adalah dipertikaikan oleh ulama apakah ianya diharuskan atau diharamkan.

5.0 REFLEKSI
Setelah mendapat tugasan bagi kursus Tarannum Al-Quran (PQE 3103), saya
diberi keterangan berkenaan soalan yang diberikan. Saya berasa bertuah kerana
dapat mendalami sedikit sebanyak mengenai tarannum pada semester ini.

12
Pada umunya tugasan ini adalah berkaitan dengan sejarah perkembanagan
tarannum Hijazi, Nahawand, Sikah dan JIharkah, sifar dan peranan tarannum, serta
jenis-jenis tarannum dan harakahnya.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mencari sumber rujukan yang
berkaitan dengan tarannum, tidak banyak rujukan tarannum dalam bahasa Melayu,
kebanyakannya dalam bahasa Arab, tetapi saya tetap meneruskan usaha mencari
beberapa nama buku rujukan tarannum di dalam internet bagi memudahkan saya
untuk mencari buku tersebut di perpustakaan. Alhamdulillah, saya terjumpa
beberapa rujukan mengenai tarannum dalam bahasa Melayu. Walaupun begitu,
masih terdapat kekurangan kerana tidak dapat menjawab soalan tugasan secara
keseluruhannya. Oleh itu, saya mencari rujukan selain daripada buku iaitu mencari
maklumat daripada internet. Maklumat-maklumat yang diperoleh di internet sedikit
banyak dapat membantu dalam menjawab soalan tugasan ini.
Semasa proses menyiapkan tugasan ini. Terdapat beberapa masalah yang
dihadapi, antaranya ialah semasa proses pengumpulan bahan, bahan dan sumber
rujukan daripada buku untuk tarannum ini agak terhad dalam bahasa Melayu. Selain
itu,saya juga dapat merasai aras soalan tugasan semakin mencabar yang
memerlukan kepada tahap penilaian yang tinggi. Begitu juga terdapat soalan yang
mudah tetapi untuk menjawab soalan tersebut mestilah merujuk kepada sumber
yang sahih.
Namun berkat daripada pertolongan Allah, segala masalah yang timbul dapat
diselesaikan. Bagi mengatasi masalah rujukan buku yang terhad mengenai
tarannum, saya mengakses internet bagi mengenalpasti sumber rujukan buku yang
berkaitan dengan tarannum, selain itu, saya juga banyak bertanya rakan bagi
membantu saya dalam meyiapkan tugasan ini. Saya juga meningkatkan keyakinan
diri untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu,saya mengakses internet dan mencari
rujukan internet supaya dapat menambah sedikit sebanyak input mengenai
tarannum.
Diakhir kerja kursus ini, saya dapat membuat renungan bahawa tugasan yang
saya lakukan ini adalah satu usaha dalam saya mempelajari kehidupan sebagai
seorang bakal guru yang akan mengajar pendidikan Islam. Tugasan tarannum ini
akan ditanggung oleh saya suatu hari nanti dan kerja kursus inilah sebagai
bekalannya. InsyaAllah.

13
Selain itu, saya juga mendapat pengalaman yang bermakna untuk dijadikan
sebagai panduan sebagai bakal guru suatu hari nanti. Antara pengalaman yang
saya dapat ialah mengetahui dan sedikit sebanyak mengenai tarannum dari aspek
sejarah perkembangan, sifat dan peranannya serta jenis-jenis tarannum dan
harakahnya.

6.0 BIBLIOGRAFI
Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.
14
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut:
Al-Maktabah al-Asriyyah.
Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.
Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Kamus Dewan Edisi Keempat
http://www.scribd.com/doc/39029653/Taranum-Siap-Kejapbaru-Copy

15

Anda mungkin juga menyukai