Satu perkara yang amat penting bagi seseorang yang menghafal alQuran ialah kewajibannya untuk mengajar dan menyampaikannya
kepada masyarakat. Hamalatul Quran ini akan menyebabkan
masyarakat menjadi lebih dekat dan berpegang teguh dengan ajaran
al-Quran. Disebutkan dalam sebuah hadith Sahih riwayat al-Bukhari:
... ...
"Sebaik-baik di kalangan kamu ialah yang belajar al-Quran dan
mengajarkannya."
Oleh itu, sebagai seorang guru yang, adab hamalatul quran hendaklah
diterapkan kepada anak-anak murid serta diaplikasikan untuk dijadikan panduan.
Terdapat beberapa adab hamalutl quran yang boleh diaplikasi oleh murid
disekolah mahupun dirumah sebelum membaca atau menghafal al-quran. Antara
abad-abad hamalatul quran ini ialah :
Suci bermaksud bebas daripada hadis kecil mahupun hadas besar. Jika membaca alquran dalam keadaan berhadas, maka hukumnya adaalah harus. sebelum membaca
al-quran, diharuskan untuk memastikan seseorang itu sentiaasa menjaga kebersihan
badan dengan dengan menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat pada tubuh
terlebih dahulu. Guru hendaklah memastikan murid murid sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih. Da sekiranya didapati murid tersebut dalam keadaan yang
kotor, maka eloklah kiranya meminta muridd tersebut untuk membersihkan kotoran
tersebut terlebih dahulu.
3. berwuduk
Seperti yang kita sedia maklum, disunatkan mengambil wuduk terlebih dahulu
sebelum membaca atau memegang al-quran. Oleh itu, sebelum memulakan kelas
membaca dan menghafaz al-quran, guru boleh memberikan masa selama beberapa
minit kepada murid untuk mengambil wuduk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat
murid yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk berwuduk, maka guru boleh
membimbing murid tersebut sehingga mereka dapat mengambil wuduk tanpa
bantuan daripada guru.
Setelah membaca taawuz, disunatkan pula membaca basmalla kecuali pada surah
at-taubah. Para ulama menerangkan bahawa ucapan basmallah ini sangat berguna
bagi seseorang yang hendak melakukan sesebuah pekerjaan yang mulia seperti
membaca al-quran. Selain itu, membaca basmallah juga merupakan sunnah
rasulullah sejak turunnya wahyu pertama lagi. Guru boleh menceritakan keppada
murid tentang kepentingan membaca taawuz dan basmallah setiap kali sebelum
membaca al-quran supaya menjadi amalan mereka.
Disunatkan juga membaca al-quran dengan tartil untuk mengetaahu makna sesuatu
ayat yang dibaca. Semasa membaca al-quran juga, harus diambil berat akan hokum
tajwidnya. Oleh itu, seagai seorang guru ketika mengajar murid membaca al-quraan
hendaklah disebut satu persatu perkataan terseut dengan tajwid yang betul. Apabila
guru membaca al-quran dengan bacaan dan tajwid yang salah, maka murid akan
terikut-ikut akan bacaan daripada gurunya.
8. menjauhkan diri daripada ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-quran.
Semasa membaca al-quran, guru harus member peringatan kepada murid supaya
tidak ketawa ataupun bercakap kosong. Sekiranya murid melakukan perkara
tersebut, guru bole bertindak dengan menegur murid tersebut. Ini kerana situasi ini
akan mengganggu murid lain semasa membaca al-quran. Ayat-ayat al-quran juga
adalah kalam suci allah dan kita sebagai umat islam wajib menghormatinya.
Perbuatan ketawa dan bercakap kosong semasa membaca al-quran adalah tidak
beradab.