Anda di halaman 1dari 15

NOTA TARANNUM A+

1.0 TARANNUM
 Asas tarannum: Mencantikkan bacaan al-Quran.
 Tarannum ialah kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak
dan irama tertentu.
 Nada; Tingkatan tekanan bunyi suara.
 Rentak; Pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
 Irama; Alunan/bentuk bunyi.
 Asal ilham tarannum; Kayu, tiupan angin, kicauan burung (zaman jahiliyah).

1.1 ILMU TARANNUM


 Ilmu yang dengannya diketahui cara pembacaan al-Quran dengan berlagu.
 Syeikh Ali Suwaysi:
1. Persembahan tafsir pada bacaan al-Quran (bacaan Quran berlagu).
2. Irama yang menerangkan apa yang hendak disampaikan dari al-Quran.

1.2 SUNNAH TARANNUM

 Hadis daripada Abu Hurayrah Ra bahawa Nabi Saw bersabda:

"‫"لم يأذن اهلل لشيء ما أذن لنبي يتغنى بالقرآن يجهر به‬

Imam Ibn Kathir Ra mentafsirkan hadis di atas dengan mengatakan bahawa: Makna hadis di atas
ialah Allah Swt tidak mendengar sesuatu sebagaimana Allah mendengar bacaan Nabi Saw
yang melagukan al-Quran dan menguatkan bacaannya. Demikian kerana terhimpunnya pada
bacaan para Nabi itu, suara yang merdu disebabkan kesempurnaan kejadian mereka dan
kekhusyukan mereka
 Hadis di dalam al-Sahihayni daripada Abu Hurayrah Ra:

"(‫)ليس منا من لم يتغن بالقرآن‬. )‫"وفي رواية (يجهر به‬

Maksudnya: Tidak di kalangan kami orang yang tidak melagukan al-Quran. Di dalam suatu
riwayat: menguatkan bacaannya.

 Hadis daripada al-Barra’ bin Nozib:

(‫ بأصواتكم‬+‫”")زينوا القرآن‬
Maksudnya: Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.
 Kesimpulan: Adapun mereka yang tidak memperakui sunnah tarannum dan
mentakwilkan nas-nas yang ada dengan takwilan yang pelbagai serta kemudiannya
menyandarkan pendapat mereka kepada syarak adalah tidak boleh diterima dan telah
dijawab oleh para ulama dengan nas-nas yang lebih kuat.

1.3 QANUN AL-NAGHAM

 Membaca al-Quran dengan irama/ al-alhan


 Al-alhan: Gembira dan menyanyi; suara-suara ketika menyanyi yang bermacam- macam
(dinamakan al-angham dan al-alhan) = “Qanun al-Nagham” – nama yang diberikan oleh
al-Hafiz Ibn Hajar al-Nasqalani & al-Imam al-Shihab al-Qastalani.
 Qanun; Kaedah-kaedah lagu yang diadakan bagi menggalakkan pembacaan al-Quran
yang baik

 Soalan: Adakah harus bagi seseorang melagukan al-Quran dengan al-alhan / gunakan
qanun-qanunnya ?
 Jawapan: Dalil asal pengharusan bertarannum ; Hadis Huzaifah al-Yamani (pemegang
rahsia Rasulullah saw):
Maksudnya: “Bacalah al-Quran olehmu al-Quran dengan lahn al-Arab dan suara-
suaranya. Jaga-jaga dengan lagu ‫( لحون‬ahli fasiq) dan lagu-lagu ahli kitab (yahudi Nasrani).
Akan datang selepas ini kaum-kaum yang melagukan al-Quran sebagaimana lagu nyanyian
dan lagu berkabung. Bacaan mereka tidak melewati kerongkong mereka. Hati mereka telah
terkena fitnah dan hal yang sama juga dengan hati bagi orang yang merasai bahawa bacaan
mereka adalah sesuatu yang hebat”.

 Kesimpulan: Hadis menuntut melagukan al-Quran dengan lahn al-Arab dan suara-
suaranya serta menegah daripada melagukan dengan lagu-lagu ahli fasiq dan ahli kitab
 Sama seperti lagu orang yang sedang berkabung; Contoh: pada kewafatan Saidina Husin;
mazhab al-Rawafid melagukan al-Quran dengan lagu al-Aajamiyah (bukan lagu arab).

1.3.1 PENDAPAT ULAMA; Tentang Qanun al-Nagham.

1. Syeikh Ali Suwaysi

 Ilmu yang dengannya diketahui cara pembacaan al-Quran dengan berlagu.


 Persembahan tafsir pada bacaan al-Quran (bacaan Quran berlagu).
 Irama yang menerangkan apa yang hendak disampaikan dari al-Quran.

2. Sheikh Mahmud Khalil al-Husari

 Merupakan Ketua Kesatuan Qari-Qari Dunia, 1967; sebagai perujuk dan


pentashih mushaf menegaskan: “HARUS bagi qari membaca dengan
menggunakan mana-mana muziki seperti (lagu-lagu tarannum) ; bersyarat bagi
memelihara & bersungguh-sungguh menjaga kaedah tajwid serta tidak melakukan
pengabaian ke atasnya.”.

 Seorang qari yang bagus memerlukan suatu anugerah (‫ ; )موهبة‬suara yang baik.

 Mempersembahkan lagu yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pada makna al-


Quran.
1.3.2 HUKUM BACAAN BERTARANNUM

 (‫س ِمنَّا َمن لَّ ْم َيَتغَ َّن بِال ُق ْرآن‬


َ ‫)ل َْي‬. )‫”"وفي رواية (يجهر به‬
 ‫ ليس‬:Nabi menafikan
 ‫ ِمنَّا‬:Bukan dari kalangan kami
NO. HUKUM HURAIAN

 Tuntutan secara umum.


1) Wajib
 Jika bacaan yang kedengaran kurang baik.

 Mengikut cara tertib pembacaan al-Quran oleh


2) Sunnah
Rasulullah saw.
 Imam al-Fawrani al-Shafii- bacaan berlagu
disunatkan.

 Melagukan dengan lagu-lagu tertentu dengan


3) Harus
tidak melampau.
 I. Abu Hanifah, I. Shafii , Ibn al-Mubarak, al-
Nadr bin Shamil mengharuskan.

 Menambah gaya bacaan sehingga kedengaran


4) Haram
buruk bacaan + mengabaikan hukum tajwid.
 Abd al-Wahab daripada Maliki menukilkan
hukum haram drpd I.Malik.

5) Makruh  Imam Malik, I. Ahmad, al-Hasan al-Basri


meriwayatkan dari pendapat Anas bin Malik RA
ِ ‫ من مَّل يَتغَ َّن بِال ُق‬Diselitkan dengan galakan melagukan bacaan al-Quran.
 : ‫رءان‬ َْ ّ
Kesimpulan hukum bacaan tarannum:

 Boleh menggunakan lagu-lagu dan qanun-qanun untuk memperelokkan suara & bacaan
al-Quran dengan 4 syarat:
1. Tidak melampau sehingga merosakkan bacaan – tidak menyebabkan kesalahan
hukum tajwid.
2. Tidak bertentangan dengan mana-mana irama lagu atau nada dengan kemuliaan
al-Quran.
3. Lebih cenderung membaca al-Quran dengan lagu yang membawa kesedihan –
sesuai dengan kedudukan al-Quran sebagai kitab peringatan bagi manusia – Lagu
sedih membantu kepada bacaan yang khusyuk dan mendatangkan rasa kehambaan
– Jangan membawa kesedihan melampau sehingga lagu orang berkabung yang
dilarang keras oleh syarak.
4. Qari menggunakan Qanun al-Lahn dengan kadar keperluan bagi memperelokkan
suara bacaannya – Tidak membawa daripada had yang disyariatkan - membawa
kepada takalluf dan taassuf.
1.3.3 JENIS BACAAN

1. Murattal (biasa dengan tertib).

2. Mujawwad (berlagu mengikut kesesuaian ayat):

‫اجملودة‬
ّ ‫القرءان‬
)‫القانون (الصناعي‬ ‫السليقة األصلية‬
‫السيكا‬ (‫ موهبة‬/‫)السجيّة‬
ّ
‫اجلهاركاه‬
‫الصبا‬
‫النهاوند‬
‫البيايت‬
‫الرست‬
‫احلجاز‬

1.3.4 ASAS PEMBACAAN AL-QURAN BERLAGU (TARANNUM)

 MAKNA
 Jika Qari mampu mengetahui makna ayat yang dibaca akan lebih mudah baginya
untuk menyesuaikan bacaan dengan lagu yang dibawa.
 #Jika bacaan al-Quran menggunakan al-Saliqah dengan kelainan masih diterima
selagi mana pengaplikasian lagu tersebut sesuai dengan kemuliaan al-Quran
(bukan sesuatu yang janggal didengar. Contoh: Bacaan al-Quran langgam jawa)
1.4 KAEDAH SUARA

 Suara ditakrifkan sebagai apa yang terhasil ketika udara keluar melalui kerongkong hingga

ke bibir dan dikawal oleh peti suara yang dibantu oleh lidah, mulut dan hidung.

1.4.1 TABAQAT SUARA

JENIS HURAIAN
1. Qarar al-qarar (‫القرار‬ ‫ )قرار‬yang dinamakan ( Peringkat suara yang paling rendah. Bersifat
tenang dengan pergerakan yang sederhana.
‫)تينور‬

2. Qarar (‫ )القرار‬yang dinamakan (‫)ألتو‬ Peringkat suara biasa bagi manusia semasa
berbicara. Berada pada kedudukan pertengahan
diantara qarar al-qarar dan jawab.

3. Jawab (‫ )اجلواب‬yang dinamakan ( ‫)برياتون‬ Peringkat ini keluar daripada tekanan pada
halkum untuk sampai kepada suara.

4. Jawab al-jawab (‫اجلواب‬ ‫)ج واب‬ yang Peringkat suara yang paling tinggi - peringkat
terakhir bagi suara seorang qari dan yang paling
dinamakan (‫)سوبرانو‬ susah untuk disempurnakan

 Penetapan tabaqat terpulang kepada kemampuan qari dalam mempelbagaikan serta

memperindahkan bacaan dengan susunan tabaqat suara disertai dengan hiasan burdah yang

kemas.

 Namun, jika berpandukan kepada Orentasi MTQ Malaysia perlu mengikuti cadangan harakat

lagu dan tabaqat suara yang ditetapkan.

1.4.2 HARAKAT LAGU & TABAQAT SUARA


BAYYATI
HARAKAT 1 2 3 4 5 6
LAGU
TABAQAT
‫قرار القرار‬ ‫قرار القرار‬ ‫القرار‬ > ‫القرار‬ ‫اجلواب‬ ‫جواب اجلواب‬
SUARA
‫اجلواب‬

SABA | NAHAWAND | HIJAZ | RAST | SIKAH | JIHARKAH

HARAKAT 1 2 3 4
LAGU
TABAQAT
SUARA
‫القرار‬ ‫اجلواب‬ ‫جواب اجلواب‬ ‫قرار القرار‬
1.5 JENIS LAGU TARANNUM & AYAT AL-QURAN

NO TARANNUM CIRI-CIRI & PERANAN SURAH QARI

1. BAYATI CIRI-CIRI: Surah ali-Imran: S.Mustafa Ismail


37
- Kabilah al- * KEY: MEMULAKAN
Bayyat. * Lembut disamping tegas.
- Ab al-Maqamat
* Sesuai dengan tabaqat sederhana.
* Harmoni
* Berunsur ketenangan.
* Bergaya & bersemangat.
* Kebangkitan umat Islam,
Pertolongan dari Allah, Kejayaan
bagi golongan tertentu.

PERANAN:
Furuk Masyhur:
* Memberi kekhusyukan dan sifat
- Al- Husayni kehambaan.
- Al-Shuri
* Menentukan gaya bacaan
- Al-Lami
- Muhayyar seterusnya.
- Al-Nawa * Memulakan setiap bacaan al-
Quran bertarannum.

2. SABA CIRI-CIRI: Surah al-Qiyamah Murattal:


Surah al-Fajr - Khalid al-Qahtani
- Rindu * KEY: BUDAK MENANGIS
- Kini * Gerak ringan meresap jiwa. Mujawwad:
dipopularkan oleh * Alunan lembut mendayu - S.Mahmud Rifat
qari Mesir. * Memohon, merintih - S.Mustafa Ismail
- Tiada furuk * Irama corak kesedihan

PERANAN:
* Menenangkan persembahan.
* Boleh menggerunkan pendengar
melalui penghyatan.
* Sedap dialunkan secara murattal.
* Ayat yang menyentuh jiwa, huru-
hara hari qiamat,

3. NAHAWAND CIRI-CIRI: Surah al-Isra: 23- Murattal:


24 - S.Mahmud Khalil al-
- Nama bandar di * KEY: KERIANGAN Surah Nuh : 5 Husari
Ibrahimiyah, * Gerak ringan yang berkesan. - S.Manshawi Rashid
‘Afasi
Khurasan (Iran) * Kelembutan (bersopan).
- Bandar ini * Sederhana memikat jiwa. Mujawwad:
dibuka dalam * Kehalusan seni - S.Mustafa Ismail
- Dr. Ahmad Nuaina
peperangan
Nahawand
- Tiada furuk
PERANAN:

* Membangkitkan kekhusyukan,
tafakkur
*Menenangkan jiwa pendengar &
pembaca.
* Gambarkan kegembiraan
* Permohonan, Musibah yang
menimpa

4. HIJAZ CIRI-CIRI: Surah Jumuah Murattal &


Mujawwad:
- Dinisbahkan - S.Mahmud Khalil al-
* KEY:KESEDIHAN
pada bumi Hijaz Husari
* Gerak lambat tapi berkesan.
(banyak
* Ketegasan pendorong semangat
mnggunakan
* Kelincahan menghidupkan
nagham) persembahan.
* Irama bercorak kesedihan,
sesalan, kelembutanhati,rindu &
cinta.

Furuk Masyhur: PERANAN:

- Al-Hijaz Kar * Memberi semangat kepada


- Al-Zanjaran persembahan.
- Al-Hijaz Al- * Memberi tenaga kepada
Kurd persembahan tarannum yang
seterusnya.
* Masuk dengan Bayati, Saba,
Nahawand dan Jiharkah.

5. RAST CIRI-CIRI: Surah ad-Dhuha Mujawwad:


- S.Mustafa Ismail
- Perkataan * KEY: KELINCAHAN. - S. Abd Basit
Parsi ; istiqamah * Gerak lembut + ketegasan. - Taha al-Fashni
- Shahat Anwar
(lurus, tidak * Kelembutan alunan
bengkok). * Lincah menyemarakkan
- Maqam asli
orang arab.
- Raja Maqamat.
Furuk Masyhur: PERANAN:

* Kebangkitan &kemewahan.
- Al-Suzanak
* Membangkitkan semangat.
- Al-Nayruz
- Al-Mahur * Menceritakan kisah umat
terdahulu.
* Kegembiraan, perintah, larangan.

6. SIKAH CIRI-CIRI: Surah Yasin: 9 Murattal:


- S.al-Mansyawi
*KEY: LAGU QASIDAH - S. Khalid al-Qahtani
- Sih + Kah
ORANG TUA ZAMAN – S.Mustafa Ismail
- Maqam al-
DAHULU.
Ushaq
* Gerak lambat meyakinkan
* Kelembutan menusuk kalbu
* Kesedihan + rintihan.

Furuk Masyhur: PERANAN:

* Melembutkan persembahan.
- Al-Hijam
* Beri kekhusyukan dan keinsafan.
- Al-Baladi * Penelitian hukum al-Quran.
- Al-Bastinkar * Sedikit lambat & perlahan.
- Al-Musta’ar * Bersulamkan burdah yang aktif.
7. JIHARKAH CIRI-CIRI: Surah al-Hajj:
19-36
-Berasal dari * KEY: TAKBIR HARI RAYA Surah Maryam:
Parsi. * Gerak ringan + berkesan 30-36
Surah al-Baqarah:
- Maqam * Kelembutan menusuk kalbu
191-192
al-‘ajam, bukan * Harmoni
maqam Arab. * Merayu, merintih.

PERANAN:

* Lembut, mendayu, pujukan &


rayuan.
* Beri kekhusyukan dan keinsafan.
1.6 METODOLOGI PENGAJARAN TARANNUM

 Mulakan sesi pengajaran dengan memberi pengenalan (latar belakang, ciri-ciri,


peranan, dll) lagu tarannum yang berkaitan.
 Menjelaskan kepada pelajar KEY bagi lagu tarannum yang berkaitan supaya
pelajar dapat mengenal pasti dan mengingati irama lagu tarannum berdasarkan
kepada key yang dicadangkan.
 Meneruskan aktiviti pembelajaran, pengukuhan dan penilaian dengan kaedah-kaedah
yang sesuai seperti cadangan dibawah:

KAEDAH HURAIAN

Talaqqi Mushafahah - Pelajar menerima pengajaran secara langsung daripada guru


melalui sebutan dan pergerakan bibir guru dengan jelas.
- Guru memperdengarkan bacaan bertarannum dengan jelas.
- Murid dapat mendengar bacaan yang disampaikan oleh guru
dengan jelas serta dapat membezakan tabaqat suara dengan
baik.

Kaedah Tikrar - Pengulangan yang dilakukan sama ada oleh guru atau pelajar
bagi memperelokkan lagi bacaan bertarannum.
- Kaedah ini membantu guru mengenal pasti kemampuan dan
kemahiran yang diperolehi murid.
- Membantu pelajar menghafal irama setiap lagu tarannum
dengan baik.

Kaedah Tasmiq - Guru menyemak bacaan bertarannum murid secara langsung.


- Guru dapat mengenal kelemahan atau kesalahan yang berlaku
dalam bacaan murid.
- Guru dapat membetulkan bacaan murid secara langsung.
- Memberi keyakinan kepada murid memperdengarkan bacaan
mereka.

Kaedah Hafazan - Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak


melibatkan ingatan secara langsung.
- Kaedah ini penting, dapat menguatkan ingatan,
mengembangkan ingatan dan mampu mengeluarkan semula
dengan lengkap.
- Dalam bidang tarannum, guru akan berusaha menghafaz
irama lagu tarannum yang dipelajari supaya dapat
disampaikan kepada para murid dengan baik.
Kaedah Rakaman - Salah satu alat bantu mengajar yang baik kerana mampu
menarik minat pelajar serta membawa unsur hiburan bagi
mengelakkan murid bosan.
- Guru memperdengarkan bacaan surah kepada murid yang
dibacakan oleh salah seorang tokoh yang membaca al-Quran
secara bertarannum melalui rakaman.
- Murid mengikuti bacaan rakaman yang diulang-ulang
sehingga mahir dengan bimbingan guru.

NOTA TARANNUM
SEMESTER 1 | 2019/2020

Anda mungkin juga menyukai