Anda di halaman 1dari 10

X PENGENALAN

Tarannum Soba merupakan sebuah tarannum yang masyhur di kalangan para


Qurra di seluruh dunia. Ia terkenal dengan sifat-sifat kelembutan dan
kesyahduan iramanya yang mampu memukau para pendengar. Oleh kerana
itulah, kita dapati para Qari dari seluruh dunia sering menggunakan tarannum
Soba dalam persembahan mereka ketika melagukan al-Quran. Bahkan dikatakan
bahawa sesuatu persembahan tidak akan lengkap tanpa dimasukkan lagu Soba
ke dalamnya.

Justeru, fokus utama dalam tajuk perbincangan ini adalah memberi tumpuan
kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan
maqam Soba dan sejarah perkembangannya. Di samping itu juga, kaedah
praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran
yang dilagukan dengan tarannum Soba.



HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Soba, sifat-sifat dan
peranannya dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Soba dalam surah-surah yang mengandungi
Mad Aridh Lissukun, Mad Iwad dan yang tidak mengandungi mad
di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan
dengan Soba.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
7
7
X Tarannum
Soba
X TOPIK 7 TARANNUM SOBA

94



SEJARAH TARANNUM SOBA



7.1.1 Definisi Soba dan Sejarah Perkembangannya
Tarannum Soba adalah sebuah lagu yang dipelopori oleh orang Arab. Merekalah
yang mempopularkan tarannum ini mengikut kesesuaian budaya mereka.
Seperti tarannum-tarannum sebelum ini, ia juga tersebar luas keseluruh dunia
dan tidak terkecuali ke Tanah Melayu. Dikatakan di Tanah Melayu, ia mula
popular selepas Perang Dunia Kedua.

Namun, setelah ianya popular keseluruh dunia, ia telah mengalami sedikit
sebanyak pengubahsuaian dan pembaharuan dalam cara pembawakannya.
Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan yang berlaku ini tidaklah sampai
mengubah identiti dan sifat-sifat asal lagu Soba tersebut. Ia hanya mengalami
perubahan dari sudut gaya pembawakannya sahaja bersesuaian dengan suasana
dan budaya pembaca.

7.1.2 Sifat-sifat Tarannum Soba


Tarannum Soba amat dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan
merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang
menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa, serta ayat-ayat yang bersifat
dalaman ataupun ruhaniah dan aqidah. Di antara Qari-qari Mesir yang masyhur
yang sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah
Syeikh Mohd Refat, Syeikh Abdul Basit, Syeikh al-Bahtimi dan lain-lain.


7.1
Senaraikan nama para Qari (bertarannum) dari negara Mesir yang anda kenali.

AKTIVITI 7.2
AKTIVITI 7.1
Berpandukan sumber dan maklumat yang ada pada anda, nyatakan
beberapa tokoh Qari dan Qariah dari Malaysia yang pernah menyandang
juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
TOPIK 7 TARANNUM SOBA W 95
Rajah 7.1 berikut menyatakan sifat-sifat umum tarannum Soba.


Rajah 7.1: Sifat-sifat umum tarannum soba

7.1.3 Peranan Tarannum Soba


Tarannum Soba mempunyai peranan yang amat besar dalam sesuatu bacaan
iaitu untuk memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang
dibaca disamping menambah kekhusyukan pembaca itu sendiri. Namun,
terdapat beberapa lagi peranan teknikal yang dimainkan oleh lagu Soba. Di
antaranya adalah seperti yang dapat kita lihat dalam Rajah 7.2.

Bincang dalam kumpulan anda tentang bentuk bacaan murattal dengan
menggunakan tarannum Soba dan praktikkannya.
AKTIVITI 7.3
X TOPIK 7 TARANNUM SOBA

96


Rajah 7.2: Peranan teknikal yang dimainkan oleh lagu soba

Demikian di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Soba di dalam
sesuatu bacaan. Jika ia dilagukan dengan baik, maka ia akan dapat memberikan
kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti mana yang telah
dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah ia di dalam ayat-ayat yang
berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan serta kerohanian.

SEMAK KENDIRI 7.1


Dengan merujuk kepada surah al-Muminun ayat 18, al-Furqan ayat 10
dan al-Qamar ayat 19, sila praktiskan tarannum Soba dengan
memasukkan elemen-elemen seperti ihtilalul lahn dan waslah al-
mumasalah berpandukan contoh dari bacaan guru anda.

TOPIK 7 TARANNUM SOBA W 97
TATBIQ TARANNUM SOBA DALAM AL-
QURAN

7.2.1 Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang


BerMad Aridh Lissukun
Surah al-Muminun: 18

`0 !# q9# m9#

$9& $9# `$ )/ 3`' {# $) ? U$ / ')9
$'' /39 / M_ =& /39 $ . V. $] =.'?
f l` B $ M6? $!$/ 6 =29

7.2.2 Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang


BerMad Iwadh
Surah al-Furqan: 10

`0 !# q9# m9#

8$6? %!# ) $ _ 79 #z 79 M_ gB $Ft B `{#
g 79 #`% / #/. $9$/ $ G& 9 >2 $9$/ #
#) ?& %3 / #` $; $? # #) #)9& $] $%3
$) ) # 9$ #6O #`? 9# #6O #n #`# #6O
#V2
7.2
X TOPIK 7 TARANNUM SOBA

98
7.2.3 Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang Tidak
BerMad di Kepala Ayat
Surah al-Qamar: 19

`0 !# q9# m9#
$) $=& = $t # t G` ? $9# (.
`$f& ) #3 %. 1# )9 $ # )9# .%#9
. M/. O 9$/ #9$) #0& $ #n `7K $)
#) 9 = ` +9'& `.%!# = $/ / >#. &








TARANNUM YANG SESUAI
DIWASLAHKAN DENGAN SOBA
Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum
Soba. Ini kerana terdapat persamaan pada wazan lagu atau pun air lagu tersebut.
Di antara tarannum-tarannum tersebut dinyatakan dalam Rajah 7.3 berikut.

AKTIVITI 7.4
Bincang sesama ahli kumpulan dalam kelas anda tentang bentuk-bentuk ayat
yang bersesuaian dengan tarannum Soba. Seterusnya, keluarkan contoh-
contoh ayat tersebut dari al-Quran.
7.3
TOPIK 7 TARANNUM SOBA W 99

Rajah 7.3: Tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum soba



Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum
tersebut pada lagu Soba. Seperti tarannum Rast, kaedah waslah tarannum Soba
dengan lagu lain boleh dilaksanakan, sama ada mengikut kaedah waslah di
tengah ataupun dihujung lagu tersebut.

Waslah al-mumasalah dalam lagu Soba amat penting bagi menimbulkan variasi
dalam bentuk pembawakannya. Agak kurang manis sekiranya lagu Soba tidak
diwaslahkan sedikit dengan lagu lain. Akan tetapi, waslah al-mumaslah yang
dilakukan hendaklah tidak sehingga mengubah atau pun menyebabkan identiti
Soba itu tidak dapat dikenal pasti.

7.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah di dalam


Tarannum Soba
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Soba adalah sebuah tarannum
yang memiliki ciri-ciri kelembutan yang menusuk jiwa. Pada ketika-ketika
tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti Ajam,
Husaini, Bayyati, Kurdi dan Iraqi, bagi menambah seri pergerakan lagu Soba
tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu
digandingkan dengan lagu Soba, di antaranya adalah seperti berikut:

(a) Mengurangkan Ketegangan di dalam Persembahan
Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Soba,
khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam
persembahannya, ialah Kurdi, Bayati dan Ajam.

(b) Mencantikkan Persembahan
Bagi tujuan mencantikkan lagi pembawakan lagu Soba, maka ia boleh
diwaslahkan dengan tarannum Nahwand secara waslah di tengah pada
harakat pertama Soba.
X TOPIK 7 TARANNUM SOBA

100
(c) Memanaskan Bacaan
Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia bolehlah diwaslah
dengan Husaini ataupun Ajam.


Tarannum Soba adalah sebuah lagu yang dipelopori oleh orang Arab dan
telah tersebar luas ke seluruh dunia, termasuk Tanah Melayu.

Terdapat sedikit sebanyak pengubahsuaian dan pembaharuan dalam cara
pembawakan Tarannum Soba. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan
ini tidaklah sampai mengubah identiti dan sifat-sifat asal lagunya.

Tarannum Soba amat dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan
merintih serta sedih. Ia amat sesuai dipraktiskan pada ayat-ayat berkaitan

Sila jawab soalan-soalan berikut untuk menguji sejauh mana
pemahaman anda mengenai topik ini.

1. Berikan huraian ringkas tentang latar belakang tarannum Soba.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Soba.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Soba tersebut,
apakah ayat-ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum
Soba ke atasnya?

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Soba
dalam sesebuah bacaan.

5. Pada pengamatan anda, siapakah Qari-qari terkenal dari Mesir
yang sering menggunkan tarannum Soba dalam bacaan mereka,
sama ada secara murattal ataupun bertarannum?

6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan
dengan tarannum Soba dan huraikan mengenai keperluan waslah
al-mumasalah tersebut.

7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Soba yang telah
dipelajari?
SEMAK KENDIRI 7.2
TOPIK 7 TARANNUM SOBA W 101
hari kiamat, rintihan atau doa, serta ayat-ayat yang bersifat dalaman
ataupun rohaniah dan aqidah.

Antara peranan utama Tarannum Soba dalam sesuatu bacaan ialah
membangkitkan rasa keinsafan kepada para pendengar tentang pengertian
ayat-ayat yang dibaca, di samping menambah kekhusyukan pembaca itu
sendiri.

Bagi membangkitkan lagi keindahan lagunya, tarannum Soba perlu
diwaslahkan dengan tarannum lain. Namun, waslah al-mumaslah yang
dilakukan itu hendaklah tidak sampai kepada mengubah ataupun
menyebabkan lagu Soba hilang identiti atau tidak dapat dikenalpasti.

Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Soba
ialah Ajam, Kurdi, Iraqi dan Bayyati.


Sifat-sifat dan Peranan Alunan Soba
Tarannum Soba
Tatbiq
Wazan


Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.


Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

KATA KUNCI
X TOPIK 7 TARANNUM SOBA

102
Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.

Anda mungkin juga menyukai