Anda di halaman 1dari 10

TTooppiikk 88 Tarannum

Hijaz

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Hijaz,
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Hijaz, sifat-sifat dan
peranannya dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Hijaz di dalam surah-surah yang
mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak
mengandungi mad di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan
dengan Hijaz.

PENGENALAN

Satu lagi tarannum yang muktabar dan terkenal di kalangan para QurraÊ dunia ialah tarannum Hijaz. Keasyikan dan kelembutan serta kelantangan tarannum Hijaz ini telah membuatkan setiap Qari dan Qariah yang mempelajarinya pasti meminatinya. Begitu juga dengan para pendengar, seandainya mereka mendengar seseorang imam membacakan tarannum Hijaz di dalam solatnya ataupun seseorang Qari membuat persembahan dengan lagu Hijaz, maka sudah tentu mereka akan khusyuk dan suka mendengarnya. Ini kerana tarannum Hijaz adalah sebuah tarannum yang unik disebabkan oleh kepelbagaian ciri dan sifatnya.

Sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak akan bertenaga tanpa dimasukkan tarannum Hijaz di dalamnya. Ia mampu memberi tenaga terhadap persembahan al-Quran. Semua ini akan kita pelajari dalam topik-topik seterusnya.

104

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

AKTIVITI 8.1 Musabaqah Tilawah al-Quran adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
AKTIVITI 8.1
Musabaqah Tilawah al-Quran adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Bincangkan di dalam kumpulan tentang
kebaikan acara ini dan beri cadangan untuk memperbaharui perlaksanaannya.
8.1
8.1

SEJARAH TARANNUM HIJAZ

8.1.1 Definisi Hijaz dan Sejarah Perkembangannya

Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana ia berasal dari negara Arab. Oleh kerana ia berasal dari tanah Arab, maka ia telah dipelopori dan dipopularkan oleh Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas.

Ia telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan Qariah dari pelbagai negara. Seperti tarannum-tarannum lain, ia juga telah mengalami pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Di Malaysia, boleh dikatakan ia mula popular sejak Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Ia dimulai oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat ketika itu seperti Allahyarham MaÊsom Pergau dari Kelantan, Allahyarham Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain. Tokoh-tokoh hebat tarannum ini masing-masing mempunyai cara yang berlainan dalam melagukan lagu Hijaz ini dan lagu-lagu lain. Kemudiannya ia diwarisi oleh murid-murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah ke generasi yang ada pada waktu ini.

Berdasar kepada pemerhatian, para Qari dan Qariah di Malaysia amat menggemari tarannum ini terutamanya mereka yang memiliki suara yang tinggi dan lantang. Boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan bacaan al- Quran secara bertarannum, maka setiap kali itulah mereka tidak akan ketinggalan untuk memasukkan tarannum Hijaz sebagai salah satu lagu daripada susunan beberapa lagu lain yang mereka susun.

SEMAK KENDIRI 8.1 Bincangkan tentang sejauh manakah pentingnya ilmu tarannum ini untuk dikembangkan dan disebarkan
SEMAK KENDIRI 8.1
Bincangkan tentang sejauh manakah pentingnya ilmu tarannum ini untuk
dikembangkan dan disebarkan kepada orang ramai.

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

105

8.1.2 Sifat-sifat Tarannum Hijaz

Secara umumnya, tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang mempunyai gerak yang ringkas dan tegas. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab. Pergerakan lagunya tidak begitu kompleks dan fleksibel seperti tarannum-tarannum lain, akan tetapi ia tetap mampu memberi kesan yang mendalam terhadap para pendengar setanding dengan tarannum- tarannum lain. Oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum Hijaz ini berada di tahap suara jawab, maka ia memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan.

Justeru, tarannum ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang mempunyai suara yang lantang dan tinggi. Jika tidak, berkemungkinan pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana Qari ataupun Qariah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini. Rajah 8.1 berikut menunjukkan beberapa sifat lain yang ada pada tarannum Hijaz.

Rajah 8.1 berikut menunjukkan beberapa sifat lain yang ada pada tarannum Hijaz. Rajah 8.1: Sifat-sifat tarannum

Rajah 8.1: Sifat-sifat tarannum hijaz

106

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

8.1.3 Peranan Tarannum Hijaz

Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan. Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang memainkan peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja, bahkan tarannum Hijaz mempunyai peranan-peranan lain seperti yang dinyatakan dalam Rajah 8.2 seterusnya.

lain seperti yang dinyatakan dalam Rajah 8.2 seterusnya. Rajah 8.2: Peranan tarannum hijaz AKTIVITI 8.2 Dengan

Rajah 8.2: Peranan tarannum hijaz

AKTIVITI 8.2 Dengan merujuk pada surah al-MuÊminun ayat 21, al-Furqan ayat 15 dan al- Qamar
AKTIVITI 8.2
Dengan merujuk pada surah al-MuÊminun ayat 21, al-Furqan ayat 15 dan al-
Qamar ayat 26, sila praktikkan tarannum Hijaz dengan berpandukan contoh
dari bacaan guru anda.

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

107

8.2
8.2

TATBIQ TARANNUM HIJAZ DALAM AL- QURAN

8.2.1 Tatbiq Tarannum Hijaz dalam Surah yang

BerMad Aridh Lissukun

Surah al-MuÊminun: 21

∩⊇∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# «!$# Οó¡Î0

$pκ÷]ÏΒuρ ×οuÏVx. ßìÏuΖtΒ $pκÏù ö/ä3s9uρ $pκÍΞθäÜç/ Îû $£ϑÏiΒ /ä3‹É)ó¡Σ ( Zοuö9Ïès9 ÄΝ≈yè÷ΡF{$# Îû ö/ä3s9 ¨βÎ)uρ

tΑ$s)sù ÏμÏΒöθs% 4n<Î) %·nθçΡ $oΨù=yör& ôs)s9uρ ∩⊄⊄∪ tβθè=yϑøtéB Å7ù=àø9$# n?tãuρ $pκön=tãuρ ∩⊄⊇∪ tβθè=ä.ù's?

∩⊄⊂∪ tβθà)Gs? Ÿξsùr& ( ÿçνçöxî >μ≈s9Î) ôÏiΒ /ä3s9 $tΒ ©!$# (#ρßç7ôã$# ÉΘöθs)≈tƒ

8.2.2 Tatbiq Tarannum Hijaz dalam Surah yang

BerMad ‘Iwadh

Surah al-Furqan: 15

∩⊇∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# «!$# Οó¡Î0

∩⊇∈∪ #ZÅÁtΒuρ [!#ty_ öΝçλm; ôMtΡ%x. 4 šχθà)Gßϑø9$# yÏããρ ©ÉL©9$# Ï$ù#èƒø:$# èπ¨Ψy_ ôΘr& îöyz y7Ï9≡sŒr& öè%

tΠöθtƒuρ ∩⊇∉∪ Zωθäó¡¨Β #Yôãuρ y7În/u4n?tã šχ%x. 4 t⎦⎪Ï$Î#yz šχρâ!$t±o$tΒ $yγŠÏù öΝçλ°;

öΝèδ ÷Πr& ÏIωàσ¯yδ “ÏŠ$t6Ïã ÷Λäù=n=ôÊr& óΟçFΡr&uãΑθà)usù «!$# Èβρߊ ÏΒ šχρßç7÷ètƒ $tΒuρ öΝèδãà±óstƒ

u!$uŠÏ9÷ρr& ôÏΒ šÏΡρߊ ÏΒ xÏG¯Ρ βr& !$uΖs9 ©Èöt7.tƒ tβ%x. $tΒ y7oΨ≈ysö6ß(#θä9$s% ∩⊇∠∪ Ÿ≅‹Î6¡¡9$# (#θ=|Ê

∩⊇∇∪ #Yθç/ $JΒöθs% (#θçΡ%x.uρ tò2Ïe%!$# (#θÝ¡nΣ 4©®Lym öΝèδu!$t/#uuρ óΟßγtF÷èG¨Β ⎯Å3≈s9uρ

108

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

8.2.3 Tatbiq Tarannum Hijaz dalam Surah yang Tidak BerMad di Kepala Ayat

Surah al-Qamar: 26

∩⊇∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# «!$# Οó¡Î0

öΝåκö:É)s?ö$$sù öΝçλ°; ZπuΖ÷FÏù Ïπs%$¨Ζ9$# (#θè=ÅöãΒ $¯ΡÎ) ∩⊄∉∪ çÅ°F{$# ÛU#¤s3ø9$# Ç¨Β #Yxî tβθçΗs>÷èuy

(#÷ρyŠ$uΖsù ∩⊄∇∪ ×|ØtGøtΧ 5>÷Å° ä. ( öΝæηuΖ÷t/ 8πyϑó¡Ï% u!$yϑø9$# ¨βr& öΝæη÷Îm;tΡuρ ∩⊄∠∪ ÷É9sÜô¹$#uρ

öΝÍκön=tã $uΖù=yör& !$¯ΡÎ) ∩⊂⊃∪ ÍäçΡuρ ’Î1#xtã tβ%x. y#øs3sù ∩⊄®∪ ts)yèsù 4sÛ$yètGsù ÷Λàιt7Ïm$|¹

∩⊂⊇∪ ÌÏàtGósçRùQ$# ÉΟ‹Ï±yγx. (#θçΡ%s3sù ZοyÏnuρ Zπysø|¹

AKTIVITI 8.3 Sila baca salah satu daripada ayat tersebut tadi dengan menggunakan tarannum Hijaz berserta
AKTIVITI 8.3
Sila baca salah satu daripada ayat tersebut tadi dengan menggunakan
tarannum Hijaz berserta dengan waslah tarannum Iraqi pada awalnya.
8.3
8.3

TARANNUM YANG SESUAI DIWASLAHKAN DENGAN HIJAZ

Tarannum Hijaz tidak seperti tarannum-tarannum lain yang mempunyai kepadanan dan kecantikan apabila diwaslahkan dengan tarannum selainnya. Ini kerana adalah menjadi sesuatu yang amat jarang di kalangan para Qari Mesir mewaslahkan tarannum Hijaz dengan tarannum yang lain selain ÂIraqi. Ini kerana ia agak kurang sesuai dan kurang padan dengan air lagu (cara penyampaian lagu) yang terdapat pada tarannum-tarannum yang lain. Perbezaan yang ketara pada bentuk dan air lagu ini akan menyebabkan sesuatu persembahan itu akan berbunyi agak janggal dan sumbang sekiranya sesorang Qari itu mewaslahkan Hijaz dengan tarannum lain yang tidak sesuai.

Namun, ini tidak bermakna bahawa lagu Hijaz tidak boleh digandingkan dengan lagu-lagu selainnya. Seandainya seseorang Qari itu ingin mewaslahkan

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

109

ia dengan tarannum-tarannum lain, maka dia hendaklah betul-betul pakar dan halus serta berhati-hati dalam melakukannya supaya persembahannya tidak menjadi sumbang.

Di antara tarannum yang paling popular dan sepadan untuk diwaslahkan dengan tarannum Hijaz ialah ÂIraqi. Hal ini adalah menurut pengamalan para Qari muktabar dari negara Mesir seperti Almarhum Syeikh Mustafa Ismail, Almarhum Syeikh Kamel Yusof al-Bahtimi, Almarhum Syeikh Abdul Basit Abdul Samad, Dr. Ahmad NuainaÊ dan lain-lain.

Selain itu, tarannum-tarannum lain yang sesuai untuk diwaslahkan dengan Hijaz adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3.

Hijaz adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3. Rajah 8.3: Tarannum-tarannum lain yang sesuai untuk

Rajah 8.3: Tarannum-tarannum lain yang sesuai untuk diwaslahkan dengan hijaz

Waslah tersebut boleh dilakukan di permulaan, di pertengahan atau di hujung lagu Hijaz. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keperluan semasa Qari ataupun Qariah yang melagukannya.

8.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum Hijaz

Tarannum Hijaz biasanya diwaslahkan dengan tarannum-tarannum yang lain kerana sebab-sebab berikut:

(a)

Memberi Persediaan Sebelum Memulakan Pembawakan Tarannum Hijaz Ini direalisasikan dengan membawa tarannum ÂIraqi terlebih dahulu sebelum memasuki harakah Hijaz yang sebenar.

(b)

Memberikan Gambaran tentang Lagu yang Akan Dibawa Selepasnya Sebagai contoh, sekiranya seseorang Qari itu ingin membawa tarannum Sikah selepas tarannum Hijaz, maka diharuskan baginya untuk mewaslahkan lagu Hijaz tersebut dengan Sikah pada penghujung penutup lagu Hijaz tersebut.

110

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

Sila ulang kaji semula pelajaran dalam topik ini dengan menjawab semua soalan berikut. 1. Jelaskan

Sila ulang kaji semula pelajaran dalam topik ini dengan menjawab semua soalan berikut.

1. Jelaskan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Hijaz.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Hijaz.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Hijaz, apakah bentuk ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum Soba ke atasnya serta berikan contoh ayat tersebut.

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Hijaz dalam sesebuah bacaan.

5. Mengapakah kebanyakan para Qari dan Qariah meminati tarannum Hijaz, khususnya di kalangan yang memiliki kelantangan dan ketinggian suara?

6. Mengapakah para Qurra Mesir jarang mewaslahkan tarannum Hijaz dengan tarannum lain?

7. Secara peribadi, apakah pendapat anda tentang tarannum Hijaz yang telah dipelajari?

pendapat anda tentang tarannum Hijaz yang telah dipelajari? • Tarannum Hijaz adalah sebuah tarannum yang unik

Tarannum Hijaz adalah sebuah tarannum yang unik kerana mempunyai kepelbagaian ciri dan sifat. Tanpa tarannum Hijaz, sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak akan bertenaga.

Ia terkenal dengan gerak lagunya yang ringkas dan tegas. Ia sesuai dibawa

pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab.

Walau bagaimanapun, untuk merealisasikannya dengan berkesan tarannum Hijaz memerlukan kelantangan suara kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannumnya berada di tahap suara jawab. Tanpa suara yang lantang, pembawaan lagu ini mungkin akan menjadi sedikit hambar.

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

111

Melalui peranannya yang tersendiri, tarannum Hijaz turut berfungsi dalam menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam kepada pendengar. Pun begitu, tidak seperti tarannum-tarannum lain, tarannum Hijaz tidak mempunyai kepadanan dan kecantikan apabila diwaslahkan dengan tarannum selainnya kecuali ÂIraqi.

Namun, bagi Qari yang betul-betul pakar dan teliti dalam melakukan waslah, tarannum Hijaz sesuai diwaslahkan dengan tarannum Nahwand,

Sikah dan Husaini.

KATA KUNCI

KATA KUNCI

Khusyuk

Tarannum Hijaz

Muktabar

Tatbiq

Sifat-sifat Alunan dan Peranan Hijaz

Tatbiq Sifat-sifat Alunan dan Peranan H i j a z M a h d i M

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.

Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al- Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir

AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah:

Dar al-IÊtisam.

Muhd. Ali Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:

Darul Fikr.

112

TOPIK 8

TARANNUM HIJAZ

Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan. Dimashq: Dar al-Qalam.