Anda di halaman 1dari 10

TARANNUM SIKAH

TAKRIF

SEJARAH

TARANNUM SIKAH

SIFAT

PERANAN

TAKRIF
Tarannum ni dikenal dengan pelbagai nama iaitu sikah, sikkah, sika, sega. Lagu ni dikatakan berasal dari negara Parsi yang bermakna gemercing gitar (mohd ali, seni tarannum al-quran di malaysia). Ada juga yang kata ia berasal dari satu daerah bersempadan semenanjung tanah Arab, Iran dan Afghanistan Lagu sikah boleh dikatakan satu lagu yang cemerlang kerana mempunyai banyak cabang dan variasi. Sikah adalah Grave iaitu mempunyai gerak lambat dan khidmat(M. Misbachul, Pedoman lagu-lagu Tilawatil Quran).

Menurut johan Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa, Ust Radzi Kamarul Hilan, lagu ini agak sukar dibawa kerana mempunyai burdah yang tersendiri. seseorang qari perlulah fokus pada kelembutan lenggok suara yang sedih dan merintih mengikut konteks ayat. Jika dikatakan lagu sikah, yang paling diingati adalah berzanji. Sudah menjadi identiti alunan berzanji yang diguna pakai oleh orang tua-tua dengan tarannum sikah. Lagu sikah yang dibawa lebih ke arah aliran hijazi yang agak keras , berbanding dengan sikah yang digunakan dalam bacaan al-quran. Berbeza dengan zaman sekarang berzanji sudah dipelbagaikan alunannya dengan lagu-lagu yang lain, namun lagu sikah tetap diminati sebagai trademark untuk berzanji.

SEJARAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Taranum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari Negara Parsi. Setelah diubahsuai, ia diterima pakai oleh pakar-pakar taranum al-Quran dari negara Hijazi dan dipopularkan kepada Qari dari segenap pelusuk dunia ini mengikut Lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh hingga kurun kesembilan belas. Sehingga kini, ia telah dipopularkan semula oleh Qari Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk alunannya lebih lembut dan bersopan.

Taranum Sikah antara taranum muktabar yang terkenal. Di dunia Melayu, ianya amat sinonim dengan bacaan berzanji. Di kalangan masyarakat Arab pula, ia sering digunakan dalam nyanyian dan bacaan alQuran mereka. Ia memiliki ciri yang bersahaja dan menarik, ia telah berkembang ke seluruh dunia termasuklah Malaysia pada zaman bermulanya ilmu taranum yang dipelopori oleh Almarhum Masom Pergau dari Kelantan.

SIFAT-SIFAT
Gerak lambat meyakinkan. Kelembutan menusuk kalbu. Berciri kesedihan dan kerintihan. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya. Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

PERANAN
Melembutkan persembahan. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Membawa kekhusukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah AlQuran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran

RUJUKAN
http://ramlanahmad78.blogspot.com/2010_0 5_11_archive.html http://tanpadiriku.blogspot.com/2010/02/tar annum-sikah.html http://www.scribd.com/doc/32322337/Taran num-Al-Quran

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai