Anda di halaman 1dari 2

Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam As-Syafie dalam pengajarannya adalah

seperti berikut:

1) Secara kuliah

Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram (Muhammad Abu
Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid- muridnya.
Masa ini merupakan saat- saat yang paling subur dalam keilmuannya, di mana Imam as- Syafei
menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama murid- muridnya mencari jalan pengeluaran
hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama
Sembilan tahun, Imam as- Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama- sama para ilmuan
yang lain, membahas , mengajar, mengkaji di samping berusaha melahirkan satu intisari dari
beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa itu. Di Mesir ,
beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula pada
setiap hari dari pagi hingga tengah hari ( setelah selesai solat subuh hingga waktu zohor). Setelah
selesai solat zohor, baru lah beliau pulang ke rumah bersama- sama dengan murid yang berdekatan
dengan beliau, antaranya ialah al –Muzani, al- Rabi’ dan Muhammad bin Abdullah

2) Secara halaqah

Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk halaqah. Di sini, beliau mengajar di sebuah masjid
di sebelah barat kota Baghdad. Pada mulanya terdapat 20 halaqah pengajian di masjid itu. Setelah
kedatangan Imam as- Syafei, halaqah itu digabungkan menjadi tiga sahaja dan halaqah yang lain
bergabung ke dalam halaqah Imam as- Syafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan
masyarakat yang terdiri daripada para ulama’, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.

3) Secara imlak

Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al- Umm. Pernah as- Syafei mengimlakkan
kepada murid- muridnya, dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri. Kadangkala dirombak pula
oleh murid- muridnya apa yang ditulis oleh beliau, kemudian dibacakan kepada beliau apa yang
telah dirombak itu.

4) Secara bertukar- tukar fikiran

Kaedah ini dilakukan oleh Imam as- Syafei ketika berhadapan dengan para ulama Baghdad, di mana
beliau sering bertukar- tukar fikiran tentang masalah agama, terutama dengan ahli fikah dari
Mazhab Hanafi. Masalah- masalah agama yang ditimbulkan oleh pembesar- pembesar Harun al-
Rasyid (khalifah) pada masa itu, dapat dijawab oleh Imam as- Syafei dengan penjelasan yang
memuaskan.

5) Kaedah usuli

Cara ini digunakan beliau di Baghdad (Iraq) semasa kebanyakan para ilmuan terpengaruh dengan
Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan sumber asal rujukan pengajarannya. Ini
terbukti sebagaimana kata- kata al- Karabisi, “Kami sebelum ini tidak mengenal istilah al- kitab, al-
sunnah dan ijmak, sehinggalah datangnya as- Syafei , beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab,
al- sunnah dan ijmak”.
6) Secara membaca

Cara ini dilakukan oleh beliau dengan membaca kitab karangannya dalam khalayak ramai. Menurut
Ahmad Muhammad Shakir; as- Syafei telah mengarang beberapa buah kitab, sebahagiannya pula
beliau merencanakannya sahaja ( kepada para sahabatnya). Melihat daripada model pengajaran
Imam as- Syafei , secara keseluruhannya memberikan kesan yang baik kepada para pelajarnya yang
kemudiannya menjadi ulama dan pemuda Islam pada masa itu. Antara yang terkenal ialah Imam
Abu Tsaur, Al- Muzani, Imam al- Rabi’, Imam al- Hassan bin Muhammad al-Za’farani dan sebagainya.

7) Cara perbincangan

Murid- murid Imam as- Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan kerana dalam sesuatu
permasalahan yang ditimbulkan, mereka tidak dirantai atau dikekang pendapat. Sifat taklid amat
tidak digemari oleh Imam as- Syafei , justeru terdapat dalam kalangan murid Imam Syafei yang tidak
bertaklid buta kepada gurunya, bahkan ada antara mereka yang tidak menyetujui sebahagian
pendapat Imam as- Syafei. Contohnya al-Muzani seorang alim bekas murid Imam Syafei yang
terkenal sebagai orang yang menghimpun dan menyusun kitab- kitab Imam as- Syafei akhirnya
dikenali juga sebagai “pembela Mazhab Syafei”.

Anda mungkin juga menyukai