Anda di halaman 1dari 8

PENULISAN ESEI : AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI PENDIDIK

1.0 PENDAHULUAN

Tanpa kita sedari, sudah lebih 1400 tahun kekasih kita, yang disebut sebagai Habibullah itu telah
pergi meninggalkan kita. Dialah insan kamil dan mulia yang diberi nama Muhammad bin Abdullah.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bercakap mengenai akhlak
baginda, baginda sememangnya mempunyai akhlak yang cukup indah dan sempurna walaupun
berhadapan dengan orang yang memusuhi baginda. Dalam Al-Quran juga ada menyebut dalam
surah Al-Ahzab ayat ke-21 :

‫َّللاَ َو ْاليَ ْو َم ْاْل ِخ َر َوذَ َك َر ه‬


َ‫َّللا‬ َ ‫َّللاِ أ ُ ْس َوة ٌ َح‬
‫سنَةٌ ِل َم ْن َكانَ يَ ْر ُجو ه‬ ُ ‫لَقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي َر‬
‫سو ِل ه‬
ً ِ‫َكث‬
‫يرا‬
Yang bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia
pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah
dan senang)”.

Dalam hadith juga ada disebutkan mengenai betapa hebatnya akhlak Rasulullah untuk dicontohi
di mana Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang akhlak Rasulullah
s.a.w, lalu Aisyah menjawab :

“Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim).

Daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith di atas, dapat kita simpulkan bahawa betapa sempurna
dan luar biasanya akhlak Nabi. Cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan
ilmu dan Islam itu sangat indah dan sebagai umat Islam khususnya para pendidik di luar sana
perlu mencontohi dan mengagumi akhlak baginda tersebut untuk menjadikan lapangan
pendidikan dan profesion keguruan lebih mantap. Dalam dunia pendidikan ini, sememangnya
akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Menurut Ahmad (2011), perubahan sentiasa berlaku
dalam sistem pendidikan negara selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
hidup masyarakat. Justeru, kita perlu mencontohi akhlak Rasulullah bagi menghadapi perkara-
perkara sebegini.

[3]
2.0 AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI PENDIDIK

2.1 Didikan Mengikut Umur (Memupuk Disiplin Dan Tanggungjawab)

Sebut sahaja mengenai mendidik, tidak kiralah mendidik anak sendiri atau mendidik anak orang
lain, kita perlu mengetahui tahap keperluan pada peringkat umur mereka. Menurut Muhd
Nasruddin (2015), dalam mendidik anak-anak, Rasulullah s.a.w memperkenalkan empat
peringkat pendidikan seperti dalam Rajah 1.

0-6 tahun
(Berikan kasih sayang sepenuhnya)
Didikan Rasulullah Mengikut Umur

7-14 tahun
(Disiplin & tanggungjawab)

15-21 tahun
(Jadikan mereka kawan)

21 tahun ke atas
(Berikan kepercayaan & kebebasan)

Rajah 1: Didikan Rasulullah Mengikut Umur

Rasulullah telah memberikan panduan kepada kita untuk mendidik mengikut umur anak-anak.
Jika keperluan mereka tidak dipenuhi pada satu-satu peringkat, hal ini akan menjadi masalah dan
membuatkan mereka memberontak. Contohnya, jika kanak-kanak berusia 0-6 tahun tidak
diberikan kasih-sayang yang mereka perlukan, hal ini akan menjejaskan proses mental dan
peribadi mereka. Disebabkan itulah jika kita lihat kanak-kanak dan remaja yang bermasalah,
lazimnya datang daripada keluarga yang bermasalah. Hal ini bertepatan melalui laporan yang
ditulis oleh Nurul Husna (2017) dalam Utusan Online, menyatakan bahawa sesetengah keluarga

[4]
Islam dilihat cenderung menerapkan unsur-unsur Barat dalam kehidupan seharian dan pergaulan
bebas adalah perkara biasa bagi mereka.

Selain itu, dalam konteks guru sekolah rendah, perkara ini berkaitan dengan peringkat kedua iaitu
anak murid yang berumur tujuh tahun sehingga baligh. Pada peringkat ini, Rasulullah
menyarankan kita supaya menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak. Hal
ini boleh dilakukan dengan memastikan mereka mengetahui dan mendidik mereka untuk
mendirikan solat. Kenapa dengan solat dapat memupuk nilai disiplin dan rasa tanggungjawab?
Hal ini kerana solat itu sendiri mempunyai rukun dan waktu-waktu tertentu untuk dipatuhi.
Menurut Afifi (2012), keseimbangan hidup akan dapat dicapai apabila urusan kerohanian dapat
diurus dengan berkesan iaitu dengan menjaga solat. Jika kita lihat perbezaan antara cara hidup
orang yang tidak solat dengan orang yang solat, dan antara orang yang solat pada awal waktu
dengan orang yang solat di akhir waktu. Pastinya orang yang solat dan solat di awal waktu itu,
hidupnya lebih teratur.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Napisah et.al. (2004) dalam Jadual 1, menunjukkan bahawa
faktor pendidikan agama amat mempengaruhi pelaksanaan solat fardhu.

Jadual 1 : Faktor yang Mempengaruhi Pelaksanan Solat Fardhu

Disebabkan itu semenjak di sekolah rendah lagi perlu ditekankan mengenai bab solat ini. Sebagai
guru Pendidikan Islam di sekolah, menjadi tugas dan tenggungjawab kita untuk memastikan

[5]
murid-murid dapat mendirikan solat. Sepertimana dalam hadith riwayat Abu Daud, Rasulullah
bersabda : “perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan
pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat
tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sangat
menekankan solat di peringkat sekolah rendah supaya mereka akan lebih bertanggungjawab
pada setiap tugasan terutamanya dalam mendirikan solat. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh
biarlah daripada rebungnya’.

2.2 Penyayang

Sesungguhnya sifat penyayang ini wajib ada dalam setiap insan yang bergelar pendidik. Hal ini
kerana untuk memanusiakan manusia memerlukan kasih sayang yang begitu luas. Kekerasan
dengan kekerasan tidak akan menimbulkan hasil, malah kelembutan juga yang akan
menewaskan kekerasan. Perlu diingat pelajar yang diajar berasal dari daerah dan budaya yang
berbeza satu dengan yang lain dan berbeza dengan kebiasaan kita (Wan dan Amina, 2016).
Sebagaimana Rasulullah dalam menyampaikan dakwah dan ilmu Islam, baginda tidak
menggunakan kekerasan untuk memaksa orang lain menerima dakwah Islam. Malah, ramai
orang ketika itu masuk Islam dek kerana peribadi Nabi yang begitu penyayang dan berlemah-
lembut.

Dalam buku susunan Junaid Al-Baghdadi (1997) juga ada menyatakan bahawa kita perlu
mencontohi peribadi baginda Rasullah s.a.w kerana bagindalah yang paling mahir dalam
mendidik sebagaimana yang disebutkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bermaksud : “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling berkasih-sayang dalam
memenuhi segala keperluan keluarganya daripada Rasulullah.” (HR. Muslim).

Melalui hadith ini kita dapat tahu bahawa Rasulullah sangat penyayang orangnya. Junaid Al-
Baghdadi dalam buku susunannya juga ada menceritakan bahawa baginda juga memanggil
kanak-kanak dengan nama-nama yang baik yang mana mereka suka mendengarnya. Baginda
juga memberikan kepada mereka nama-nama gelaran yang manis dan selalu bergurau dengan
tujuan berkasih sayang. Begitu juga sebagai pendidik, seboleh-bolehnya kita jangan
menggunakan perkataan kesat dan kasar kepada anak murid kita. Perkara ini sebenarnya akan
membantutkan perkembangan emosi dan kognitif mereka. Hal ini menurut Kolhberg (dalam
Abdulah Zhidi et.al. (2014), pada peringkat umur murid sekolah rendah ini, mereka mahu

[6]
dihormati dan dihargai serta diterima semua. Oleh itu, kita sebagai pendidik jangan lunturkan
keinginan dan semangat mereka untuk belajar dengan mengherdik dan menghina mereka kerana
hal tersebut akan membantutkan semangat mereka untuk belajar. Sebaliknya, gunakanlah dan
sebarkanlah kasih sayang seperti yang diajarkan Rasulullah dalam mendidik.

2.3 Kesabaran yang Tinggi

Dalam meneroka dunia pendidikan ini, sememangnya banyak cabaran yang perlu ditempuh.
Terkadang kerenah dan perangai murid serta sistem pengurusan yang sentiasa berubah-ubah
menguji daya tahan emosi dan kesabaran kita. Jadi, sebagai pendidik kita perlu mempersiapkan
diri dengan kesabaran yang tinggi. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Al-Rahiq Al-
Makhtum karangan Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2016), Rasulullah s.a.w dalam
menyebarkan dakwah Islam, baginda diuji dengan ujian yang sangat hebat. Sehinggakan
baginda pernah diperlakukan oleh kaum Quraisy dengan dibaling batu, najis dan dijerut leher
baginda. Namun baginda tidak pernah putus asa, malah semakin gigih dan sabar dalam
menegakkan kalimah tauhid. Begitulah kita sebagai pendidik, walaupun diduga dengan kedegilan
anak murid atau dikhianati dan menjadi mangsa hasad dengki rakan guru yang lain, sabar. Nabi
mendidik kita supaya bersabar kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jika ingin
dibandingkan dugaan Nabi dan dugaan yang kita alami, dugaan yang dilalui Nabi itu lebih berkali
ganda hebatnya.

Ketika menjadi seorang guru juga, banyak perkara yang perlu dikorbankan demi melihat anak
didik berjaya. Sebagaimana yang diceritakan ‘Aidh Abdullah (2006) dalam bukunya, dalam
proses menyampaikan dakwah, ketika hari yang amat panas, baginda tidur di atas tanah kerana
tidak punya kain yang dapat dijadikan alas tidur. Biarpun begitu, baginda tetap manusia yang
paling penyabar, kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Ma`arij ayat 5 yang bermaksud :

ً ‫صب ًْرا َج ِميال‬ ْ ‫فَا‬


َ ‫ص ِب ْر‬
“Maka bersabarlah kamu dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.” (Al-Ma`arij :5)

Jika Rasulullah boleh berkorban dan bersabar sehingga ke tahap itu, sewajarnya kita sebagai
pendidik perlu bersabar dengan cabaran yang hanya sedikit sahaja dalam menyampaikan ilmu.
Bersabar itu indah sebenarnya. Kita hanya perlu yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama

[7]
orang-orang yang sabar dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Jadi, contohilah akhlak
Rasulullah dengan bersabar dan mintalah pertolongan daripadaNya.

2.4 Ketegasan dalam Kelembutan

Dalam dunia pendidikan, ilmu yang disampaikan kepada anak-anak murid itu perlu disampaikan
dengan sebetul-betulnya. Hal ini kerana ilmu yang disampaikan itu adalah ilmu Allah dan ajaran
serta sunnah Rasulullah s.a.w. Selain itu, ilmu yang disampaikan itu akan menjadi amalan anak
didik kita seterusnya menjadi bekal atau saham kita di akhirat kelak. Jadi, bagi menjamin ilmu itu
sampai ke dalam hati dan jiwa anak-anak didik, kadang kala kita perlu bertegas dalam melakukan
sesuatu. Namun, ketegasan itu perlu adanya kelembutan. Atau dengan kata lain, kita mendidik
secara berhikmah. Perkara ini penting untuk dilakukan terutamanya dalam soal akidah dan
akhlak. Sebagaimana yang Rasulullah terapkan dalam diri cucunya iaitu Saidina Hasan
mengenai sifat benar. Hal ini ada diriwayatkan dalam hadith di mana Saidina Hasan r.a pernah
berkata :

Maksudnya : “Aku pelihara benar-benar akan apa yang aku ambil dari
Rasulullah s.a.w iaitu: “Tinggalkanlah segala apa yang membimbangkan kamu
dan pergilah kepada apa yang tidak membimbangkan kamu. Maka
sesungguhnya sifat benar itu merupakan ketenangan dan berdusta itu
merupakan kebimbangan.” (HR. Tarmizi).

Melalui hadith ini, sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat mengambil berat dan bertegas dalam
menanamkan sifat benar dan jangan berdusta dalam diri anak-anak. Walaupun Nabi bertegas
dalam hal ini, namun cara penyampaiannya cukup lembut dan berhikmah sehinggakan Saidina
Hasan tidak melupakan hal tersebut. Begitu juga dalam konteks kita sebagai pendidik, dalam
memastikan akidah dan akhlak anak murid kita terjaga, dan dalam pada masa yang sama kita
perlu menjaga sensitiviti di mana anak-anak sekarang yang tidak boleh dicubit sedikit pun,
kaedah ini sangat perlu untuk digunakan. Setegas mana pun kita , jangan gunakan kekerasan
Menurut Mazidah (2011), pendidikan nilai dalam Islam berkait rapat dengan konsep akhlak iaitu
nilai baik dan buruk, bersifat mutlak serta ditentukan oleh Allah. Oleh itu, pembangunan dan
penanaman nilai memerlukan ketegasan dalam kelembutan, kesabaran dengan kefahaman serta
kebijaksanaan yang tinggi.

[8]
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan pendidik terulung
yang perlu kita contohi sebagai pendidik pada masa akan datang khususnya dalam dunia
Pendidikan Islam. Jika dikaji, Rasulullah sebenarnya telah lama menunjukkan cara yang terbaik
dalam mendidik anak-anak bangsa. Konsep yang sama, cuma caranya agak sedikit berbeza
disebabkan perubahan zaman yang berlaku. Tuntasnya, kita sebagai guru perlu menjadikan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai role model kita yang pertama. Sebagai mana yang telah diterangkan,
kita perlu lagi membaca dan mengkaji bagaimana Rasulullah meletakkan dirinya sebagai
pendidik. Kita perlu melihat corak kerja baginda, bagaimana baginda mendidik anak-anak, yang
mana didikan Nabi tidak sama untuk setiap orang. Semoga kita semua dapat menjadi pendidik
seperti Rasulullah s.a.w. yang disegani serta dihormati.

[9]
Rujukan

Abdullah Zhidi Omar [et.al..] (2014). Pengantar Pendidikan Moral IPTA, IPTS, IPG dan Kolej.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Afifi Ahmad (2012). Meraih Cinta Al-Khaliq. Shah Alam : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

‘Aidh Abdullah Al-Qarni; diterjemah oleh Rasyidah Basyir (2006). Nabi Muhammad S.A.W : Al-
Quran Berjalan Rahmat Bagi Seluruh Alam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Ahmad Mohd Salleh (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam : KPLI
Pengajian Islam & j-QAF. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Junaid Al-Baghdadi (1997). Proses Awal Sistem Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Mazidah Muhammad (2011). Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam. Kuala Lumpur : PTS
Media Group Sdn. Bhd.

Muhd Nasruddin Dasuki (2015). 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita. Selangor: Grup Buku
Karangkraf Sdn. Bhd.

Napisah Humni, Salehudin Sabar, Mahadi Khalid dan Mohamed Razi Mohd. Suradi (2004).
Pelaksanaan Ibadah Solat Fardhu di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu
Lintang. Jurnal Pendidikan MPBL, 5,107.

Nurul Husna Rosidi (2017, Mei 8). Akhlak Remaja Melayu Semakin Meruncing. Utusan Oline.
Diakses daripada laman web : http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remaja-
melayu-semakin-meruncing-1.478633

Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri; diterjemah oleh Muhammad Ramzi Omar (2016). Al-Rahiq
Al-Makhtum. Sirah Nabawiyyah S.A.W. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia

Wan Kamalsha dan Amina Noor (2016). Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Rawang: Pustaka
Ilmuwan.

[10]

Anda mungkin juga menyukai