Anda di halaman 1dari 23

SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

1.0 PENGENALAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pendekatan, kaedah

atau teknik mempunyai kedudukan yang sangat signifikan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Bahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi

pengajaran adalah sebagai satu seni dalam pemindahan ilmu pengetahuan kepada pelajar,

kadang-kadang kaedah yang digunakan oleh guru itu lebih berupaya untuk memberi kesan

jangka panjang kepada penerimaan dan penghayatan ilmu yang diajar. Secara realitinya,

guru yang mengajar dengan kaedah yang berkesan dan menarik serta komunikasi pelbagai

hala adalah lebih berkesan walaupun mata pelajaran itu sendiri agak sukar difahami atau pada

mulanya tidak diminati oleh pelajar. Sebaliknya juga jika mata pelajaran yang diajar itu lebih

mudah, tetapi disampaikan dengan cara yang tidak berkesan dan menarik akan menjadikan

pelajar hilang minat atau tidak berminat untuk menumpukan perhatian semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana itu, penerapan kaedah yang tepat sangat

mempengaruhi dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Keupayaan seseorang guru itu dalam mengaplikasikan suatu kaedah yang berkesan dan

menarik merupakan satu pencapaian yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang pada akhirnya sebagai menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut

mempunyai kualiti yang tinggi dalam pendidikan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran atau pedagogi dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam hampir sama dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain, namun

kaedah pengajaran Pendidikan Islam diharapkan bukan hanya meningkatkan pengatahuan

pelajar, bahkan akan berupaya mengubah sikap seseorang palajar itu kepada sikap yang

berketrampilan atau berperibadi mulia. Kaedah Uswah Hasanah atau keteladan atau role

model merupakan satu kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang sangat efektif dan sesuai

diterapkan oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara

1
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

langsung atau tidak langsung, ini adalah kerana pada dasarnya pendidikan merupakan usaha

yang berterusan seorang pendidik terhadap perkembangan jasmani, rohani dan emosi anak

didik dalam menuju ke arah terciptanya keperibadian unggul seorang Islam. Konsep Uswah

Hasanah telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran di dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

Yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu

contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan)

Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah

banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Berdasarkan ayat yang dinyatakan di atas, Keteladanan yang paling utama dan unggul

untuk dicontohi dan diikuti adalah pada diri Rasulullah s.a.w.

2.0 ISI PERBINCANGAN

2.1 DEFINISI USWAH HASANAH

Perkataan Uswah mempunyai maksud yang sama dengan perkataan Qudwah iaitu ikutan,

contoh, teladan(kamus Dewan edisi ke4). Dengan kata lain, uswah berasal dari perkataan

Bahasa Arab yang membawa maksud keteladanan iaitu perbuatan baik yang ditonjolkan dan

dapat ditiru oleh orang lain. Rasulullah s.a.w merupakan model al-uswah yang terbaik(Nur

Najihah, 2015) Manakala perkataan Hasanah pula membawa maksud teladan yang baik

(kamus Dewan edisi ke4).

2.2 RASULULLAH S.A.W SEBAGAI MODEL USWAH HASANAH

2
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Makna yang sebenar bagi Uswah Hasanah ialah merujuk kepada contoh mulia dan

mithali yang dicerminkan oleh seseorang individu, di mana pencerminan tersebut berkaitan

dengan peribadi, tindakan dan natijah pergerakan akliah iaitu berdasarkan ilmu yang ada,

jasmani iaitu berdasarkan keterampilan dan abad yang ditonjolkan dan rohani individu ini

begitu mulia dan hampir menepati apa yang disarankan oleh agama, masyarakat yang adil

dan tuntutan zaman serta tempat. Uswah Hasanah yang perlu diikuti dan di contohi ialah

Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, apabila mengulas atau memperbahaskan mengenai akhlak dalam kalangan

ummah, kepentingan akhlak Rasulullah s.a.w adalah sebagai contoh atau uswah hasanah

yang perlu diperbincangkan secara ilmiah dan kompleks. Menurut Mohd Mokhtar (1994)

nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang diberi wahyu oleh Allah, dididik, ditarbiah,

dijaga dan dipimpin oleh Allah serta menjadi contoh dan ikutan. Hal ini disokong oleh

Mardzelah (2003) yang menggambarkan seluruh kehidupan baginda Rasulullah adalah

teladan yang perlu dicontohi dan diikuti dalam kehidupan seharian. Firman Allah di dalam

surah al- Ahzab ayat 21,

" demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang

baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan

baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak

(dalam masa susah dan senang )"

3
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

(Syaamil al-Quran:Miracle The Reference 2010:837)

Mardzelah (2003) berpandangan pendidikan melalui teladan ini merupakan salah satu

cara terbaik pernah diterima oleh para sahabat secara langsung daripada Rasulullah. Peribadi

Rasulullah menjadi contoh yang paling tepat untuk dijadikan teladan dalam membentuk

peribadi masing-masing. Begitu juga peribadi sahabat-sahabat baginda dapat kita jadikan

contoh teladan kerana mereka semua berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kelahiran

Rasulullah adalah suatu nikmat kepada seluruh umat manusia, lantaran mereka amat

memerlukan seorang pemimpin dan pembimbing yang boleh mengajar erti kebahagian hidup

yang sebenarnya dan merealisasikan nilai-nilai kemanusian yang hakiki dalam kehidupan

seharian dan seterusnya menyakinkan mereka tentang kewujudan alam akhirat dan hari

pembalasan . Hal ini dipersetujui oleh Asming & Ahmad Farid (2007) yang menegaskan

Rasulullah dibangkitkan oleh Allah kepada umat ini bukan hanya untuk mengabdikan diri

kepada Allah semata-mata tetapi diutus untuk memperbaiki akhlak umat ini. Sabda

Rasulullah s.a.w.:

"bahawa aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia"

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w adalah sebagai contoh

teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi manusia agar sentiasa beriman dan bertakwa.

Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku baginda mengandungi

hikmah dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Al-Quran,

maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah

peijalanan baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan

syariat. Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah

ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan baginda seperti

hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan kaum kafir juga

4
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

baginda sering menunjukkan akhlak mulia ini. Saidatina Aisyah r.a. pernah ditanya,

mengenai akhlak Baginda s.a.w, maka beliau menjawab yang bermaksud:

"akhlak baginda adalah Al-Quran"

Menurut Ahmad (1995) dan Ishak (2007) baginda telah dianugerahkan oleh Allah

dengan sifat-sifat kesempurnaan seperti yang ditegaskan dalam firman Allah dalam surah al-

Qalam ayat 4 yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung"

(Syaamil al-Quran:Miracle The Reference 2010:1025)

Ayat tersebut diturunkan bagi menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w memiliki akhlak

yang terpuji. Riwayat lain ada menegaskan, tiada siapa yang dapat menandingi akhlak

Rasulullah s.a.w. Apabila seseorang memanggilnya sama ada sahabat, keluarga atau isi

rumahnya, baginda selalu menyahut dengan ucapan "Labbaik" (as-Sayuthi 2008).

Rasulullah berbeza dengan nabi-nabi lain. Rasulullah mempunyai sifat-sifat dan cara

hidup istimewa yang meletakkannya di taraf yang paling indah dan tinggi dalam kalangan

para rasul. Mungkin mereka mempunyai persamaan dengannya dalam beberapa perkara tetapi

tidak dalam semua perkara. Sebagai contoh, Rasulullah adalah merupakan seorang ayah tetapi

tidak kesemua para rasul pernah menjadi ayah. Rasulullah adalah seorang suami tetapi tidak

semua para rasul beristeri Rasulullah merupakan ketua negara dan pengasasnya tetapi tidak

kesemua para rasul menubuhkan negara. Rasulullah merupakan ketua turns angkatan tentera

5
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

dan seterusnya pernah bertempur dengan musuh di medan perang tetapi tidak kesemua para

rasul berbuat demikian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, nabi Muhammad sebagai contoh yang utama

adalah manusia yang memiliki peribadi, sahsiah dan personaliti yang terbaik kerana baginda

sentiasa bertoleransi, bersopan santun, adil, berani, jujur, amanah dan sebagainya. Natijahnya,

nabi Muhammad sentiasa mengamalkan dan menghayati sifat-sifat mahmudah yang dikenali

sebagai akhlak yang terpuji (Mardzelah 2003).

Penulis melihat Rasulullah seorang yang berkarisma dan sentiasa mengotakan setiap

apa yang dikata. Baginda bukan seorang yang hipokrit atau dengan kata lain 'cakap tak serupa

bikin'. Setiap apa yang dikatakan digambarkan melalui perbuatan baginda. Ini bertepatan

dengan pandangan Mardzelah (2003) yang merumuskan Rasulullah mendidik dengan sikap

dan akhlak kerana apa yang baginda cakapkan baginda laksanakan. Seluruh kandungan al-

Quran itu ada pada diri baginda zahir dan batin. Sehingga isteri baginda Siti Aishah

mengatakan Rasulullah adalah al-Quran yang berjalan. Kaedah guru melakukan dahulu apa

yang hendak diajar dan dididik sebelum diajarkan kepada muridnya adalah rahsia pendidikan

yang cukup penting dan diperintahkan oleh Allah melalui al-Quran surah al- Saf ayat 2-3:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak

kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa

yang tidak kamu kerjakan".

6
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

(Syaamil al-Quran:Miracle The Reference 2010:1099)

Di samping umat Islam menyanjungi akhlak Rasulullah, orang-orang Barat turut juga

menyatakan sanjungan mereka terhadap akhlak yang dimilki Rasulullah. Menurut Mardzelah

(2003) akhlak mulia Rasulullah turut dikagumi oleh pemikir dan sarjana Barat seperti Arthur

Glyn Leonard. Sarjana Barat ini menyatakan "untuk mengerti Muhammad atau jiwa Islam

dengan sempurna, orang harus tahu lebih dahulu bahawa Muhammad bukan hanya

pengembara biasa yang menghabiskan umur melainkan satu daripada orang yang paling setia,

jujur dan sungguh-sungguh dari setiap masa dan zaman".

Kekaguman para sarjana Barat terhadap ketinggian akhlak yang dimiliki oleh

Rasulullah membuktikan Rasulullah s.a.w bukan sahaja disanjung oleh umat Islam malah

seluruh manusia di dunia. Hal ini selari dengan pandangan Lokman (2006) yang menyatakan

pengikhtirafan yang diberikan sarjana bukan Islam ke atas nabi Muhammad membuktikan

mereka benar-benar mengkaji sirah Rasulullah dan menemui sesuatu yang hebat mengenai

peribadi baginda yang tidak mungkin ada pada insan lain.

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah uswah hasanah yang

dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam. Contohnya, peristiwa seorang

Badawi yang membuang air kecil di dalam masjid. Apabila melihat kejadian ini, para sahabat

yang berada di situ, naik berang lalu bergegas hendak memukul Badawi tadi. Walau

bagaimanapun tindakan mereka telah dihalang oleh Rasulullah s.a.w,. Baginda membiarkan

sahaja Badawi itu selesai membuang air kecil. Kemudian Baginda meminta sebekas air lalu

disiramkan di tempat kencing tersebut. Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada para sahabat,

apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badawi itu semasa sedang

membuang air kecil? Lalu jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air

kencingnya. Kisah ini menjadikan Badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah s.a.w itu,

7
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

merasa kagum dengan ketinggian akhlak baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya

untuk memeluk Islam.

Begitu juga dengan sifat pemaaf yang dimiliki oleh Rasulullah dapat diteladani

melalui kisah seorang perempuan tua Yahudi yang selalu menyusahkan Rasulullah s.a.w iaitu

dengan menabur duri dan najis di jalan yang dilalui oleh baginda apabila pergi berdakwah.

Perempuan tua itu terlalu bencikan Rasulullah s.a.w tetapi satu hari ketika dia jatuh sakit,

satu-satunya orang yang datang menziarahi beliau ialah Rasulullah s.a.w. Malah baginda

turut mencari ubat untuknya. Sifat mulia baginda ini menyebabkan perempuan tua itu

akhirnya memeluk Islam (Mardzelah 2003).

Sifat kasih sayang sesama manusia tanpa ada sikap pilih kasih juga tergambar pada diri

Rasulullah. Menurut Mardzelah (2003) apabila dua tiga hari Rasulullah tidak melihat salah

seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh

baginda. Baginda akan menziarahi rumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Baginda

makan, solat dan duduk bersama-sama dengan para sahabat. Satu hari ketika sedang

menghadap hidangan makanan, datang seorang tua yang berkudis hitam legam kulitnya,

buruk rupanya dan berair pula kudisnya lalu meminta makanan. Rasulullah tanpa rasa jijik

dan dengan penuh tawaduk memegang tangan orang itu dibawa ke sebelahnya untuk makan

bersama-sama baginda. Sabda baginda yang bermaksud:

"Dari Nukman bin Basyir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Anda lihat orang-

orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi, saling cinta-mencintai dan

saling tolong-menolong seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang

terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita

panas" (sahih Bukhari, bab 4, hadis 1701)

8
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya

nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah menggambarkan kehidupan orang-

orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai atau

dideritai oleh saudara seislam.

Selain daripada itu Rasulullah seorang yang penyayang terhadap anak dan cucunya. Ini

digambarkan oleh Ishak (2007) yang menyatakan Rasulullah sangat sayang kepada puterinya

Fatimah. Apabila baginda melihat puterinya datang baginda terus bangun menyambut

kedatangannya serta menciumnya dan memegang tangan

seterusnya menempatkan dia di tempat duduknya dan begitulah juga tindakan Fatimah

terhadap ayahnya apabila ayahnya mengunjunginya. Namun begitu, sungguhpun baginda

begitu sayang dan manja kepada anak dan cucunya tetapi kesayangan dan kemanjaannya

tidak mempengaruhinya apatah lagi memesongkannya daripada dasar hidupnya yang

dibentuk dan terdidik mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Allah. Malah

Rasulullah bertindak secara berkesan mendidik puterinya Fatimah dan mencorakkan

kehidupannya mengikut lunas-lunas akhlak yang tinggi atau dengan lain perkataan mengikut

lunas akhlak an-Nubuwah supaya pancaroba hidup keduniaan tidak akan mengganggunya

daripada memusatkan tenaganya untuk beribadat kepada Allah (Ishak 2007).

Rasulullah merupakan seorang manusia agung yang sanggup berkorban jiwa dan raga

dalam memenuhi visi dan misi dakwah Islam. Pendapat penulis ini bertepatan dengan

pandangan Mardzelah (2003) yang menggambarkan peijuangan dan pendidikan tidak dapat

beijalan dengan baik tanpa pengorbanan. Oleh itu Rasulullah sentiasa sangat serius berkorban

harta benda, masa, tenaga, fikiran dan segalanya. Baginda pergi ke medan perang dan berada

di barisan hadapan sekali. Baginda turut sama menggali parit dan mengangkat batu dalam

perang Khandak. Baginda hidup bersama fakir miskin, janda dan anak yatim dan menjadi

9
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

pembela kepada orang-orang susah itu. Apabila mendapat harta rampasan perang, baginda

dahulukan ahli suffah dan masyarakat lainnya tanpa menghiraukan diri dan ahli keluarga

baginda. Bagi orang yang berhutang bagindalah yang membayarnya. Baginda rela

menanggung susah payah demi keselamatan ummah.

Natijahnya, kisah dan peristiwa yang diutarakan oleh penulis adalah bukti

menunjukkan betapa agungnya peribadi yang dimiliki oleh Rasulullah. Kehebatan akhlak

Rasulullah bukan sahaja tergambar dalam linkungan keluarga baginda sahaja tetapi meliputi

keseluruhan hidup baginda bersama masyarakat dan ketika memimpin negara.

Kehebatan peribadi Rasulullah yang bincangkan inilah yang perlu dijadikan panduan

kepada guru-guru Pendidikan Islam untuk menjadikan kaedah uswah hasanah sebagai satu

daripada kaedah yang berkesan untuk diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menurut Sharil @ Charil et al (1994) guru perlu menjadikan diri mereka sebagai qudwah

hasanah (model terbaik ) kepada pelajar kerana sifat tersebut merupakan sunnah Rasul

dengan Rasulullah sebagai contoh yang utama (Ahmad Mohd Salleh 1995). Sehubungan

dengan itu guru harus mempunyai kualiti diri yang boleh dicontohi dan diteladani dan tanpa

kualiti ini, proses pendidikan sukar diterapkan (Sidek Baba 2006).

3.0 KAEDAH USWAH HASANAH MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Pelaksanaan Kaedah Uswah Hasanah yang diguna pakai pada zaman Rasulullah dan

Rasulullah sendiri menggunakannya untuk mengajar para sahabat dan ia merupakan teknik

yang amat berkesan. Kaedah ini tetap digunakan sehingga kini bagi memastikan penerapan

nilai akhlak Islamiah berjaya diterapkan dalam jiwa pelajar iaitu sebagaimana Rasulullah

sendiri mencapai kejayaan yang sangat baik kerana Baginda sendiri menjadi Uswah Hasanah

10
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

dalam aspek pendidikan yang ingin disampaikan oleh Baginda1,. Keunggulan dan keluhuran

peribadi Rasulullah jika di ambil dan diserap dalam kalangan guru Pendidikan Islam akan

menjadi Uswah Hasanah kepada para pelajar2. Namun, pada konteks zaman sekarang

terutamanya kepada guru, Uswah Hasanah memerlukan contoh kontemporari3 (bukan bererti

menggubah suruhan yang hakiki tetapi adalah untuk mengukuhkan kedudukan dan martabat

Islam yang sesuai sepanjang zaman. Oleh itu, guru perlulah menunjukkan Uswah Hasanah

yang terbaik menurut Al-Quran dan As-Sunnah dalam semua aspek kehidupan seperti aspek

natijah pergerakan akliah iaitu ilmu dan jasmani4 yang boleh dibahagikan kepada dua iaitu

keterampilan serta adab.

3.1 USWAH HASANAH DALAM ASPEK ILMU

Menurut Al-Ghazali, seorang guru perlulah mengamalkan ilmu yang ada padanya dan

guru tidak sepatutnya membohongi perbuatan melalui perkataannya. Selain itu, juga salah

satu ciri-ciri Uswah Hasanah adalah kaya dengan ilmu, pengalaman dan track record yang

menyakinkan sebagaimana Rasulullah s.a.w yang kaya dengan ilmu pengetahuan yang

menjadi rujukan penting para sahabat. Oleh itu, guru perlulah menjadikan dirinya sebagai

gedung ilmu kepada para pelajar untuk rujukan. Di samping itu, guru akan mendapat faedah

lain iaitu wujudnya rasa hormat yang tinggi para pelajar terhadap guru kerana memberi ilmu

kepada pelajar. Sebagaimana dalam tafsiran ayat Al-Quran surah An-Nahl 16 : 43,:

1Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Johor
Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
2 ibid
3 Aidit Ghazali. 1996. Role model Bangsa Melayu: Dulu kini dan masa depan. Pemikir. Membangun minda berwawasan. April-Jun 1996
KDN PP8381 14/95. Hal. 124-131
4
ibid

11
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Dan tidaklah kami mengutus rasul-rasul sebelummu ( wahai Muhammad), melainkan

dari kalangan orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka, oleh itu

bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang

berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Ayat ini memberi pengertian bahawa boleh menuntut ilmu kepada orang yang pakar

dalam bidangnya, di mana saja dan siapa saja, sebab yang dicari adalah kebenaran. Oleh itu,

guru Pendidikan Islam perlu bertindak menjadi role model dalam aspek memberi pendidikan

mengenal tuhan, supaya melalui pendidikan ini ia dapat menawan hati pelajar untuk

memahami ilmu agama dan secara tidak langsung mendidik mereka menjadi insan yang

berakhlak. Melalui hujah hadith berkaitan dengan guru perlu mempunyai ilmu serta perlu

juga disebarkan ilmunya untuk dijadikan Uswah Hasanah kepada pelajar ialah hadith riwayat

Tirmizi dalam bab ilmu, hadith bemombor 2795, iaitu daripada Rasulullah bersabda,

maksudnya:

Allah mengelokkan muka seseorang yang mendengar sesuatu pengajaran daripada kami

lalu ia menyampaikannya seperti yang didengarnya, kadang-kadang orang yang

menyampaikan adalah lebih baik menerima dan menghafal hadith daripada orang yang

mendengar, (Riwayat Tirmizi)

Jelas menunjukkan bahawa daripada perspektif Al-Quran dan As-Sunnah ilmu

pengetahuan sangat penting dalam kehidupan. Serta berdasarkan tafsiran ayat Al-Quran dan

hadith tersebut dinyatakan keutamanya kepada orang-orang yang berilmu seperti guru untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan kerana mereka adalah sumber pencerahan dan akar

pemikiran di atas muka bumi ini, bagi memberi ilmu kepada orang yang tidak mengetahui

terutamanya kepada pelajar untuk dicontohi dan diamalkan. Kepentingan guru menguasai

12
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

ilmu juga menurut Abdul Halim El-Muhammady (1991), guru perlu mempunyai ilmu yang

cukup dalam bidang yang hendak diajarnya serta guru perlu mengkaji dan membaca supaya

apa-apa yang disampaikan tidak hanya semata-mata untuk pengetahuan tanpa diamalkan.

Justeru, guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu penegak

manusia, menyingkap hakikat kewujudan sesuatu perkara, untuk dijadikan Uswah Hasanah

kepada pelajar.

3.2 USWAH HASANAH DALAM ASPEK KETERAMPILAN

Guru bukan sahaja sebagai penyebar ilmu pengetahuan semata-mata tetapi guru juga

bertanggungjawab sebagai Uswah Hasanah di dalam berketerampilan seperti cara berpakaian,

berhias dan lain-lain lagi. Hal ini adalah guru mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam

pembentukan diri pelajar, 5. Oleh itu, guru perlulah menunjukkan keterampilan yang

disyariatkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagaimana dalam ayat Al-

Quran surah An-Nur 24 : 30-31,:

5
Abdul Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak. 2003. Pengajaran akhlak di sekolah menengah: Persepsi pelajar-pelajar.
Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3): Antara tradisi dan inovasi. Bangi, Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.)

13
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang

beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang

haram), dan memelihara kehormatan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi

mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang

14
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman

supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan

memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan

tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup

belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka

memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa

mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka,

atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki,

atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah

tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti

lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk

diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah

kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan manusia dalam kalangan lelaki

dan perempuan. Oleh itu, perlulah kedua-duanya menjaga keterampilan dengan

memelihara maruah dan aurat. Kesimpulan daripada kedua ayat ini, menjelaskan bahawa

agama Islam menuntut ketenteraman dalam pergaulan. Seterusnya, menurut Harun

Yahya(2003) Pakaian adalah seolah-olah perisai yang melindungi tubuh manusia dari

kesejukan, kepanasan sinar matahari yang berbahaya dan bahaya-bahaya lain di sekitar

kita, jika kita tidak memiliki pakaian, kulit nipis kita akan sering terluka oleh pelbagai

bahaya tersebut6, Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Araf ayat 26:

6
Syaamil al-Quran:Miracle of Reference(2010). Hal. 704

15
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu

(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan

pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah

dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya)

supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Setiap orang yang bertanggungjawab atas kewajipan-kewajipan agama perlu menutup

aurat semasa solat dan tidak boleh terbuka kepada orang lain pada pada waktu-waktu lainnya.

Justeru, dalam melakukan pekerjaan sebagai seorang pendidikan, guru perlu menjaga batasan

dari segi pergaulan dan menjaga aurat supaya ia dapat dijadikan Uswah Hasanah kepada

pelajar. Selain itu, terdapat ayat Al-Quran dalam surah Al-Muddassir 74:1-5, berkaitan

dengan menggabungkan kerja dakwah terutamanya guru dengan menjaga keterampilan imej

yang baik:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran

(kepada umat manusia). Dan tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan

16
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka

hendaklah engkau jauhi.

Merujuk tafsir Al-Azhar (1964) yang diterjemahkan oleh Abdul Malik Abdul Karim

Amrullah, iaitu ayat ini menunjukkan Allah mengamanahkan manusia untuk menyampaikan

kebenaran melalui ilmu. Di samping itu, Allah juga menekankan tentang kebersihan kerana

kebersihan adalah salah satu cabang penting bagi menarik perhatian orang. Dalil hadith

berkaitan menjaga keterampilan dalam Islam ialah hadith riwayat Muslim dalam bab siwak,

hadith bemombor 42, maksudnya iaitu :

Sekiranya tidak membebankan ke atas umatku, nescay a aku perintahkan mereka

bersugi setiap kali sembahyang(Muslim)

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya supaya

menjaga kebersihan mulut dengan berkumur, 7. Oleh itu, penting kepada guru menjaga

keterampilan untuk menjadi Uswah Hasanah kepada pelajar dalam setiap aspek.

Daripada tafsiran ayat Al-Quran dan hadith jelas menunjukkan bahawa perlu dan

wajib sebagai seorang Islam menjaga keterampilan yang telah disyariatkan seperti menutup

aurat dan menjaga kebersihan. Melalui penjagaan keterampilan dalam kalangan guru dapat

menarik minat pelajar untuk menjadikan guru tersebut sebagai Uswah Hasanah. Hal ini dapat

dibuktikan dalam kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji iaitu penampilan

seorang guru sangat berkait rapat dengan kejayaan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran disekolah. Oleh itu, sangat wajar kepada guru untuk menjaga imej dan

keterampilan diri untuk dijadikan Uswah Hasanah kepada pelajar. Hal ini disebabkan

manusia suka mengikut perkara yang baik dan fitrah semula jadi manusia ialah cenderung

7
Ishak Baharom Dan Azrul Hakim Suradi. 2008. Solat Dan Keajaibannya. Selangor. Anbakri Publika Sdn. Bhd

17
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

kepada kebersihan dan kecantikan. Justeru, guru perlulah menonjolkan keterampilan yang

bagus untuk dijadikan Uswah Hasanah oleh pelajar kerana menjaga keterampilan seperti

menjaga aurat dan menjaga kebersihan agar berada dalam kecantikan adalah satu kewajipan

yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru kepada pelajar dan ia adalah satu ibadah kepada

guru itu sendiri.

3.3 USWAH HASANAH DALAM ASPEK AKHLAK

Guru sebagai Uswah Hasanah dalam aspek akhlak boleh dijelaskan dalam aspek

ruang lingkup kehidupan guru itu sendiri seperti sikap dan sifat yang perlu ada di dalam jiwa

seorang guru sebagaimana sikap dan sifat yang ada pada Uswah Hasanah yang terunggul

dalam Islam iaitu Rasulullah s.a.w. Seseorang guru itu perlu menunjukkan contoh tauladan

yang baik kepada pelajar supaya pelajar dapat meniru dan mengikut tingkah laku tersebut

kerana pelajar sangat suka memerhati gerak geri guru dan apa-apa yang dianggap baik oleh

guru, dianggap baik oleh pelajar dan sebaliknya. Oleh itu, guru perlu mengambil peluang ini

untuk menjadikan diri mereka sebagai Uswah Hasanah. Hal ini disebabkan pelajar

merupakan insan yang mudah terpengaruh dan wataknya perlu dibentuk dan perlu diajar,

secara langsung atau pun tidak langsung. Oleh sebab itulah juga dalam Islam seseorang guru

bukan sahaja seorang yang terpelajar atau mempunyai ilmu pengetahuan tetapi juga seorang

yang mempunyai sifat alim dalam tingkah lakunya kerana hal ini akan memberi pengaruh

kepada anak-anak muda khususnya kepada pelajar.

Guru perlu menunjukkan dirinya dalam kehidupan harian dengan jalinan persahabatan

yang baik dengan masyarakat, saling hormat menghormati, berjihad, berbuat kebajikan dan

lain-lain lagi yang dituntut oleh Islam kerana ia adalah sebahagian daripada corak pergaulan

masyarakat yang utama, dan perkara-perkara tersebut adalah berkaitan dengan konsep

beradab yang perlu diamalkan oleh guru untuk di jadikan Uswah Hasanah oleh pelajar. Ayat

18
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Al-Quran yang menerangkan konsep beradab dalam menjalinkan hubungan dalam

bermasyarakat ialah ayat Al-Quran dalam surah Al-Imran 3 : 159:

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu

Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-

sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati,

tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai

kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,

dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal

keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat,

untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah

mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Di samping itu, ayat tersebut juga berkaitan dengan sifat yang perlu ada pada diri guru

sebagai Uswah Hasanah berdasarkan akhlak Rasulullah s.a.w.

Merujuk tafsir Al-Azhar (1965) yang dikarang oleh Abdul Malik Abdul Karim

Amrullah, iaitu ayat ini memberi erti Allah memberi pujian kepada Rasulullah kerana sikap

baginda yang lemah lembut dan tidak lekas memarahi umatnya serta Allah menyuruh

19
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Rasulullah bermesyuarat dengan umatnya di dalam menghadapi soal-soal bersama. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sangat beradab dan guru perlu menjadikan akhlak

rasulullah ini sebagai Uswah Hasanah untuk dirinya serta dilaksanakan Uswah Hasanah itu

semula kepada pelajar. Seterusnya, berkaitan dengan hadith Rasulullah dengan konsep guru

perlu menjadi Uswah Hasanah dalam aspek beradab dalam kalangan pelajar dan juga

masyarakat setempat adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ikrimah bin Ammar daripada

Ishaq daripada Anas, dalam bab Rasulullah adalah orang yang paling baik akhlaknya, hadith

bemombor 54, maksudnya iaitu :

Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlakny a. Suatu hari beliau

menyuruhku untuk satu keperluan. Berkata Wallahi, aku tidak akan pergi. Tapi di

hatiku berniat akan pergi untuk memenuhi perintahnyaa tersebut. Maka aku keluar

sampai aku bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang sedang bermain di pasar,

tiba-tiba ku dapati Rasulullah jalan mengekoriku. Maka ku lihat baginda, sementara

baginda tersenyum. Rasulullah berkata : Hai Anas, kau pergi sesuai de ngan

perintahku? , Jawapanku, ya, aku pergi wahai Rasulullah .Anas bertutur demi

Allah aku telah menjadi pelayannya selama Sembilan tahun. Namun, seingatku,

baginda tidak pernah menegurku dengan kata-kata : mengapa kau kerjakan ini? atau

juga mencela aku, wallahi baginda tidak pernah mengatakan : ah (ciss) kepadaku

sama sekali(Riwayat Muslim)

Daripada tafsiran ayat Al-Quran dan hadith tersebut sangat jelas bahawa

menunjukkan akhlak yang baik sangat dituntut dalam Islam terutamanya jika seseorang itu

bergelar guru kerana setiap gerak geri guru sentiasa menjadi perhatian pelajar termasuk

masyarakat sekeliling. Guru perlu berfungsi sebagai pemberi kesedaran kepada orang lain

terutamanya para pelajar dan juga menurut Abdul Halim El- Muhammady (1991) guru bukan

sahaja setakat sebagai ejen memberi kesedaran kepada diri sendiri malah juga untuk

20
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

masyarakat tentang hubungan sesama masyarakat serta hubungannya dengan hukum Allah.

Guru seharusnya menghiasi dirinya dengan amalan yang berakhlak seperti bersifat sabar,

syukur, tawakkal, tidak keluh kesah, berhati tenang, lapang dada, rendah diri, mengenal diri,

berlaku benar, dan menepati janji, hal ini kerana setiap tingkah laku menjadi pengajaran yang

lebih tepat dan cepat dipelajari daripada mengajar dengan lidah, Abdul Salam Yussof (2010).

Justeru, para guru haruslah menyedari bahawa setiap amalan dan gerak laku mereka adalah

sangat terkesan kepada pelajar, Abdul Halim et al. (2004). Hal ini jelas menunjukkan guru

sebagai role model dalam kehidupan manusia. Dapat dijelaskan bahawa guru bukan setakat

muallim iaitu penyampai ilmu tetapi guru adalah murabbi iaitu orang yang mempamerkan

watak yang baik untuk diikuti oleh orang lain, Abdul Halim Tamuri (2007).

Kesimpulannya, guru sebagai Uswah Hasanah sangat dituntut dalam Al-Quran dan

As-Sunnah kerana melalui Uswah Hasanah yang di lakukan akan dapat memberi pengajaran

dan pembelajaran kepada pelajar secara langsung atau pun secara tidak langsung.

Sebagaimana uswah hasanah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. menurut Abdullah Al-

Amin Al-Nami y (1994), manusia tidak dapat hidup dengan dirinya sahaja, tetapi manusia

perlu hidup dalam masyarakat dan seseorang manusia itu akan dapat mempengaruhi dan

terpengaruh dengan masyarakat persekitarannya. Jelas menunjukkan bahawa guru juga

termasuk dalam organisasi masyarakat. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan besar untuk

mempengaruhi seseorang individu.

4.0 KESIMPULAN

Pendidikan Islam bertujuan untuk membina dan membentuk perilaku atau akhlak

pelajar dengan cara meningkatkan keimanan, pemahaman, penghayatan, serta pengamalan

21
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

pelajar terhadap ajaran Islam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan,

strategi, kaedah atau teknik mempunyai peranan yang sangat penting. Kaedah uswah adalah

Kaedah pengajaran yang diterapkan dengan menunjukkan contoh-contoh teladan yang baik

yang berupa tingkah laku atau tunjuk cara yang sebenar, khususnya ibadah dan akhlak.

Kaedah keteladanan dalam pendidikan merupakan kaedah yang mempunyai pengaruh dan

terbukti sangat efektif dengan berbagai kelebihannya, dalam usaha untuk kemenjadian para

pelajar dalam pelbagai aspek. Di antara kelebihan kaedah Uswah Hasanah ialah: kaedah ini

akan memudahkan para pendidik dalam melakukan penilaian proses pengajaran dan

pembelajaran yang telah dilaksanakan. Kaedah ini juga akan memudahkan pelajar untuk

memperaktikkan dan mengimplementasikan ilmu yang telah dipelajari semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Walaubagaimanapun, apa jua kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru, pasti ada

kekurangannya, begitu juga dengan kaedah Uswah Hasanah, iaitu: jika seorang guru yang

mengajar itu mempunyai sikap yang buruk, maka pelajar akan cenderung untuk mengikuti

atau meniru sikap tersebut. Justeru, untuk menjadi pendidik yang terbaik, seorang guru

bukan hanya perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, bahkan turut

perlu memperbetulkan atau berusaha mengubah sikap yang buruk kepada akhlak mulia

seperti mana yang tuntut dalam Islam.

RUJUKAN

Al-Quranul Karim

Al-Quranul Karim (2010) Syaamil al-Quran: miracle the reference, Bandung: Sygma

22
SGDI5113 CONTEMPORARY ISSUES IN AL-QURAN AND SUNNAH IN EDUCATION 2016

Publishing

Abdul Halim El-Muhammady. 1991. Pendidikan Islam Falsafah, Disiplin Dan Peranan

Pendidik. Selangor. Dewan Pustaka Islam.

Abdul Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak. 2003. Pengajaran akhlak di sekolah

menengah: Persepsi pelajar-pelajar.Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3):

Antara tradisi dan inovasi. Bangi, Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ishak Baharom Dan Azrul Hakim Suradi. 2008. Solat Dan Keajaibannya. Selangor. Anbakri

Publika Sdn. Bhd

Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran

dan Pembelajaran. Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Mardzelah Makhsin (pnyt.). (2003). Pendidkikan Islam 1. Pahang: PTS Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Nur Najihah Ismail & Syed Hadzrullathfi Syed Omar(2015) al-uswah dalam pendidikan

kerohanian, Terengganu: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan

Zainal Abidin. Hal. 499-504

23

Anda mungkin juga menyukai