Anda di halaman 1dari 15

HUBUNGAN AKHLAK

DENGAN
AKIDAH,SYARIAH,
IBADAH
AKHLAK
Pengertian
Akhlak Bahasa:
 Tabiat,perangai,a
gama dan
kebiasaan.
Istilah:
 Imam al-Ghazali : Akhlak adalah keadaan yang
bersifat batin yang mana daripadanya lahir
perbuatan dengan yang baik atau buruk tanpa
difikir atau dirancang.
AKIDAH
Pengertian
Akidah Bahasa:
 Berasal daripada kata kerja ‘aqada
yang bermaksud simpul atau ikat.

Istilah:
Imam al-Ghazali: Berpegang dan
membenarkan di dalam hati secara yakin dan
pasti tanpa sebarang keraguan.
bersambung…
 Al-Firuz Abadi: Sesuatu yang diikat dan
disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang
dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan
pegangan benar dan selamat daripada
sebarang keraguan.
Ibn Taimiyah: Perkara yamg dibenarkan oleh
jiwa,hati menjadi tenang kepadanya,beroleh
keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak
bercampur dengan sebarang keraguan.
IBADAH
Pengertian Ibadah
Bahasa:
 Merendah
diri,tunduk,patuh
dan taat.

Istilah:
 Ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya
kepada Allah.
 Ibadah ialah kata nama yang merangkumi semua
yang disukai dan diredhai oleh Allah samada
perkataan atau perbuatan,zahir mahupun batin.
PERKAITAN ANTARA AKHLAK AKIDAH DAN
IBADAH

 Jikaditeliti,ketiga-tiga elemen tersebut


adalah saling berkaitan dalam melahirkan
seorang muslim dan mukmin yang kamil.
 Elemen yang paling utama dan menjadi asas
kukuh dalam keimanan seseorang itu ialah
akidahnya.
KEUTUHAN AKIDAH
 Orang yang mempunyai pegangan akidah yang
kuat dan kukuh sememangnya memahami dan
mengimani segala apa yang berkaitan dengan
penciptanya iaitu Allah samada meliputi sifat-sifat
Allah,kekuasaan Allah,janji-janji Allah dan
sebagainya.
 Syariah yang telah ditetapkan oleh Allah
merupakan suatu perundangan atau peraturan yang
berfungsi untuk memandu manusia kearah jalan-
jalan yang diredhai oleh Allah.
 Setiap suruhan dan larangan Allah mempunyai
hikmah yang berkepentingan untuk
membawa kebaikan kepada kehidupan insan.
bersambung…
 Jika
seseorang itu mempunyai akidah yang
mantap dan kukuh,sudah pasti segala syariat
Allah difahami dan dipatuhi dengan
sepenuh ketaatan dan keimanan tanpa
mempertikaikannya.
bersambung…
 Contoh,jika seseorang itu beriman kepada sifat
Allah,sudah pasti dia akan mengikut segala suruhan
dan larangan Allah kerana dia tahu bahawa Allah
itu sifatNya Maha Mengetahui.
 Justeru,segala syariah akan diterima dan digunakan
sebagai panduan hidup tanpa sebarang pertikaian.
 Individu yang tidak memiliki akidah yang kukuh
akan berasa berat dan terbeban dengan syariat Islam
sehingga ada yang berani mempertikai dan
mempersoalkannya tanpa segan silu demi
kepentingan dan kepuasan peribadi yang
semestinya dikuasai oleh nafsu semata-mata.
HUBUNGAN AKIDAH DAN
IBADAH
 Akidah yang kukuh membolehkan seseorang itu
mengenal Tuhannya dengan mendalam sehingga dapat
melahirkan kecintaan yang terhadap terhadap
PenciptaNya.
 Sudah menjadi lumrah,apabila kita menyayangi dan
mencintai sesuatu itu,sudah pasti kita akan
melakukan yang terbaik dan sanggup melakukan apa
sahaja.
 Apabila seseorang itu mengenali dan mencintai
Allah,dia akan benar-benar dapat merasakan bahawa
terlalu banyak ihsan dan kebaikan yang Allah
berikan kepada kita .
 Juster,atas kesedaran inilah yang membuatkan seseorang
itu ingin membalas kebaikan itu dengan melakukan
sesuatu sebagai tanda bersyukur.
bersambung…
 Ibadah merupakan jalan untuk mensyukuri
segala kebaikan Allah itu.
 Dengan adanya keyakinan terhadap Allah akan
menjadikan seseorang itu mengabdikan diri
kepada Allah dengan melakukan segala suruhan
dan meninggalkan segala laranganNya
 Selain itu,dengan adanya akidah yang
kukuh,seseorang itu sudah pasti akan
melaksanakan segala ibadahnya dengan
bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan.
HUBUNGAN AKIDAH DAN
AKHLAK
 Akidah yang kukuh kepada Allah sudah pasti
akan menerbitkan akhlak yang baik dan mulia.
 Hal ini kerana, akhlak Islam adalah pancaran
daripada kekuatan akidahnya.
 Akidah berperanan sebagai jentera penggerak
supaya manusia melakukan apa yang disukai
dan diredhai Allah.
 Orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat
akan dikesani dengan sifat-sifat Allah yang
termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula
pelbagai perlakuan dan kegiatan hidup yang baik.
bersambung…
 Iman adalah ibarat bumi yang menjadi tempat
semaian benih akhlak.
 Iman itu sendiri sudah mengandungi segala
benih akhlak yang baik.Seseorang yang benar-
benar beriman dengan sendirinya telah
membawa segala benih akhlak yang mulia.
 Apabila keimanan menjadi sempurna dan
membuahkan hasil,ia akan lahir dalam bentuk
keluhuran akhlak
HUBUNGAN AKHLAK
DAN IBADAH
 Ibadah yang telah dilaksanakan dengan sempurna
dari segi bentuk dan perlaksanaannya sudah pasti
membuahkan hasil yang berkesan iaitu akhlak yang
baik.
 Banyak nas dari Al-Quran dan Hadis yang dengan
jelasnya menegaskan bahawa nilai sebenar
kepada ibadah itu ialah nilai akhlaknya.
 Semua ibadah samada yang wajib ataupun
sunat,merupakan latihan kepada umat Islam untuk
sentiasa memperkembang dan mempertingkatkan
usaha dalam membersihkan diri daripada nilai-nilai
akhlak yang negatif dan positif sehingga
mencapai tahap kesempurnaan akhlak.
KESIMPULAN
 Ketiga-tiga elemen ini meruupakan asas- asas
Islam yang sewajibnya kita hayati agar dapat
menjadi Muslim dan Mukmin Yang
seimbang.
 Tanpa salah satu daripadanya,akan pincanglah
kehidupan seseorang itu dan akan mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang dapat
merosakkan akidah.

Anda mungkin juga menyukai