Anda di halaman 1dari 27

1.

PENDAHULUAN
Hadis adalah sumber ajaran Islam kedua setelah al-Quran. Dilihat dari segi periwayatannya,
hadis berbeza dengan al-Quran. Untuk al-Quran, semua periwayatan ayatnya berlangsung
secara mutawatir. Sedangkan hadis Nabi sebahagian periwayatannya berlangsung
secara mutawatir dan sebahagian lagi berlangsung secara ahad. Hal yang demikian dapat
dilihat dari segi periwayatannya, yang mana al-Quran mempunyai kedudukan qathiy al-
wurud atau qathiy as-tsubut di mana seluruh ayat telah diakui keasliannya, sedangkan hadis,
terutamanya hadis ahad masih memerlukan kajian yang khusus untuk memperolehi kepastian
periwayatannya: apakah ianya berasal dari Nabi atau bukan. Hadis dilihat dari segi
periwayatannya berkedudukan sebagai zhanniy al-wurud atau zhanniy as-tsubut.
Kajian-kajian yang banyak dilakukan umat Islam terhadap al-Quran adalah untuk
memahami kandungannya dan berusaha mengamalkannya. Kajian mereka tidak hanya
bersangkutan dengan pemahaman kandungan dan pengamalannya, tetapi juga
periwayatannya. Ini adalah kerana, kajian terhadap periwayatan hadis ini kemudian
melahirkan disiplin ilmu tersendiri yang dikenal dengan Ilmu ad-Dirayah.
Rasulullah SAW adalah merupakan sarana ( media ) yang berfungsi untuk
menjelaskan al-Quran ( Mubaiyin ) baik dengan sabdanya, tindakannya, akhlaknya, dan
bahkan segala gerak- gerinya, Beliau tidak bersabda atas dorongan hawa nafsunya, melainkan
berdasarkan wahyu Allah SWT, sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran Surah an-Najm
ayat 3 dan 4:


Maksudnya : Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam )
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu ( sama ada al-
Quran atau hadis ) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Pada zaman kita ini kita tidak sempat berjumpa dan mendampingi baginda, kebenaran
sesuatu hadis hanya dapat diketahui melalui kajian-kajian mengenai periwayat hadis dan
kaedah yang digunakannya dalam meriwayatkan hadis. Tujuannya adalah untuk mengetahui
dan menilai kedudukan perawi ( sanad ) dan matan ( lafaz ) hadis. Melalui kaedah ini,
seseorang itu dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji
sifat- sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadis yang diriwayatkan
menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah baik di dalam akidah
mahupun syariat.
Menggunakan kaedah ini, ulama hadis mampu megumpulkan hadis yang berselerak
dan bercampur aduk ketegorinya di tangan umat Islam dan membentuk satu khazanah
berharga untuk panduan umat Islam sebagaimana terhasilnya karya- karya agung seperti :
Sahih al- Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad Bin Hambal, Sahih Ibn Hibban, Sunan
Abu Daud, al- Muwatta dan kitab- kitab hadis lain yang dapat kita lihat dan manfaatkan
pada hari ini.
Hadis Rasulullah SAW sampai kepada kita merupakan jasa dari para periwayat hadis,
yang dalam perjalanan penerimaannya mempunyai berbagai macam metode. Begitu pula
dengan periwayatannya.
Para ulama ahli hadis mengistilahkan menerima dan mendengar suatu periwayatan
hadis dari seseorang guru dengan menggunakan beberapa metode penerimaan hadis dengan
istilah at-taammul. Sedang menyampaikan atau meriwayatkan hadis kepada orang lain
mereka istilahkan dengan al-ada.
Jelaslah kepada kita bahawa Islam menetapkan kaedah yang terperinci dalam
menerima atau menolak sesuatu berita. Islam tidak membenarkan sesuatu berita diterima
secara sewenang-wenangnya. Perkhabaran yang hendak diterima pakai hendaklah terlebih
dahulu diselidik dan diperiksa. Lebih-lebih lagilah sekiranya berita tersebut berkaitan dengan
sumber agama. Kaedah penerimaan berita diperketatkan lagi sekiranya sumber yang
disampaikan berkait rapat dengan keimanan, unsur aqidah, soal ibadah, hukum-hakam, atau
sebagainya perlu diteliti kesahihannya terlebih dahulu.
Sabda Nabi Muhammad SAW :



Maksudnya : Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku )
bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang
berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.
2. KELAYAKAN PERAWI
Raawi menurut bahasa berasal dari kata riwaayah yang merupakan bentuk masdar dari kata
kerja rawaa-yarwii, yang bererti memindahkan atau meriwayatkan. Bentuk plural dari
kata raawii adalah ruwaat. Jadi raawii adalah orang yang meriwayatkan atau menuliskan
dalam suatu kitab apa-apa yang pernah didengarnya dan diterimanya dari seseorang.
Secara definisi, kata riwaayah adalah kegiatan penerimaan atau penyampaian
hadis, serta penyandaran hadis itu kepada rangkaian dari periwayatnya dalam bentuk-bentuk
tertentu. Orang yang telah menerima hadis dari seorang periwayat, tetapi dia tidak
menyampaikan hadis itu kepada orang lain, maka dia tidak dapat disebut sebagai seorang
yang telah melakukan periwayatan hadis. Demikian pula halnya dengan orang menyampaikan
hadis yang diterimanya kepada orang lain, tetapi ketika ia menyampaikan hadis itu, ia tidak
menyebutkan rangkaian para perawinya, maka orang tersebut juga tidak dapat dinyatakan
sebagai orang yang telah melakukan periwayatan hadis.
Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi dapat atau tidak diterimanya suatu
hadis ialah kualiti perawi. Tinggi rendahnya sifat adil dan dabith para perawi menyebabkan
kuat lemahnya martabat suatu hadis. Perbezaan cara para perawi menerima hadis dari guru
mereka masing-masing mengakibatkan munculnnya perbezaan lafadz-lafadz yang digunakan
dalam periwayatan hadis. Perbezaan lafaz yang diguna pakai dalam pennyampaian hadis
menyebabkan perbezaan nilai ( kualiti ) dari suatu hadis dari hadis yang lain.
Sehubungan dengan itu, penelitian bidang raawii sangat penting menentukan
kualiti suatu hadis. Suatu berita dianggap kuat keasliannya kalau pembawa berita memiliki
kejujuran dan kemampuan yang dapat dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan para
perawi yang harus mendapat penelitian yang tajam sehingga lahirlah sebuah cabang ilmu
hadis yang terkenal, iaitu ilmu jarh wa al tadil, untuk melihat sejauh manakah kualiti
seorang perawi.
Lantaran itu, Ahli Hadis membuat landasan dan syarat tertentu terhadap perawi,
sebelum hadis diterima daripada mereka. Perawi yang meriwayatkan hadis hendaklah
mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu :
1. Baligh dan berakal
2. Dhabit atau ingatan yang kuat
3. Adil
4. Islam
Mengikut prinsip asal, membicarakan tentang kedudukan peribadi orang lain dari segi
keburukan dan kejahatannya tidak dibolehkan. Bagaimanapun dalam hal periwayatan hadis,
perkara ini adalah sesuatu yang sangat penting dan tidak boleh dielakkan. Ini kerana, ulama
hadis tidak akan dapat menentukan kesahihan sesuatu sanad hadis tanpa membicarakan
siapakah perawi-perawi di dalam rantaian sanad tersebut. Adakah beliau seorang yang
dipecayai atau sebaliknya.
Menyembunyikan mana-mana sifat yang tidak baik yang ada pada perawi akan
menjadikan usaha menilai hadis tergendala. Oleh kerana itu, ulama menyatakan
membicarakan hal orang lain dalam ilmu al-jarh wa al-ta`dil termasuk di dalam maksud hadis
Rasulullah SAW :

Maksudnya : Agama itu adalah nasihat ( menginginkan kebaikan ).

2.1 BALIGH DAN BERAKAL
Sifat baligh amat berkait rapat dengan tuntutan taklif ke atas seseorang. Periwayatan orang
yang tidak ada syarat taklif tidak layak diterima pakai Berdasarkan sabda Nabi Muhammad
SAW :


Bermaksud: Diangkat mata pena ( iaitu tidak ditulis dosa atau pahala ) daripada tiga
golongan iaitu : Orang gila sehingga dia waras, dan orang yang tidur sehingga dia terjaga
daripada tidurnya serta kanak-kanak sehingga dia bermimpi ( iaitu yang menandakan
seseorang itu baligh ) .

2.2 DHABIT
Dhabit bermaksud daya hafalan perawi terhadap periwayatnnya jika beliau menyampaikan
dari ingatannya dan penjagaannya terhadap catatannya jika beliau menyampaikan riwayatnya
dengan catatannya. Di dalam Jami` al-Usul, Ibn al-Athir mentakrifkan dhabit sebagai satu
ungkapan tentang penjagaan dalam bab ilmu, ia mempunyai dua sudut, pertama memperolehi
ilmu ketika mendengar dan menjaga ( mengingati ) setelah mengetahui ketika
menyampaikannya. Dhabit bererti perawi itu tidak buruk hafalan, sering melakukan kesilapan,
bercanggah dengan perawi-perawi yang thiqah, tidak banyak waham dan tidak lalai.
Berdasarkan kepada definisidefinisi tadi dhabit itu dapat dikelaskan kepada dua
bahagian, pertama dhabit sadr iaitu penjagaan hafalan. Ia bermaksud perawi itu mengingati
dengan apa apa yang dihafal ketika menyampaikan hadis berdasarkan ingatannya. Kedua,
dhabit kitab iaitu penjagaan dari segi tulisan. Perawi itu menjaga buku catatannya daripada
sebarang pengubahan atau penukaran, penambahan atau pengurangan jika beliau
menyampaikan hadis ( tahdith ) daripadanya.
Seseorang perawi diketahui sebagai seorang yang dhabit, kemas dengan
membandingkan riwayat-riwayatnya dengan riwayat perawi-perawi thiqah lain yang terkenal
dengan dhabit dan itqan. Sekiranya riwayatnya bertepatan dengan riwayat mereka walaupun
dari segi makna, kebanyakannya bertepatan dan jarang ada percanggahan maka perawi itu
akan dikatakan sebagai dhabit thabat. Sebaliknya jika banyak percanggahan, sedikit
persamaan, dhabatnya cacat dan dia tidak boleh dijadikan hujah pada hadisnya. Seorang
perawi itu tidak boleh dikatakan sebagai dhabit selagi tidak memenuhi syarat-syarat berikut:
Pertama, yaqazan, sedar bukan seorang yang lalai yang tidak dapat membezakan
antara betul dan yang salah seperti orang yang tidur, pelupa.
Kedua, mengingati apa yang didengar dan sukar hilang dari ingatannya. Serta boleh
mengulangkan kembali hafalannya bila-bila masa sahaja.
Ketiga, menguasai dan menjaga buku catatannya dari sebarang pengubahan dan
penukaran.
Keempat, mengetahui perubahan yang berlaku pada lafaz.
Sifat dhabit ini hendaklah juga disertai dengan ketelitian, thiqah dan tidak kerap
melakukan kesilapan. Sekiranya perawi itu kerap melakukan kesilapan dan
menyebabkan berlakunya percanggahan kecil dengan perawi lain yang thiqah dan
dhabit tidak mengapa. Tetapi seandainya berlaku percanggahan yang besar
periwayatannya dengan riwayat orang lain, maka sifat dhabitnya itu menjadi cacat dan
hadis daripadanya tidak boleh diterima. Hadis daripadanya itu dikira Hadis Syaz.
Justeru itu, antara cara untuk mengetahui seseorang perawi itu dhabit atau tidak
ialah, hadis yang diterima daripadanya tiada percanggahan dengan hadis yang diterima
daripada perawi lain yang tiqah, dhabit dan juga adil, walaupun dari sudut makna.
Pengertian dhabit dalam erti kata yang lebih terperinci ialah :
1. Dhabit tulisan atau kitab
2. Dhabit ingatan atau hafalan

2.2.1 DHABIT TULISAN ATAU KITAB
Iaitu hadis yang diterima daripada seseorang perawi dengan penjagaan dari segi tulisan
dan catatan pada buku. Iaitu ia menjaga tulisan dan catatannya itu dengan baik dan
sempurna. Penjagaan tulisan dan catatan itu hendaklah bermula daripada ia menerima
hadis daripada guru hinggalah ia meriwayatkannya pula.

2.2.2 DHABIT INGATAN ATAU HAFALAN
Dhabit ingatan atau hafalan ini ialah perawi yang dapat mengigati segala hadis yang
diterimanya daripada guru serta mampu meriwayatkannya bila-bila masa dan keadaan
yang diperlukan. Untuk itu, ia seharusnya mempunyai ingatan yang kuat, tidak pelupa,
tidak bodoh, tidak bersifat was-was dan mengigati dengan semourna apa yang
diterima.

2.3 ADIL
Keadilan bermaksud perawi adalah seorang muslim, baligh, waras, bersih daripada sebab-
sebab kefasiqan dan perkara-perkara yang menjejaskan harga diri ( al-muruah ). Keadilan
merupakan kemampuan dan kelayakan bagi penerimaan saksi dan periwayatan hadis daripada
Rasulullah SAW. Keadilan juga bermaksud sifat yang ada pada seseorang yang
mendorongnya supaya beriltizam dengan ketakwaan dan menjaga harga diri.
Takwa pula bermaksud menjauhkan diri daripada amalan-amalan buruk termasuk
syirik, kefasikan dan bid`ah. Ia juga bermaksud menuruti titah perintah Allah SWT dan
meninggalkan perbuatan-perbuatan ditegah Nya. Takwa juga dapat diungkapkan sebagai
keadaan yang kuat dan kukuh di dalam jiwa, yang mendorong supaya beriltizam dengan
ketakwaan dan muruah sehingga memperolehi kepercayaan diri dengan sebab kebenarannya
dan yang diambilkira ialah menjauhi dosa-dosa besar dan sebahagian dosa-dosa kecil.
Al-Khatib al-Baghdadi menukilkan daripada Qadhi Abu Bakar Muhammad Ibn al-
Tayyib bahawa keadilan yang dikehendaki pada saksi dan pencerita ( perawi ) ialah keadilan
yang merujuk kepada lurus agamanya ( istiqamah ), sejahtera pandangannya, tidak ada
kefasikan dan seumpamanya yang menyebabkan keadilannya terbatal, seperti perbuatan yang
ditegah sama ada anggota tubuh badannya atau hatinya.
Kesimpulannya ialah keadilan itu ialah tetap lurus dan istiqmah dalam melaksanakan
tuntutan syara` manakala fasiq atau kefasikan itu ialah terkeluar daripada landasan istiqamah
dalam mengerjakan hukum-hukum syara.
Sebagai rumusannya, sifat adil perawi itu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :
a. Muslim
b. Berakal dan baligh
c. Tidak fasik
d. Tidak melakukan perkara yang mencemarkan kesucian Islam
e. Terpelihara maruahnya
f. Bertaqwa

2.4 ISLAM
Syarat yang penting dalam meriwayatkan dan menyampaikan hadis ialah seseorang
perawi itu mestilah seorang muslim. Hal tersebut kerana, hadis itu sendiri merupakan
salah satu daripada perkara agama Islam, maka orang kafir sudah tentu tidak layak
meriwayatkannyadan tidak diterima daripadanya hadis.
Mengikut pendapat yang rajih, Islam bukan merupakan syarat menerima hadis,
tetapi ia hanya menjadi syarat untuk meriwayatkan hadis sahaja. Contohnya : Jubair
bin Mutim ada meriwayatkan, sewaktu ia belum Islam ia ada mendengar Nabi
membaca sesuatu ayat dalam surah at-Thur ketika solat maghrib dan ia menambah
lagi, di situlah cahaya iman pertama dan hidayah pertama meresap dalam jiwanya.
Jubair kemudiannya memeluk Islam selepas peristiwa Peperangan Badar.
Tidak diterima sama sekali periwayatan yang disampaikan oleh seseorang kafir sama
ada diketahui daripada bebas pembohongan atau pun tidak. Tidak dapat diterima akal dalam
mengambil periwayatan daripada orang kafir untuk diterima pakai bagi pelaksanaan yang
melibatkan urusan kaum muslimin. Bagaimanakah kita dapat menerima riwayat daripada
golongan yang membuat penipuan terhadap Islam? Sedangkan Allah SWT melarang
menerima berita daripada golongan fasik berdasarkan ayat ke enam surah al-Hujurat inikan
pula berita daripada orang kafir sudah tentu ditolak sama sekali.
Firman Allah Taala :



Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita,
maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan ( musibah ) kepada suatu kaum tanpa
mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.

3. CARA MENERIMA DAN MERIWAYAT HADIS
Oleh itu, penerimaan dan periwayatan hadis atau konsep al-Tahamul ( ) dan al-Ada
( ) melalui proses saringan yang begitu ketat dalam menentukan keaslian sesuatu hadis
sebelum diterima pakai. Oleh itu, ulama hadis meletakkan lapan kaedah sahaja dalam
menerima pakai proses penerimaan dan periwayatan sesebuah hadis seperti berikut:
1. al-Sima ( )
2. al-Ard wa al-Qiraah ( )
3. al-Ijazah ( )
4. al-Munawalah ( )
5. al-Kitabah ( )
6. al-Ilam ( )
7. al-Wasiyyah ( )
8. al-Wijadah ( )

Tulisan ini adalah untuk memfokuskan kepada lapan kaedah di atas yang telah ditetapkan
oleh para ulama hadis sebagi cara yang tepat dalam menerima dan meriwayatkan sesebuah
hadith. Umat Islam memberi keutamaan yang tinggi dalam memelihara sistem al-Tahamul
( ) dan al-Ada ( ) bagi memastikan ketulenan sesuatu hadis yang diterima
daripada satu generasi ke generasi yang berikutnya. Setiap langkah untuk menghafal,
menyalin, dan menyampaikan hadis amat dikawal rapi sejak daripada zaman awal
perkembangan penulisan hadis. Proses ini telah bermula dengan penerimaan hadis dalam
kalangan sahabat secara langsung daripada Nabi Muhammad SAW . Dalam konteks ini Nabi
Muhammad SAW dianggap guru yang meriwayatkan hadis kepada para sahabat iaitu dengan
memenuhi kreteria al-Ada ( ) manakala para sahabat pula menjadi murid-murid yang
memenuhi segala kreteria al-Tahamul ( ).

3.1 AL SIMA
Al-Sima bermaksud guru membaca hadis kepada muridnya dan muridnya mendengar
daripada gurunya. Oleh itu, dalam kaedah ini guru membacakan hadis kepada muridnya.
Proses al-Sima berlaku secara langsung dalam satu majlis perjumpaan antara guru dan murid
yang terlibat dalam menerima dan meriwayatkan sesuatu hadis. Cara ini juga menunjukkan
bahawa seorang murid hadir dalam satu majlis serta mendengar setiap lafaz yang diucapkan
oleh gurunya secara penuh perhatian dan teliti
Al-Sima adalah proses yang berlaku ketika guru membacakan hadis daripada hafalannya
atau daripada kitabnya manakala orang-orang yang hadir mendengar kata-kata yang
disampaikannya sama ada dalam majlis pembacaan hadith ( secara formal ) atau dalam majlis-
majlis lain. Kedudukan kaedah al-Sima adalah paling tinggi dalam kaedah al-Tahamul di sisi
Jumhur ulamak ahli ilmu. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa al-Sima
( mendengar daripada guru ) diikuti dengan penulisan hadis adalah lebih tinggi kedudukan
daripada keadaan mendengar sahaja. Ini kerana pada ketika itu guru memberikan fokus
kepada periwayatan hadis manakala murid-murid memberi tumpuan kepada penulisan hadis
yang diriwayatkan kepada mereka. Situasi ini akan mengelakkan daripada terjebak ke dalam
kealpaan dan hampir kepada ketepatan periwayatan.
Kaedah ini diterima pakai sama ada pemerhatian dan tumpuan pendengaran murid
tersebut terhadap penyampaian gurunya ketika guru membaca hadis dalam bentuk hafalanya
atau dalam bentuk membaca tulisan yang ada pada catatan ( merujuk kepada catatan
gurunya ).
Mendengar daripada guru itu meliputi pendengaran secara langsung ( secara bertembung
mata dengan mata ) atau disebalik tabir ( tidak melihat guru kerana dihalang oleh sesuatu
seperti tirai ). Sekiranya pendengaran itu di sebalik tabir, syaratnya perawi itu mestilah yakin
bahawa suara dan orang yang menyampaikan sesuatu hadis itu adalah suara gurunya.
Jumhur ulama mengharuskan periwayatan di sebalik tabir. Kaedah ini dibenarkan
dengan bersandarkan kepada periwayatan yang berlaku di dalam kalangan para sahabat dan
tabiin yang menerima hadis daripada isteri-isteri Rasulullah SAW. Syubah bin Hajjaj dalam
periwayatan kaedah al-Sima ( ) mensyaratkan bahawa mesti melihat guru yang
menyampaikan hadis dengan berkata: Tidak sah periwayatan yang dilakukan apabila
seseorang itu mendengar sesuatu hadis ( untuk diambil riwayatnya ) tanpa melihat wajah
orang yang menyampaikan hadis tersebut dan tanpa dilihat orang yang menerima hadis
tersebut. Syarat melihat orang yang menyampaikan hadis adalah jelas dan mesti hanya
sekiranya periwayat ( orang yang menyampaikan hadis ) itu adalah seorang lelaki.
Kaedah al-Sima merupakan teknik yang paling terbaik dalam kategori penerimaan hadis
dimana kaedah inilah yang digunakan oleh para sahabat apabila menerima hadis pada zaman
Rasulullah SAW. Melalui kaedah al-Sima ini sahabat-sahabat hadir dalam majlis Rasulullah
SAW dan mendengar secara langsung apa yang baginda memperkatakan dan menghafalnya
dengan segera. Teknik ini menjaga agar sesuatu hadis tidak luput daripada ingatan dan
terhindar daripada kekeliruan.
Kaedah dan metode al-Sima mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu :
1. Pengucapan lisan
2. Pembacan daripada kitab
3. Soal jawab
4. Imla



3.1.1 PENGUCAPAN LISAN
Kaedah al-Musyafahah dan al-Sima adalah kaedah asas yang diamalkan oleh generasi
pertama dalam proses penerimaan hadis. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah murid-
murid yang pertama menggunakan kaedah ini. Mereka menerima hadis secara al-Musyafahah
dan al-Sima secara langsung daripada baginda. Pertengahan akhir kurun ke dua Hijrah
amalan ini mula berkurangan. Kemantapan kaedah ini ialah pergaulan murid-murid dalam
jangka masa yang lama bersama guru-guru mereka sehingga mereka dikenali dan dipercayai.
Oleh itu, mereka dipercayai mempunyai autoriti dalam periwayatan hadis-hadis daripada guru
mereka. Murid-murid dalam kaedah ini sentiasa bersama dengan guru mereka untuk jangka
masa yang panjang serta tidak ketinggalan dalam mengikuti majlis-majlis periwayatan hadis.
Kadang-kadang murid-murid yang bergaul lama bersama guru diberi gelaran rawi atau
ib kepada si anu, si anu. Bahkan sekiranya perjumpaan biasa telah diadakan untuk
mengajar hanya beberapa hadis sahaja diajarkan dalam satu-satu pelajaran seperti tiga atau
empat buah hadis sahaja

3.1.2 PEMBACAAN DARIPADA KITAB
Terdapat juga cara periwayatan yang digunakan dengan membaca daripada kitab. Majoriti
guru memilih untuk membaca hadis daripada kitab penulisannya sendiri. Namun terdapat juga
guru yang membaca kitab penulisan muridnya atau daripada catatan muridnya sama ada ia
merupakan catatan dalam bentuk salinan atau catatan sebahagian daripada kitab penulisan
guru berkenaan. Proses ini berlangsung dengan guru membaca kitab yang ada dihadapannya
dan murid-murid mendengar bacaan tersebut dalam satu majlis secara langsung.
Sebahagian para ulamak mengatakan kaedah al-Sima daripada guru dan penulisan murid-
murid daripada apa yang didengar daripada guru secara langsung adalah lebih tinggi
martabatnya daripada mendengar sahaja. Ini kerana guru memfokuskan proses meriwayatkan
hadis manakala perawi-perawi memberikan tumpuan dengan penulisan daripada periwayatan
guru mereka secara serentak. Sistem mendengar ( daripada guru ) dan menulis apa yang
didengarkan ( oleh murid-murid ) menggelakkan daripada kesilapan dan kelalaian kerana
masing-masing pihak mempunyai peranan tertentu.

3.1.3 SOAL JAWAB
Kaedah ini pula murid-murid membaca sebahagian daripada hadis dan guru
melengkapkan bacaan muridnya sehingga sempurna. Proses ini memerlukan penglibatan aktif
dalam kalangan murid-murid bagi menyempurnakan periwayatan selaras dengan kaedah
tersebut.

3.1.4 IMLA
Pada zaman Nabi Muhammad SAW telah berkembang kaedah Imla. Rasulullah sering
mengadakan majlis-majlis Imla namun para sahabat jarang meneruskan amalan tersebut.
Melalui kaedah Imla guru akan membacakan hadis-hadis kepada murid-murid manakala
murid-murid menyalin dan menulisnya. Kaedah ini tidak digalakkan pada awal perkembangan
Islam. Ini kerana kebimbanggan bahawa seseorang murid dapat mengumpul pengetahuan
yang banyak dalam masa yang singkat tanpa usaha yang banyak.
Kemungkinan Wathilah bin Asqa ( w.83 ) merupakan sahabat yang pertama sekali
mengadakan kelas-kelas imlak hadis. Manakala al-Zuhri dikatakan orang pertama yang
mengamalkan kaedah ini yang berlangsung pada akhir abad pertama hijrah hingga akhir hayat
beliau. Berbanding dengan kaedah-kaedah lain cara ini paling jarang diguna pakai. Namun
selepas al-Zuhri mengamalkan kaedah Imla ini menjadi kebiasaan dan diguna secara
menyeluruh pada abad ke dua hijrah dan selepasnya.
Lafaz yang diguna pakai oleh perawi dalam kaedah periwayatan al-Sima untuk
menunjukkan hadis diterima mengikut teknik al-Sima ialah seperti yang ditetapkan oleh al-
Qadhi Iyadh: Tidak ada percanggahan bahawa keharusan untuk periwayatan secara al-
Sima menetapkan seseorang yang menerima periwayatan dengan menggunakan istilah-istilah
seperti berikut :
I. Seorang itu menceritakan kepada kami
II. Seseorang telah mengkhabarkan kepada kami
III. Seseorang itu memberitahu kepada kami
IV. Aku mendengar daripada si fulan
V. Dikatakan kepada kami
VI. Dinyatakan kepada kami
Kesemua rangkai kata tersebut sama daripada sudut membawa makna atau kehendak
tahdith ( meriwayat hadis ) atau sima ( mendengar ) serta tidak menjadi kesalahan dan
dipersetujui pendapat ini oleh al-Qadhi Iyadh dengan ulama bahasa tentang penggunaan
rangkai-rangkai kata tersebut. Beliau berpendapat tidak ada perbezaan ketika mendengar
sima ( orang yang mendengar ) menyebut.

3.2 AL ARD WA AL QIRAAH ( )
Kaedah ini dikenali sebagai al-Ard ( iaitu pembentangan dengan cara murid membacakan
kepada guru ) atau al-Qiraah ( murid membaca hadis kepada guru ) juga turut dikenali
sebagai Ard al-Qiraah iaitu pembentangan dan pembacaan. Kaedah ini telah mula
berkembang sejak awal abad yang ke dua hijrah.
Kaedah al-Qiraah ialah murid membaca hadis kepada guru melalui hafalan atau
kitab. Murid yang menerima hadis dengan cara membentangkan bacaannya kepada guru
disebut sebagai al-Ard ( pembentangan ) seperti menurut pendapat sebilangan besar para
muhaddithin ( ulama hadis ).
Diharuskan meriwayatkan melalui kaedah ini sekiranya seorang perawi ( murid )
membaca ( membentangkan bacaan ) dengan berpegang kepada hafalannya atau kitabnya atau
pun mendengar daripada orang lain yang membentangkan bacaan kepada guru. Adalah
diletakkan syarat bahawa guru mempunyai pengetahuan ( dalam bentuk ingatan ) tentang apa
yang dibacakan kepadanya.atau merujuk kepada kitab asal yang sahih atau kitab asal berada
dalam tangan orang yang membentangkan bacaan kepada guru atau pun dalam keadaan lain
kitab tulisan itu berada pada salah seorang pendengar yang thiqah dalam majlis tersebut. Al-
Hafizd al-Iraq mengatakan : Dan perlu terdapat orang yang thiqah daripada pendengar yang
menyelia dan menjaga apa yang dibaca serta dia mendengar dengan teliti tanpa lalai ( alpa )
dan memenuhi syarat sekiranya berlaku sedemikian.
Imam Ahmad meletakkan syarat bahawa orang yang membentangkan bacaan kepada
gurunya adalah orang yang mengetahui apa yang dibentangkan dan mempunyai kefahaman
serta pengetahuan tentangnya. Sekiranya tidak maka tidak sah kaedah al-tahamul
daripadanya.
Sekiranya murid berkenan tidak membaca hadis yang dihafalnya atau yang tercatat
dalam kitab sebaliknya hanya mendengar bacaan orang lain maka dalam keadaan ini guru
berkenaan mestilah mengingati hadis yang dibacanya itu atau dapat membandingkan hadis
yang dibacanya oleh pelajar berkenan dengan rujukan catatan asal yang sahih walaupun guru
berkenaan terpaksa merujuk kepada catatan asal daripada para pelajar lain yang thiqah lagi
dhabit atau sekurang-kurangnya seorang daripada mereka. Qiraah yang dibentangkan melalui
kitab adalah lebih baik kerana cara ini lebih dipercayai dan lebih selamat. Al-Hafidz Ibn Hajar
( w 852H ) berkata : Sewajarnya dipegang hadis yang dibaca melalui tulisan ataupun kitab
pada sebarang bentuk daripada hadis yang dibaca melalui hafalan kerana ia boleh jadi tidak
tepat.
Peryataan di atas memberi penekanan bahawa periwayatan hadis hendaklah dilakukan
dengan bersandarkan kepada tulisan asal atau kitab semasa membaca hadis di hadapan guru
untuk menggelakkan kekeliruan. Malah melalui kaedah ini sekiranya terdapat murid-murid
yang hadir sama dan mereka terlupa atau tertinggal mana-mana bahagian catatan hadis
bolehlah mereka membuat penambahan atau mengulanginya serta memperbetulkan hafalan
dan catatan dalam kitab masing-masing.
Ketika menyalin mereka selalunya membuat satu bulatan selepas tiap-tiap hadis.
Apabila seseorang pelajar selesai membaca satu-satu hadis dia akan membuat satu tanda
bulatan atau dimana-mana sahaja untuk menunjukkan bahawa hadis itu telah pun dibacakan di
hadapan guru. Ini perlu kerana seseorang pelajar yang mengetahui hadis-hadis melalui buku-
buku sahaja tidak berhak untuk menggunakan bahan-bahan ( hadis-hadis ) itu untuk tujuan
mengajarkannya atau menyusunnya sendiri sehinggalah dia menerima hadis-hadis itu melalui
kaedah-kaedah belajar yang betul dan diiktiraf. Dalam kaedah periwayatan ini seorang murid
yang hendak meriwayatkan hadis dengan sendiri haruslah dia menggunakan istilah
dan sekiranya hadis yang hendak diriwayatkan itu dibaca orang lain
maka hendaklah murid berkenaan meriwayatkannya dengan lafaz

Kebanyakkan ulama hadis mengharuskan murid meriwayatkan hadis dengan
menggunakan lafaz atau
dan dia mestilah menyebut lafaz agar riwayat berkenaan tidak
mendatangkan kesamaran kepada pihak ketiga dan menjelaskan bahawa murid berkenaan
benar-benar mendengar secara langsung daripada gurunya. Menurut pendapat yang terpilih
kaedah al-Ard wa al-Qiraah ( ) adalah lebih rendah tarafnya dalam aspek
penerimaan dan periwayatan hadis jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu al-
Sima ( ). Kaedah al-Ard wa al-Qiraah ( ) berada pada martabat
yang kedua.

3.3 AL IJAZAH ( )
Ijazah menurut pengertian bahasa ialah membenarkan atau memberi keizinan. Manakala
menurut pergertian istilah ialah memberi kebenaran kepada seseorang untuk meriwayatkan
sesebuah hadith atau sesebuah kitab bersandarkan kepada seseorang ulamak tertentu yang
memberikan kebenaran tersebut tanpa membacakan kitab tersebut dihadapannya.
Al-Ijazah adalah memberi keizinan. Sebagai contohnya dengan lafaz seorang guru
mengatakan kepada muridnya aku memberikan kebenaran kepada kamu untuk meriwayatkan
kitab Sahih Bukhari daripadaKu. Diberikan keizinan dengan lafaz kepada muridnya iaitu
dan lafaz terakhir ialah .
Kaedah al-Ijazah ( ) adalah diharuskan oleh jumhur ulama untuk diterima pakai
dalam proses al-Tahamul. Pendapat ini selaras dengan ijmak ( kesepakatan dalam pendapat )
daripada al-Qedhe Abu al-Walid al-Baja. Manakala Ibn Salah berbeza pendapat sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Rabe daripada al-Syafii yang melarang serta menegah periwayatan
dengan kaedah al-Ijazah ( ). Begitu juga pendapat yang diputuskan oleh al-Mawardi.
Keputusan untuk menolak kaedah tersebut dalam mazhab Imam al-Syafii adalah selaras
dengan pendapat al-Qadhe Hussain bin Muhammad al-Mrwaraze yang berpendapat :
Sekiranya dibenarkan maka sudah pasti akan menghapuskan usaha rehlah dalam menuntut
ilmu. Demikian juga pendapat Syubah bin Ajej dan yang lainnya daripada ahli hadis.
Kaedah yang ketiga ini jauh berbeza daripada kaedah sebelumnya. Kaedah al-Sima
bermakna penerima mendengar sesuatu hadis secara langsung daripada mulut gurunya
manakala dalam kaedah al-Ard wa al-Qiraah pula menunjukkan bahawa pelajar
membentangkan bacaannya di hadapan gurunya. Kedua-dua bentuk kaedah ini
melambangkan periwayatan yang bersambung sanad sama ada dipindahkan secara mulut ke
mulut atau mulut ke telinga atau melalui penulisan yang sahih. Oleh itu, jelas perbezaan
kaedah secara al-Ijazah iaitu hanya mendapat keizinan daripada seorang guru kepada
muridnya untuk meriwayatkan semua hadith yang didengar atau ditulis oleh beliau. Walaupun
murid berkenaan tidak pernah langsung mendengar hadis berkenaan daripada gurunya
ataupun tidak pernah membacakannya di hadapannya. Berdasarkan kenyataan inilah Ibn
Hazm menolak riwayat secara al-Ijazah kerana beliau berpendapat kaedah ini adalah perkara
yang bidah dan tidak diharuskan.
Sesetengah ulamak menolak dengan keras dengan menegaskan bahawa: Sesiapa
sahaja yang berkata kepada orang lain Aku ijazahkan engkau meriwayatkan hadis-hadis
daripada aku yang engkau tidak pernah mendengarnya daripadaku maka berdasarkan
ucapan ini seolah-olah seseorang itu telah berkata Aku ijazahkan kepada engkau untuk
berdusta tentang diri aku, kerana syarak tidak pernah mengharuskan periwayatan hadis
yang tidak pernah didengar oleh perawi berkenaan.
Pendapat di atas agak terlalu ketat dan agak keterlaluan. Sebahagian daripada bentuk al-
Ijazah tidaklah sampai ke peringkat yang terlalu dhaif daripada sudut riwayatnya. Malah
terdapat beberapa bentuk ijazah yang boleh diterima oleh sebahagian besar ulama tanpa
sebarang keraguan. Seperti memberi ijazah meriwayatkan kitab tertentu kepada seseorang
atau beberapa orang tertentu seperti ucapan guru dengan berkata: Aku ijazahkan kepada
engkau atau kepada sesiapa ( serta menyebut nama dan sifat orang yang berkenaan ) untuk
diberi keizinan meriwayatkan hadis-jadis Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Kutub Sitah atau
apa sahaja hadis yang terkandung dalam kitab-kitab susunan saya sendiri ( dengan menyebut
nama-nama kitab berkenaan ).
Dengan jelas kaedah memberi ijazah meriwayatkan hadis-hadis yang tidak diketahui
kepada orang yang tidak diketahui adalah tidak sah menurut persepakatan para ulama.
Manakala ijazah yang bersifat umum seperti kata guru: Aku ijazahkan untuk meriwayatkan
mana-mana hadis kepada orang ramai, orang Islam, orang yang masih wujud, orang yang
berada bersama saya, orang yang menyaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
SWT atau sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh orang tersebut mengikut apa yang sebenarnya
adalah tidak diharuskan. Namun demikian terdapat sebahagian ulamak yang
mengharuskannya.
Menurut Ibn Salah (w 643H) bahawa dalam kaedah al-Ijazah ( ) terdapat tujuh
cara lafazd yang diguna pakai iaitu seperti berikut:

Memberikan keizinan kepada seseorang yang tertentu dengan periwayatan yang telah
ditentukan. Dengan menggunakan lafaz :


Memberikan keizinan kepada seseorang dengan tanpa menetapkan apa yang diberi keizinan
untuk diriwayatkan. Dengan menggunakan lafaz :


Memberikan keizinan kepada seseorang yang tidak ditentukan dengan lafaz yang umum.
Dengan menggunakan lafaz :


Memberikan keizinan kepada orang yang tertentu tanpa ditetapkan riwayat atau kitab tertentu.
Atau sebaliknya iaitu menetapkan riwayat daripada kitab tertentu tanpa menentukan orang
yang tertentu. Dengan menggunakan lafaz yang tertentu seperti berikut :

Atau


Memberikan keizinan kepada orang yang belum wujud seperti meriwayatkan hadith kepada
anak yang bakal lahir. Dengan menggunakan lafaz :


Memberikan keizinan kepada sesiapa yang tidak mendengar dan tidak membawa periwayatan
asal. Kemudian dia diberikan keizinan untuk meriwayatkan sesuatu hadis tersebut dengan
menggunakan lafaz :


Memberikan keizinan yang berbentuk mutlak dan luas tanpa menentukan apa yang diberikan
keizinan untuk diriwayatkan. Dengan menggunakan lafaz :


3.4 AL MUNAWALAH ( )
Kaedah al-Munawalah bermaksud seorang guru memberi kitab atau hadis yang telah
dicatatkan kepada muridnya agar murid berkenaan dapat meriwayatkannya melalui guru
berkenaan. Pada asalnya Imam al-Bukhari mengaitkan kaedah ini dalam menuntut ilmu
berdasarkan kepada tindakan Rasulullah SAW menulis kitab ( buku yang mengandungi
tulisan ) kepada ketua angkatan perang dengan bersabda :


Bermaksud: Janganlah dibaca ( yakni tulisan yang terdapat pada kitab berkenaan )
sehingga tiba ditempat sekian sekian, dan apabila mereka sampai ke tempat berkenaan lalu
dibacakan kepada orang ramai tentang arahan daripada Rasulullah SAWyang ditulis dalam
catatan tersebut.
Berdasarkan kepada hadis di atas ulama menjadikan hujah untuk menerima kaedah al-
Munawalah dalam penerimaan sesuatu hadis. Ini bertepatan dengan pandangan al-hhl
mengatakan bahawa Imam Bukhari menjadikan hujah hadis tersebut bagi menerima kaedah
al-Munawalah. Demikianlah dianggap sebagai ilmu apabila seseorang murid menyalin apa
yang terdapat dalam sesuatu kitab yang diberikan padanya. Maka murid tersebut diberikan
kebenaran meriwayatkan apa yang terdapat dalam kitab tersebut.
Bentuk al-Munawalah yang tertinggi ialah apabila seorang guru memberikan sebuah
kitab atau hadis yang telah dicatatkan kepada muridnya dengan menggunakan lafaz :
Sesungguhnya aku memberikan hak milik buku atau hadith kepada kamu serta aku
ijazahkan kepada kamu (murid) untuk meriwayatkannya daripada aku (guru). Bentuk
lafaz munawalah seperti di atas adalah dikenali sebagai munawalah maal al-Ijazah.
Misalnya al-Zuhri ( w. 124 H ) memberikan manuskrip-manuskripnya kepada
beberapa orang sarjana umpamanya Thaure, Auze dan Ubaidullah bin Umar. Cara inilah
yang dikenali sebagai al-Munawalah yang bukan merupakan amalan yang biasa dilakukan
pada zaman awal. Kaedah periwayatan secara al-Munawalah terbahagi kepada dua iaitu :

i. Munawalah yang disertai dengan keizinan guru kepada muridnya untuk
diriwayatkan hadis. Munawalah bentuk ini diharuskan ulama dan
setengah ulama pula mengatakan cara ini adalah tingkat yang lebih baik
daripada cara al-Sima. Dengan menggunakan lafaz :


ii. Munawalah tanpa keizinan. Menurut pendapat Ibn Salah dan Imam al-
Nawawi meriwayatkan hadis munawalah ini dianggap tidak sah
Terdapat sebahagian ulama meletakkan martabat al-Munawalah lebih tinggi daripada
martabat al-Sima. Atas alasan bahawa taraf thiqah melalui kitab milik guru beserta keizinan
untuk meriwayatkannya melebihi thiqah yang ada pada al-Sima. Menurut pendapat mereka
kedudukan al-Munawalah mengatasi kedudukan al-Sima kerana berkemungkinan wujudnya
kesamaran dalam periwayatan al-Sima ( melalui murid ) dan al-Mustami ( melalui guru ).
Melalui kaedah ini seorang guru memberikan kitabnya kepada muridnya dengan
mengatakan . Manakala murid yang meriwayatkan dengan
lafaz berikut: .
Imam al-Nawawi menyangkal pendapat tersebut dengan mengatakan: Sebenarnya
kedudukan al-Munawalah adalah lebih rendah daripada kaedah al-Sima ( ) dan al-
Ard wa al-Qiraah ( ).
Bentuk yang paling hampir sama dengan al-Munawalah maal al-Ijazah ialah apabila
guru berkata kepada muridnya: Ambillah kitab ini dan salin semula serta semak sebelum
mengembalikan salinan asal itu kepada saya.
Bentuk yang lebih rendah tarafnya daripada kedua-duanya ialah murid membawa kitab
kepada gurunya yang dihasilkan secara kaedah al-Sima daripada gurunya lalu guru
berkenaan mengambil buku berkenaan dan menelitinya kemuadian berkata kepada muridnya:
Hendaklah kamu meriwayatkan kandungan buku ini daripada aku.
Bentuk al-Munawalah yang paling rendah sekali martabatnya daripada cara-cara di
atas ialah murid membawa kitab kepada guru dan meminta guru berkenaan membuat
Munawalah kepadanya. Kehendak tersebut dipersetujui oleh guru tanpa melihat, meneliti atau
membuat sebarang perbandingan terhadap buku berkenaan.

3.5 AL - KITABAH ( )
Al- Kitabah dari sudut bahasa ialah surat menyurat. Sudut istilahnya pula ialah seorang sheikh
menulis sendiri atau dia menyuruh orang lain menulis riwayatnya kepada orang yang hadir
ditempatnya atau yang tidak hadir disitu.
Metode dan kegiatan ini dilaksanakan dengan meluas dengan meluas dan ia
dilaksanakan semenjak awal Islam lagi. Contohnya surat- menyurat rasmi daripada khalifah
al- Rasyidin yang mengandungi banyak hadis yang diriwayatkan oleh perawi.
Konteks lain juga, ramai Sahabat Nabi SAW dan perawi hadis menulis hadis riwayat
mereka dan mengirimkannya kepada murid atau sahabat mereka. Contohnya surat dan tulisan
Ibn Abbas kepada Ibn Abu Mulaikah dan Najdah. Metod Al- Kitabah terbahagi kepada 2
bahagian :
i. Kitabah yang disertai dengan ijazah seperti perkataan sang syeikh, Aku
ijazahkan kepadamu apa yang aku tulis untuk mu , atau yang semisal
dengannya. Dan riwayat dengan cara ini adalah shahih kerana kedudukannya
sama kuat dengan munawalah yang disertai dengan ijazah.

ii. Kitabah yang tidak disertai dengan ijazah seperti syeikh menulis sebahagian
hadis untuk muridnya dan dikirimkan tulisan itu kepadannya, tapi tidak
diperolehkan untuk meriwayatkannya. Disini terdapat perselisihan masalah
hukum periwayatannya. Sebahagian tidak membolehkannya jika diketahui
bahawa tulisan tersebut adalah karya syeikh itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah al-Kitabah yang disertai dengan al-Ijazah adalah
lebih kuat berbanding dengan hanya al-Kitabah sahaja. Malahan terdapat sebilangan ulamak
yang mengatakan al-Kitabah yang disertai dengan al-Ijazah lebih rajih walaupun
dibandingkan dengan kaedah al-Sima.

3.6 AL IILAM ( )
Dari sudut bahasa ialah memberi maklumat. Manakala dari segi istilah ialah guru
memberitahu muridnya dimana sesebuah hadis atau kitab yang diriwayatkannya didengar atau
diambil daripada orang lain tanpa memberitahu dengan jelas mengenai ijazah atau kebenaran
supaya muridnya itu meriwayatkannya pula kepada orang lain.
Bukti atau tanda metod ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli hadis
mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat- syarat tertentu :
a. Guru tersebut seorang yang thiqah.
b. Guru seorang yang amanah.
Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Sebagai
rumusannya, metod al- Ilam ini ada faedahnya iaitu orang yang kedua yang menerima hadis
terpaksa mencari naskah asal yang mengandungi surat yang mengandungi surat akaun dan
nama orang yang memberi akaun dan kebenaran itu.
Sebahagian besar ulama mengharuskan penerimaan hadis melalui kaedah ini selagi
thiqah guru berkenaan tetap wujud dengan sempurna kerana sifat thiqah itu dapat mencegah
beliau daripada mengisytiharkan kepada muridnya hadis-hadis yang bukan daripada
riwayatnya. Keadaan ini seolah-olah guru berkenaan memberi kebenaran kepada muridnya
menerima dan seterusnya meriwayatkan hadis-hadis berkenaan daripadanya secara kebenaran
ijazah untuk meriwayatkan hadis berkenaan boleh difahami secara tidak langsung walaupun ia
tidak dinyatakan secara jelas oleh guru berkenaan. Inilah pendapat yang dibawa oleh Ibn
Jraih dan kebanyakkan daripada golongan ulama terkini.
Bukti atau tanda metode ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli
Hadis mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat-syarat tertentu :
a. Guru tersebut seorang yang thiqah
b. Guru seorang yang amanah
Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis.
Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis.
Sebagai rumusannya, metode al-Iilam ini ada faedahnya iaitu : orang kedua yang
menerima hadis terpaksa mencari naskhah asal yang mengandungi surat akuan dan
nama orang yang memberi akuan dan kebenaran itu.

3.7 AL WASIYYAH ( )
Kaedah al-Wasiyyah ( ) adalah bermaksud seorang guru mewasiatkan kitab tertentu
kepada seseorang untuk diriwayatkan. Keadaan al-Wasiyyah ( ) biasanya berlaku
apabila seorang guru tersebut ingin keluar bermusafir atau nazak ( saat hampir dalam
kematian ). Bentuk-bentuk lafaz yang sering digunakan pakai dalam periwayatan ini ialah
seperti berikut: " ,
Bentuk penerimaan hadis dalam kaedah ini jarang sekali berlaku. Sebahagian ulama
salaf mengharuskan penerima al-Wasiyyah untuk meriwayatkan kitab berkenaan melalui guru
yang membuat wasiyyah berkenaan. Hujah mereka ialah kaedah al-Wasiyyah seperti ini
adalah sama taraf dengan kaedah Iilam dan termasuk dalam salah satu bentuk al-Munawalah.
Melalui kaedah al-Wasiyyah ini seolah-oleh guru berkenaan telah memberi dan
memaklumkan (Iilam) hadis-hadis tertentu adalah sebahagian daripada riwayatnya. Akan
tetapi kata-kata yang digunakan oleh guru berkenaan dalam hal seperti ini tidak jelas kepada
al-Iilam dan al-Munawalah. Golongan yang mengharuskan riwayat hadis dengan cara al-
Wasiyyah mengakui kaedah ini adalah bentuk penerimaan yang paling lemah. Kedudukan
sebenar martabat kaedah ini adalah lebih rendah daripada al-Munawalah ( ) dan al-
Iilam ( ) walaupun terdapat persamaan dalam kaedah-kaedah tersebut.
Ibn Salah berpendapat tiada persamaan antara al-Wasiyyah ( ) , al-Munawalah
( la nad ( -Iilam ( ). Malah beliau menyangkal pendapat yang mengatakan
wujudnya persamaan antara kaedah-kaedah tersebut. Beliau mengatakan : Sesungguhnya
terdapat ulamak membawa hujah tentang kedudukan kaedah al-Wasiyyah adalah sama taraf
dengan kaedah al-Munawalah atau al-Iilam. Sebenarnya dakwaan tersebut tidak benar sama
sekali. Beliau berpendapat tidak pernah ulamak menetapkan kaedah tertentu untuk menerima
periwayatan melalui al-Iilam dan al-Munawalah ataupun perkara yang hampir-hampir sama
dengan tujuan tersebut.
Semasa meriwayatkan hadis penerima hadis tersebut mestilah memindahkan kata-kata
yang digunakan oleh orang yang memberi wasiat berkenaan. Orang yang menerima wasiat
sekali-kali tidak boleh menambah atau mengurangkan kata-kata yang digunakan oleh pemberi
wasiat kerana kaedah al-Wasiyyah ini menyerupai wasiat harta yang pasti ada tanda dan kadar
yang tertentu. Sesuatu wasiat yang dibuat hendaklah nyata dan jelas. Misalnya apabila
diwasiatkan dinyatakan sebuah atau beberapa buah kitab, sebuah atau beberapa buah hadis,
beberapa hadis yang didengar atau beberapa hadis yang diriwayatkannya. Kesemua
periwayatan dalam kaedah ini adalah terikat dengan kata-kata guru yang memberi wasiat
tersebut. Kaedah ini adalah peringkat yang paling rendah daripada kaedah-kaedah
periwayatan yang dibenarkan sebelum ini.
Menurut pendapat Ahli Hadis, metode wasiat ini adalah metode yang paling
lemah dalam menerima hadis berbanding dengan metode-metode lain. Mlahan setengah
ulama tidak mengharuskan metode ini.

3.8 AL WIJADAH ( )
Maksud metode ini ialah mendapatkan kitab seseorang tanpa kebenarannya untuk
meriwayatkan hadis- hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada seseorang. Maksud lain,
seseorang yang mengambil hadis daripada kitab- kitab tertentu tanpa mendengar, tanpa ijazah
dan mengambilnya untuk diriwayatkan hadis tersebut.
Dalam menyampaikan hadis atau kitab yang didapati dengan jalan Wijadah, si perawi
berkata wajadtu bi khaththi fulanin ( aku dapatkan buku ini dengan tulisan fulan ) atau
qaratu bi khati fulanin ( aku telah membaca buku ini dengan tulisan fulan ), kemudian
menyebutkan sanad dan matannya.
Proses penyalinan ini berlaku apabila seorang murid menemui sesuatu tulisan dan
dipastikan bahawa tulisan tersebut adalah hak milik gurunya yang pernah dijumpai dan
dipercayai. Kaedah ini juga berlaku ke atas seseorang yang tidak pernah bertemu dengan
seseorang guru namun murid tersebut yakin bahawa tulisan yang dijumpainya adalah hak
milik dan catatan sebenar daripada seseorang guru berkenaan. Sekiranya seseorang itu
mendapati hadis yang dikarang oleh beberapa tokoh yang terkemuka. Maka orang tersebut
haruslah meriwayatkan hadis tersebut melalui guru berkenaan dalam bentuk hikayat ( bukan
dalam bentuk riwayat ).
Isnad hadis tersebut mestilah dinyatakan seperti yang terdapat dalam kitab berkenaan.
Misalnya dengan berkata: Aku mendapatkan catatan si fulan atau catatan yang aku yakin
adalah hasil tulisan si fulan seperti yang terdapat dalam kitab Sahih yang masyhur lalu
membacakan hadith tersebut.Seperti yang pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ahmad bin
Hanbal. Selalunya beliau akan berkata :
: ....................
Seseorang yang telah menerima hadis melalui kaedah al-Wijadah tidak harus
meriwayatkan kembali dengan menggunakan kata-kata seperti:
,
Sekiranya timbul kesangsian pada murid tersebut tentang sama ada tulisan berkenaan
adalah tulisan gurunya maka perbuatan itu dikira termasuk dalam bentuk penipuan yang
sangat buruk. Ini kerana lafaz yang digunakan boleh mendatangkan kesamaran kepada
pendengar bahawa adakah murid tersebut benar-benar mendengar hadis tersebut daripada
guru berkenaan. Sedangkan perawi tersebut sepatutnya menggunakan kata-kata seperti
berikut:
, ,
Dasar penggunaan perkataan di atas dapat dijadikan garis panduan untuk mengenal
pasti kesilapan yang dilakukan oleh sesetengah penulis atau ahli sejarah yang kerap kali
menggunakan kata-kata seperti berikut :
"
Oleh itu, tidak perlu diragukan tentang kedudukan dan nilai kaedah penerimaan hadis
secara al-Wijadah sebagai salah satu cara penerimaan hadis. Kebanyakkan hadis-hadis yang
terdapat dalam kitab-kitab adalah melalui cara pemindahan secara al-wijadah. Kerana
golongan yang menghafal hadis tidak ramai pada masa sekarang.

4. ISTILAH MENUNJUKKAN METODE PERIWAYATAN HADIS
Terdapat istilah atau lafaz atau simbol kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis dalam
menerangkan metode penerimaan hadis riwayatnya atau erti kata lain bagaiman dia
memperolehi riwayatnya. Biasanya istilah atau simbol atau kependekan ini digunakan untuk
meringkaskan masa, ruang dan senarai periwayat hadis. Antara istilah, symbol atau
kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis ialah :
Haddathana. Kebanyakannya ditulis dengan thana atau na sahaja.
Perkataan haddathana sering digunakan untuk menerangkan metode al-Sima. Iaitu
kaedah atau metode guru membacakan hadis kepada muridnya.
Akhbarana. Kebanyakan ditulis na sahaja. Kadang-kadang ia ditulis juga
dengan arana. Perkataan akhbarana sering digunakan untuk menerangkan metode
Arad atau al-Qiraah. Iaitu murid membacakan hadis kepada guru.
Anbaana. Perkataan ini sering digunakan dalam metode Ijazah dan
Munawalah.
Samia. ianya hanya digunakan dalm metode al-Sima sahaja.
An. Ianya digunakan dalam kesemua jenis metode yang telah disebutkan iaitu dalam
al-Sima, al-Ard wa al-Qiraah, al-Ijazah, al-Munawalah, al-Kitabah, al-Ilam, al-
Wasiyyah dan al-Wijadah.
Daripada lima istilah yang telah dinyatakan diatas, kelima-lima istilah tersebut tidak
sama tarafnya. Kedudukannya adalah sebagaimana berikut :
Perkataan hadathana atau hadhathani dan akhbarana atau akhbarani adalah paling
tinggi kedudukannya.
Perkataan an adalah merupakan yang paling rendah tarafnya.
Istilah-istilah yang diguna pakai ini tidak boleh diubah sama sekali ketika menyalin
hadis. Kesemua penggunaan kalimah tersebut menggambarkan penerimaan dan periwayatan
dalam istilah penggunaan bahasa Arab. Ulama meletakkan istilah pada tahap yang
tertinggi dalam peringkat periwayatan. Ini kerana istilah ini tidak digunakan pada kaedah al-
Ijazah atau al-Kitabah dan tidak juga akan digunakan pada menyembunyikan apa yang
didengarkannya.

5. PENUTUP
Pada asasnya semua kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam penerimaan al-Tahamul
( ) adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam periwayatan al-Ada ( ).
Ini adalah kerana apa yang diterima oleh seseorang murid pada hari ini akan diriwayatkan
kembali kepada seseorang yang lain pada suatu masa nanti. Bahkan penerimaan hadis itu
sendiri membawa kepada tanggungjawab menyampaikan apa yang diterimanya.
Oleh itu, periwayatan atau sistem al-Ada ( ) adalah meriwayatkan hadis kepada
murid atau perawi kepada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada orang yang
meriwayatkannya ( iaitu guru ). Hadis ini pula diterima daripada orang yang lebih tinggi
kedudukannya daripada beliau. Ini bermakna bahawa orang yang pernah menjadi murid
akhirnya akan menjadi seorang guru ( periwayat hadis ) dalam kitaran proses penerimaan dan
periwayatan hadis.
Misalnya Abu Bakar adalah penerima hadis daripada Rasulullah SAW digelar sebagai
murid manakala Rasulullah SAW berada pada taraf guru. Apabila Abu Bakar meriwayatkan
hadith yang diterima oleh beliau kepada Ali bin Abi Thalib, maka pada ketika itu kedudukan
Abu Bakar bertukar daripada murid kepada seorang guru yang meriwayatkan hadis yang
diterimanya pada peringkat awal ( yakni daripada Rasulullah SAW ). Sementara gelaran
murid pada pusingan ini digunakan kepada Ali bin Abi Thalib yang menerima hadis pada
peringkat berikutnya.
Jelaslah bahawa berlakunya pusingan pada periwayatan dan penerimaan hadis pada
sesuatu peringkat. Seseorang itu pada asalnya merupakan murid yang menerima periwayatan
melalui lapan kaedah yang telah ditetapkan akan meriwayatkan semula hadis-hadis tersebut
kepada orang lain dengan menggunakan gelaran sebagai seorang guru pula ( asalnya murid
ketika menerima hadis ).
Kesimpulannya ulama hadis mencurahkan segala tenaga dan daya dalam memastikan
proses kitaran hadis berjalan dengan begitu teliti dan dijaga ketulenannya. Perhatian yang
serius ini telah bermula sejak sesuatu hadis hendak diterima melalui kaedah al-Tahamul
( ). Mereka memastikan pemilihan istilah-istilah dalam penerimaan sesuatu hadis tepat
bagi menggelakkan sesuatu hadis diselewengkan. Penjagaan yang rapi terhadap kitaran hadis
tidak berhenti setakat itu malah disaring lagi dalam proses kedua iaitu proses al-Ada ( (
Sehinggalah hadis yang kita terima pada hari ini adalah hasil usaha gigih para ulama hadis
terdahulu.
Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( w. 728H ): Bukanlah keperluan penduduk
bumi kepada Rasulullah SAW seperti keperluan mereka kepada matahari, bulan, angin dan
hujan. Bukan juga seperti keperluan insan dalam kehidupannya. Bukan seperti keperluan
mata kepada cahaya. Bukan seperti jasad kepada makanan dan minuman. Bahkan lebih besar
daripada itu,semua. Lebih dasyat daripada segala keperluan yang diandai dan dibayangkan.
Para rasul adalah penghubung antara Allah SWT dan makhlukNya dalam menyampaikan
suruhan dan laranganNya. Mereka adalah duta antara Allah SWT dan hamba-hambaNya.
Oleh itu, seluruh makhluk di muka bumi ini amat terhutang budi kepada ulama hadis
yang memberikan perhatian yang begitu serius dan peka dalam bidang penerimaan,
pembawaan, penjagaan sesuatu hadis sehingga hadis tersebut disampaikan mengikut sistem
yang betul.













BIBLIOGRAFI

Laman Sesawang :
http://ibnhajargroup.blogspot.com/2010/11/kaedah-penerimaan-hadith.html
http://powerhadis.blogspot.com/
http://nurhasyimlatif.blogspot.com/2013/05/metode-periwayatan-hadits_8194.html
http://azlanyusofpunding.blogspot.com/2011/05/istilah-periwayatan-hadis.html









tidak membolehkannya jika diketahui bahawa tulisan tersebut adalah karya syaikh itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai