Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan tafsir Bil Ra'yi dan Bil Mathur

1.Pengertian

 Tafsir Bil Ra'yi: Para mufassir mentafsir ayat al-quran lebih banyak berdasarkan
pendapat dan ijtihad mereka sendiri.
 Tafsir Bil Mathur: Satu kaedah mentafsir alquran yang berasaskan beberapa perkara
iaitu tafsir ayat al-quran dengan ayat al-quran yang lain, tafsir ayat al-quran dengan
hadis Rasulullah saw dan tafsir ayat al-quran dengan pendapat para sahabat dan
tabi’in dan tafsir ayat al-quran dengan bahasa.

2. Masa perkembangan

 Tafsir Bil Ra'yi: Muncul pertama kali dalam sejarah khazanah intelaktual Islam sejak zaman
Rasul.
 Tafsir Bil Mathur:  Muncul pada akhir pertumbuhan tafsir bil-ma’tsur.

3. Pecahan

 Tafsir bir Ra’yi terbahagi kepada dua bagian iaitu;


 Tafsir terpuji: Tafsir al-Qur’an yang di dasarkan dari ijtihad yang jauh dari kebodohan
dan penyimpangan.
 Tafsir tercela: Tafsir al-Qur’an tanpa didasari dengan
ilmu pengetahuan yang benar, iaitu  hanya didasarkan hanya kepada keinginan
seseorang dengan mengabaikan peraturan dan persyaratan tatabahasa serta kaedah
Islam.
 Tafsir Bil Mathur tidak mempunyai pecahan sama ada terpuji atau tercela kerana
penafsirannya berdasarkan penjelasan yang sahih.

4. Sumber

Tafsir Bil Ra'yi:

 Tafsir ayat al-quran dengan ayat al-quran


 Tafsir ayat al-quran dengan hadis Rasulullah saw
 Tafsir ayat al-quran dengan pendapat para sahabat nabi saw.
 Lebih banyak tafsir ayat ayat al-quran dengan pendapat dan ijtihad mereka sendiri

Tafsir Bil Mathur:

 Tafsir ayat al-quran dengan ayat al-quran


 Tafsir ayat al-quran dengan hadis Rasulullah saw
 Tafsir ayat al-quran dengan pendapat para sahabat nabi saw dan Tabi’in.

5. Syarat ahli mufassir:

Tafsir Bil Ra'yi:

 Menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan para
sahabat atau tabi’in.
 Berpandukan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa arab dan ilmu yang
berkaitan dengan asas-asas agama lain seperti usul fiqh, ilmu hadis dan sebagainya.

Tafsir Bil Mathur:


 Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah.
 Mengetahui kata-kata para sahabat dan tabi’in.
 Mengetahui tentang asbabun Nuzul.
 Mengetahui tentang nasakh mansukh.
 Tidak bersandar pada riwayat israiliyyat
 Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat yang bercanggah.
 Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir.

Anda mungkin juga menyukai