Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2020


SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN 2 :
PENGUMPULAN MAKLUMAT UNTUK PENGHASILAN INOVASI

Nama Pelajar : RAIHANAH BINTI ABAS


Angka Giliran : 2020312340142
No. Kad Pengenalan : 010723100312
Kumpulan /Unit : PISMPPI1620
Kod Kursus : BMMB3182
Nama Kursus : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU ABAD KE 21

Nama Pensyarah : ENCIK MUHAIMI BIN SUHAILI


Tarikh Hantar : 7 MAC 2022

Pengakuan Pelajar
Saya telah menerima maklum balas
kerja kursus ini daripada pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PROBLEM 3

2.0 UNPACK 6

3.0 SUGGEST 6

4.0 RUJUKAN 8

2
1.0 PROBLEM

Masalah yang telah dikenal pasti dalam kalangan murid adalah kerap melakukan kesalahan
penggunaan kata nama am dan khas. Hal ini dapat dilihat sendiri melalui ejaan mereka, iaitu
huruf besar dan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, tinjauan tentang masalah inovasi telah
ditadbir berdasarkan beberapa kajian anataranya ialah kajian tentang analisis kesalahan
morfologi dan ortografi dalam penulisan esei pendek pelajar daripada 26 orang pelajar
antarabangsa yang mengambil kursus Bahasa Melayu Pertengahan (BMU3152) di UPSI.
Mereka telah diminta untuk menulis dua esei pendek dengan tidak melebihi 100 patah
perkataan.

(Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif, 2021)

Jadual 2 menunjukkan terdapat tiga kesalahan ortografi antaranya ialah kesalahan huruf
besar atau kecil. Hasil daripada analisis yang dilakukan kesalahan tersebut ialah sebanyak
38 kesalahan (27%) (Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif, 2021). Punca
utama perkara ini berlaku adalah kerana pelajar tidak memahami dengan tepat makna
sesuatu perkataan tersebut. Hal ini mengakibatkan pelajar tidak dapat membezakan
perkataan tersebut, sama ada golongan kata nama am dan kata nama khas.

Selain itu, tinjauan kajian juga merujuk kepada seorang pengkaji yang mengkaji kata
nama dalam struktur. Ini dapat dilihat menerusi kajian Nur Mazrita Azam (2014) yang
melakukan kajian atas tajuk ‘Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar pada Huruf Pertama di
Awal Ayat dan Kata Nama Khas’, menggunakan teknik latih tubi bulatkan huruf besar’. Jika
dilihat, teknik latih tubi tersebut memfokuskan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran
dan menjamin ketekalannya. Namun begitu, penyelidikannya dijalankan untuk meningkatkan
serta mengekalkan kefahaman tentang penggunaan huruf besar pada awal ayat dan kata
nama khas (Haryati Surana & Nur Syahirah Sa’adon, 2017).

Disamping itu, Suzi Jinau (2012) juga telah melakukan penyelidikan untuk
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran, selain menilai sejauh manakah
penggunaan imej visual membantu murid menulis kata nama am dan kata nama khas dalam

3
tesisnya yang bertajuk ‘Penggunaan Imej Visual Secara Ansur Maju Untuk Meningkatkan
Kemahiran Menulis Kata Nama Bahasa Melayu Murid Tahun Empat‘. Teknik yang
digunakan dalam penyelidikan tersebut adalah berlandaskan Pendekatan Pengajaran
Ekspositori Ausubel (1968). Teknik tersebut memerapkan kemajuan langkah demi langkah,
dengan menggabungkan maklumat baharu dengan maklumat lama dan membuat perkaitan
antara kedua-duanya.

(Suzi, 2012)

4
`

(Suzi, 2012)
Sehubungan dengan itu, rumus asas tentang tatabahasa perlu didedahkan kepada
pelajar asing malah terhadap pelajar tempatan sendiri perlu diberi perhatian yang lebih. Hal
ini amat penting kerana tahap penguasaan tatabahasa Melayu yang rendah akan
meyebabkan proses pembelajaran Bahasa Melayu tidak mencapai matlamat (Nasir, 2015).

5
Oleh itu, berdasarkan permasalahan tersebut, satu perancangan inovasi perlu dibentuk. Hal
ini demikian kerana, didapati ramai murid keliru antara kata nama am dan kata nama khas.
Maka, inovasi amat diperlukan dengar kadar segera agar warisan bangsa iaitu Bahasa
Melayu tidak rosak dalam kalangan masyarakat termasuk juga murid.

2.0 UNPACK

Masalah ini berkaitan dengan DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 yang menekankan murid perlu
memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut kontaks iaitu murid boleh
memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata nama am dan khas mengikut
konteks dengan betul. Oleh itu, pemilihan DSKP ini selari dengan punca masalah itu sendiri
dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, objektif daripada inovasi ialah murid dapat
memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata nama am dan khas. Maka,
persoalan yang timbul ialah bagaimana Pendekatan Pengajaran Ekspositori Ausubel dapat
meningkatkan pemahaman dan pengenalpastian murid dalam penggunaan golongan kata
nama am dan khas.

3.0 SUGGEST

Inovasi yang ingin dicipta ini bebentuk maujud, mudah digunakan kerana penggunaan
produk mudah difahami oleh murid seawal 7 tahun, menarik kerana inovasi ini berunsurkan
didik hibur iaitu belajar sambil bermain dan mudah untuk guru membawa bahan kemana-
mana. Malah, kaedah penyimpanannya juga tidak memerlukan ruang khusus kerana model
boleh diletakkan di bahagian belakang kelas untuk memudahkannya digunakan oleh guru
sementara magic card pula diletakkan di ruang penyimpanan khusus pada model itu sendiri.
Selain itu, produk ini dapat menjimatkan wang dan tenaga kerana rata-rata bahan yang
digunakan mudah didapati dan boleh diguna semula daripada bahan terpakai seperti kotak.
Berikut merupakan lakaran model inovasi tersebut.

6
7
4.0 RUJUKAN

Azam, N. (2014). Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Pada Huruf Pertama di Awal Ayat
dan Huruf Pertama Kata Nama Khas. Dungun.

Haryati Surana & Nur Syahirah Sa’adon. (2017). Seminar Bahasa Melayu 2017. (pp. 368-
379). Singapore: Academy of Singapore Teacher.

Jinau, S. (2012). Penggunaan Imej Visual Secara Ansur Maju untuk Meningkatkan
Kemahiran Menulis Kata Nama Bahasa Melayu Murid Tahun Empat. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009 Seminar
Penyelidikan Tindakan IPGKBL Tahun 2012, 126-138.

Nasir, Z. M. (2015). Penguasaan Tatabahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa


di Ipta. 1-149.

Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa
dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa . International Social Science
and Humanities Jurnal, 113-127.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar. (2017).
Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-kanak Pemulihan Khas: Pembinaan Bahan
Bantu Mengajar. Jurnal Pengajian Melayu, 164-193.

Anda mungkin juga menyukai