Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tutorial 15/7/2021.

Bidang yang telah dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ialah
bidang akidah bagi tahun 2 iaitu standard kandungannya mengimani konsep
malaikat dan mengaplikasi dalam kehidupan seharian. Standard prestasi yang dipilih
pula ialah menyatakan pengertian malaikat, membaca dalil naqli kewajipan beriman
kepada malaikat, menyenaraikan nama-nama malaikat dan menganalisis tugas-
tugas malaikat. Oleh itu, bagi menjayakan proses PdP tersebut, strategi yang dipilh
ialah strategi berpusatkan murid dengan menggunakan kaedah tematik.

Gambaran perincian adalah seperti berikut:

BIDANG Akidah.

TAHUN Dua.

STANDARD 2.3 Mengimani konsep malaikat dan mengaplikasi dalam


KANDUNGAN kehidupan seharian.

STANDARD 2.3.1 Menyatakan pengertian malaikat.


PEMBELAJARAN 2.3.2 Membaca dalil naqli kewajipan beriman kepada malaikat.
2.3.3 Menyenaraikan nama-nama malaikat.
2.3.4 Menganalisis tugas-tugas malaikat.

STRATEGI Berpusatkan murid.

PENDEKATAN Tematik.

Maka, pelaksanaan PdP ini secara umumnya ialah, menekankan penglibatan murid
secara aktif dalam pembelajaran iaitu membina kefahaman sendiri sementara guru
hanya bertindak sebagai fasilitator. Maka, untuk menjalankan strategi berpusatkan
murid tersebut, pendekatan tematik dilihat amat sesuai dengan strategi tersebut.
Sebagai contoh, guru dapat menjadikan tema ‘Malaikat’ sebagai topik utama untuk
dijadikan perbicaraan kumpulan murid. Oleh itu, daripada tema tersebut guru dapat
menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut seperti
pengertian malaikat beserta dalil naqli kewajipan beriman kepada malaikat, nama-
nama malaikat dan tugas malaikat. Tajuk kecil ini guru dapat memperolehinya
melalui standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Berikutan itu, empat sub topik
tersebut dapat diagihkan kepada beberapa kumpulan murid seperti kumpulan
cergas, sederhana dan lambat. Sebagai contoh, bagi kumpulan cergas guru dapat
memberikan kepada mereka sub topik tugas malaikat memandangkan psub topik
tersebut memerlukan mereka melakukan penilaian. Namun, bagi kumpulan murid
yang sederhana, subtopik yang dapat diberikan ialah mengemukakan nama-nama
malaikat dan bagi kumpulan yang lambat mereka dapat melakukan pencarian
tentang pengertian maliakat dan dalil naqli beriman kepada malaikat. Kemudian,
guru dapat meminta setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan mereka
dihadapan kelas agar murid-murid lain mendapat manfaaat bersama. Kesannya,
objektif PdP tercapai dan murid menguasai standard kandungan yang telah
ditatapkan.

Anda mungkin juga menyukai