Anda di halaman 1dari 4

• Qada’

Dari sudut bahasa Arab, Qada’ bermaksud meletakkan dan memutuskan sesuatu
hukum.

Manakala dari sudut syarak, Qada’ ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT
terhadap segala makhluknya samada dari sudut menciptakannya, meniadakannya,
atau mengubahnya.

 • Qadar

Dari sudut bahasa Arab, Qadar ialah menetapkan suatu kadar tertentu.

Manakala dari sudut syarak, Qadar ialah perkara yang telah ditetapkan kadarnya
oleh Allah SWT semenjak azali, supaya ia terjadi mengikut ilmu-Nya yang
mendahulu setiap perkara.

Perbezaan antara Qada’ dan Qadar

Qadar ialah menetapkan kadar sesuatu sebelum memutuskannya agar ia berlaku.


Manakala Qada’ pula ialah menjadikannya ia berlaku mengikut apa yang ditetapkan.
Ini bermakna, Qadar berlaku lebih dahulu daripada Qada’, dan kedua-duanya adalah
saling lazim-melazimi dan tidak mungkin berpisah.

Ibn al-Athir mengumpamakan dengan mengatakan Qadar adalah asas atau tapak
binaan, dan Qada’ pula ialah binaan yang dibangunkan di atas asas tersebut. Sayyid
Sabiq melalui kitabnya Aqidah Islam menyebut, telah disebut berulang kali di dalam
al-Quran al-Karim masalah qadar atau takdir, antaranya:

• Segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan. Firman Allah SWT:

‫مِبِ ْق َدا ٍر‬ ‫ندهُۥ‬ ٍ


َ ‫َو ُك ُّل َش ْىء ِع‬
Maksudnya: Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir. (Surah al-
Ra’d: 8)

Al-Maragi mengulas: Setiap sesuatu mempunyai batas waktu yang telah ditentukan


iaitu tidak lebih dan tidak kurang.

• Segala sesuatu diciptakan dengan takdir sebagaimana firman Allah SWT: 

ٍ ُ‫إِاَّل بَِقد ٍر َّمعل‬ ‫وما نُنِّزلُهٓۥ‬ ‫وإِن ِّمن شى ٍء إِاَّل ِعندنَا خزآئِنهۥ‬


‫وم‬ ْ َ ُ َ َ َ ُُ َ َ َ َْ َ
Maksudnya: Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya,
dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu. (Surah al-
Hijr: 21)

Sayyid Qutb berkata: Hanya kepada Allah SWT pulangnya segala sesuatu dan
pulangnya setiap orang tepat pada waktu nya yang ditetapkan.

• Segala sesuatu diciptakan dengan takdir. Ini bersesuaian dengan firman Allah
SWT:

‫إِنَّا ُك َّل َش ْى ٍء َخلَ ْقنَـٰهُ بَِق َد ٍر‬

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan


takdir. (Surah al-Qamar: 49)

Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan


dunia ini, adalah ketentuan Allah SWT dan pembentukannya, menurut ketentuan
hikmah-Nya Yang Maha Bijaksana dan aturan-Nya yang menyeluruh dan sesuai
dengan sunnah-sunnah yang Dia letakkan pada makhluk-Nya.”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada ayat di atas ialah bahawa makna qadar
atau takdir itu ialah suatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah SWT
untuk segala yang ada di alam semesta yang maujud ini. 

Oleh itu, peraturan-peraturan tersebut merupakan undang-undang umum atau


kepastian yang diikatkan di dalamnya sebab dengan musababnya, juga antara
sebab dan akibatnya. Imam al-Nawawi Rahimahullah memberikan definisi takdir itu
dan berkata: “Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT sudah
digariskan sejak zaman dahulu lagi. Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang terjadi
pada segala sesuatu tersebut dalam waktu-waktu yang telah ditentukan, sesuai
dengan garis yang ditetapkan oleh-Nya. Oleh itu, terjadinya hal ini, pasti akan sesuai
menurut sifat-sifat dan keadaannya yang khusus, tepat seperti yang digariskan oleh
Allah SWT itu.”

Dalam Syarah Jauharah al-Tauhid oleh Syeikh Ibrahim al-Laqqani menyatakan,


mengenai makna dari Qada’ dan Qadar telah menjadi perselesihan antara Asya’irah
dan Maturidiah. Makna Qadar menurut Asya’irah adalah:

ٍ
‫اىل‬
َ ‫صوص َو َو ْجه ُم َعنَّي أ ََر َادهُ َت َع‬ ُ َ‫إِجْي‬
ٍ ُ ْ‫اد اهلل األ ْشيَاء َعلَى قَ َد ٍر خَم‬

Maksudnya: “Allah menjadikan segala sesuatu di atas ketetapan yang dikhususkan


dan rupa yang ditentukan yang dikehendaki oleh Allah SWT.”

 
Berdasarkan makna ini, maka Qadar adalah sifat fi’il kerana ia merupakan satu
ibarat daripada kejadian dan kejadian atau al-ijad adalah di antara sifat-sifat af’al.
Menurut Maturidiah pula tentang Qadar:

‫ك أَي ِع ْل ُمهُ َت َعاىَل‬ ِ ِ ُ ‫ِّه الَّ ِذى يوج ُد َعلَْي ِه ِمن حس ٍن و ُقْب ٍح و َن ْف ٍع و‬
ِ ‫وق حِب د‬
ٍ ِ
َ ‫ىل َغرْيِ َذل‬
َ ‫ضٍّر إ‬ َ َ َ ُْ ْ َ ُْ َ ُ‫حَتْديْ ُد اهلل أ َْزالً ُك َّل خَمْل‬
ِ َ‫ات الْمخلُوق‬
‫ات‬ ِ ‫أ َْزالً ِص َف‬.
َْ
Maksudnya: “Pembatasan Allah pada azali akan tiap-tiap makhluk dengan batasan-
Nya yang Dia menjadikan atasnya berupa kebaikan, keburukan, kemanfaatan dan
kemudharatan hingga yang lainnya dalam erti mengetahui Allah SWT pada azali
akan semua sifat-sifat makhluk.”

Berdasarkan pengertian ini, maka Qadar adalah  di antara sifat-sifat zat, sedangkan
Qada’ menurut Asya’irah pula adalah:

‫َإر َادةُ اهلل األَ ْشيَاءَ يِف األ َْز ِل َعلَى َما ِه َى َعلَْي ِه فِْي َما الَ َيَز ُال‬

Maksudnya: “Kehendak Allah SWT akan segala sesuatu pada azali berdasarkan
apa-apa yang sesuai atasnya pada masa yang sudah tidak azali.”

Oleh itu, Qada’ adalah di antara sifat-sifat zat berdasarkan pengertian ini. Manakala
Qada’ menurut Maturidiah pula ialah:

‫اإلح َك ِام َوا ِإل ْت َقان‬ ِ


ُ َ‫إِجْي‬
ْ ‫اد اهلل األَ ْشيَاء َم َع ِزيَ َادة‬
Maksudnya: “Allah menjadikan segala sesuatu beserta dengan tambahan
pengukuhan dan penelitian.”

Qada’ menurut pengertian ini adalah di antara sifat-sifat af’al. Dengan demikian,
makna Qadar itu ialah bersifat hadis dan Qada’ itu bersifat qadim menurut Asya’irah.
Sedangkan menurut Maturidiah, Qada’ itulah yang hadith dan Qadar adalah qadim.

Pengulas bait ini membawa kalam musannif tersebut di atas mazhab Maturidiah
dalam hal Qada’ dan Qadar, bukan mazhab Asya’irah kerana Qada’ dari sudut
bahasa mempunyai lebih kurang tujuh makna dan makna yang paling masyhur
adalah al-Hukmu iaitu “penghukuman” yang kembalinya kepada fi’il (perbuatan)
maka yang sesuai adalah menafsirkannya pada istilah dengan fi’il. Adapun Qadar
maka tidak pernah datang bahawa maknanya dari sudut bahasa adalah fi’il, maka
yang sesuai adalah tidak menafsirkannya pada istilah dengan fi’il melainkan dengan
ilmu.
Maka kita dapat melihat bahawa Ajhuri menjadikan Qada’ adalah iradah beserta
taalluq yang azali menurut qaul yang pertama atau ilmu beserta taalluq yang azali
menurut qaul yang kedua. Berdasarkan setiap dari dua qaul ini, maka Qada’ adalah
qadim. Menjadikan Qadar adalah penjadian di atas kesesuaian iradah atau
penjadian di atas kesesuaian ilmu. Berdasarkan setiap dari dua qaul ini, maka Qada’
adalah baru

Anda mungkin juga menyukai