Anda di halaman 1dari 25

AKHLAK DAN TASAWUF

RIWAYAT HIDUP AHLI


TASAWUF TERKEMUKA
HASSAN AL BASRI
KELAHIRAN HASSAN AL BASRI
 Nama penuhnya adalah Abu Sa’id al-Hassan ibn Abi Hassan Yasar al Basri. Biasa
dipanggil Abu Sa’id.
 Dia dilahirkan di Madinah tahun 21 Hijrah pada dua tahun terakhir dari pemerintahan
Umar bin Al Khattab.
 Ayahnya Yasar dan Ibunya Khairah adalah hamba Ummu Salamah, Ummul Mukminin
iaitu isteri Rasulullah.
 Hassan Bin Yasar yang kemudiannya dipanggil dengan Hassan Al-Basri berkembang
besar di salah sebuah rumah Rasulullah SAW.
 Dia terdidik di pangkuan salah seorang isteri Nabi SAW, iaitu Hindun binti Suhail yang
dikenali dengan panggilan Ummu Salamah.
 Khairah ibu Hassan waktu itu banyak keluar rumah dalam mengerjakan keperluan
Ummu Salamah, dan anak yang masih menyusu ini pernah menangis kerana lapar dan
tangisannya semakin keras, lalu Ummu Salamah mengambilnya dan memangkunya
serta menyusunya, sementara menunggu ibunya pulang.
 Hubungan Ummu Salamah yang akrab dan rumah mereka yang berdekatan
membuatkan anak kecil yang mulia ini dengan bebas dapat datang bila-bila masa
saja yang dia sukai.
Ketika Hassan berumur 14 tahun dan telah meningkat dewasa, dia
pergi bersama ayahnya ke Basrah, lalu menetap di sana bersama
keluarganya, kerana inilah dia dinisbahkan kepada Al-Basrah yang
dikenali orang dengan nama Al-Hassan Al-Basri.
Basrah pada saat itu merupakan benteng keilmuan terbesar,
masjidnya yang sangat megah itu selalu dipenuhi oleh para sahabat
Nabi serta majoriti tabiin yang bertandang ke sana.
Halaqah-halaqah ilmu dalam berbagai disiplin turut menyemarakan
dan meramaikan sudut-sudut masjid. Sementera itu Hassan terus
mengikuti halaqah Abdullah bin Abbas yang sering digelar sebagai
“Penafsir Al-Quran dan tinta umat.”
Hassan belajar tafsir dan hadis serta qiraat, di samping itu ada juga
belajar mengenai feqah, bahasa dan sastera serta disiplin ilmu lainnya
sehingga menjadikan Hassan seorang yang alim, memiliki bangunan
intelektual, faqih dan dipercayai.
Banyak orang datang kepada Hassan Al-Basri untuk menimba ilmu.
Mereka berkumpul di sekelilingnya untuk mendengar ceramah-
ceramah yang sungguh membuatkan orang ramai dilembutkan hati
yang keras dan menitiskan air mata para pelaku maksiat.
Pada akhirnya halaqah ini merupakan halaqah terbesar di Basrah,
mampu menarik ramai peminat, bagaikan bunga yang mampu menarik
kumbang-kumbang, mengeluarkan hikmah yang dapat memikat hati,
mereka mendapat teladan peribadi yang lebih baik.
SIFAT-SIFAT HASSAN AL BASRI
 Allah telah mengumpulkan di dalam diri Hassan Al Basri beberapa kelebihan, potensi yang dapat
mempengaruhi hati-hati manusia, serta mengangkat nilai agama dan agamawan di dalam
masyarakat.
 Ia terkenal sebagai ulama yang berpengetahuan sangat luas baik dalam bidang tafsir mahupun
hadis.
 Ilmunya mencetuskan kesabaran sebagaimana kesederhanaan ialah hiasan bagi ahli ilmu.
 Dia bijaksana tetapi hatinya lembut, berpakaian elok dan terkawal tindak tanduknya agar
kemiskinan terlindung, tidak boros walaupun kaya, dermawan dan kasihan belas kepada orang
susah.
 Dia bersifat rendah diri dan tunduk, tekun dan khusyuk seperti orang beriman dalam
sembahyangnya, dan dia membawa kesukaan kepada orang lain.
 Ketabahannya berpunca daripada ketakwaan kepada Allah, kesunyiannya ialah untuk tafakkur dan
muhasabah, menutup mulutnya agar tidak melanggar batas, dan jika bertutur, tuturannya
menyebarkan kebajikan.
 Seorang Muslim berasa suka dengan amal kebaikan, memohon keampunan Allah apabila ia
menyeleweng, mengadu hanya untuk mengembalikan kehilangannya, sabar apabila diperlakukan
dengan tidak wajar, dia tidak pernah menindas orang dan tidak memohon pertolongan atau
perlindungan kecuali daripada Allah jua.
HASSAN AL-BASRI MENGAJAK ORANG RAMAI KEPADA ILMU ZUHUD

Hassan Al-Basri terus bergerak mengajak orang ramai kepada zuhud


dan ketakwaan. Beliau merupakan pengasas aliran zuhud.
 Hassan Al-Basri dengan gigih memerangi penyelewengan, ketamakan
serta mengajak orang sekitarnya untuk meninggalkan cita-cita bagi
mendekati orang-orang kaya, selalu mendatangi para raja dan
penguasa.
 Hassan juga memiliki pengajian khusus di rumahnya dan tidak pernah
berbicara kecuali tentang masalah-masalah zuhud dan ilmu-ilmu
akhirat, jika ditanya seseorang tentang masalah lain, ia selalu
menghindarinya seraya berkata “Sesungguhnya kami berkumpul di sini
sama-sama untuk saling mengingati.”
ILMU HASSAN AL BASRI

 Hassan telah menetap di masjid dan mengikuti secara khusus pengajian yang dijalankan oleh Abdullah Bin
Abbas, seorang ulama yang terkenal ketika itu.
 Hassan mempelajari ilmu tafsir, hadis dan qiraa’at, feqah, bahasa, sastera dan sebagainya baik dari Abdullah
mahupun dari lain-lain ulama.
 Sehingga dia menjadi seorang alim yang sempurna dan ahli feqah yang bijak. Maka ramailah orang yang
datang kepadanya untuk mendapatkan ilmu yang ada di dalam dadanya.
 Terdapat ramai kalangan para ahli ibadah datang kepada Hassan dan mendengar kata-katanya serta
mendengar ilmu feqah daripadanya mengenai makna-maknanya secara khusus.
 Dia mempunyai majlis khusus di rumahnya yang hanya menceritakan tentang makna-makna zuhud dan
ibadah.
 Adapun halaqahnya di masjid, maka Hassan akan mengadakan kajian hadith, fikah, ilmu al-Quran, bahasa,
dan ilmu-ilmu lain.
 Di antara mereka ada yang menyertainya untuk belajar hadith, Al-Quran, bayan, balaghah dan ilmu khusus,
seperti Amr bin Ubaid, Abu Juhaim, Abdul Wahid bin Zaid, Shalih al-Murri, dab Syumaith, serta Abu
Ubaidah an-Naji. Mereka ini sangat masyhur dalam ibadah.
PEMIDATO YANG HANDAL

 Hassan Al Basri juga seorang pemidato yang handal yang diilhami dengan perasaan
adab yang halus.
 Beliau menawan hati para pendengarnya. Bila-bila sahaja beliau bersyarah
mengenai Hari Akhirat dan zaman para sahabat yang lampau, semua orang akan
menangis tersedu-sedu.
 Hajjaj Ibn Yusuf terkenal juga dengan kefasihannya, tetapi Hassan Al Basri dikira
setanding dengannya.
 Abu ‘Amr ibn Al-‘Ala, ahli Nahwu dan Lughah yang mahsyur itu berkata bahawa
beliau tidak pernah bertemu pemidato yang lebih fasih pidatonya daripada Hassan
Al Basri dan Hajjaj Ibn Yusuf, tetapi Hasan ialah pemidato yang lebih baik
daripada Hajjaj.
SYARAHAN-SYARAHAN HASSAN AL BASRI

Syarahan-syarahan yang disampaikan oleh Hassan mengingatkan kita


kepada kesederhanaan dan ketinggian rohani para sahabat Nabi s.a.w.
Syarahan-syarahan ini menyentuh mengenai sifat sementara kehidupan
dunia, dengan memberikan penekanan terhadap kepentingan Hari
penghisaban, menghuraikan pengertian Iman dan Takwa serta
menanamkan rasa kebesaran Allah dalam jiwa.
 Pada zaman kebendaan yang melampaui batas, bilangan golongan
atasan dan awam, termasuk orang terpelajar terjerumus di dalam
lembah pemuasan hawa nafsu, maka amaran-amaran keras berkenaan
hal tersebut amat diperlukan.
 Hassan berpeluang bersahabat dengan beberapa sahabat Rasulullah s.a.w, maka
beliau dapat menggambarkan ketinggian akhlak dan rohani yang wujud pada
zaman para sahabat serta membandingkan dengan suasana kejatuhan nilai-nilai
keagamaan pada zaman Bani Umayyah, dengan cara yang amat jelas dan
bertenaga.
 Perbandingan beliau itu membara dengan kehangatan rasa kesedihan hatinya
melihat kemuduran ummah. Beliau mencela, mengutuk dan mengecam
perubahan keji yang berlaku itu. Gaya bercakap yang menarik, kefasihan dan
kelancaran tutur katanya menempatkan syarahan-syarahannya pada tempat yang
tersendiri dalam kesusasteraan Arab zaman itu.
 Beliau membandingkan keadaan akhlak pada zamannya dengan keadaan pada
zaman para sahabat Nabi s.a.w, serta menghuraikan tatasusila Islam.
 Kejayaan kilat tentera Islam dan penguasaan politik Bani Umayyah yang
menyeluruh ke atas jajahan-jajahan yang luas telah melahirkan satu lapisan
masyarakat yang memeluk Islam kerana keuntungan duniawi, tetapi gagal
mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan harian mereka.
 Orang-orang ini masih jauh daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi.
 Generasi Muslimin yang terkemudian juga kekurangan pengajian dan asuhan
Islam dan mereka telah mewarisi banyak adat-adat jahiliyyah yang lalu.
 Mereka memeluk Islam tetapi belum berserah sepenuhnya kepada garis panduan
wahyu dalam hal ehwal harian, tingkah laku dan amalan mereka.
 Khususnya golongan pemerintah dan atasan telah beransur-ansur menuruti cara
hidup jahiliyyah.
 Adalah merupakan pencapaian dan juga bukti pemahaman Hassan Al Basri
bahawa beliau bukan hanya sedar bahawa sifat nifaq masih wujud dalam
masyarakat muslim, tetapi sifat tersebut telah merebak luas dalam kehidupan
rakyat jelata dan pemerintah.
 Keberkesanan syarahan Hassan Al Basri serta seruannya untuk pembaharuan terletak pada
kejayaan beliau mengenal pasti dengan betul penyakit yang menular dalam jasad Ummah.
 Terdapat beberapa guru yang terbilang pada waktunya tetapi tiada siapa yang dapat menawan
hati orang ramai sebagaimana Hasssan Al Basri.
 Nifaq ialah penyakit yang kian menular dalam masyarakat Muslim.
 Maka Hassan menjelaskan peribadi, akhlak dan tingkah laku kaum munafiq yang boleh dijumpai di
dalam setiap lapangan kehidupan.
 Disebabkan penyakit umbinya ialah keinginan yang kuat untuk harta dan kuasa serta pengabaian
terhadap hari pembalasan, maka Hassan berusaha sedaya upaya mengutuk sikap tersebut dan
memperingatkan manusia tentang hidup sesudah mati.
 Oleh kerana syarahan-syarahan dan ajaran-ajaran Hassan melawan arus keduniaan yang wujud
pada ketika itu, maka lama kelamaan masyarakat tertarik kepada amaran dan dakwahnya.
 Ramai orang telah bertukar corak hidupnya sesudah mendengar pidatonya serta bertaubat dari
hidup berfoya-foya.
KEBERANIAN HASSAN AL BASRI

 Al Hajjaj Bin Yusuf Ats-Tsaqafi menjadi gabenor di Iraq dan beliau merupakan
seorang yang sangat kejam dan sombong.
 Maka Hassan Al Basri adalah orang yang berani menentang kekejaman tersebut.
Beliau membentangkan keburukan perbuatan al-Hajjaj di depan orang ramai dan
berkata benar di depannya.

 al-Hajjaj mendirikan sebuah bangunan di daerah Wasith untuk kepentingan


peribadinya, dan ketika bangunan tersebut siap, al-Hajjaj mengajak orang
suruhannya agar keluar untuk bergembira bersamanya dan mendoakan
keberkatan untuknya.
 Rupanya, Hassan tidak ingin jika kesempatan berkumpulnya orang-orang ini
dilalui begitu saja. Lalu dia keluar menemui mereka untuk menasihati
mengingatkan, mengajak zuhud dari gelumung harta dunia dan menganjurkan
mereka supaya mencari keredhaan Allah SWT.
 Ketika Hassan telah sampai di tempat tersebut, dia melihat orang-orang al-Hajjaj berkumpul
mengelilingi istana yang megah, terbuat dari bahan-bahan yang mahal, dikelilingi halaman
yang terbuat dari bahan-bahan yang mahal, dikelilingi halaman yang luas dan sepanjang
bangunan dihiasi dengan pelbagai barang perhiasan.
 Hassan berdiri di hadapan mereka dan bersuara , di antara yang beliau cakapkan adalah, “Kita
telah melihat apa yang dibangunkan oleh manusia paling keji ini tidak ubahnya seperti apa
yang kita temukan pada masa Firaun yang telah membangunkan bangunan yang tinggi,
kemudian Allah membinasakan Firaun dan menghancurkan apa yang dia bangunkan. Mudah-
mudahan al-Hajjaj mengetahui bahawa penduduk langit telah mengutuknya dan penduduk
bumi telah menipunya.”
 Hassan terus bersuara sehingga salah seorang yang hadir merasa bimbang kalau al-Hajjaj akan
menyiksanya. Kerana itu, dia pun berkata, ‘Cukup wahai Abu Sa’id! Cukuplah!’ Lalu Hassan
berkata kepadanya, ‘Allah telah berjanji kepada ahli ilmu, bahawa Dia akan menjelaskannya
kepada manusia dan tidak menyembunyikannya.’
 Keesokan harinya al-Hajjaj memasuki ruangan tempat mereka berkumpul dengan perasaan
marah, lalu berkata kepada orang-orang kanannya, ‘Celakalah kamu! Seorang hamba sahaya
milik penduduk Basrah berdiri dan berkata tentang kita dengan seenaknya, kemudian tidak
seorang pun yang membalasnya atau mengingkarinya!! Demi Allah, aku akan menyiramkan
darahnya kepada kamu wahai para pengecut!’
 Lalu dia menyuruh supaya pedang dan bekas darah dibawa kepadanya. Sejurus kemudian dua
benda tersebut dibawa kepadanya. Seterusnya, dia memanggil seorang panglima yang gagah.
Tidak berapa lama kemudian panglima tersebut sudah berdiri di hadapannya. Kemudian dia
mengirim sebahagian anggota polisnya mencari dan menangkap Hassan.
 Namun, belum sempat anggota polis dan panglima itu keluar tiba-tiba Hassan telah datang
untuk mengadap, maka seluruh pandangan mata tertuju kepadanya. Hati masing-masing
bergetar kencang. Mereka hairan bagaimana Hassan boleh tahu yang al-Hajjaj sedang
mencarinya.
 Ketika Hassan melihat pedang dan bekas darah, dia menggerakkan kedua bibirnya, kemudian
menghadap al-Hajjaj dengan penuh kewibawaan Islam dan keteguhan seorang da’i yang
menyeru kepada Allah SWT.
 Ketika al-Hajjaj melihatnya dengan keadaan atau suasana seperti itu, dia menjadi sangat
gentar, lalu berkata, ‘Ke mari wahai Abu Sa’id! Ke marilah!’ Kemudian terus mempersilakan
Hassan, ‘Ke marilah!’ ujarnya lagi.
 Sementara orang-orangnya menyaksikan peristiwa itu dengan penuh rasa terperanjat dan
kehairanan, hingga akhirnya al-Hajjaj mempersilakan Hassan duduk di atas permaidani di
hadapannya.
 Sebaik Hassan duduk, al-Hajjaj merenung ke arahnya, dan mulai bertanya berbagai permasalahan
agama. Hassan menjawab setiap pertanyaan tersebut dengan mantap dan yakin. Penjelasan yang
diberikannya begitu memikat, bersumber dan ilmu yang benar. Sejurus kemudian al-Hajjaj
berkata, “Kamu adalah tuannya para ulama, wahai Abu Sa’id!”

 Kemudian al-Hajjaj meminta supaya dibawa ke hadapannya beberapa jenis minyak wangi, lalu
janggut Hassan disapu minyak wangi tersebut. Setelah itu, dia pun memohon maaf dari Hassan.

 Ketika Hassan telah keluar, pengawal al-Hajjaj mengikutinya dan berkata kepadanya, “Wahai Abu
Sa’id, sungguh al-Hajjaj memanggil kamu bukan untuk tujuan seperti yang baru dilakukannya tadi
terhadap kamu. Aku melihat ketika menghadap dan melihat pedang dan bekas darah, kamu telah
menggerakkan kedua bibir kamu, kirannya apa yang kamu baca?

 Hassan tersenyum sambil menjawab, “Aku telah membaca (ertinya): “Wahai pembelaku,
nikmatku, dan pelindungku pada waktu aku dalam bahaya, jadikanlah siksanya dingin dan
keselamatan kepadaku, sebagaimana Kamu telah menjadikan api menjadi dingin dan keselamatan
kepadaku, sebagaimana kamu telah menjadikan api menjadi dingin dan keselamatan kepada
Ibrahim.”
 Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pulang ke rahmatullah dan kekuasaan berpindah ke tangan Yazid
Bin Abdul Malik, dia melantik Umar Bin Hubairah al-Fazari sebagai Gabenor Iraq.
 Kemudian dia memberinya mandat yang lebih, di samping menjadikan kawasan Khurasan di
bawah kekuasaannya. Cara Yazid memerintah rakyatnya tidak sama seperti yang pernah
dilakukan oleh khalifah terdahulu. Dia sering mengirim surat kepada Umar Bin Hubairah dan
memerintahkannya supaya melaksanakan apa yang ada di dalamnya meskipun kadang-kadang
melanggar hak rakyat jelata.
 Untuk itu, Umar Bin Hubairah mengundang dua orang iaitu Hassan al-Basri dan Amir Bin
Syurahbil yang dikenali dengan sebutan ‘asy-Sya’bi. ‘Dia berkata kepada keduanya,
‘Sesungguhnya Amirul Mukminin, Yazid Bin Abdul Malik telah ditunjuk Allah sebagai khalifah
atas hamba-hambaNya, dan mewajibkan manusia mentaatinya’
 ‘Dia telah melantikku untuk mentadbir wilayah Iraq sebagaimana yang kamu lihat,
kemudian dia menambahkan kekuasaanku hingga ke kawasan Persia. Sedangkan dia kadang-
kadang mengirimkan surat kepadaku berisi perintah supaya aku melaksanakan sesuatu yang
membuatku ragu terhadap keadilannya. Kerana itu, apakah kamu berdua dapat memberikan
jalan keluar di dalam agama sekitar batas ketaatanku kepadanya di dalam melaksanakan
perintahnya?’
 Maka asy-Sya’bi menjawab dengan jawapan yang lunak terhadap khalifah dan memberikan toleransi
kepada gabenor. Sedangkan Hassan hanya terdiam. Lalu Umar Bin Hubairah menoleh ke arahnya
dan berkata, ‘Apa pendapatmu, wahai Abu Sa’id?

 Hassan segera menjawab ‘Wahai Ibn Hubairah, takutlah kepada Allah SWT dalam masalah Yazid dan
janganlah kamu takut kepada Yazid dalam masalah Allah SWT. Dan ketahuilah bahawa Allah SWT
dapat melindungimu dari Yazid, sedangkan Yazid tidak dapat melindungimu dari Allah SWT. Wahai
Ibn Hubairah, sesungguhnya dibimbangkan akan datang padamu malaikat yang kasar lagi keras,
yang tidak pernah derhaka kepada Allah SWT dalam apa yang Dia perintahkan kepadanya, lalu
malaikat itu menurunkanmu dari kerusimu ini dan memindahkanmu dari istanamu yang luas ke
kuburanmu yang sempit. Di sana sudah tidak ada Yazid, yang ada hanyalah amalanmu yang kamu
gunakan untuk menyalahi perintah Tuhannya Yazid. Wahai Ibn Hubairah, sesungguhnya jika kamu
bersama Allah SWT dan mentaati-Nya, maka Allah akan menghindarkanmu dari siksa Yazid Bin
Abdul Malik di dunia dan akhirat. Dan jika kamu bersama Yazid dalam bermaksiat kepada Allah
SWT, maka sesungguhnya Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Dan ketahuilah wahai Ibn
Hubairah, bahawasanya tidak ada ketaatan kepada makhluk mana pun dalam bermaksiat kepada
Allah SWT.’

 Mendengar ucapan Hassan tersebut, menangislah Umar Bin Hubairah hingga air matanya
membasahi janggutnya. Dia berpaling dari pendapat asy-Sya’bi kepada pendapat Hassan dan dia
sangat mengagung serta menghormatinya.
PUJIAN TERHADAP HASSAN AL BASRI

 Imam Al-Hafizh Abu Na’im Al-Asfahani dalam bukunya “Hiyatul


Auliya” berkata bahawa “Hassan Al Basri selalu ditemani oleh takut
dan sedih, bersahabat dengan kegelisahan dan sedih, jauh dari tidur
dan istirehat, seorang fakih yang zuhud, sangat giat dan ahli ibadah,
membuang jauh-jauh dunia, serta membuang syahwat diri”.
 Abu Burdah berkata “Saya tidak melihat seseorang yang lebih
mirip dengan para sahabat Rasulullah dari dia (Hassan Al Basri).
Qatadah berkata; “Ikuti selalu Syaikh ini, kerana aku tidak melihat
seorang yang lebih mirip dengan Umar kecuali dia.” “Tidak ada
seseorang yang lebih sempurna keluhuran budinya dari pada Hasan.”
 Mathar Al-Waraq berkata; “Ketika Al-Hassan muncul, seakan-
akan dia datang dari akhirat, lalu bercerita tentang apa yang ia lihat
di sana”. Tsabit bin Qurrah Al-Hakim Al-Harrani juga berkata;
“Sesungguhnya Al Hassan itu bahagian dari umat Muhammad yang
patut dibanggakan atas umat lainnya.”
CAHAYA GEMILANG
 Thabit Ibn Qurrah mengenai pencapaian ilmiah Hasan Al Basri: “Beliau
umpama bintang terang dalam keilmuan dan ketakwaannya, kesabaaran dan
kesederhanaannya, ketulusan dan kemurahannya, kebijaksanaan dan
kecermatannya .
 Ilmunya seluas lautan ataupun beliau umpama cahaya gemilang yang
menerangi jiwa setiap orang yang datang kepadanya. Apa yang lebih berharga
lagi ialah usaha-usaha beraninya menyuruh yang makruf, mencegah yang
mungkar, serta perjuangannya menegakkan jalan keagamaan di hadapan
golongan atasan para pemerintah dan pentadbir.
 Apa yang menyebabkan kata-kata Hassan berkesan pada hati para
pendengarnya ialah bahawa beliau bukan hanya seorang pendakwah atau
pemidato yang handal, tetapi beliau juga memiliki jiwa yang halus. Apa yang
diucapkannya amat mengetarkan jiwa, kerana beliau bercakap dari hati
nuraninya.
Ucapan-ucapannya mempunyai tarikan tersendiri yang tidak dapat
ditiru oleh ulama-ulama lain di Kufah dan Basrah. Satu lagi ciri
pidato beliau yang menonjol ialah persamaanya dengan syarahan-
syarahan Nabi s.a.w.
Minat orang ramai yang mendalam terhadap Hasan Al Basri dan
tarikan yang dirasai mereka bagi beliau adalah ciri utama peribadi
beliau yang menawan hati.
Beliau memang berhak dikenali sebagai pembimbing Ummah yang
teragung, beserta dengan beberapa tokoh yang lain.
Thabit Ibn Qurrah, ahli falsafah bukan Islam pada zaman ketiga
Hijrah berpendapat bahawa di antara beberapa tokoh yang
dilahirkan oleh Islam yang patut dikagumi oleh umat-umat lain ialah
Hassan Al Basri.
KARYA-KARYA BERKAITAN KATA-
KATA HASSAN AL-BASRI

 Hilyah al-Awliya
 Al-Tabaqat al-Kubra
 Al-Kawakib al-Duriyyah

- Karya berkaitan kata-kata peninggalan Hassan al-Basri


tentang zuhud, kedukaan, ketakutan dan tafkir. Buku-
buku tasawuf ini berbentuk biografi atau tabaqat.
KEWAFATAN HASSAN AL BASRI

 Keikhlasan, ketakwaan dan ketinggian akhlak Hassan Al Basri telah menawan hati
setiap penduduk Basrah. Pada malam jumaat 1 Rejab tahun 110 Hijrah,Hassan Al
Basri memenuhi panggilan tuhannya. Dan pada pagi harinya, tersebarlah berita
kematiannya di kalangan orang ramai sehingga Basrah bergetar kerana
kematiannya.
 Dia kemudian dimandikan, dikafan dan disolatkan selepas solat Jumaat di masjid
Jami’ yang sepanjang hidupnya dia habiskan waktunya di sana sebagai seorang
alim, pendidik dan penyeru kepada Allah s.w.t kemudian orang ramai mengiringi
jenazahnya.
 Dan solat asar pada hari itu tidak dilaksanakan di masjid Jami’ Basrah, kerana di
dalamnya tidak ada seorang pun yang mengerjakan solat. Dan orang ramai tidak
mengetahui bahawa solat pada hari itu adalah solat untuk kepulangan Hasan Al
Basri menuju ke sisinya.
 Sepeninggalan Hassan Al Basri, para murid dan pengikutnya
meneruskan dakwahnya serta menyebarkan ajarannya.
 Dua puluh tahun sesudah kewafatan Hassan Al Basri, dinasti
Bani Umayyah pun berakhir dengan diganti oleh
pemerintahan khilafah Abbasiyyah yang memindahkan
pusat pemerintahan empayar Islam dari Damsyiq ke
Baghdad.
 Jika ditemukan nama “Al-Hasan” di dalam kitab-kitab fiqah,
hadits, biografi perawi hadits, Zuhud, akhlak, dan tasaawuf,
maka yang dimaksud adalah Hassan Al-Basri.
SOALAN PENGUKUHAN
1)Bagaimanakah keberanian Hassan Al
Basri dibuktikan?
2)Bilakah Hassan Al Basri wafat?
3)Apakah yang disampaikan oleh
Hassan Al Basri melalui syarahan
beliau?

Anda mungkin juga menyukai