Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Kelebihan tulisan jawi

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa adanya


ilmu pengetahuan seseorang itu tidak akan dapat memajukan dirinya selaras
dengan peredaran zaman. Ilmu membantu setiap individu untuk mencapai kejayaan
dari pelbagai aspek seperti kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, sosial, politik,
ekonomi dan sebagainya. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di
muka bumi ALLAH ini, terlalu banyak dan luas ilmu yang perlu dituntut. Ilmu
yang Allah kurniakan terlalu luas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.
Namun begitu, sebagai seorang penganut agama islam, kita mestilah mengetahui
dan mendalami mengenai ajaran agama tersebut.

Di Tanah Melayu dan juga Malaysia, tulisan Jawi sudah menjadi satu tulisan
yang semakin berkembang dan juga lebih pesat daripada tulisan Rumi. Dalam
generasi teknologi maklumat yang semakin pesat ini kepentingan tulisan jawi
dilatari dengan kewajipan mempelajari sebagai ilmu agama yang dituntut oleh
setiap penganutnya. Dengan ini tulisan ini juga telah menarik banyak pengikut dan
penggemar oleh kalangan yang bukan Islam.

Tulisan jawi juga menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam sendiri.
Agama Islam itu sendiri sama dengan tulisan Jawi kerana kitab al-Quran, kitab-
kitab agama dan hadis-hadis yang menjadi panduan hidup umat Islam bertulis
dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebenarnya merupakan sistem ejaan atau tulisan
yang tersendirian yang ditulis dengan cepat dan tepat.

Dalam masyarakat teknologi maklumat pada masa kini , tulisan Jawi telah
menjadi sejenis seni dan kemahiran dengan melentur dan menggayakan kreativiti
masing-masing menjadi tulisan kaligrafi yang cantik. Hasil kaligrafi dapat
dijadikan bahan pameran dan juga keuntungan kepada seseorang individu.
Tulisan Jawi mempunyai kelebihan bagi menjalinkan hubungan silaturahim
sesama sendiri dan sebagai salah satu bahasa yang unggul dan penting kepada jati
diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan diri bangsa Melayu. Namun proses
pembinaan jati diri bangsa Melayu dan hubungan baik antara bangsa di negara ini
akan tercipta sendiri.

Selain itu, jawi juga dapat mendukung perjuang keislaman dan kemelayuan
di tanah melayu. Pendidikan juga telah berkembang dan telah disampaikan kepada
orang-orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu melalui tulisan Jawi. Hal ini
demikian kerana tulisan jawi merupakan khazanah yang sangat bernilai untuk
negara kita. Ramai yang menggunakan alasan kedominan bahasa Inggeris
menjadikan halangan kepada masyarakat Melayu untuk tidak mempelajari tulisan
Jawi.

Kesimpulannya , tulisan jawi sememangnya mempunyai nilai dan kelebihan


yang tersendiri. Khazanah negara ini perlu dipraktikkan dan dijaga agar ianya tidak
ditelan zaman. Hal ini demikian kerana ,  Jawi pernah menjadi wadah perpaduan
bangsa Malaysia sehingga negara mencapai kemerdekaan. Justeru kembalikanlah
kecemerlangannya, suburilah semula perdunya yang pernah berdaun lebat dengan
bunga-bunga yang menggerbak mengharum agar menjadi warisan generasi anak
bangsa sehingga akhir zaman.

Anda mungkin juga menyukai