Anda di halaman 1dari 3

Format Kajian Tindakan

1.

2.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Pengkaji mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang


berlaku sebelum ini. Masalah ini dapat dikenal pasti melalui reaksi murid
yang terlibat dalam pengajaran guru. Cuma, pengkaji harus ingat bahawa
kajian ini bertujuan memperbaiki diri pengkaji, bukan memperbaiki
kelemahan murid.

Guru boleh juga mengkaji sesuatu kemahiran yang dia sendiri rasa kurang
yakin keberkesanannya. Contohnya, menggunakan model pengajaran
konstruktivis dalam pengajaran atau dia berasa sesuatu yang tidak kena
dengan pengajarannya.

Isu keperihatinan

3.

Objektif kajian

4.

Objektif kajian perlulah berfokuskan kelemahan diri sendiri yang hendak


diperbaiki (bukan memperbaiki kelemahan murid). Murid berperanan
sebagai pengkaji bersama, bukan sampel kajian.

Kumpulan sasaran

5.

Subtopik ini samalah peranannya dengan kajian literatur dalam


penyelidikan konvensional. Cuma tidaklah sedalam literatur tersebut.
Tujuan subtopik ini adalah untuk memastikan sejauh mana penyelidik tahu
tetang teori atau konsep kemahiran yang hendak dikaji tersebut.
Contohnya, jika guru tersebut ingin mengkaji tentang model konstruktivis,
beliau seharusnya memahami tentang teori pembelajaran konstruktivis,
model-model konstruktivis, prinsip-prinsip konstruktivis dan sebagainya.

Jelaskan murid yang terlibat.

Pelaksanaan kajian

Pelaksanaan kajian perlu mengikut fasa-fasa gelungan kajian tindakan seperti


yang berikut:

Merancang
Melaksana
Mencerap
Menganalisis data dan mereflek

Gelungan 1
5.1

Merancang

Pengkaji mencari/mengenal pasti rakan penyelidik/penyelidik


bersama dalam kajian nanti. Penyelidik bersama tersebut mungkin
rakan, guru pembimbing, murid atau sesiapa sahaja yang difikirkan
dapat membantu penyelidik;

Berbincang dengan rakan penyelidik tentang masalah diri hasil


daripada refleksi pengajaran yang lalu dan mengenal pasti masalah
sebenar yang akan menjadi fokus kajian;

Penyelidik mengkaji literatur yang berkaitan;

Berbincang dengan rakan penyelidik tentang pelaksanaan kajian. Di


sini kedua-dua pihak perlu bersepakat dari segi
o
o
o
o
o
o
o

Masa kajian
Murid yang terlibat
Kemahiran focus
Pendekatan/Model/Kaedah pengajaran
Alat bantu
Alat yang digunakan untuk memungut data (wajib dan
dijadikan lampiran dalam laporan nanti)
Perancangan pengajaran dan sebagainya


5.2

5.3

Melaksana

Penyelidik mengajar seperti yang telah dirancang pada fasa 1;

Penyelidik bersama (rakan) membuat pencerapan serta


mencatatkan kekuatan dan kelemahan pengajaran berdasarkan
borang penilaian yang telah dipersetujui.

Mencerap

5.4

Penyelidik membuat perancangan secukupnya untuk mengajar.

Penyelidik bersama (rakan) mencerap dan memungut data


berdasarkan alat kajian yang telah dipersetujui pada fasa 1.

Menganalisis data dan mereflek

Data yang sudah dipungut dianalisis untuk mencari kekuatan dan


kelemahnnya. Proses ini perlu dilakukan bersama-sama dengan
rakan pengkaji;

Gelungan 2, Gelungan 3 dan seterusnya

6.

Jika kurang berjaya, pengkaji dan rakan pengkaji perlu membuat


perancangan baharu untuk pergi ke gelungan 2.

Proses dalam gelungan 2 ini sama dengan proses dalam gelungan 1.


Kegagalan gelungan 1 mungkin datang dari pelbagai faktor seperti
perancangan pengajaran yang kurang berkesan, alat bantu yang kurang
sesuai, alat memungut data kurang sesuai dan sebagainya. Perkara ini
perlu diperbetul pada fasa 1 gelungan 2. Selepas itu, pengkaji perlu
melaksanakan semula kajiannya;

Jika sudah berjaya, kajian ini berhenti di sini.

Jika gelungan 2 juga tidak berjaya, pengkaji harus bersiap sedia untuk
pergi ke gelungan 3

Rumusan

7.

Pengkaji merumuskan kemahiran baharu yang dapat dikuasainya.

Kajian selanjutnya

Biasanya, apabila satu masalah sudah diselesaikan masalah lain akan


timbul. Masalah inilah yang akan menjadi fokus dalam kajian selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai