Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

1. Ulasan cerpen “Pelangi, Kami Ingin Ke Sana”

i. Persoalan

Persoalan adalah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada perkaitannya
dengan tema. Persoalan wujud bertujuan untuk menghidupkan dan memperkukuhkan
tema yang diketengahkan oleh pengkarya. Antara persoalan yang terdapat dalam cerpen
ini adalah ketabahan dalam menghadapi dugaan. Misalnya, Defi dan anak-anak kecil
tetap meneruskan kehidupan walaupun sedih kelhilangan keluarga yang tersayang akibat
bencana tsunami yang melanda. Selain itu, semangat yang tinggi dalam mencapai cita-
citanya menjadi seorang guru yang dapat memberikan ilmu kepada anak-anak di
kampungnya walaupun pelbagai dugaan menimpa. Dia sanggup membangunkan pondok
ilmu dalam keadaan yang daif semata-mata untuk memastikan anak desa dapat meuntut
ilmu. Kemudian, sikap tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa. Sebagai contoh,
Defi didih mengajar anak-anak menulis dan membaca serta mengajar ilmu alam,
Matematik, Sejarah dan bahasa kepaada golongan semaja.

ii. Dua watak utama

Watak adalah sesuatu objek atau pelaku yang menghidupkan cerita sesuatu karya dan
melambangkan pemikiran pengkarya melalui aksinya, dialog dan sifatnya. Tambahan
pula, setiap watak mempunyai perwatakan ataupun sifat yang berbeza. Oleh itu, watak
utama dalam cerpen ini ialah Defi. Defi merupakan seorang guru wanita yang sangat
cekal dan ikhlas dalam mendidik anak-anak desa. Walaupun kampungnya dilanda
tsunami yang memusnahkan segalana termasuklah kehilangan ahli keluarga. Defi tetap
menguatkan diri untuk terus mencurahkan ilmu kepada anak-anak desanya. Jadi,
perwatakan defi adalah seorang yang penyabar, gigih, ikhlas, bertanggungjawab, dan
penyayang. Manakala, watak utama yang kedua pula ialah Marlina. Marlina merupakan
anak desa yang menjadi anak murid Defi. Dia sangat manja dan menjadaikan Defi
sebagai tempat menumpang kasih sayang setelah kematian ibu bapanya. Deli juga ingin
mendidik Marlina menjadi penggantinya kelak. Oleh itu, Deli, dan Marlina bersama-
sama mejalani hidup untuk mencapai cita-cita.

iii. Unsur pendidikan yang dibawakan

Pertama sekali, unsur pendidikan yang dibawakan adalah subjek yang dibimbing iaitu
peserta didik. Berdasarkan cerpen peserta didik terdiri daripada anak-anak kampung yang
mempunyai kecekalan dan minat yang tinggi untuk menuntut ilmu walaupun dalam
keadaan daif. Seterusnya, unsur orang yang membimbing ilmu pendidik. Berdasarkan
cerpen pendidik adalah daripada anak jati kampung itu sendiri yang sangat komited
dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak desa. Misalnya, Defi sentiasa
mengenangkan jasa gurunya bernama Suhani yang mengajarnya menulis dan membaca.
Oleh itu, Defi menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk meneruskan cita-citanya
menjadi seorang guru yang terbaik. Selain itu, unsur tempat peristiwa bimbingan
berlansung. Berdasarkan cerpen, pembelajaran dilakukan di Pondok ilmu yang terlalu
daif. Pondok dibina kerana sekolah musnah dilanda bencana dengan serpihan kayu tanpa
dinding dan berupa khemah. Sementara itu, tujuan pendidikan adalah untuk mengubah
nasib masyarakat dengan melahirkan anak desa yang berpendidikan. Misalnya, Defi
mengajar menulis, membaca dan juga ilmu Matematik, Sejarah kepada anak didiknya.
Sesungguhnya, cerpen ini menggambarkan kesungguhan dari ketabahan dalam menuntut
ilmu demi mencapai kejayaan. Selain itu, memperihalkan kepentingan menuntut ilmu
dalam kehidupan dan kecekalan seorang guru dalam mendidik anak bangsa.

Anda mungkin juga menyukai