Anda di halaman 1dari 25

SASTERA KANAK-

KANAK
BMM 1024 PENGENALAN KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN MELAYU
EN. OTHMAN BIN ABDUL AZIZ
DISEDIAKAN OLEH: FARIS AKMAL
KANDUNGAN
KONSEP DAN FUNGSI
PENGENALAN CIRI-CIRI
DEFINISI

CONTOH PERBEZAAN

SOALAN KESIMPULAN
PENGENALAN
Merupakan salah satu elemen yang dikenal pasti berupaya
melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak.
Sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh
kanak-kanak dan mampu menimbulkan rasa seronok kepada mereka.
Mampu merangsang imaginasi, membantu mengenal dan memahami
diri sendiri, memahami bahasa secara semula jadi, membantu
mendapatkan maklumat serta memupuk nilai-nilai murni kepada
kanak-kanak.
Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya,
penghasilan sastera kanak-kanak diterjemah dalam bentuk tulisan dan
ilustrasi.
KONSEP DAN DEFINISI
Menurut Misran Rokimin (2001)
mendefinisikan sastera kanak-kanak
sebagai:
 Agen pembangunan yang menjurus kepada
pembangunan diri seseorang manusia itu,
sama ada dari segi emosi, pemikiran atau
kebahasaannya.
 Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang,
yakni semakin banyak karya sastera yang
dibacanya, semakin bertambah
perkembangan berlaku dalam diri kanak-
kanak itu.
CIRI-CIRI SASTERA KANAK-KANAK
1) Penulisan berdasarkan perkembangan psikologi kanak-kanak.
 Merupakan pengalaman penulis dewasa yang menulis berkenaan
perspektif dan pemikiran kanak-kanak.
 Penulis dewasa akan mengarang karya mengikut pekembangan
kanak-kanak dari pelbagai sudut.
 Contohnya, karya Umi Ena yang bertajuk Natasya Mahu Cantik.
Novel ini berkisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bercita-
cita untuk kelihatan lebih cantik berbanding adiknya.
 Novel ini digarap bersesuaian dengan pemikiran dan psikologi
seorang kanak-kanak perempuan walaupun Umi Ena sudah berusia
dalam lingkungan 40-an.
 Umi Ena berjaya menjiwai dan meneroka dunia kanak-kanak dan
dilakar menjadi kisah didalam novel ini dengan penuh berisi nilai-
nilai moral dan kemanusiaan.
2) Plot yang mudah.
 Perjalanan dan perkembangan plot amat mudah dan tidak terlalu kompleks dengan
pelbagai konflik yang sulit.
 Ia bertujuan untuk tidak menganggu emosi dan tumpuan kanak-kanak.

3) Tertumpu kepada adegan aksi.


 Sebuah karya kanak-kanak lebih tertumpu kepada adegan aksi dimana setiap aksi
akan menonjolkan kehebatan wira wati yang akhirnya akan menemui kejayaan atau
kemenangan dalam setiap cabaran dan halangan.
 Malahan, ia bertujuan untuk menimbulkan rasa optimis dan keseronokan bagi kanak-
kanak dan membentuk mereka supaya lebih cergas dan aktif.
Berdasarkan gambar di atas, siapakah watak tersebut?
4) Watak yang ditonjolkan adalah watak kanak-kanak atau menyerupai
kanak-kanak.
 Watak yang ditonjolkan dalam sesebuah karya adalah watak kanak-kanak itu
sendiri agar pembaca sasaran iaitu kanak-kanak dapat menjiwai dan turut
merasai apa jua perkara yang berlaku terhadap watak dalam cerita.
 Kadang-kadang mereka dapat menganggap bahawa watak itu adalah diri
mereka sendiri.

5) Menjurus kepada campuran antara elemen fantasi dengan realiti.


 Sesebuah novel kanak-kanak juga turut dimuatkan unsur fantasi yang tidak
dijangkau oleh pancaindera( tidak diketahui oleh kanak-kanak) dan unsur realiti
bagi menjana minda yang cerdas, membentuk daya kreativiti dan imaginasi serta
memberikan input yang baru kepada kanak-kanak.
 Contohnya dunia kayangan, alam semesta, alam lautan dan sebagainya.
6) Mesej yang ingin disampaikan mestilah mempunyai unsur
pengajaran.
 Buktinya menurut Nodelman (1996), ciri-ciri tersebut mestilah mempunyai
unsur didaktik dan menyeronokan pembaca khususnya golongan kanak-
kanak.
 Unsur didaktik ini ialah unsur yang mempunyai mesej yang mampu
membentuk dan mendidik golongan kanak-kanak dalam soal nilai
kemanusiaan, moral, nasionalisme dan sebagainya.
FUNGSI-FUNGSI SASTERA
KANAK-KANAK

1) Sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera.
 Misalnya sastera kanak-kanak menggunakan konsep cerita binatang yang berperanan sebagai
wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak.
 Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak kerana naluri
kanak-kanak yang secara semulajadinya menyukai haiwan dalam dunia realiti.
 Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika watak haiwan ini
dipindahkan ke alam karya penulisan.
2) Sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan
kreativiti khalayak kanak-kanak.
 Pemikiran mereka diransang sewaktu mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang
dibaca.
 Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam,
pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka
serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.
 Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi
ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan.
3) Sebagai alat untuk menyampaikan wadah pengajaran dan
didikan moral kepada kanak-kanak.
 Sastera kanak-kanak seperti cerita-cerita binatang yang menjadikan
haiwan sebagai watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran
yang baik seperti mengisahkan tentang akibat orang yang tamak,
takbur, sombong dan bongkak.
 Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan, namun pada
akhir ceritanya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yang
terdapat dalam cerita tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri
interaktif dan dapat memberi kesan pada jiwa kanak-kanak.

 Sebagai contoh, cerita “Anjing dengan Bayang-bayang”.


4) Sebagai keperluan material atau kebendaan.
 Keperluan material ini menggambarkan keadaan kehidupan fizikal yang serba
lengkap dan istimewa khususnya dari segi material.
 Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran tempat kediaman
istana atau rumah yang bangunannya besar dan indah dengan bilik-bilik yang
dihiasi oleh pelbagai hiasan.
 Selain itu, putera-puterinya digambarkan kacak dan cantik rupawan dengan
hiasan permata gemerlapan, pakaian cantik dan berwarna-warni serta majlis
perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah dalam suasana yang gilang-
gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari segala pelosok negeri.
 Ia mencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan
cara untuk memiliki kepunyaan sendiri.
 Contohnya, cerita Puteri Kayangan dan cerita Alladin dan Lampu Ajaib.
PERBEZAAN DIANTARA KESUSASTERAAN KANAK-KANAK
DENGAN REMAJA.
Perbezaaan Kesusasteraan kanak-kanak Kesusasteraan remaja

Ciri-ciri Bahasa Mudah dan senang difahami Bahasa lebih tinggi dan moden
Jumlah Jumlah perkataan terhad dan denotatif Keseluruhan adalah teks
perkataan
Watak Kanak-kanak sebagai watak utama atau menyerupai Watak pelbagai dan abstrak
kanak-kanak(binatang/tumbuhan) yang mempunyai
sifat kanak-kanak.
Plot Plot mudah dan berfokus kepada aksi dalam Plot lebih komplek dengan unsur-unsur
pengembaraan contoh kuasa baik lawan kuasa jahat konflik,
Persembahan Mempunyai ilustrasi grafik Tidak mempunyai grafik
Realiti, imaginasi dan fantasi Realiti dan logik akal

Konteks Memaparkan nilai-nilai kemanusian, budaya, nilai Memaparkan budaya global, kritikan
moral, didaktik dan pendidikan. moral, konflik sosial, politik dan ekonomi
Nilai 1.Personal-Menyeronokan,Motivasi,Nilai moral Mendidik dan motivasi
2.Akademik-Meningkatkan tahap membaca dan Membentuk jati diri/sahsiah
menulis serta apreasasi seni Memberi maklumat baru
CONTOH-CONTOH SASTERA
KANAK-KANAK
1) Novel Kanak-kanak: Budak California
 Sinopsis: Hanum baru berpindah dari sekolah di California ke sekolah di
Malaysia. Dia melalui episod yang kurang menyenangkan pada hari
pertamanya di sekolah baharu. Pelbagai cabaran yang ditempuhinya
untuk menyesuaikan diri di sekolah baharunya antaranya perbezaan
cuaca dan peraturan sekolah dan ketua kelas yang tak disenanginya.
Berjayakah Hanum menempuh semua cabaran itu?
 Novel ini memberi pengajaran kepada pembaca khususnya golongan
kanak-kanak untuk sentiasa sabar dalam mengharungi segala cabaran
dan dugaan sebagai seorang pelajar.
2) KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK: IKAN HARUAN AJAIB
 Sinopsis: Buku ini menghimpunkan 10 buah cerpen kanak-kanak.
Cerita-cerita yang disampaikan mengandungi nilai dan teladan yang
baik seperti menghargai masa, berfikiran positif, menyayangi haiwan
dan saling membantu.
 Secara keseluruhannya, nilai dan teladan dalam buku ini wajar
dicontohi oleh pembaca khusususnya golongan kanak-kanak
3) ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK: HARGA SEBUAH TABLET
 Sinopsis: Buku ini mengandungi 15 buah cerpen pelbagai tema. Karya-
karya ini membawakan pelbagai nilai murni seperti bertanggungjawab,
kasih sayang, kejujuran, baik hati dan berhemah tinggi antara sesama
manusia.
 Melalui pembacaan juga, pembaca akan mendapat pelbagai nasihat dan
mesej dalam antologi ini.
 Cerpen ini secara tidak langsung akan mendidik kanak-kanak agar
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
4) Novel kanak-kanak: Bola Merah Dari Planet Zehra
 Sinopsis: Disebabkan sebiji bola merah, Anan diminta untuk meletakkan semula
bola tersebut di tempatnya, iaitu di planet Zehra. Dalam perjalanan menuju ke
planet Zehra,mereka bertiga telah ditawan oleh puak Yellow iaitu makhluk ganas
yang juga mengidamkan bola merah tersebut. Bagi menyelamatkan makhluk
asing yang menjadi rakannya dari diseksa oleh puak Yellow, Anan telah
menunjukkan kemahirannya menendang bola. Pengembaraan Anan ke planet
Zehra untuk memulangkan bola merah penuh dengan peristiwa yang
mencemaskan, mendebarkan dan menyedihkan namun kadangkala melucukan.
 Novel ini menjurus kepada campuran antara elemen fantasi dengan realiti yang
tidak dijangkau oleh pancaindera manusia.
 Tujuannya adalah bagi membentuk daya kreativiti dan imaginasi serta
memberikan input yang baru kepada kanak-kanak.
5) NOVEL KANAK-KANAK: GELORA DI SUNGAI KINABATANGAN
 Sinopsis: Tannu, Tingin, Yuyun, dan Dzalila yang mempunyai hubungan
kekeluargaan tetapi berbeza sikap dan pendirian. Huru-hara di kawasan hulu
Sungai Kinabatangan dan kejadian yang menimpa Pak Sagong telah
membawa mereka mengharungi pelbagai rintangan. Pencarian keranda yang
berukir cantik di Gua Gamantong telah menimbulkan 1001 cabaran kepada
mereka. Tuntutan terhadap seekor anak lembu, serangan banteng, dan
kekecohan di kampong telah mengharu-birukan lagi keadaan.Gelora Di
Sungai Kinabatangan akan membuatkan emosi pembaca bercampur baur -
marah, kasihan, benci, dan gembira.
 Novel ini mengajar kanak-kanak tentang suasana sebuah kampung yang
mempunyai latar belakang masyarakat yang berbeza-beza serta membawa
kanak-kanak menerokai realiti sebenar erti kehidupan.
6) NOVEL KANAK-KANAK: ANTARA KABUS KE KABUS
 Sinopsis: Sebagai seorang kanak-kanak yang bijak, Fauzi berasa khuatir dan
resah semasa pendudukan Jepun. Dan perasaannya itu lebih mendesak
apabila Ustaz Halim, seorang ustaz yang disayangi daripada madrasah di
kampungnya ditangkap Jepun. Jadi, Fauzi dan orang kampung merancang
untuk melepaskan orang kesayangan mereka.
 Daripada novel ini, pengarang ingin menimbulkan dan menanamkan
semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan generasi muda sejak
kecil lagi.
SOALAN
1) Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, bagaimanakah anda ingin
menanam sikap suka membaca dalam kalangan murid terutamanya karya
sastera?

2) Pada era globalisasi kini, kebanyakan dari kita iaitu generasi Y dan Z tidak
berapa minat dengan karya sastera. Apakah faktor yang menyebabkan
perkara ini berlaku dan terangkan juga cara mengatasinya.
KESIMPULAN
Sastera kanak-kanak hasil dalam bentuk buku mahupun yang boleh dibaca
dan ditonton oleh kanak-kanak serta mampu menimbulkan rasa keseronokan
dan kepuasan dalam diri mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan
estetika karya, penghasilan sesebuah buku/novel kanak-kanak perlu dilakukan
dan bentuk teks dan ilustrasi bagi menarik minat golongan ini untuk meminati
budaya membaca malahan dapat meningkatkan taraf kognitif mereka. Oleh itu,
setiap hasil karya sastera kanak-kanak dan remaja itu perlu mempunyai unsur
yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak dan remaja sebagai generasi
yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak dan remaja yang
hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut.
Hal ini demikian kerana, tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak
bergantung kepada tahap keintelektualan seseorang pengarang itu sendiri.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai