Anda di halaman 1dari 16

BMM3163

SASTERA KANAK-KANAK
DAN REMAJA
DEFINISI
Sastera Kanak-Kanak
Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak
sebagai:
Agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan
diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi,
pemikiran atau kebahasaannya.
Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin
banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah
perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Sastera awal kanak-kanak Sastera awal kanak-kanak ialah
merupakan salah satu elemen sastera kanak-kanak yang
yang dikenal pasti berupaya dihasilkan dalam bentuk buku
melengkapkan perkembangan yang boleh dibaca oleh kanak-
seseorang kanak-kanak kanak dan mampu menimbulkan
rasa seronok kepada mereka.

Definisi Sastera
kanak-Kanak

Sastera awal kanak-kanak mampu


memberikan keseronokan, dapat
merangsang imaginasi, dapat Bagi mencapai tahap tertinggi
membantu mengenal dan memahami nilai sastera dan estetika karya,
diri sendiri, dapat memahami bahasa penghasilan sastera awal kanak-
secara semula jadi, dapat membantu kanak ini dilakukan dalam
mendapatkan maklumat dan dapat bentuk tulisan dan ilustrasi.
memupuk nilai-nilai murni kepada
individu kanak-kanak.
DEFINISI
Karya Sastera Remaja
Menurut Othman Puteh(1988) mengatakan bahawa sastera
remaja merupakan

bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada


pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang
relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan
psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahun.
MEDIUM KARYA SASTERA KANAK-KANAK
DAN REMAJA
Mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan
kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja.
Dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam,
pantun dan seloka yang secara tidak langsung melatih mereka
untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang
terpendam dalam diri mereka.
Contohnya melalui rancangan realiti seperti Idola Kecil.
Mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera.
Cerita
binatang
Cerita rakyat,
Cerita seram mitologi dan
lagenda

8 bahagian utama Cerita


Cerita detektif karya sastera
(penyiasatan) Kepahlawanan
kanak-kanak

Cerita Cerita
Keluarga adventure
Cerita Sains
Fiksyen
Sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya.

Masyarakat zaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional
tidak mempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya.

Oleh itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan
menarik perhatian khalayaknya.

Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar


yang menarik.

Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan


minda yang terhibur.
Berfungsi sebagai keperluan material atau kebendaan.

Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran tempat


kediaman istana atau rumah yang bangunannya besar dan indah dengan
bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan.

Selain itu, putera-puterinya digambarkan kacak dan cantik rupawan


dengan hiasan permata gemerlapan, pakaian cantik dan berwarna-warni
serta majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah dalam
suasana yang gilang-gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari
segala pelosok negeri. Jamuan yang dihidangkan pula pelbagai aneka.

Mencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha


memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan sendiri.

Contohnya,cerita Aladdin Dan Lampu Ajaibnya.


PERANAN SASTERA DALAM MASYARAKAT
Sebagai sumber
Sebagai sumber Sebagai sumber ilmu Sebagai sumber
penyebaran
hiburan. pengetahuan. mengisi masa lapang.
dakwah/agama.

Sebagai
Sebagai sumber Sebagai Sebagai sumber/alat
sumber/media
meniupkan semangat sumber/media perpaduan/penyatuan
perubatan/mengubat
kebangsaan. komunikasi. bangsa/kaum/budaya.
sesuatu penyakit.

Sebagai sumber Sebagai sumber/media


Sebagai sumber
Sebagai sumber bahasa/budaya/sejarah/ menyampaikan cetusan
menguji
pendapatan sistem perasaan/idea/kritikan/te
bakat/potensi.
politik/pemerintahan. guran.

Sebagai sumber
Sebagai
Sebagai sumber menyampaikan maklumat
sumber/media
rujukan dalam
penerapan nilai-nilai
perbandingan. masyarakat/pengalaman
murni.
yang dialami/dilalui.
MEDIUM KARYA SASTERA REMAJA
Biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra antara satu individu dengan satu
individu yang lain kerana pada peringkat ini mereka melalui alam berkasih
sayang.
Faktor perubahan hormon ini menyebabkan mereka memerlukan perhatian
dan kasih sayang.
Jelaslah bahawa sastera sastera remaja dan dewasa berkembang maju sebagai
suatu medium hiburan yang bergerak seiring dengan permintaan khalayaknya.
Menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi
Menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca.
Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil
sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, toleransi,
sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba
dan berkasih sayang.
CONTOH KARYA SASTERA KANAK-KANAK

CERITA BINATANG Cerita Jenaka


Cerita Sang Kancil dan Cerita Pak Pandir
Buaya Cerita Lebai Malang
Sang Kancil dan Pak Belalang
Memerang Angan-angan Mat Jenin
Sang Kancil dan Anjing Si Luncai
Pak Kaduk

Pandangan umum :digambarkan


Pandangan umum : Kita dapat melihat
watak Sang Kancil sebagai binatang
kepintaran penglipur lara dari rakyat
yang cerdik dan pintar kerana dapat
jelata dalam menghidupkan
mengatasi kekuatan binatang besar
sifat-sifat lucu yang ada pada manusia.
yang lain.
CONTOH KARYA SASTERA REMAJA
Novel Salina, : DBP 1961, 495 hlm.karya A.Samad Said

Ranjau Sepanjang Jalan,karya Profesor . Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad Kuala
Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.

Interlok.karya Datuk Abdullah Hussain Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 197

Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti,
1992

Tamu di Bukit Kenny,karya Usman Awang DBP, 1984

Tiga Catatan Perjalanan karya Dato' Baharuddin Zainal atau Baha Zain (1980)

Jalan Desa Ke Kota karya Baha Zain(1994)

Esei dan Puisi Baha Zain karya Baha Zain (2000)

Berguru Pada Binatang karya Baha Zain (2000)

Konserto Terakhir karya Datuk Abdullah Hussain


CONTOH KARYA SASTERA POPULAR
Darah dan Air Mata ,karya kumpulan cerpen pilihan : DBP, 2006. Kamaluddin
Muhamad ( Keris Mas)

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur(Keris Mas),DBP, 2003.

Bukan Lalang Ditiup Angin, karya Noordin Hassan1400,

Jangan Bunuh Rama-rama karya Noodin Hassan

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman,karya Anwar Ridhwan: DBP, 1996.

Sajak Ke Makam Bonda karya Usman Awang

Memetik Mawar karya Lim Swee Tin

Nota Waktu karya Lim Swee Tin

Citra wanita dalam sastera Melayu 1930-1990 / penyelenggara Ahmad Kamal Abdullah
& Siti Aisah Murad. ;DBP, 2000.

Puisi Pelabuhan Putih (1989), karya Kemala


Rumusan
Kesimpulannya sastera bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan
tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti.

Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-kanak, remaja,


dewasa dan popular mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi
dalam penghasilan karya tersebut

Oleh itu, setiap hasil karya itu perlu mempunyai unsur yang dapat
membentuk keperibadian seseorang sebagai generasi yang mulia dan
bermoral.

Maka karya sastera setiap lapisan yang hendak dihasilkan perlulah


menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai