Anda di halaman 1dari 5

1

Sastera menurut Kamus Dewan adalah Bahasa yang digunakan dalam sesuatu
medium, dan remaja adalah mereka yang telah dewasa dan cukup baligh, secara
keseluruhannya sastera remaja adalah satu medium bahasa yang dihasilkan oleh
seseorang yang bijak untuk remaja dan bersesuaian dengan peringkat umur
mereka.Pelbagai karya yang dihasilkan untuk memenuhi kemahuan remaja kini yang
mahukan sesuatu yang dapat merangsang pemikiran mereka. Remaja kini sudah bijak
menilai karya-karya sastera itu bermutu ataupun tidak, pelbagai perspektif yang
dikeluarkan oleh pelbagai pihak apabila mempersoalkan mengenai sastera remaja.

Dan apabila menyebut mengenai sastera remaja yang terlintas di fikiran adalah
Novel remaja.kini, karya sastera remaja menjadi bahan bacaan yang popular dan
mudah didapati, sastera remaja banyak memperkatakan mengenai dunia remaja,
pelbagaii bagai isu mengenai dunia remaja yang diceritakan dalam karya karya
sastera,Ada juga yang membuat persepsi negative dengan mengatakan karya sastera
remaja hanyalah hampas dan dipandang rendah.mungkin ini masih lagi disebabkan
kurangnya novel-novel atau karya-karya sastera yang bermutuuntuk menjadi tatapan
mereka.dan disebabkan itu munculnya pelbagai persepsi terhadap karya sastera
remaja. Sastera memainkan peranan penting kepada dalam kehidupan kita.sastera
juga merupakan sebagai dunia idea.
Sastera remaja adalah merupakan satu ilmu, membicarakan mengenai pelbagai
genre yang kaya dengan unsur-unsur penerokaan, pemikiran dan penyelidikan serta
percintaan. Karya-karya yang dihasilkan dapat menarik minat. Melalui sastera remaja
ini jugak dapat mengerakkan minda remaja kea rah teknologi sains, dan nilai-nilai
kemanusiaan. Pelbagai konsep remaja dapat kita perolehi.

Sastera remaja, terutamanya novel merupakan antara bahan bacaan yang
mampu membangunkan minda remaja sesuai dengan usia mereka yang perlu diberi
kebebasan tetapi dalam keadaan terbimbing. Menurut Othman Putih 1989 dikatakan
betapa sastera remaja pada dasarnya haruslah berupaya memberikan pendidikan dan
hiburan pada masyarakat atau khalayak sasarannya. Justeru itu dalam sesebuah karya
remaja, haruslah mempunyai upaya mengasah dan mengasuh kecerdasan
penghayatan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatn dan segala sesuatu yang
berhubung dengan keperluan kehidupan. Mesej yang terdapat dalam sastera remaja
haruslah jelas dan dapat memberi wawasan kepada pembaca khususnya remaja.

Bagi mengisi mesej tersebut subjek dan persoalan yang dikemukakan lewat
sastera remaja itu haruslah paling tidaknya bersifat informatif mengajar dan berupaya
membina watak. Dengan wawasan informatif sastera remaja harus mempunyai
pengenalan diri dan persekitarannya memperkaya pengalaman dan pengetahuan serta
membangkitkan daya cipta. Dengan sifat mengajar bermakna sastera remaja harus
dapat menabur, menanam dan mencambahkan bibit atau nilai murni yang berkaitan
2

dengan keimanan, ketakwaan kepada Allah serta kerukunan hidup beragama sesuai
dengan masyarakat kita yang pelbagai, disamping menekankan nilai-nilai kemanusiaan
, rasa tanggungjawab dan cinta terhadap diri, keluarga, masyarakat, bangsa, dan tanah
air. Malah kerukunan hidup bermasyarkat, kebersamaan dan keadilan juga dituntut bagi
memastikan kewajaran yang terungkap dalam sastera remaja.

Berhubung dengan pembinaan watak sastera remaja dituntut supaya dapat
menampilkan watak-watak teladan dan tidak mustahil yang ideal dan tentu sahaja
watak-watak bercitra jujur, setia, gigih, lasak, kretif dan berfikir secara rasional serta
matang. Watak-watak sedemikian pastilah yang mempunyai usaha dan upaya
mengembangkan etika, logik dan estetik. Bagi memperlengkap pembinaan watak itu,
maka sastera remaja juga wajar berupaya memperkaya imaginasi khalayaknya
disamping memupuk kesedaran terhadap lingkungan hidup, kesihatan dan kebersihan.

Bagi mencapai mesej dan menyempurnakan subjek dan persoalan tersebut
maka penulisan yang sistematik wajar diambil kira di samping faktor psikologi,
pemikiran, usia, emosi, moral, bahasa dan gaya bahasa. Namun hakikat sastera remaja
tentu sahaja tidak sekadar untuk menghibur dan mendidik. Unsur keseronokan,
kegembiraan , didaktik dan sarat dengan nada gerun yang digunakan mungkin kurang
disenangi oleh para remaja. Oleh sebab itu sastera remaja yang murni wajar memiliki
daya rangsang untuk mengembangkan sensitiviti pengertian dan kebijaksanaan
khalayaknya terhadap kewujudan insan dalam kehidupan serta hubung kaitnya dengan
sesama insan dan masyrakat.

Di samping itu keseimbangan daripada sisi tertib pengajian kehalusan dan nilai
keindahannya harus dapat dipertahankan. Contohnya apabila sastera remaja dalam
kategori rekaan sains yang mengutamakan disiplin sains itu sendiri dipaparkan maka
sastera ini harus mempunyai upaya mengembangkan daya imaginasi dan minat
terhadap perkembangan ilmu dan teknologi canggih demi kepentingan manusia
seluruhnya.Daya imaginasi pentiong untuk mencambahkan pemikiran para remaja kini.

Baik apa pun bentuk atau jenis sastera remaja, tertib pengajian penulisannya
sewajarnya mencerminkan pertimbangan yang logik dan estetika antara unsur-unsur
yang membina struktur genrenya. Sastera remaja haruslah kaya dengan segala sisi
seperti mempunyai unsur kemanusiaan, nilai ketakwaan, cenderung ka arah
kebijaksanaan, mempunyai wawasan dan perspektif yang jelas, positif dan ceria.
Justeru itu sastera remaja bukanlah paparan bayangan secara terus tentang perlakuan
moral, seks,, menyerah, keganasan dan segala macam perlakuan yang bertentangan
dengan norma masyarakat dan cara atau gaya hidup beragama. Sastera remaja yang
diperlukan itu boleh disalurkan dengan halus, indah dan bijaksana melalui pelbagai
3

kelompok cerita tentang pengembaraan, penyiasatan, pemantapan identiti, keluarga,
persahabatan, misteri, cerita sains, fantasi, sejarah, biografi, dan pelbagai cerita realiti.


Dalam sastera remaja haruslah diselitkan tema yang bersesuaian dengan
perkembangan pemikiran remaja. Tema merupakan inti penceritaan dan persoalan
yang mengusaia sesebuah karya. Melihat tema dalam sesebuah karya sastera akan
memperlihatkan konsep pemikiran seseorang pengarang itu dalam mencatatkan
sesuatu peristiwa atau kejadian yang dianggap peting, besar dan penuh makna. Sama
ada pada zamannya, zaman lampau dan zaman akan datang tentang manusia dan
fenomenanya. Melihat tema dan persoalan dalam sastera remaja, terutama genre
novel, perbincangan tema untuk novel remaja terbahagi kepada tema percintaan,
kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, kemasyarakatn dan perjuangan.

Tema percintaan merupakan tema yang paling banyak diperkatakan dalam
novel remaja, sesuai dengan perkembangan psikologi remaja yang sudah mempunyai
keinginan dan perasaan kepada remaja berlainan jenis. Remaja sudah mahu dikasihi
dan mahu mengasihi lalu ramai dalam kalangan pengkarya menjadikan cinta sebagai
tema utama dalam pembentukan konflik dalam novel remaja. Walaubagaimanapun
tema percintaan yang dikemukakan haruslah disampaikan dengan tulus, jujur dan
ikhlas tanpa merosakkan pemikiran dan tingkah laku pembaca remaja. Pengakuan dan
pengiktirafan perasaan remaja tehadap dunia percintaan harus disemai secara tulus
dan murni tanpa menjejaskan nilai-nilai keremajaan.Kerana dalam usia remaja tema
mengenai percintaan sering diketengahkan dan sudah pastinya mendapat sambutan.
Sebagai contoh novel Damia hana, bertajuk Terus Cintai Aku

Kritikan sastera terhadap remaja merupakan apresiasi terhadap hasil genre
kreatif yang lain, seperti puisi, novel, cerpen dan drama. Kritikan sastera mempunyai
peranan terhadap pembaca dan penulis. Kritikan sastera dapat membantu pembaca
atau khalayak memahami karya dengan lebih baik. Bagi penulis pula, kritikan dapat
membantu penulis menghasilkan karya yang lebih bermutu. Sama seperti peranan
kritikan terhadap hasil kesusasteraan dewasa, kritikan terhadap sastera remaja juga
penting kepada pembaca dan penulisnya.

Dalam sejarah perkembangan kritikan sastera remaja tanah air, kebanyakan
kritikan yang dihasilkan merupakan kritikan terhadap karya sastera umum, khususnya
sastera untuk pembaca dewasa. Dapat dikatakan bahawa dalam tahun awal
perkembangan kritikan, tiada kritikan yang dilakukan terhadap karya remaja.Ketiadaan
tulisan kritikan sastera remaja pada tahap awal perkembangannya mungkin dapat
4

dimaafkan kerana perkembangan kritikan pada masa itu belum cukup mantap. Konsep
sastera remaja pada peringkat awalnya juga kabur dan hanya mula diberikan perhatian
serius pada pertengahan tahun 1980-an. Sehingga kini, belum disepakati dalam
kalangan sarjana tentang konsep sastera remaja. Kecelaruan tersebut berlaku kerana
sebelum itu, sastera kanak-kanak dan sastera remaja bercampur aduk dan seolah-olah
di bawah satu bumbung walaupun karya untuk remaja dikatakan telah dihasilkan sejak
tahun 1950-an.
Kurangnya kritikan terhadap karya sastera remaja dewasa ini menimbulkan
tanggapan yang negatif tentangnya, lebih-lebih lagi karya sedemikian banyak terdapat
dalam pasaran. Dalam titian perkembangannya sehingga kini, sastera remaja juga
masih kurang diperkatakan secara serius oleh pengkritik sastera tanah air. Dari tahun
1980-an hingga kini, sastera remaja diperkatakan oleh beberapa orang sarjana dan
penggiat sastera tanah air dalam pelbagai majalah dan disentuh juga dalam akhbar
tempatan. Namun begitu, kebanyakan tulisan yang tersiar bukanlah kritikan sastera
secara serius, yang mengkritik karya dengan menggunakan teori dan pendekatan
sastera. Sebaliknya, kebanyakan tulisan berkisar tentang pandangan darihal sastera
remaja yang berkaitan dengan konsep, laporan kegiatan sastera remaja dan sesekali
polemik yang bersifat popular.
Terdapat beberapa kekurangan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan
sastera remaja tanah air. Antaranya kesungguhan dan ketekunan penglibatan serta
penghasilan karya sastera kanak-kanak dan remaja masih jauh ketinggalan
dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam perkembangan karya sastera dewasa. Ia
bukan sahaja ketinggalan dari segi usia malah dari aspek penglibatan penulis,
parapengkritik dan para sarjana pelbagai disiplin yangada kaitannya dengan dunia
kanak-kanak dan remaja itu sendiri. Di sinilah kesusasteraan kanak-kanak dan remaja
itu terabai dan serentak dengan itu pula masyarakat semacam melupakankebernasan
pemikiran warisan bangsa yang menegaskan Jika melentur buluh biarlah daripada
rebungnya

Selama ini sama ada disedari atau tidak ,masyarakat hanya bersandarkan apa
yang difikirkan betul dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan remaja. Walhal, konsep
yang betul dan sesuai hanya berdasarkan kaca mata masyarakat dewasa. Malah
berkemungkinan apa yang difikirkan itu tidak sesuai dengan tahap pencapaian
pemikiran,keperluan, minat, kecenderungan serta naluri remaja itu sendiri.Di samping
itu, penulis sastera remaja masih kabur tentang definisi dan konsep sastera kanak-
kanak dan remaja. Malah tidak kurang pula yang masih mencari-cari, umpamanya
novel atau cerpen yang bagaimanakah lebih baik, bermutu, sesuai dan boleh
dimanfaatkan oleh pembaca sastera remaja. Hal ini sebenarnya lebih merupakan ciri-
ciri kekurangan yang harus diakui dan diterima oleh kebanyakan penulis dalam usaha
untuk meningkatkan prestasi mereka dalam penghasilan karya sastera remaja.




5

Kesimpulannya karya sastera remaja tidak akan wujud sendiri. Sastera remaja
juga terbina hasil gabungan dan kesepaduan beberapa unsur termasuk plot, tema,
latar, watak dan perwatakan serta sudut pandangan dan gaya bahasa. Kemahiran dan
penilitian pengkarya sastera remaja akan membentuk sesebuah novel remaja yang
bermutu indah dan berkesan. Sesebuah karya sastera remaja bukan sekadar ekspresi
sosial. Kepercayaan idea politik dan penelitian teks secara dekat serta menyeluruh
malah sebagai salah satu karya seni yang amat tinggi nilainya. Sastera remaja sangat
penting dalam membentuk personality. Konsep-konsep yang diketengahkan
seharusnya dapat mencerminkan perkembangan semasa dan masa depan yang sesuai
untuk pembentukan personality remaja yang menjadi manusia masa depan. Pelbagai
pandangan dari orang yang bijaksana juga seharusnya diambil iktibar agar sastera
remaja akan terus berkembang sejajar dengan perkembagan dunia sains seterusnya
dapat menarik minat para remaja untuk meminate dunia sastera.

Anda mungkin juga menyukai