Anda di halaman 1dari 4

Pada umumnya, sajak adalah suatu ekspresi tentang pengalaman manusia yang secara imaginatif

dan terjalin di dalam bentuk-bentuk struktur yang tidak terkawal serta mempunyai bahasa yang
indah untuk menemukan nilai rasa dan nilai erti yang seimbang. Ciri utama sajak seperti juga cerpen,
novel dan drama yang mengandungi unsurunsur emosi, imaginatif, dan akal budi.

Kesan daripada ketiga-tiga unsur inilah yang terlibat di dalam sajak lebih memancarkan keinginan
dan kecenderungan penyair untuk mengungkapkan pelbagai sentuhan rasa dan tanggapan daripada
mata hatinya (Dharmawijaya, 1998 : 222). Manakala, Za’aba (1965 : 41) ada mentakrifkan sajak
sebagai “sejenis karangan yang berangkap cara baru di dalam bahasa Melayu”. Di antara sifat-
sifatnya, ialah ianya tidak memakai timbangan dan sukatan bunyi yang tetap, serta tiada ukuran
rentak yang sama. Kebanyakan sajak tidak memakai pertentangan bunyi, sama ada tetap dan
bertambah di hujung kerat atau di mana-mana pun, tetapi isinya menentukan perasaan yang kuat
dan mendalam dengan bahasa berkias seperti “ibarat”.

Muhammad Haji Salleh (1984 : 1) pula mengatakan sajak sebagai satu bentuk moden yang lebih
bebas dari ikatan bentuk-bentuk tradisi. Menurut Hashim Awang pula (1985 : 168), sajak merupakan
puisi baru yang popular, lahir sebagai alternatif kepada puisi tradisional. Ini kerana bentuknya tidak
terikat dengan sebarang kontroversi dan lebih bebas.

Menurut Hashim Musa, sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam
pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian supaya dapat
mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

Secara umumnya, sajak merupakan sebuah karangan berangkap, bentuk bebas yang sudah
menyimpang daripada bentuk puisi lama. Sajak tidak dilihat dengan jumlah kata, baris atau skema
rima, namun ia amat mementingkan bahasanya sehingga menimbulkan kesan dan nilai estetika yang
tinggi. Sajak juga dianggap sebagai kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik. Selain itu,
sajak adalah sejenis karya sastera yang segala-galanya dipesat dan dipadatkan, serta kesatuan
bahasa di dalam sajak tidak terlihat oleh logik sintaktik (Atmazaki, 1993 : 20).

6.2.2 Sifat Sajak

• Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap • Sajak tidak semestinya mengemukakan
pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau di mana-mana juga. •
Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. • Mempunyai baris-
baris ayat yang membangunkan rangkap. • Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik
antara isi dengan bahasa.

6.2.3 Nada dalam sajak

Ada beberapa jenis nada dalam sajak:

nada melankolik nada romantik nada patriotik nada sinis nada protes

Nada melankolik ini selalunya menjurus kepada kesedihan, murung, mendayu-dayu dan hiba. Maka,
bila dideklamasikan sajak itu, luahan suaranya rendah dan perlahan saja. Kalau sajak melibatkan
perasaan memang sesuai menggunakan nada ini. Tema penderitaan, kemiskinan, kesusahan hidup,
kekecewaan biasanya akan guna nada ini.
Nada romantik pula cenderung melukiskan suasana hati atau perasaan pengarangnya yang tenang
dan menyenangkan. kalau sajak yang bertema kasih sayang, harapan dan impian untuk mencepai
kebahagian lazimnya guna nada ini. jenis bahasa yang digunakan halus, lembut dan merdu.

Tegas dan bersemangat. Itulah nada patriotik. sajak yang bertemakan perjuangan menentang
penjajah, pihak musuh, menegakkan keadilan dan seumpanya wajarlah menggunakan nada ini. Diksi
yang dipilih akan menggambarkan ciri-ciri ketegasan dan semangat yang dikatakan itu.

Nada sinis pula mungkin rendah dan perlahan,kadang-kadang diselangi dengan suara yang tinggi,
tetapi tajam menusuk hati. Sajak-sajak yang mengkritik, menyindir sesuailah guna nada ini.

Yang terakhir nada protes, yang lebih kepada suasana penentangan dan pemberontakan. Tema
kekejaman, ketidakadilan yang menyebabkan kebencian dan kemarahan yang sesuai. Tekanan suara
keras, tinggi dan nyaring. Kata-kata yang digunakan langsung dan jelas, tepat dan tegas.

6.2.4 Tema sajak

• Tema ialah persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penyair. • Tema diri: berdasarkan
pengalaman diri. • Tema cinta: cinta akan kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa & negara. • Tema
masyarakat: memaparkan simpati & nasib masyarakatnya di samping saranan penyajak tentang
langkah-langkah mengatasinya. • Tema alam: gambaran alam seperti keindahan & pencemaran
alam. • Tema semangat perjuangan / nasionalisme: semangat pahlawan negara • Tema ketuhanan &
keagamaan: soal kesedihan, kematian, kesedaran & sebagainya.

6.2.5 Bentuk Sajak

• Disitkhon. Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi setiap rangkap. • Terzina. Sajak yang
serangkapnya terdiri daripada tiga baris. • Quantrain. Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun
atas empat baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun & syair. • Quintain. Sajak yang rangkapnya
dibentuk oleh lima baris atau kalimat • Sextet. Sajak yang digubah dengan pemakaian rangkap yang
terdiri daripada enam baris. • Oktaf (stanza). Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau
kalimat

6.2.6 Gaya bahasa

Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai khususnya dalam tulisan atau karangan
(Keris Mas, 1990 : 13). Penggunaan atau pemakaian bahasa pula mempunyai pelbagai jenis yang
khusus. Gaya bahasa juga bermaksud gaya seseorang penulis menggunakan bahasa dan ia adalah
wahana yang paling sempurna untuk manusia menyampaikan amanatnya. Justeru, penguasaan
bahasa sangat penting bagi manusia (Abdul Razak Mohd Kasim, 1998 : 556).

Gaya bahasa juga adalah bahasa indah yang digunakan untuk meningkatkan kesan mendalam di hati
pembaca dengan jalan memperkenalkan serta membandingkan sesuatu benda atau hal tertentu
dengan benda lain yang lebih umum. Pendek kata, penggunaan gaya bahasa tertentu dapat
mengubah serta menimbulkan konotasi tertentu (Dale, 1971 dalam Henry gunter Tarigan, 1985 : 5).
Awang Sariyan pernah menyatakan bahawa “kebanyakan orang lebih senang berbicara tentang gaya
bahasa kerana aspek inilah yang menonjolkan identiti seseorang penulis”.
6.2.7 Bahasa Figuratif

Bahasa figuratif atau figurative language adalah kelangsungan ucapan yang berupa penggantian
makna. Bahasa figuratif yang juga dikenali sebagai kiasan telah muncul dan sesuai dengan kebiasaan
sesuatu masyarakat. Gaya bahasa figuratif juga sering dipertentangkan dengan bahasa logik. Ini
kerana bahasa fuguratif adalah satu kerangkan yang membawa maksud subjektif dan lebih bersifat
tanggapan individu (Hashim Ismail, 1995 : 1002).

Kerangka definisi figuratif yang dinyatakan oleh penulis dan penuturnya adalah mengikut kefahaman
mereka dan kefahaman itu merupakan satu pengalaman peribadi yang mungkin sama dengan orang
lain atau mungkin juga tidak.

Pendeta Za’aba (1965 : 151) pula mendefinisikan bahasa figuratif sebagai bahasa yang
mengungkapkan perkataan yang dikiaskan kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut
bandingan tersebut. Ia adalah bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu yang dikatakan atau
diceritakan dan disebut maknanya. Ishak Ramly di dalam bukunya yang berjudul “ Perkembangan
Peribahasa dalam Bahasa Melayu ” (1990 : 287) pula telah membahagikan bahasa figuratif kepada
dua jenis iaitu, jenis bandingan (smile) dan jenis menyebut terus.

6.2.8 Jenis-jenis bahasa figuratif

Terdapat berbagai jenis bahasa fuburatif di dalam sajak. Namun begitu, terdapat beberapa bahasa
figuratif yang lebih dominan dan digunakan iaitu metafora, personafikasi, simile, sinekdot,
eufimesme, dan ironi. Setiap bahasa figuratif tersebut mengalihkan sesuatu pengertian yang lain
sehinggan muncul pengertian baru.

 Metafora

Metafora adalah bahasa figuratif yang menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain.
Sesuatu objek atau abstraks diberi sifat objek lain dengan menanggap objek yang kedua itu
mempunyai aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama (Rahman Shaari, 1993 : 1). T.
Howkes (1972 : 1) pula mengatakan metafora berasal daripada kata Greek iaitu “methaphore” yang
bermaksud memindahkan. ‘Meta’ (di atas) dan “pheirien” (membawa). Metafora merujuk kepada
proses linguistik yang melibatkan aspek tertentu sesuatu objek yang dibawa atau dipindahkan
kepada objek lain dan demikian, objek kedua diujarkan seolah-olah seperti objek yang pertama
(Maslida Yusof, 1999 : 4-5).

Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan (1988 : 188), metafora merupakan bentuk analogi atau kiasan
yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain, bagi menyarankan bahawa kedua-duanya
terdapat persamaan. Dengan kata lain, metafora terbentuk daripada dua perkara iaitu idea dan imej.
Kedua-duanya melahirkan satu bentuk kiasan dan perbandingan, sementara maknanya pula
diperolehi daripada hasil interaksi antara idea dengan imej.

 Personifikasi

Personifikasi juga disebut perorangan kerana ia membandingkan sesuatu benda, keadaan dan
peristiwa dengan sifat-sifat manusia. Personifikasi juga selalu didefinisikan sebagai “pemberian sifat
manusia kepada objek atau abstraks “ (Mohd Sidin Ahmad dan Mohd Salleh Rahamad, 1996 : 3).
Sebarang kenyataan yang disampaikan dengan memberikan nyawa kepada objek atau abstraks
adalah personifikasi.

Personifikasi bermaksud pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa
atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, perlambangan
atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat
manusia.

 Pengulangan

Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak. Pengulangan terbahagi
kepada tiga jenis iaitu :

i. Anafora

pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

Contohnya:

Tambah mengimbau sorotan buku Ahmad! Tambah mengimbau sorotan buku Aiman!

Rahman Shaari (1989 : 38) mendefinisikan anafora sebagai pengulangan perkataan atau kalimat
beberapa kali oleh seseorang penulis bagi menegaskan sesuatu perkara. Namun begitu, Henry
Guntur Tarigan (1989 : 192) mengatakan bahawa anafora ialah jenis gaya bahasa pengulangan bagi
menegaskan maksud yang disampaikan melalui pengulangan kata atau kalimat dalam sesuatu kata.
Tokoh-tokoh tersebut hanya menjelaskan anafora sebagai gaya pengulangan yang diulang pada kata
pertama pada setiap baris atau setiap kalimat. Berbeza dengan analisis wacana berdasarkan tema
dan rima yang dapat menjelaskan kefungsian pengulangan dalam setiap perenggan dapat djelaskan
dengan berpada.

ii. Epifora

pengulangan kata pada akhir baris

contoh: ….di hatiku…. had sepiku.

iii. Repitisi

pengulangan kata dalam baris yang sama.

Contohnya: orang berbunga dia berbunga

iv. Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa
yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.

Anda mungkin juga menyukai