Anda di halaman 1dari 5

Bidang makna atau semantik yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik

ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan
sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna
kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya
dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami
bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya.  Kita juga
perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna.
Seterusnya, kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang
diujarkan. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai
sudut.  Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek
seerti  dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa
(termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat  ialah kajian tentang makna


perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Menurut Harimurthi Kridalaksana
(1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang
berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.
Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat
dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek
makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan,
perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Teori Analisis Komponen merupakan satu teknik menganalisis makna dan pertalian
yang terdapat di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang
terkandung di dalam setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui kmponen
makna perkataan tersebut. Melalui teknik itu, setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen
atau fitir yang terkecil iaitu fitur distingtif yang diperkenalkan oleh Jacobson (1938) dan
seterusnya diperbaharui oleh Katz dan Fodor (1968) di mana ia menggunakan fitur
yangditandai dengan (+) dan (-) bagi menandakan ada atau tiadanya fitur pada sesuatu
perkataan ituu. Perkataan yang sering digunakan dalam hubungan makna secara umumnya di
dalam bahasa adalah sinonim (kata bersamaan makna) dan antonim (kata berlawanan makna)
(Geoffrey Leech, Semantics: The study of meaning, 1981).

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) pula, Teori Analisis Komponen cuba
menerangkan kata-kata mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.
Hubungan ini disebut struktur leksikal. Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat
hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna.
Antara perkara yang harus diperhatikan dalam teori ini ialah melihat sejumlah perkataan,
melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan anatara sesuatu kata dengan kata dengan
kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan iaitu
yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain.

Elemen semantik yang menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau
perkataan adalah berbeza daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang Sains.
Misalnya, ahli Sains menjelaskan maksud ‘air’ sebagai cecair yang terdiri daripada unsur
hidrogen dan oksigen. Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata
tersebut, keperluan untuk menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya harus
dilakukan. Analisis sedemikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana dapat
membantu seseorang untuk memahami makna semantik sesuatu perkatan yang berhubung
dengan makna rujukan. Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat
membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujuran, di samping
memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Di sini saya sertakan
analisis enam perkataan dalam bahasa melayu menggunakan Teori Analisis Komponen
Makna.

1. LEKSIKAL ‘AYAH’

Bil. Perkataan Fitur + -


1. Ayah Manusia /
Lelaki /
Dewasa /
Jadual 1: ‘Ayah’: [+manusia, +lelaki, +dewasa]

Analisis komponen lazimnya adalah berdasarkan satu sistem binari, di mana sesuatu


komponen makna atau fitur itu ada (+) atau tiada (-) bagi mendefinisikan kata tersebut. Bagi
menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda + atau tanda -. Tanda
+ membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya. Tanda –
pula bermaksud fitur tidak wujud bagi perkataan tersebut.

Berdasarkan jadual 1, perkataan ‘ayah’ telah dikelompokkan kepada tiga fitur atau sifat
utama fitur iaitu manusia, lelaki dan dewasa. Perkataan ‘ayah’ ini mempunyai tiga
kemungkinan fitur iaitu (+manusia), (+lelaki) dan (+dewasa). Dalam konteks ini makna
penuh bagi perkataan ‘ayah’ ialah seorang manusia lelaki yang sudah dewasa. Oleh itu,
komponen makna bagi perkataan ini terbentuk seperti; ‘Ayah’: [+manusia, +lelaki, +dewasa].

2. LEKSIKAL ‘KAKAK’

Bil. Perkataan Fitur + -


2. Kakak Manusia /
Lelaki /
Dewasa /
Jadual 2: ‘Kakak’: [+manusia, -lelaki, -dewasa]

Jadual 2 menunjukkan perkataan ‘kakak’ telah dikelompokkan kepada tiga fitur utama iaitu
manusia, lelaki dan dewasa. Perkataan ‘kakak’ mempunyai tiga kemungkinan fitur utama
iaitu (+manusia), (-lelaki) dan (-dewasa). Dalam konteks ini, makna penuh bagi perkataan
‘kakak’ ialah seorang manusia yang belum dewasa. Oleh itu komponen makna bagi perkataan
ini ialah ‘Kakak’: [+manusia, -lelaki, -dewasa].

3. LEKSIKAL ‘USTAZ’

Bil Perkataan Fitur + -


.
3. Ustaz Guru agama /
Lelaki /
Dewasa /
Jadual 3: ‘Ustaz’: [+guru agama, +lelaki, +dewasa]

Berdasarkan jadual 3, perkataan ‘ustaz’ dikelompokkan kepada tiga fitur iaitu guru agama,
lelaki dan dewasa. Perkataan ‘ustaz’ mempunyai tiga kemungkinan fitur iaitu (+guru),
(+lelaki) dan (+dewasa). Makna penuh bagi perkataan ‘ustaz’ ini ialah seorang guru agama
lelaki. Oleh itu, komponen makna bagi perkataan ini ialah ‘Ustaz’: [+guru agama, +lelaki,
+dewasa].

4. LEKSIKAL ‘USTAZAH’

Bil Perkataan Fitur + -


.
4. Ustazah Guru agama /
Lelaki /
Dewasa /
Jadual 4: ‘ustazah’: [+guru agama, -lelaki, +dewasa]

Jadual 4 pula menunjukkan perkataan ‘ustazah’ dikelompokkan kepada tiga fitur utama iaitu
guru agama, lelaki dan dewasa. Perkataan ‘ustazah’ ini mempunyai tiga kemungkinan fitur
iaitu (+gura agama), (-lelaki) dan (+dewasa). Dalam konteks ini, makna penuh bagi perkataan
ustazah ialah seorang guru agama wanita. Oleh itu, bentuk komponen makna bagi perkataan
ini ialah ‘ustazah’: [+guru agama, -lelaki, +dewasa].

5. LEKSIKAL ‘KUMBANG’

Bil Perkataan Fitur + -


.
5. Kumbang Serangga /
Cantik /
Berwarna /
Jadual 5: ‘Kumbang’: [+serangga, +cantik, +berwarna]

Berdasarkan jadual diatas, perkataan ‘kumbang’ telah dikelompokkan kepada tiga fitur utama
iaitu serangga, cantik dan berwarna. Perkataan ‘ustazah’ ini juga mempunyai tiga
kemungkinan fitur iaitu (+serangga), (+cantik) dan (+berwarna). Makna penuh bagi
perkataan ini ialah seekor serangga yang berwarna dan cantik. Oleh itu, bentuk komponen
makna bagi perkataan ini ialah ‘Kumbang’: [+serangga, +cantik, +berwarna].

6. LEKSIKAL ‘BUNGA’

Bil Perkataan Fitur + -


.
6. Bunga Serangga /
Cantik /
Berwarna /
Jadual 6: ‘Bunga’: [-serangga, +cantik, +berwarna]

Jadual 6 menunjukkan perkataan ‘bunga’ telah dikelompokkan kepada tiga fitur utama iaitu
serangga, cantik dan berwarna. Perkataan ‘bunga’ mempunyai tiga kemungkinan fitur iaitu (-
serangga), (+cantik) dan (+berwarna). Dalam konteks ini, makna penuh bagi perkataan
‘bunga’ ini ialah sekuntum bunga yang berwarna dan cantik. Oleh itu, bentuk komponen
makna bagi perkataan ini ialah ‘Bunga’: [-serangga, +cantik, +berwarna].
Konklusinya, setelah menghuraikan dan melihat komponen makna ini, maka dapat
dilihat dengan jelas perhubungan setiap kata. Perhubungan kata-kata ini boleh diukur dari
setiap persamaan ataupun perbezaan maknanya berdasarkan komponen-komponen makna
yang dimiliki oleh setiap kata yang dianalisis. Setiap perkataan itu tidak mewakili satu simbol
sahaja tetapi terdiri daripada pelbagai komponen yang tersendiri.

Di samping itu, dalam menggambarkan hubungan antara kata dalam suatu bidang
tertentu, kita dapat mengungkapkan melalui komponen makna yang tercakup dalam kata-kata
dalam suatu bidang tertentu. Komponen makna menunjukkan bahawa setiap kata mempunyai
maknanya yang terbentuk daripada beberapa unsur atau komponen. Selain untuk
menunjukkan hubungan makna antara kata, komponen makna juga berguna untuk penemuan
makna dalam kamus dan untuk menentukan kalimat yang digunakan samada boleh diterima
atau tidak secara semantik.

Anda mungkin juga menyukai