Anda di halaman 1dari 8

NAMA KOD DAN KURSUS :

SKBL 3173 ANALISIS WACANA

TUGASAN :
RESENSI

NAMA PENSYARAH :
PROF. DR. IDRIS BIN AMAN

KUMPULAN 12

NAMA AHLI :
SYAHIIRAH BINTI JAAFAR (A149320)
NURUL HAZINITULNIZA BINTI ROMZI (A149884)
NURUL AFNAN BT MHD AZHAN (A150238)
DAISYPRANAMASARI ANGGOK ANAK RUMPANG (A151319)
EMI ZHAZHA D’ELFIRA (A151881)
Kohesi dan Koheren

Salah satu tugas penting dalam analisis wacana adalah memikirkan apakah yang
menyumbang kepada tekstur teks dan perbualan. Tetenunan selalunya berkait rapat dengan
ciri-ciri linguistik dalam teks dan koheren pula mempunyai perkaitan dengan ‘rangka kerja’.
Kohesi atau tetenunan bukan semata-mata ciri-ciri linguistik yang dikaji melalui teks, tetapi
juga ciri-ciri ini membantu pembaca melaksanakan sebahagian operasi minda-untuk
mengenalpasti bahagian-bahagian teks yang akan dibaca sama ada sebelum atau selepas.
Dalam pada itu, koheren adalah suatu rangka kerja atau satu set jangkaan dalam sesuatu teks,
dan tidak bermakna apa sebenarnya yang ada dalam sesuatu teks adalah penting.

Kohesi

Halliday dan Hasan telah menjeniskan dua bentuk aturan linguistik yang digunakan
untuk menarik perhatian para pembaca dalam menghubungkaitkan maklumat dalam sesuatu
wacana. Kesatuan idea dalam sesuatu wacana dapat ditandai melalui tetenuan. Kohesi atau
tetenunan hadir apabila interpretasi terhadap sesetengah unsur di dalam wacana bergantung
pada unsur yang lain. Tetenunan diperlihatkan melalui tetenunan nahuan yang
membayangkan makna yang lebih umum dan tetenunan leksikal iaitu merujuk kepada makna
yang lebih khusus dalam sesuatu wacana.

Alatan tetenunan nahuan termasuklah penghubungan, rujukan, penggantian, dan


penghilangan. Tetenunan leksikal pula melibatkan pernyataan kembali sama ada secara
mengulang perkataan atau perkataan yang hampir sama dalam ruang lingkup semantik yang
sama.

Penghubung (conjunction) ialah proses mempertalikan ayat, klausa, frasa, atau kata
dengan unsur sebelumnya. Penggunaan kata hubung seperti ‘dan’ dan ‘atau’ serta
penghubung keterangan seperti ‘tambahan’ dan ‘walaupun’ diperlukan bagi proses
penghubung dilakukan dalam membina wacana yang berkaitan. Kaedah penghubung
memerlukan pembaca untuk meneliti semula klausa yang berpautan bagi menginterpretasi
maklumat pada klausa kedua. Maklumat penting berkenaan kaedah penghubung adalah
bukan sahaja bertindak sebagai penghubung antara klausa, tetapi dalam masa yang sama
menmbantu pembaca mengenal pasti hubungan klausa yang terlibat.

Kata hubung dapat dikelaskan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis
hubungan klausa atau ayat yang dipautkan. Antaranya ialah penghubung penambah yang
berfungsi sebagai penambah maklumat pada klausa atau ayat sebelumnya. Sebagai contoh,
‘dan’, ‘di samping’, ‘selain’, ‘atau’, ‘tambahan’, dan ‘justeru’. Selain itu, penghubung
berlawanan yang bertindak sebagai penunjuk pembeza maklumat yang disampaikan daripada
ayat sebelumnya. Contohnya, ‘tetapi’, ‘sungguhpun’, dan ‘walaupun’. Seterusnya,
penghubung musabab bagi menunjukkan hubungan sebab dan akibat antara dua klausa atau
ayat. Misalnya, ‘oleh itu’, ‘kerana’, ‘sebab’, ‘kesannya’, dan ‘akibatnya’. Akhir sekali,
penghubung turutan berperanan dalam menyusun maklumat atau fakta yang terkandung
dalam sesuatu wacana. Penggunaan kata penghubung ‘pada mulanya’, ‘kemudian’,
‘akhirnya’, dan ‘sesudah’ merupakan antara contoh kata penghubung turutan.

Selain daripada kaedah penghubung dalam mengaitkan maklumat antara klausa atau
ayat-ayat dalam wacana, cara lain yang boleh digunakan ialah dengan meneliti penggunaan
perkataan yang merujuk kepada perkataan lain dalam sesuatu teks. Alatan tetenunan ini
dipanggil sebagai rujukan. Alatan tetenunan rujukan ialah lakuan yang merujuk pada unsur
sebelum atau selepas, yang berkaitan dengan hubungan makna. Perkataan atau kumpulan
perkataan yang merujuk kepada kata ganti nama disebut sebagai entiseden.

Terdapat 3 rujukan asas iaitu:

1) Anafora
Pengulangan perkataan yang merujuk kembali kepada kata nama telah digunakan

Contoh: After Lady Gaga appeared at the MTV Musc Video Awards in a dress made
completely of meat, she was criticised by animal rights groups

2) Katafora
Pengulangan perkataan yang merujuk kepada kata nama yang akan digunakan

Contoh: When she was challenged by reporters, Lady Gaga insisted that the dress
was not intended to offend anyone
3) Exophoric
Penggunaan perkataan yang merujuk kepada sesuatu kata nama yang luar daripada
teks (rujukan)

Contoh: If you want to know more about this controversy, you can read the comments
people have left on animal rights blogs

Perkataan (‘the’) boleh juga membentuk rujukan anafora yang lazimnya merujuk kepada
kata nama yang telah dinyatakan sebelumnya.

Contoh: Lady Gaga appeared in a dress made completely of meat. The dress was
designed by Franc Fernandez.

Penggantian adalah penggunaan perkataan lain untuk merujuk kepada anteseden, sama ada
yang telah wujud sebelumnya atau wujud selepasnya. Dalam ayat dibawah, perkataan one
digunakan untuk menggantikan perkataan dress.

Contoh: Besides wearing a meat dress, Lady Gaga has also worn a hair one, which
was designed by Chris March

Penggantian juga boleh digunakan untuk merujuk kepada kata kerja atau keseluruhan
predikat dalam sesuatu klausa.

Contoh: If Lady Gaga was intending to shock people, she succeed in doing so.

Ellipsis adalah pembuangan/peninggalan perkataan, yang mana perkataan tersebut yang tidak
dimasukkan dalam sesuatu ayat tetapi makna ayat itu difahami (pengguguran perkataan
dalam ayat).

Contoh: There is much support the view that it is clothes that wear us and not we,
them.
Kesemua rujukan yang telah dinyatakan di atas adalah contoh tetenunan tatabahasa yang
berlaku kerana hubungan tatabahasa antara perkataan-perkataan. Tetenunan leksikal terjadi
hasil daripada hubungan semantik antara sesuatu perkataan dengan perkataan yang lain.
Pengulangan perkataan yang merujuk kepada subjek yang sama dalam teks dikenali sebagai
rantaian leksikal. Teks berikut menunjukkan contoh selain daripada penggunaan rujukan
(who, it she) yang mana klausa tersebut bergabung bersama pengulangan kata kerja ‘to wear’
dan juga dengan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan pakaian dan fesyen
(‘bikini’, ‘vogue’- majalah fesyen yang terkenal, ‘dress’ dan ‘outfits’.)

Contoh: Lady Gaga, who came under fire recently for wearing a meat bikini on the
cover of Vogue Hommes Japan, wore a raw meat dress at last night’s VMAs. It was
one of many outfits she wore throughout the night.

Kesimpulannya, perkataan-perkataan tersebut membentuk rantaian leksikal yang


menggabungkan sesuatu teks. Rantaian leksikal bukan sahaja membuatkan teks lebih kohesif
tetapi juga menyerlahkan topik bagi sesuatu teks. Hal ini bermakna rantaian leksikal adalah
salah satu teknik utama yang digunakan dalam membuat rumusan dan pengkategorian teks
berkomputer secara automatik.

Koheren

Menurut H.G. Tarigan (1987), koheren adalah satu keserasian hubungan antara satu
unsur dengan unsur yang lain dalam wacana sehingga terciptanya suatu pengertian yang
bermakna. Menurut Asmah Jahi Omar ( 1980 ) pula, beliau mendefinisikan koheren sebagai
satu keteraturan fikiran yang merujuk kepada bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan
pautan dalam sesuatu teks. Koheren akan wujud apabila bahagian-bahagian teks itu
memperlihatkan logik antara idea-idea. Sementara itu, bagi Wohl ( 1978 ), koheren dianggap
sebagai suatu pengaturan secara rapi kenyataan dan gagasan, fakta, dan idea untuk menjadi
satu untaian yang logik sehingga makna yang dibawanya mudah difahami. Oleh itu, secara
umumnya, koheren dapatlah didefinisikan sebagai setiap unsur yang membentuk wacana
seperti ayat, perenggan, bab, dan lain-lain yang mempunyai hubungan antara satu sama lain
yang merujuk kepada persoalan pokok, tajuk serta tema sesuatu wacana yang dibincangkan.
Aspek penting dan utama perlu wujud untuk membentuk kesatuan antara ayat-ayat tersebut
dikenali sebagai koheren.

Rajah dibawah merupakan contoh yang baik bagaimana kita menggunakan


pengalaman lepas dan adat dalam sesebuah masyarakat bagi memahami teks baru yang
ditemui. Rajah tersebut merupakan variasi struktur yang disebut oleh Michael Hoey (1983)
sebagai bentuk ‘Masalah-Penyelesaian’ yang menjadi asas kepada teks-teks dari usul bisnes
sehinggalah ke suntingan akhbar.

BEFORE AFTER

BODY COACH.NET

for a perfect body

Rajah 1.0 ‘Advertisement for Body Coach.Net (Duval Guillaume, Brussels, Belgium)

Bagi kebanyakan individu, apabila mereka melihat perkataan ‘before’ dan ‘after’, mereka
akan melihatnya sebagai iklan produk kecantikan. Dalam kebanyakan teks, ‘before’
kebiasaanya merupakan lambang kepada keburukan manakala ‘after’ menjadi lambang
kepada kebaikan serta produk yang diiklankan merupakan ‘agen’ yang menyebabkan
transformasi daripada ‘before’ kepada ‘after’. Pembaca sukar untuk menginterpretasikan
makna sebenar ‘before’ dan ‘after’ kerana tiada maklumat yang jelas selain garis melengkung
yang dilukis di tengah-tengah. Bagi menginterpretasikan garis tersebut, kita hanya merujuk
kepada perkataan kecil di penjuru kanan iklan tersebut iaitu Body Coach.Net dan slogan ‘For
a perfect body’. Maklumat tersebut memerlukan pembaca mentafsir maksud sebenar ‘perfect
body’ berdasarkan fahaman budaya. Apabila kerangka interpretasimula diperkenalkan,
pembaca dapat mentafsir ruangan kosong pada bahagian ‘before’ merupakan lambang kepada
bentuk perut individu yang mengalami berat badan berlebihan manakala ruangan kosong
pada bahagian ‘after’ merupakan lambang bentuk jam pasir. Ia dikaitkan dengan kecantikan
wanita dan produk yang dijual oleh syarikat Body Coach. Net merupakan agen kepada
transformasi tersebut.

Terdapat beberapa jenis rangka kerja yang digunakan untuk memahami dan
menganalisis teks. Rangka kerja yang dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian ini
adalah rangka kerja generik. Rangka kerja jenis ini adalah jangkaan yang kita ada
berdasarkan perbezaan teks, maklumat yang kita jangka akan saling bertemu dalam teks yang
berbeza dan juga susunan maklumat yang bakal dipersembahkan bersama-sama dengan
leksikal atau ciri-ciri tatabahasa yang kita jangka akan saling bertemu. Dengan adanya
struktur ‘sebelum dan selepas iklan’, ia membantu kita untuk lebih memahami iklan tersebut.

Rangka kerja generik tidak hanya berkait secara leksikal ataupun tatabahasa sahaja
bahkan ia juga berkait dari segi konsep dan prosedur. Dalam erti kata lainnya, ia muncul
dalam urutan logik yang mudah diramal. Terdapat juga rangka teks yang bercorak ‘Masalah-
Penyelesaian’ di mana masalah akan dinyatakan terlebih dahulu sebelum mengutarakan satu
atau lebih penyelesaian terhadap masalah tersebut. Schank dan Abelson ( 1977 ) menyatakan
bahawa aktiviti manusia dikuasai oleh konvesional dan disusun secara berurutan ataupun
dikenali sebagai skrip. Rumelhart ( 1975 ) juga menyatakan dengan cara yang sama bahawa
teks seperti penceritaan juga menunjukan struktur konvensional berdasarkan urutan tindakan
yang mudah diramal serta mempunyai maklumat ataupun disebut sebagai skema. Satu
petikan dalam artikel klasik Rumelhart ‘Note on a Schema for Stories’ telah dicetak semula
dalam bentuk D2.

Sebahagian daripada pengetahuan ini datang daripada konsep rangka kerja yang lebih
besar yang kita bina berdasarkan pemahaman kita tentang bagaimana kita melihat dunia ini
berfungsi. Rangka kerja ini akan digambarkan menggunakan istilah ‘cultural models’ atau
model budaya. James Paul Gee ( 2010 ) menyatakan bahawa model budaya sebagai ‘pita
video dalam minda’ berdasarkan pengalaman yang kita ada dan menggambarkan kita sebagai
orang, objek, atau acara yang prototipikal ( normal ). Untuk menggambarkan konsep ini
adalah kita tidak menganggap paderi atau paus sebagai bujang walaupun mereka menepati
ciri-ciri bujang dimana mereka adalah lelaki dewasa yang tidak berkahwin dan memenuhi
syarat sebagai lelaki bujang kerana mereka tidak menepati ciri-ciri odel budaya kita tentang
apai itu bujang yang sebenarnya.

Apa yang penting mengenai model budaya ini adalah ia merupakan budaya. Dalam
erti kata lain, ia mencerminkan kepercayaan dan nilai-nilai kumpulan manusia tertentu di
tempat-tempat tertentu dalam titik-titik tertentu dalam sejarah. Sesetengah teks tidak hanya
mencerminkan nilai-nilai kepercayaan bahkan mengukuhkan lagi nilai dan kepercayaan ini.

Anda mungkin juga menyukai