Anda di halaman 1dari 1

Berfalsafah maksudnya berfikir.

Falsafah hidup boleh disamaertikan sebagai prinsip atau


pegangan hidup. Seseorang individu yang memiliki falsafah hidupnya yang tersendiri
dianggap pemikiran mempunyai tertinggi tentang sesuatu yang dianggapnya benar dan
berguna untuk dijadikan pegangan dalam kehidupan. Jadi, falsafah hidup dapat diertikan
sebagai kesatuan nilai-nilai yang menjadi unsur kekuatan individu yang memegangnya dan
sekiranya diaplikasikan dalam kehidupan, nescaya individu tersebut akan bangkit sebagai
individu yang mantap.

Salah satu pegangan yang banyak membantu dalam kehidupan seharian ialah “Biar
menyesal kerana cuba, daripada menyesal kerana melepas”. Dalam dunia yang berteknologi
dan moden ini, semuanya berlalu dalam sekelip mata. Arus kehidupan seharian berlaku
dengan pantas tanpa kita sempat berfikir dan membuat pertimbangan. Kadang kala
keputusan perlu dilakukan dengan segera tanpa membuat perhitungan dahulu. Peluang yang
datang pula hanya sekali seumur hidup dan hanya diberikan kepada individu yang bertuah
apabil rezekinya tiba. Orang kata “rebutlah peluang selagi masih ada” dan ungkapan ini
memang patut difikir-fikirkan kerana penyesalan yang datang sekiranya kita terlepas peluang
itu, amat berat untuk dibebani. Apatah lagi sekiranya ia peluang yang besar.

Andainya kita mengambil peluang tersebut, walaupun kita gagal dalam proses
mencapainya kepuasan merebut itu tetap ada. Kita dapat merasakan kepuasan bahawa kita
telah melakukan yang terbaik dan tiada apa yang perlu dikesali melainkan kerana ia bukan
rezeki kita.

Anda mungkin juga menyukai