Anda di halaman 1dari 14

KOD DAN NAMA KURSUS

SKBL3133 STILISTIK

TUGASAN
ANALISIS STILISTIK
DALAM PUISI ‘GURU OH GURU’

NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FADZELI BIN JAAFAR

NAMA PELAJAR
SYAHIIRAH BINTI JAAFAR (A149320)
PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara umumnya kajian stilistik terbahagi kepada dua iaitu stilistik umum dan stilistik
sastera. Menurut Mohammad Fadzeli Jaafar linguistik umum meneliti ciri stilistik
yang terdapat dalam sesuatu bahasa dan variasi bahasanya manakala silistik sastera
pula merujuk kajian ciri-ciri bahasa yang unik atau pola bahasa yang tertentu yang
terdapat dalam pelbagai bahan sastera. Oleh hal yang demikian bahan kajian stilistik
adalah berfokus kepada kepada karya sastera iu sendiri. Setiap pengkaji mampu
mengintepretasi sesebuah puisi dengan gaya bahasa yang berbeza. Intepretasi yang
bersandarkan kepada bidang stilistik dalam sesuatu karya tidak mengganggu
keindahan bahasa dan nilai estetika karya tersebut. Ada yang berpendapat bahawa
idea menganalisis karya sastera seperti novel dan puisi sebenarnya tidak perlu kerana
puisi dicipta untuk dinikmati oleh penggemarnya. Oleh hal yang demikian, sebarang
usaha yang melibatkan pengkajian struktur kata atau ayat dalam seseuah puisi akan
mencemarkan nilai estetika puisi tersebut. Tambahan pula bahasa yang terdapat dalam
puisi lazimnya mengabaikan peraturan tatabahasa. Sebenarnya nilai estetika sesbuah
karya dapat diserlahkan melalui analisis aspek kebahasaan di samping dapat
meningkatkan pemahaman seseorang terhadap sesebuah puisi. Analisis stilistik
bertujuan untuk meneliti dan menghuraikan pelbagai aspek kebahasaan dalam
sesebuah karya tanpa mengurangkan nilai estetika karya tersebut. Terdapat beberapa
cara untuk melakukan analisis stilistik, cara pertama adalah dengan membaca sesuatu
petikan atau bahan kajian beberapa kali. Cara kedua adalah mengenalpasti dan
senaraikan unsur bahasa tertentu yang signifikan di bawah beberapa subtopik yang
tertentu seperti leksikal dan grammatikal dan cara ketiga adalah dengan sintesiskan
senarai bahasa tersebut iaitu mengemukakan interpretasi dan kesannya yang sesuai
berdasarkan konteks. Cara tersebut dikemukan oleh Leech, Deuchar dan Hoogenraad
(1993).
TEKS KAJIAN

2.1 Teks Puisi

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

2.2 Latar Belakang Penulis

Wan Osman Wan Awang atau dikenali sebagai Usman Awang merupakan penulis
sajak ‘Melayu’. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu,
Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau mendapat pendidikan di salah sebuah
sekolah yang terletak di Kuala Sedili pada tahun (1936). Dalam pada itu beliau juga
pernah bersekolah di Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam. Usman
Awang pernah berkhudmat sebagai seorang anggota polis ketika Inggeris memerintah
pada tahun 1946. Pada tahun 1952 beliau bekerja sebagai pengarang di Penerbitan
Federal, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.
Beliau memegang jawatan sebagai seorang Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah
menggunakan nama samaran sebagai Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang
Muda, Rose Murni, Seiabudi, Tongkat Warrant, U.A. dan Zaini dalam hasil karyanya.
Beliau menerima beberapa anugerah seperti Pejuang Sastera (1976), SEA Write
Award (1982), Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan), Universiti Malaya (1983),
Anugerah Sastera Negara (1983), Zamalah Sastera (1985).
2.3 Interpretasi Umum

Puisi yang bertajuk “Guru Oh Guru” merupakan hasil karya penyajak terkenal,
Usman Awang atau nama sebenarnya Wan Osman Wan Awang.dicipta pada
tahun 1979. Sajak ‘Guru Oh Guru’ memaparkan tema keguruan iaitu
bertemakan kemurnian profesion keguruan. Rangkap pertama menceritakan
mengenai komitmen seorang guru yang tidak pernah lokek dengan ilmu,
malah tidak mempunyai rasa jemu untuk mencurahkan ilmu untuk melihat
pelajarnya berjaya. Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru
berperanan sebagai ibu bapa kedua di sekolah di samping berperanan sebagai
seorang sahabat yang sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat
kepada pelajarnya. Guru juga pemimpin atau orang yang dipercayai dan
dihormati oleh golongan masyarakat.

Selain itu, dalam rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa
seorang guru yang telah berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan
profesional, golongan istana dan rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula
daripada kesabaran dan tunjuk ajar seorang guru mengajar membaca dan
menulis. Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan
pengorbanan guru yang sanggup mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar
dan pedalaman semata-mata untuk menurunkan ilmu. Dalam rangkap terakhir,
penulis memaparkan budi dan jasa guru yang sukar untuk dilupakan.
Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat
“Cikgu” sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai
yang sangat tinggi meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang
gelaran ‘Tun’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya.
ANALISIS STILISTIK

3.1 Aspek Leksikal

Bahagian analisis kajian juga memperlihatkan aspek yang terdapat dalam stilistik,
salah satu daripada aspek tersebut adalah aspek leksikal. Aspek leksikal memaparkan
dua jenis suku kata iaitu suku kata tertutup dan suku kata terbuka. Suku kata terbuka
melibatkan kelas kata tertentu seperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif,
manakala suku kata tertutup ialah kata sendi nama dan kata penentu yang berfungsi
dalam frasa nama. Berikut adalah pengelasan leksikal mengikut kelas kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Adverba

Padang Berburu Kembang Sebelum


Datar Jadi 2x Setia
Rusa Berguru Berkuasa Ibarat
Kaki Ajar Mulia Jika 7x
Kepala Milik Menang Semakin
Bunga Mengalirkan Terkemuka
Dia 4x Ditauliahkan Biasa
Pemberi Menaiki Lembut
Akar Bicara Sabar
Ilmu 2x Menjadi2x Mewah
Pelita Dimulakan Tua
Lampu Mengajar Terpencil
Manusia Berdiri Ceruk
Ibu Mewakili Akhir 2x
Bapa Duduk Kekal
Sahabat Diapungkan
Alur Tulis
Nasihat Baca
Pemimpin Kata
Umat
Tahun
Hikmat
Hari 7x
Perdana Menteri
Raja
Takhta
Presiden
Negara 2x
Ulama
Peguam
Penulis
Guru 3x
Muka
Murid
Sekolah 2x
Ibu Kota
Bangunan
Hulu Terengganu
Buku
Desa
Tugas
Kehidupan
Budi
Dulang
Panggilan
Cikgu
Kenangan
Hayat
Sejarah
Kesetiaan
-nya
Dewasa
52 19 15 4

Terdapat 90 perkataan kata utama dalam puisi tersebut. Kata Nama (52) adalah kelas
kata terbuka yang paling banyak digunakan dalam puisi tersebut. Selebihnya adalah
kata kerja (19) ,15 daripada kelas kata tersebut terdiri daripada kata adjektif dan
hanya 4 kata adverba yang digunakan dalam puisi ini.

Seterusnya analisis stilistik turut diperlihatkan melalui pembahagian kumpulan


leksikal, berikut adalah pengkelasan kata mngikut kelas leksikal.

Peranan Guru Jawatan


Ibu Perdana Menteri
Bapa Raja
Sahabat Presiden
Ulama
Peguam
Penulis

Oleh sebab puisi ini bertemakan kerjaya perguruan yang mulia, kata ganti nama diri
ketiga ‘dia’ yang merujuk kepada orang iaitu ‘guru’ kerap kali digunakan dalam puisi
ini. Dalam pada itu, puisi ini lebih banyak menggunakan kata nama yang berkaitan
dengan manusia. Selain itu, kata nama yang diklasifikasikan dalam kumpulan leksikal
jawatan seperti Perdana Menteri, Raja, Presiden, Ulama, Peguam, dan Penulis.
Kumpulan leksikal ini memperlihatkan anak murid yang berjaya hasil didikan seorang
guru sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada itu, kata nama yang berkaitan manusia
dalam puisi ini ditampilkan sebagai peranan guru di sekolah iaitu ibu, bapa, dan
sahabat, Penggunaan kata adjektif seperti setia, lembut, dan sabar dalam puisi ini
sesuai dengan sifat positif yang ada pada guru dalam mendidik anak muridnya.
Kelas kata tertutup seperti kata hubung, kata bilangan, kata penegas, kata tanya dan
kata sendi nama dan kata penentu banyak ditemui dalam puisi ini. Berikut adalah
pengkategorian kelas kata tertutup.

Kata Hubung Kata Penegas Kata Sendi Nama Kata Penentu


Dan Sahaja Ke Ini 7x
Yang 2x -lah 4x Oleh
Di 7x

Kata hubung ‘dan’ menghubungkan objek pelita dan lampu. Kedua-dua objek ini
menggambarkan sifat guru yang cahayanya sebagai penyuluh ilmu kepada manusia.
Kata hubung ‘yang’ dalam puisi ini berperanan menghubungkan kata nama dan kata
kerja pasif seperti yang terdapat dalam ayat pemimpin yang ditauliahkan segala umat
dan budi yang diapungkan di dulang ilmu. Kata penegas yang menggunakan partikel
‘–lah’ banyak dihubungkan dengan kata ganti nama diri ‘dia’. Kata dialah sebenarnya
merujuk kepada guru dan sebagai penegasan kepada peranan seorang guru dalam
puisi tersebut. Kedua-dua kata sendi nama ‘ke’ dan ‘di’ merujuk kepada tempat tetapi
kata sendi nama ‘di’ ditemui sebanyak lima kali dalam puisi ini. Kata penentu ‘ini’
digunakan berulang kali dalam frasa ‘jika hari ini’. Frasa yang mengandungi kata
‘ini’ mengaitkan masa depan seseorang yang pernah menjadi seorang muid dan
berjaya kerana didikan gurunya.
3.2 Aspek Kesejajaran

Bahagian seterusnya akan membincangkan mengenai aspek kesejajaran. Kesejajaran


merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pengarang untuk memperlihatkan
hubung kait makna antara idea. Kesejajaran memerlukan kemampuan yang tinggi
oleh pengarang untuk memilih pasangan kata, frasa, klausa atau ayat yang tertentu.
Lazimnya kesejajaran akan memperlihatkan hubungan makna yang wujud antara
bahagian yang disejajarkan (Mohammed Fadzeli Jaafar). Ciri utama kesejajaran ialah
kata yang disejajarkan dan perkataan tersebut mestilah tergolong dalam kelas kata
yang sama. Kesejajaran boleh berlaku sama ada dalam baris, melangkaui baris atau
melangkaui rangkap. Berdasarkan analisis , kesejajaran dalam puisi ini berlaku dalam
baris dan melangkaui baris. Kesejajaran dalam baris dapat dilihat dalam frasa ‘dialah
ibu dialah bapa’. Hal ini kerana ibu, dan bapa tergolong dalam kelas kata yang sama
yang mana kelas kata tersebut merujuk kepada manusia. Dalam pada itu, kesejajaran
melangkaui baris boleh dilihat pada frasa:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri


Jika hari ini seorang Raja
Jika hari ini seorang Presiden
Jika hari ini seorang ulama
Jika hari ini seorang peguam
Jika hari ini seorang penulis

Unsur kesejajaran seperti Perdana Menteri, Raja, Presiden, ulama, peguam, penulis
mempunyai kelas kata yang sama dan tergolong dalam aspek leksikal yang sama.
Dalam pada itu, beerdasarkan frasa di atas, terdapat pengulanngan kata yang sama
atau seakan sama bunyinya digunakan juga pada awal baris untuk mendapatkan
persamaan bunyi di pangkal sajaknya.
Kesejajaran Bunyi

Rangkap pertama

Berburu ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(Rima abab)

Rangkap Kedua
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
(Rima aaaa)

Rangkap Ketiga

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
(Rima aaaa)

Berdasarkan puisi-puisi nukilan Usman Awang dapat dikatakan bahawa pola


memegang peranan yang penting dalam ciptaannya. Usman Awang masih
mengekalkan skema bunyi hujung aaaa, abab. Secara keseluruhannya puisi ini
dipengaruhi oleh puisi tradisional kerana pada akhir kata setiap baris diakhiri dengan
rima aaaa dan abab. Rangkap pertama dan rangkap terakhir dalam puisi ini
memperlihatkan penggunaan rima abab. Bunyi yang diakhiri dengan vokal /t/ pada
setiap baris membuktikan penggunaan rima aaaa dalam rangkap ketiga. Kesejajaran
bunyi vokal yang iaitu pengulangan bunyi yang menggunakan vokal /a/ dapat dilihat
dalam setiap baris pada rangkap kedua dan rangkap keempat. Walaupun setiap baris
dalam puisinya sudah tidak lagi dapat disamakan dengan ikatan jumlah kata dalam
pantun atau syair, namun beliau masih tetap mencari keindahan dari pasangan bunyi
di hujung baris. Begitu juga dalam puisi ‘Guru Oh Guru’, Usman Awang masih
mengekalkan rima bunyi yang seimbang.

3.4 Hubungan Antara Ciri Stilistik dan Interpretasi

Analisis stilistik yang dilakukan terhadao puisi ‘Guru Oh Guru’ telah membuktikan
bahawa kajian analisis ini sebenarnya telah memperkukuhkan lagi interpretasi umum
pada awal bahagian kajian. Awalnya, interpretasi yang dapat difahami mengenai puisi
ini adalah berkenaan pengorbanan besar sebagai seorang pendidik. Mengenal pasti
tema puisi adalah bahagian penting untuk memahami keseluruhan puisi dan tajuk
puisi itu sendiri memainkan peranan dalam menggambakan maksud sebenar dalam
puisi tersebut. Pada bahagian analisis stilistik pula, leksikal yang digunakan tidak
banyak menyimpang dan mudah difahami oleh pembaca. Bagi memeperlihatkan
peranan dan pengorbanan seorang guru, Usman Awang memilih menggunakan
perkataan yang jelas dalam menyalurkan ideanya. Misalnya unsur leksikal yang
dikelompokkan dalam kumpulan leksikal yang sama seperti Perdana Menteri, Raja,
Presiden, Ulama, Peguam, dan Penulis.
KESIMPULAN

Secara ringkas, analisis stilistik bertujuan untuk meneliti dan menghurai pelbagai
aspek kebahasaan yang terdapat dalam sesebuah teks terutamanya karya sastera.
Pelbagai aspek seperti bunyi, kata dan ayat akan dibahagikan mengikut bahagian
masing-masing. Seyersusnya aspek-aspek tersebut yang telah dikelompokkan ini
akan cuba difahami maksudnya, dan diteliti bagaimana komponen-komponen bahasa
ini berhubung antara satu sama lain untuk menghasilkan sebuah karya yang indah.
Dengan cara ini juga pembaca akan dapat melihat bagaimana sesebuah teks dicipta
dengan pelbagai unsur yang terdapat dalam sesebuah bahasa. Secara tidak langsung
analisis stilistik sebenarnya membantu penganalisis dan pembaca memahami
bahasanya; dan sudah tentu dapat pula menambah penghayatan terhadap sesebuah
karya teks sastera (Mohammad Fadzeli Jaafar, 1999). Daripada penulisan ini,
ringkasnya secara hakikat analisis stilistik bukanlah bidang kajian yang boleh
mencemarkan nilai estetika dalam puisi malah sebenarnya bidang kajian ini menjadi
penambah sesebuah kajian teks sastera yang dapat difahami dengan lebih mendalam.
RUJUKAN

Ali Bin Ahmad. 1974. Tema Sajak-Sajak Melayu 1933-1969. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Mohammad Fadzeli Jaafar. 1999. Aplikasi Analisis Stilistik. Pelita Bahasa. Disember. 33-34

Anda mungkin juga menyukai