Anda di halaman 1dari 2

3.

4 Teori Keperibadian Mulia Teori Keperibadian Mulia ini merupakan teori yang tertua dan dikatakan lahir daripada falsafah tradisi Greek. Aristotle (384-322 s.m) yang juga merupakan pengasas utama teori ini mengatakan bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan seseorang individu itu untuk membolehkannya menjalankan aktiviti yang rasional dengan berkesan. Terdapat tiga keadaan yang perlu ada pada seseorang individu supaya boleh diterima sebagai agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuannya. Keadaan yang pertama adalah apabila individu tersebut tahu apa yang dilakukan. Keadaan yang kedua pula timbul apabila individu tersebut perlu memiliki perlakuan yang dia mahu kerana perlakuan itu merupakan perlakuan yang mulia dan keadaan yang ketiga adalah apabila perlakuan atau tindakan itu perlu timbul daripada tingkah laku yang konsisten dan tidak berubah-ubah. Pengasas utama, Aristotle

menjelaskan bahawa keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semula jadi kerana seseorang individu itu tidak dilahirkan dengan sifat mulia atau jahat. Menurut Aristotle lagi, keperibadian mulia lebih tertumpu kepada sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, kejujuran, kesabaran, keberanian dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral pada masa kini. Menyentuh sedikit mengenai budi, perkataan tersebut walaupun sudah biasa didengar oleh halwa telinga dan kadangkala dipandang remeh oleh individu tertentu, namun ia membawa maksud yang besar iaitu sifat dan perlakuan yang baik serta akhlak dan tingkah laku yang terpuji. Budi mempunyai hubungan antara rangkaian akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Justeru, jelaslah di sini bahawa teori keperibadian mulia sangat mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Untuk memperoleh keperibadian yang mulia, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan. Antaranya ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi suatu kelaziman dan menyenangkan diri sendiri. Sikap peribadi dan kemahiran merupakan dua hal yang berbeza walaupun kedua-duanya boleh dipelajari kerana keperibadian mulia atau sikap wujud melalui amalan manakala kemahiran diperoleh melalui latihan.

Jika kita imbas kembali perkara yang lalu, umum mengatakan bahawa sejak kecil lagi, lazimnya ibu bapa dan anggota keluarga sering menasihati, memberi didikan dan tunjuk ajar serta menegur kanak-kanak untuk mengamalkan peribadi yang mulia. Sebagai contoh, seorang anak yang yang sejak kecil diberikan didikan dan tunjuk ajar tentang adab memberi salam dan menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan adab dan peribadi mulia tersebut dalam kehidupan seharian mereka tanpa mengira di mana mereka berada. Proses ini kebiasaannya bermula secara tidak formal di rumah, kemudian diteruskan di alam persekolahan. Terdapat dua proses yang dapat membantu meningkatkan kematangan murid iaitu proses denda dan ganjaran. Proses ini diteruskan melalui pengalaman kehidupan seharian di mana hal-hal yang dipelajari oleh murid secara tidak formal di rumah dan formal di sekolah dipratikkan dalam kehidupan seharian mereka. Semakin mereka menginjak dewasa, sifat peribadi mulia mula stabil dalam diri seseorang individu dan secara tidak langsung tumbuh sikap rasional dan matang yang memainkan peranan utama. Individu seharusnya mudah sedar bahawa sifat peribadi mulia adalah suatu yang sangat baik dan diterima oleh masyarakat serta menghindari mereka daripada perbuatan yang tidak baik. Sifat peribadi mulia juga memudahkan individu tersebut menyesuaikan diri walau di mana sahaja mereka berada.

Anda mungkin juga menyukai