Anda di halaman 1dari 13

Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia

Khairulnaimah Yahya Muhamad Ariff Zakwan Ismail Nooraziemah Mohamed Nur Adila Hani Abdul Hamid

Keperibadian mulia = Virtue

- Tabiat baik secara moral (morally good habits)


Kita ditabiatkan oleh keluarga dan komuniti untuk berfikir, berasa dan ber kelakuan dalam cara-cara moral yang sesuai

Sifat-sifat mulia termasuk keberanian(courage), menahan


diri(temperance), murah hati(generosity), mengawal diri(self control), kejujuran(honesty), ramah mesra(sociability), rendah

hati(modesty), adil(justice) diperolehi melalui pelaziman


tabiat(habitual)

Merujuk kepada sifat peribadi mulia yang membuat seseorang individu menjadi

agen moral dan diterima dalam masyarakat setempat dan global.


Menurut Aristotle, terdapat tiga keadaan yang perlu wujud apabila seseorang individu boleh diterima sebagai agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuannya.

Pertama, individu tersebut tahu apa yang dilakukan.


Kedua, individu tersebut mesti memilih perlakuan yang dia mahu kerana perlakuan itu mulia Ketiga, perlakuan atau tindakan itu mesti timbul daripada tingkah-laku yang konsisten dan tidak berubah.

Contoh

Aristotle:
Kebolehan moral kita yang
dipanggil keperibadian mulia (virtue) atau tabiat baik secara moral (morally good habits), dibina melalui

latihan dan latih tubi

Aristotle
Keperibadian mulia adalah kecenderungan seseorang untuk bertindak di dalam cara tertentu. Semua insan tidak dilahirkan baik atau buruk.

Kita memperolehi keperibadian mulia melalui latihan


dan amalannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan. Keperibadian mulia juga dianggap jalan tengah.

jalan tengah
setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang

Contoh:
PERLAKUAN/ PERASAAN BERLEBIHAN JALAN TENGAH TERLALU KURANG

Takut Perasaan malu Perasaan marah Pendapatan dan Perbelanjaan

Gopoh Terlalu malu Panas hati Pemborosan

Berani Sopan Sabar Kemurahan hati

Pengecut / Penakut Muka tebal Kurang semangat Kedekut

PERBEZAAN
TEORI KEMORALAN SOSIAL Dipraktikkan oleh sesebuah komuniti dan masyarakat. TEORI KEPERIBADIAN MULIA Dipraktikkan oleh setiap individu dan menjadi amalan dalam diri mereka.

Jika tidak diamalkan, ianya mempengaruhi Jika tidak diamalkan, ianya akan komuniti yaang lebih besar dan mempengaruhi orang disekelilingnya. melibatkan kelompok yang besar.

Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle. Menurut beliau bahawa keperibadaian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan. Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia.

Teori Keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 s.m). Bagi Aristotle, virtues atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini.

Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai