Anda di halaman 1dari 8

TEORI

KEPERIBADIAN
MULIA
• Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti
terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi
terhadap suatu kehidupan yang bermoral.
• Teori ini berkait rapat dengan ”kaedah sikap baik” dan sifat-
sifat seorang insan bermoral.
• Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu
tujuan.
• Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan
manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji
atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab
perasaannya atau kerana dia berupaya merasai.
• Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam
semulajadi.
• Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia
adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi
satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokan.
• Peribadi mulia tidak berlaku secara
semulajadi, akan tetapi menerusi latihan
hingga menjadi satu kebiasaan dan
menyeronokkan.
• Setiap keperibadian mulia merupakan jalan
tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan
tidak terlalu kurang.
• Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang
adalah tindakan yang salah, jahatn buruk dan
tercela.
• Cara yang betul ialah mengambil pendekatan
secara sederhana dan pertengahan.
• Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang
diberikan terhadap teori ini.
• Keperibadian mulia juga diperoleh melalui
pemerhatian dan pergaulan.
• Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan
dipraktikkan.
• Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza
antara setiap individu.
• Selain itu, emosi manusia tidak boleh
dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh
diukur secara berterusan.
• Sebagai contoh, dapat kami berikan disini ialah
dalam permainan bola sepak.
• Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap
pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu.
• Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu
melakukan tendangan yang bagus dan baik.
• Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap
pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan
betul.
• Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin.
• Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak
berlagak.
KEBAIKAN TEORI KEPERIBADIAN
MULIA
Antara kebaikan teori ini ialah ianya mewujudkan
insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji
seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat
terpuji yang lain. Teori Virtue Aristotle yang
menyatakan keperibadian mulia yang
mewujudkan insan seperti ini adalah hasil
daripada pemerhatian dan pergaulan antara
mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.
KELEMAHAN TEORI KEPERIBADIAN
MULIA
• Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia
wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan
pengalaman.
• Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu
yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang
percaya kepada Tuhan.
• Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki
keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada
mereka.
• Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan
atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat
meniru.
• Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat,
perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian
mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan
mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik.
KESIMPULAN
• Etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan
kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain.
• Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan
penghormatan sosial yang tinggi.
• Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui
sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu.
• Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya
mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirri-ciri watak yang cemerlang serta
murni.
• Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan
mempunyai keperimanusiaan.
• Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah berguna
secara umumnya kerana ia menyarankan manusia supaya menyatukan taakulan
dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat,sekaligus dapat
menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai