Anda di halaman 1dari 2

Teori Keperibadian Mulia

Personality Virtue Theory

Konsep keperibadian mulia bermula dalam masyarakat Yunani abad ke-4 SM dan salah seorang
pelopornya ialah Aristotle (384 - 322 SM).

Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence).

Contoh: murah hati, berani, jujur, sabar, amanah

Aristotle berkata: Kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu
manusia yang sempurna.

Teori ini menekankan sifat peribadi (perangai, ciri-ciri perwatakan) untuk mencapai kehidupan yang
baik.

Seseorang perlu tetapkan kualiti dan taraf hidup yang diingini.

Ketetapan itu menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya.

Moral seseorang ditentukan oleh keperibadian mulia yang ada padanya.

Teori ini berfokus kepada individu, bukan kepada perbuatan atau prinsip.

Bandingkan teori ini dengan konsep etika moden yang lebih tertumpu kepada perbuatan.

Seseorang memperoleh keperibadian mulia menerusi usaha sendiri iaitu melalui pengasuhan, latihan
dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan (virtue) yang menyenangkan dan menyeronokkan.

Andaian: Manusia tidak dilahirkan dengan keperibadian mulia secara semula jadi, yakni tidak
dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat.

Jalan Tengah

Aristotle menyarankan doktrin jalan tengah untuk mencapai keperibadian mulia.

Jalan tengah bermaksud tingkah laku yang sederhana

1.

Tidak berlebihan atau keterlaluan

2.

Tidak terlalu kurang

Terdapat dua jenis keperibadian mulia:

1.

Keperibadian mulia intelektual

2.

Keperibadian mulia moral

Terdapat dua jenis keperibadian mulia:

Keperibadian mulia intelektual

1.

Jenis ini adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat
penaakulan yang baik.

2.

Boleh dipelajari daripada seorang guru.

Keperibadian mulia moral.

1.

Seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.

2.

Keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik.

3.

Dipelajari menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan,
menyenangkan serta menyeronokkan.

Ciri-ciri Keperibadian Mulia

Apakah ciri-ciri keperibadian mulia?

Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan

Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai

Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan

Berpegang kepada prinsip

Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan

Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan.

Kelemahan Teori Keperibadian Mulia

Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semula jadi.

Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian, peniruan dan pergaulan.

Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza
antara individu dengan individu yg lain.

Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, contoh: keadilan, mengumpat,
bercakap benar.

Anda mungkin juga menyukai