Anda di halaman 1dari 4

Bahagian I : Kenal pasti isu atau masalah semasa PdPc yang diselia.

Jelaskan mengapa isu

atau masalah tersebut telah berlaku.

Nama penyelia : Dr Ridzuan Jaafar

Terdapat beberapa isu dan masalah dikesan semasa PdPc yang telah diselia oleh Dr Ridzuan

bin Jaafar. Antaranya, set induksi yang kurang menarik kerana tidak berjaya menarik minat

pelajar serta mencetuskan idea tentang tajuk yang ingin diajar iaitu tentang semangat

kebangsaan. Seterusnya, semasa penutupan aktiviti yang dilakukan kurang menarik dan

perlu penambahbaikan.

Bahagian II : Jelaskan apakah penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia

dan bagaimanakah langkah penambahbaikan yang anda lakukan.

Antara penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia adalah gunakan bahan

seperti poster, paparan ‘slideshow’ atau video untuk cetuskan idea tentang semangat

kebangsaan. Seterusnya, semasa penutup guru perlu lebih kreatif sebagai contoh rumuskan

tajuk tentang semangat kebangsaan dalam bentuk peta i-think agar pelajar nampak isi-isi

penting yang perlu diingat dan difahami.


Bahagian I : Kenal pasti isu atau masalah semasa PdPc yang diselia. Jelaskan mengapa isu

atau masalah tersebut telah berlaku.

Nama penyelia : Prof. Madya.Dr Ikhsan Othman

Terdapat beberapa isu dan masalah yang dikenalpasti semasa penyeliaan Dr Prof.Madya.Dr

Ikhsan Othman semasa PdPc dijalankan. Antaranya, pernyataan objektif perlu dimurnikan.

Selain itu, guru tiada menulis peruntukan waktu bagi setiap fasa pengajaran dalam RPH.

Penulisan RPH yang perlu dimurnikan oleh guru. Terdapat persoalan iaitu bagaimanakah

guru menilai pencapaian objektif PdPc?.

Bahagian II : Jelaskan apakah penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia

dan bagaimanakah langkah penambahbaikan yang anda lakukan.

Antara penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia adalah pernyataan

objektif boleh dimurnikan dan ditambah selaras dengan peruntukan masa yang ada. Guru

perlu menulis peruntukan waktu bagi setiap fasa pengajaran dalam RPH agar lebih sistematik

dan kemas. Seterusnya, guru perlu menulis elemen KBAT, nilai murni dan nilai patriotism

dengan jelas dalam RPH untuk memudahkan guru mencapai objektif. Format penulisan RPH

boleh dimurnikan lagi (lajur: Fasa pengajaran, isi pembelajaran, aktiviti guru/murid, catatan)

Guru boleh menyediakan penilaian seperti lembaran soalan atau kuiz untuk menilai murid

sama ada objektif pembelajaran tercapai.


Bahagian I : Kenal pasti isu atau masalah semasa PdPc yang diselia. Jelaskan mengapa isu

atau masalah tersebut telah berlaku.

Nama guru pembimbing : Krishnaveny A/P Ellapan

Terdapat beberapa isu atau masalah dalam PdPc yang telah dikenalpasti semasa penyeliaan

guru pembimbing. Antaranya, guru perlu kaitkan isi pembelajaran dengan situasi semasa.

Semasa sesi pengajaran guru tidak menggunakan soalan KBAT yang boleh cetuskan idea

murid terhadap tajuk pembelajaran yang diajar.

Bahagian II : Jelaskan apakah penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia

dan bagaimanakah langkah penambahbaikan yang anda lakukan.

Antara penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia adalah guru perlu kaitkan

isi pembelajaran dengan situasi semasa. Sebagai contoh, guru boleh minta pelajar senarai

cukai yang ada di Malaysia seperti GST dan cukai kerajaan. Kemudian kaitkan dengan cukai

yang dilaksanakan semasa Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian guru perlu menguasai isi

pelajaran agar dapat memberi soalan KBAT kepada murid untuk cetuskan idea tentang

pembelajaran yang diajar.


Bahagian I : Kenal pasti isu atau masalah semasa PdPc yang diselia. Jelaskan mengapa isu

atau masalah tersebut telah berlaku.

Terdapat beberapa masalah yang dikesan semasa PdPc yang diselia oleh guru pembimbing.

Antaranya, teknik penyoalan yang kurang baik. Hal ini terjadi disebabkan cara penyampaian

soalan atau arahan yang diberikan oleh guru kurang jelas sehingga menyebabkan pelajar

tidak memahami soalan yang diberikan.

Bahagian II : Jelaskan apakah penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia

dan bagaimanakah langkah penambahbaikan yang anda lakukan.

Antara penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah adalah cuba pelajari dan kuasi

teknik penyoalan yang baik. Guru juga perlu mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi

agar memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai