Anda di halaman 1dari 84

Penggunaan Aplikasi ‘Canva’ sebagai Media Pengajaran

Mempengaruhi Minat Pelajar Mengajar Bahasa Melayu

Muhammad Farhan Arif Mohamad


Mohd Asri Bin Abdul Razak
Nor Asiah Ismail, Ph.D

PISMP Bahasa Melayu


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
farhan19-790@epembelajaran.edu.my

ABSTRAK
Pengajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memerlukan guru berfikir secara kreatif dan
inovatif untuk menarik minat pelajar. Media pengajaran menjadi faktor utama dalam membantu guru
merealisasikannya. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap minat penggunaan aplikasi
Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk analisis deskriptif yang
bermula dengan pengumpulan data kuantitatif. Kajian ini telah membuktikan bahawa aplikasi Canva boleh
digunakan sebagai media pengajaran. Dalam kajian ini, tiga konstruk utama yang difokuskan, iaitu minat
mempengaruhi penggunaan aplikasi Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu, faktor kemudahgunaan dapat
merangsang minat pelajar terhadap aplikasi Canva dan faktor kebergunaan mempengaruhi minat pelajar terhadap
aplikasi Canva. Dapatan analisis kajian telah dikenal pasti menunjukkan bahawa konstruk tahap minat berada pada
tahap sederhana (min=3.48), konstruk faktor kemudahgunaan pula berada pada tahap rendah (min=2.48) dan
konstruk faktor kebergunaan pada tahap sederhana (min=2.86). Hasil dapatan kajian ini menggambarkan bahawa
pelajar mempunyai minat terhadap aplikasi Canva, namun berpandangan bahawa aplikasi Canva tidak mudah untuk
digunakan namun berguna dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Bahasa Melayu, Canva, kebergunaan, kemudahgunaan, pengajaran, minat.

ABSTRACT
Information and Communication Technology (ICT) based teaching requires teachers to think creatively and
innovatively to engage students. Teaching media is a major factor in helping teachers realize it. This study was
conducted with the aim of identifying the level of interest in the use of Canva application as a Malay language
teaching medium. This research uses a descriptive analysis design that begins with quantitative data collection. This
study has proven that Canva application can be used as a teaching medium. In this study, three main constructs are
focused, namely interest in influencing the use of Canva application as a Malay language teaching medium, usability
factor can stimulate students' interest in Canva application and usefulness factor influen ces students' interest in
Canva application. The findings of the analysis of the study have been identified to show that the construct of interest
level is at a moderate level (mean = 3.48), the construct of usability factor is at a low level (mean= 2.48) and the
construct of usefulness factor is at a moderate level (mean = 2.86). The results of this study illustrate that students
have an interest in the Canva application, but from the another view Canva application is not easy to use yet useful
in teaching Malay.

Keywords: Malay language, Canva, usefulness, usability, teaching, interest.

PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, sistem pendidikan di Malaysia mula berkembang seiring dengan perkembangan dalam
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Sumarni Lapanmu & Zamri Mahamod, 2018). Dalam bidang
pendidikan, usaha mempertingkatkan pengunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terus
dipertingkatkan bagi merangsang generasi muda (Kaliammah Krishnan & Md. Yusoff Daud, 2020). Bersan gkutan
dengan itu, TMK memainkan peranan yang amat penting pada masa sekarang kerana rata-rata manusia semakin
bergantung kepada teknologi ibarat mereka tidak dapat hidup tanpa teknologi. Senario berikut dapat kita lihat
melalui sikap manusia yang tidak dapat berenggang dengan telefon pintar mereka. Akibat perubahan zaman yang
membenarkan teknologi bertambah maju, pelbagai peralatan elektrik lain juga menjadi semakin canggih
termasuklah komputer riba, telefon pintar dan lain-lain. Apabila teknologi semakin menunjukkan kebolehannya
dalam memudahkan urusan manusia, maka KPM telah berusaha untuk memasukkan elemen TMK dalam sistem
pendidikan di Malaysia agar dapat bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Lanjutan itu, KPM sedang
berusaha untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengintegrasian TMK dalam PdP
dapat menjamin suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif, futuristik, lebih canggih dan bertepatan dengan
era teknologi maklumat.

Tambahan lagi, penggunaan teknologi dalam PdP membenarkan perjalanan kelas menjadi lebih lancar,
menjimatkan tenaga, masa dan kewangan. Walau bagaimanapun, masih ada lagi pendidik yang
mengimplementasikan pembelajaran berpusatkan guru yang memberikan fokus kepada pemikiran tradisional,
lantas menghalang perkembangan inovasi dan kreativiti. Hal demikian kerana, ramai warga pendidik yang masih
berada di takuk lama kerana kehidupan mereka sebati dengan kaedah tradisional dalam pengajaran yang dipanggil
sebagai ‘chalk and talk’. Bertitik tolak daripada itu, ramai guru yang tidak mahu dan tahu menggunakan kepelbagaian
teknologi dalam pengajaran sedangkan teknologi tercipta adalah untuk memudahkan urusan manusia pada
hakikatnya. Menurut (Anas, 2013) dalam kajian (Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti A b Halim, 2019) penggunaan
media pengajaran berasaskan multimedia bukan sahaja akan menjadikan P&P lebih menarik dan berkesan, malahan
sesi pengajaran juga akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Ekoran daripada itu, para pendidik era kini
haruslah mempelajari cara penggunaan TMK terutamanya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan
mengintegrasikan kedua-duanya supaya pengajaran guru menjadi lebih efektif, menarik perhatian murid,
meningkatkan kualiti pembelajaran murid serta mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Berdasarkan
pernyataan di atas, antara faktor kejayaan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran adalah pengetahuan dan
kemahiran teknologi. Lantaran itu, keupayaan guru dalam menguruskan alat-alat TMK tidak hanya terhad kepada
bagaimana ia dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi harus merangkumi semua aspek
kehidupan seharian (Mazalah, et al., 2016). Namun begitu, kajian-kajian lepas banyak menunjukkan bahawa guru
kurang berkemahiran dalam menggunakan TMK, lantas mengurangkan minat murid terhadap aplikasi TMK dalam
pengajaran Bahasa Melayu terutamanya.

Di samping itu, penggunaan aplikasi TMK dalam PdP banyak memberikan manfaat kepada murid, bahkan
guru juga memperoleh kelebihan daripadanya. Menurut (Barlow, 2012; Pieri & Diamantini, 2009) dalam kajian (Nor
Asiah Ismail et. al. 2021), dinyatakan bahawa dengan penggunaan teknologi seperti komputer dan multimedia dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang anjal, dinamik, seronok dan menarik. Guru sebagai ujung to mbak dalam
pelaksanan pendidikan merupakan pihak yang sangat berpengaruh dalam proses pembelajaran (Yuniati, 2021).
Lanjutnya (Nor Asiah Ismail et. al. 2021) lagi, guru seharusnya menggunakan peluang ini untuk menarik minat pelajar
mempelajari Bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi tersebut secara berfikrah. Justeru, adalah menjadi
sesuatu yang lebih menarik sekiranya guru Bahasa Melayu dapat menjadikan alat teknologi yang lebih dekat dengan
pelajar seperti komputer riba atau telefon mudah alih mereka untuk menyampaikan ilmu pengetahuan (Nor Asiah
Ismail et. al. 2021).

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang semakin pesat pada era kini menyebabkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula mengambil langkah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) secara dalam talian, terutamanya ketika dilanda pandemik Covid-19. Hal berikut memberi isyarat kepada para
pendidik di seluruh Malaysia bahawa TMK perlu dikuasai dan diamalkan dalam sistem pendidikan Malaysia.
Kelemahan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam menggunakan pelbagai aplikasi TMK merupakan satu
perkara yang amat merugikan. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan peluang dan kreativiti melalui
penggunaan aplikasi TMK sebagai media pengajaran. Oleh yang demikian, ramai guru-guru di sekolah termasuklah
guru praktikum, iaitu pelajar IPG yang masih tidak tahu menggunakan aplikasi-aplikasi TMK untuk pengajaran Bahasa
Melayu seperti aplikasi Canva. Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai
dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang lebih menarik (Nor
Asiah Ismail et. al. 2021).
Sementara itu, sebagai seorang guru yang kompeten dalam menjalankan tugas, guru haruslah
menggunakan TMK yang bercorak interaktif kerana Nor Asiah et. al. (2021) berpendapat bahawa TMK yang bercorak
interaktif ini telah meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka serta dapat memotivasikan mereka untuk
belajar. Hal ini kerana, berdasarkan ciri multimedia yang terdapat dalam TMK dapat membantu mempunyai
rangsangan atau motivasi yang tinggi (Nor Asiah Ismail et. al. 2021). Bersangkutan dengan itu, guru-guru dan pelajar
yang bakal menjadi pendidik di masa akan datang haruslah mengutamakan penggunaan aplikasi TMK seperti Canva
untuk meningkatkan motivasi murid di dalam kelas. Hal demikian kerana aplikasi Canva mampu memudahkan
urusan guru untuk digunakan sebagai media pengajaran seperti penciptaam slaid, infografik, penulisan kreatif dan
lain-lain lagi.

Sehubungan itu, aplikasi Canva berkepentingan dalam mewujudkan suasana kelas yang kondusif,
pemahaman yang tinggi dan murid yang aktif. Berdasarkan kajian Yulinda Utami & Dewi Suriyani Djamdjuri (2021),
dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan aplikasi Canva sebagai media
pembelajaran mereka. Ekoran daripada itu, data kajian tersebut membuktikan bahawa mereka minat menggunakan
aplikasi Canva. Sungguhpun demikian, adakah pelajar IPGKTAA berminat untuk menggunakan aplikasi ini sebagai
media pengajaran Bahasa Melayu?

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

I. untuk mengenal pasti tahap minat penggunaan aplikasi Canva dalam kalangan pelajar IPGKTAA sebagai
media pengajaran Bahasa Melayu.
II. untuk mengenal pasti hubungan di antara faktor kemudahgunaan dengan minat pelajar terhadap aplikasi
Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu.
III. untuk mengenal pasti hubungan di antara faktor kebergunaan dengan minat pelajar terhadap aplikasi Canva
sebagai media pengajaran Bahasa Melayu.

SOALAN KAJIAN

Setiap penyelidikan kajian sudah tentunya memerlukan persoalan kajian yang perlu dijawab
dan diperjelaskan. Antara soalan kajian yang timbul adalah:

I. apakah tahap minat penggunaan aplikasi Canva dalam kalangan pelajar IPGKTAA sebagai media pengajaran
Bahasa Melayu?
II. adakah terdapat hubungan signifikan di antara faktor kemudahgunaan dengan minat pelajar terhadap
aplikasi Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu?
III. adakah terdapat hubungan signifikan di antara faktor kebergunaan dengan minat pelajar terhadap aplikasi
Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan maklumat mahupun data yang diperoleh.
Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kuantitatif dan berdasarkan kaedah tinjauan.
Medium pengumpulan data yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah borang soal selidik yang diedarkan
secara dalam talian kepada sasaran peserta kajian yang telah dipilih.
Persampelan

Menurut Masri (2002) dalam Mohd Faizal & Leow T. W. (2017), persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang
pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel kajian yang dapat mewakili populasi tersebut. Saiz populasi
ialah 100 orang. Persampelan kajian diwakili dengan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu
Semester 6 dan 8. Saiz sampel ditentukan dengan menggunakan rumusan penentu saiz populasi yang dilaporkan
oleh Krejcie dan Morgan pada tahun 1970. Dalam kajian ini, saiz sampel yang diperlukan adalah 80 orang yang terdiri
daripada lima unit daripada pelajar IPGK Tengku Ampuan Afzan.

Instrumen Kajian

Menurut Baharuddin et al (2002) dalam Mohd Faizal Nizam & Leow T. W. (2017) yang menyatakan bahawa
penggunaan instrumen merupakan kaedah yang berkesan dan menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif
daripada sesuatu kaji selidik yang lebih umum. Responden dikehendaki memilih jawapan berdasarkan skala Likert
empat aras persetujuan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Skala Likert digunakan untuk
mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang atau sekelompok orang tentang fenomena sosial. Selain itu,
borang soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D seperti Jadual 2 berikut;

Jadual 1: Bahagian-Bahgian Soal Selidik Kajian

Bahagian Konstruk
A Demografi Responden
B Minat Mempengaruhi Penggunaan Aplikasi ‘Canva’ sebagai Media
Pengajaran Bahasa Melayu
C Mudah Guna Dapat Merangsang Minat Pelajar Terhadap Aplikasi
Canva
D Kebergunaan Mempengaruhi Minat Pelajar Terhadap Aplikasi Canva

Kesahan

Menurut Mohd Faizal Nizam dan Leow T. W. (2017), semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan
konstruk serta kejelasan kandungan manakala Lee K. C., Zakri Abdullah dan Chua L. N. (2018) ada juga berpendapat
bahawa kesahan sesuatu instrumen kajian merujuk sejauh mana instrumen tersebut mengukur data yang
sepatutnya diukur. Oleh yang demikian, instrumen penilaian yang dibina telah diberikan kepada pakar yang
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang yang berkaitan untuk disemak bagi tujuan
memastikan isi kandungan yang telah disediakan bersesuaian dan menepati matlamat kajian.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan membawa maksud konsistensi bagi instrumen yang dikaji. Bagi mendapatkan kebolehpercayaan
kajian, satu kajian rintis telah dijalankan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis. Kajian rintis dijalankan
bertujuan untuk menguji kesesuaian soal selidik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu dapatan
kajian. Dalam kajian ini, seramai 30 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu Semester 6 dan Semester 8 IPGKTAA telah
diambil sebagai responden dalam kajian rintis ini. Dapatan analisis kajian rintis mendapati nilai kebolehpercayaan
yang diperoleh berdasarkan nilai Alpha Cronbach’s ialah 0.888 (Bahagian B), 0.715 (Bahagian C) dan 0.900 (Bahagian
D) sekaligus menunjukkan instrumen soal selidik yang digunakan adalah baik dan boleh diterima untuk digunakan
dalam penyelidikan sebenar.
Proses Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu kajian. Borang soal selidik digunakan
sebagai alat penyelidikan di dalam kajian ini. Set soalan soal selidik akan diagihkan kepada responden untuk
mengetahui maklumat-maklumat yang ingin dicapai oleh objektif kajian. Responden akan menjawab soal selidik
yang disediakan oleh pengkaji dengan bebas, jujur dan mengikut keupayaan mereka sendiri. Responden perlu
memilih jawapan berdasarkan lima skala likert bagi menyatakan tahap persetujuan mereka terhadap soalan yang
dikemukakan. Borang soal selidik tersebut diedar menggunakan platform Google Form yang telah dicipta pautannya
bagi memudahkan responden dan pengkaji. Maklumat dan data yang diperoleh akan dikutip, diperiksa dan dikodkan
untuk dianalisis.

Proses Penganalisisan Data

Prosedur penganalisisan data yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data deskriptif ada lah dengan
menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Kaedah analisis deskriptif dalam bentuk
min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada soal selidik. Data akan
dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk jadual, graf, dan carta sebagai ringkasan dapatan kajian ini. Bentuk
analisis data ialah analisis secara deskriptif. Seterusnya, tahap interpretasi diambil kira dengan nilai lima mata iaitu
nilai tertinggi 4.00 dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap sangat rendah (min=1.00-1.50), tahap rendah
(min=1.51-2.50), tahap sederhana (2.51-3.50) dan tahap tinggi (min=3.51-4.00) seperti yang digunakan dalam kajian
Mohd Asri Harun (2016). Jadual 2 berikut menunjukkan interpretasi min yang digunakan dalam kajian.

Jadual 2: Interpretasi min


Skor Min Interpretasi Min
1.00 – 1.50 Kurang Kaitan
1.51 – 2.50 Rendah
2.51 – 3.50 Sederhana
3.51 – 4.00 Tinggi
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 3
Profil Peserta Responden

Profil Responden Kekerapan Peratusan (%)


Jantina
Lelaki 21 26.3
Perempuan 59 73.8
Ambilan
PISMP Jun 2018 21 26.3
PISMP Jun 2019 59 73.8
Bangsa
Melayu 49 61.3
Cina 12 15
Peribumi 19 23.8
Kategori Sekolah Mengajar
Bandar 31 38.8
Luar Bandar 49 61.3
Latar Belakang Pendidikan
MRSM 7 8.8
SBP 14 17.5
SMK 41 51.2
SMKA/SMA 10 12.5
SMJKC 8 10

Seramai 80 orang responden daripada lima unit Bahasa Melayu telah menjawab soal selidik kajian. Daripada jumlah
tersebut, hasil analisis mendapati 26.3% pelajar lelaki, manakala 73.8% pelajar perempuan. Seterusnya, hanya
terdapat tiga bangsa sahaja yang menjawab soal selidik ini, iaitu Melayu (61.3%), Cina (15%) dan Peribumi (23.8).
Selain itu, sebanyak 38.8% peserta kajian yang pernah berpraktikum di kategori sekolah bandar dan 61.3% di sekolah
luar bandar. Lanjutan itu, sebanyak 8.8% bagi peserta kajian yang berlatarbelakangkan pendidikan dari MRSM,
17.5% dari SBP, 51.2% dari SMK, 12.5% dari SMKA/SMA dan 10% dari SMJKC.
Jadual 4
Analisis Persoalan Pertama Kajian
i. Apakah tahap minat penggunaan aplikasi Canva dalam kalangan pelajar IPGKTAA sebagai media
pengajaran Bahasa Melayu?

Bil. Item N Min (μ) Sisihan Tahap Min


Piawai
1. Aplikasi Canva dapat meningkatkan keupayaan 80 3.54 0.526 Tinggi
mengajar Bahasa Melayu.
2. Aplikasi Canva membantu saya memahami 80 3.47 0.616 Sederhana
maklumat yang kompleks dengan mudah.
3. Aplikasi Canva menarik minat untuk belajar 80 3.52 0.551 Tinggi
Bahasa Melayu.
4. Aplikasi Canva meningkatkan motivasi murid 80 3.45 0.634 Sederhana
untuk belajar Bahasa Melayu
5. Saya percaya bahawa Canva membantu murid 80 3.45 0.634 Sederhana
mendapat pengetahuan baharu.
6. Canva memudahkan murid mengingati 80 3.49 0.693 Sederhana
maklumat asas Bahasa Melayu.
7. Saya berpendapat bahawa Canva menjadikan 80 3.29 0. 783 Sederhana
murid lebih mahir dalam kemahiran menulis.
8. Saya berpendapat bahawa Canva meningkatkan 80 3.59 0.495 Tinggi
fokus murid di dalam kelas.
Purata 80 3.48 0.431 Sederhana

Berdasarkan persoalan kajian pertama, nilai min bagi keseluruhan item tahap minat pelajar PISMP Bahasa Melayu
terhadap aplikasi Canva adalah sebanyak 3.48 iaitu pada tahap sederhana. Kesemua item pada konstruk ini berada
pada tahap yang berbeza-beza iaitu 5 item mempunyai nilai min pada sederhana dan 3 item berada pada tahap
tinggi. Item 8 merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap tinggi iaitu 3.59 manakala
item 7 menjadi wakil memperoleh nilai min terendah dan berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.29. Secara
rumusannya, tahap minat pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap aplikasi Canva adalah sederhana dengan purata
nilai min 3.48.
Jadual 5

Analisis Persoalan Kedua Kajian


ii. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara faktor kemudahgunaan dengan minat pelajar
terhadap aplikasi Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu?

Bil. Item N Min (μ) Sisihan Tahap Min


Piawai
1. Saya perlu kerap merujuk manual penggunaan 80 2.70 1.048 Sederhana
semasa menggunakan aplikasi Canva.
2. Interaksi dengan aplikasi Canva memerlukan 80 3.10 0.821 Sederhana
banyak usaha untuk berfikir.
3. Penggunaan aplikasi Canva mengelakkan 80 3.13 0.718 Sederhana
banyak kesilapan dalam pengajaran Bahasa
Melayu..
4. Aplikasi Canva adalah sukar dan tidak fleksibel 80 1.99 0.849 Rendah
untuk digunakan dalam pengajaran.
5. Saya berasa mudah dalam menggunakan 80 3.43 0.708 Sederhana
aplikasi Canva untuk pengajaran bahasa
Melayu.
6. Aplikasi Canva berfungsi tidak seperti apa yang 80 2.25 1.073 Rendah
saya jangkakan.
7. Saya berasa sukar untuk menggunakan aplikasi 80 2.19 1.020 Rendah
Canva semasa PdP.
8. Interaksi saya dengan aplikasi Canva adalah 80 3.40 0.628 Sederhana
mudah difahami oleh murid.
9. Aplikasi Canva menyediakan panduan yang 80 3.53 0.573 Tinggi
berguna untuk digunakan sebagai media
pengajaran di bilik darjah.
Purata 80 2.48 0.431 Sederhana

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, skor min bagi keseluruhan item bagi tahap persepsi pelajar PISMP
Bahasa Melayu terhadap aplikasi Canva adalah berada pada tahap yang rendah iaitu (min= 2.48). Seterusnya,
kesemua item pada konstruk ini berada pada tiga tahap yang berbeza-beza iaitu 3 item iaitu item 4, 6 dan 7
mempunyai nilai min pada tahap rendah, manakala 5 item berada pada tahap sederhana dan selebihnya 1 item
berada pada tahap yang tinggi.
Jadual 6
Analisis Persoalan Ketiga Kajian
iii. Adakah terdapat hubungan signifikan di antara faktor kebergunaan dengan minat pelajar terhadap
aplikasi Canva sebagai media pengajaran Bahasa Melayu?

Bil. Item N Min (μ) Sisihan Tahap Min


Piawai
1. Saya dapat mengawal kelas dengan lebih baik 80 3.34 0.674 Sederhana
apabila menggunakan aplikasi Canva.
2. Menggunakan aplikasi Canva meningkatkan 80 3.54 0.594 Tinggi
prestasi pengajaran saya.
3. Saya sukar melaksanakan pengajaran tanpa 80 2.75 0.893 Sederhana
aplikasi Canva.
4. Sistem aplikasi Canva dapat memenuhi 80 3.31 0.667 Sederhana
keperluan subjek bahasa Melayu dalam
melaksanakan pengajaran.
5. Menggunakan aplikasi Canva dapat 80 3.43 0.652 Sederhana
menjimatkan masa.
6. Penggunaan aplikasi Canva dapat 80 3.40 0.608 Sederhana
menyelesaikan masalah pengajaran saya
dengan lebih cepat.
7. Aplikasi Canva menyokong aspek kritikal 80 3.41 0.630 Sederhana
pengajaran saya.
8. Menggunakan aplikasi Canva mengurangkan 80 3.44 0.633 Sederhana
masa untuk aktiviti yang tidak produktif
semasa pengajaran.
9. Menggunakan aplikasi Canva meningkatkan 80 3.48 0.616 Sederhana
keberkesanan pengajaran saya.
10. Menggunakan aplikasi Canva meningkatkan 80 3.58 0.569 Tinggi
kualiti pengajaran saya.
11. Menggunakan aplikasi Canva meningkatkan 80 3.60 0.565 Tinggi
kreativiti pengajaran saya.
12. Aplikasi Canva memudahkan saya untuk 80 3.49 0.636 Sederhana
melaksanakan pengajaran bahasa Melayu.
Purata 80 2.86 0.443 Sederhana

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, skor min bagi keseluruhan item bagi tahap minat pelajar PISMP Bahasa
Melayu terhadap aplikasi Canva adalah berada pada tahap yang sederhana iaitu (min= 2.84). Seterusnya, kesemua
item pada konstruk ini berada pada dua tahap yang berbeza iaitu 9 item iaitu item 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 12
mempunyai nilai min pada tahap sederhana, manakala selebihnya 3 item yang lain berada pada tahap yang tinggi.

KESIMPULAN

Kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan melihat sejauh mana tahap minat dan persepsi pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu terhadap aplikasi Canva yang melibatkan 4 buah unit Bahasa
Melayu Semester 6 dan 8 di Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Merujuk kepada kajian yang telah dilaksanakan,
dapat disimpulkan bahawa kesemua persoalan kajian yang dikemukakan telah terjawab. Berdasarkan dapatan kajian
yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa tahap minat pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap aplikasi
Canva menunjukkan pada tahap yang sederhana. Dapatan ini sekaligus menggambarkan pelajar PISMP Bahasa
Melayu berminat dengan aplikasi Canva dan pengkaji melihat bahawa jika diteruskan usaha pemupukan minat
dalam penggunaan aplikasi Canva, pengaplikasian TMK dalam pengajaran akan berkembang. Sebagai generasi muda
yang akan menjadi pendidik penerus kelestarian aplikasi Canva ini, responden kajian telah memberi persepsi yang
positif terhadap pemeliharaan aplikasi Canva. Begitu juga persepsi terhadap peranan guru sebagai medium penting
untuk mempromosikan aplikasi Canva kepada umum.

IMPLIKASI

Dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pelajar PISMP Bahasa Melayu sangat berminat terhadap
aplikasi Canva kerana melihat nilai skor purata yang berada pada tahap yang sederhana, namun mengenai faktor
kemudahgunaan, ianya masih boleh ditingkatkan supaya semangat dan minat itu tidak luntur jika tidak diabaikan.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tiada sokongan daripada pihak tertentu seperti pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia sendiri akan menyebabkan lunturnya minat tersebut dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Melayu yang
akan mengajar mendidik anak bangsa. Oleh itu, pihak terlibat khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia harus
mengambil tindakan awal dengan memberi perhatian bagi penggunaan aplikasi Canva dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu yang sewajarnya untuk kekal lestarinya aplikasi Canva ini. Hal ini supaya isu berkenaan aplikasi TMK di
sekolah tidak lagi dibangkitkan sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

CADANGAN

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian yang terlibat di dalam kajian, pengkaji telah m embuat
pemerhatian terhadap kajian yang dijalankan. Antara cadangan dan idea yang boleh dijadikan panduan untuk kajian
yang selanjutnya, iaitu pengkaji akan datang membuat kajian inferensi bagi melihat perhubungan di antara
kemahiran menggunakan aplikasi Canva dengan kesediaan pelajar PISMP Bahasa Melayu untuk mengajar bahasa
Melayu. Seterusnya, fokus kajian ini hanya terbatas kepada tahap minat dan faktor kemudahgunaan dan faktor
kebergunaan pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap aplikasi Canva. Kesemua pemboleh ubah dalam kajian ini
bukan mewakili keseluruhan isu yang dibincangkan. Oleh demikian itu, pengkaji mencadangkan supaya kajian
selanjutnya melibatkan faktor yang mempengaruhi minat yang lain terhadap aplikasi Canva sebagai media
pengajaran Bahasa Melayu seperti faktor penyelesaian masalah Bahasa Melayu dan faktor menarik. Akhir sekali,
kajian yang dijalankan boleh ditukar menggunakan reka bentuk kajian serta metodologi yang berbeza dengan kajian
yang telah dilaksanakan ini.

RUJUKAN

Kaliammah Krishnan & Md. Yusoff Daud. (2020). Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam
Proses Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Matematik Dalam Kalangan Pensyarah Di Kolej -Kolej
Vokasional Negeri Sembilan. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(3), 89-99.

Lee, K. C., Zakri, A., & Chua, L.N. 2018. Penyelidikan dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam: Selangor.

Mazalah Ahmad, Jamaludin Badusah, Ahmad Zamri Mansor, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid, Rosseni Din & Diana,
Fazleen Zulkefle. (2016). The application of 21st century ICT literacy model among teacher trainee. The
Turkish Online Journal of Educational Technology. 15 (3).

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow, T. W. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri
pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211-265.
Diperoleh daripada http://mjli.uum.edu.my/images/pdf2/vol14no1jun17/9.-KESAHAN-
DANKEBOLEHPERCAYAAN.pdf
Nor Asiah Ismail, Suriati Sulaiman, Intan Marfarrina Omar, & Simah Mamat (2021 ). Tahap pengetahuan teknologi,
kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan Komsas guru Bahasa Melayu di
Kelantan. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 47-60.

Siti Aminah Sallehin, & Fazlinda binti Ab Halim (2018). Penggunaan alat bahan bantu mengajar berasaskan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Zon Benut . Online Journal for TVET
Practitioners.

Sumarni Lapanmu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4
terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu (The
Level Of Knowledge, Attitudes And Readiness Form 4 Students To The Using Of Virtual Learning Environment
Vle Frog In Malay Language Learning). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 53-62.

Yulinda Utami & Dewi Suriyani Djamdjuri (2021, December). Students’motivation In Writing Class Using Of Canva:
Students’perception. In Bogor English Student And Teacher (BEST) Conference (Vol. 3, pp. 153-159).

Yuniati, I., Suyuthi, H., & Hakim, M. (2021). Pelatihan Pemanfaatan Media Youtube Dalam Pembelajaran Bahasa
Indonesia di SMA IT Kota Bengkulu. Jurnal Pendidikan dan Pengabdian Masyarakat, 4(1), 39-47.
Persepsi Pelajar PISMP Bahasa Melayu Terhadap Teknik Membatang Suku Kata dalam Kemahiran Membaca

Hartye Marlena Zulkifli


Nor Asiah Ismail, Ph.D

PISMP Bahasa Melayu


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
hartyemarlena58@gmail.com

ABSTRAK

Kemahiran membaca merupakan kemahiran berbahasa penting yang perlu dikuasai murid secara optimum untuk
menguasai kemahiran lain. Namun guru dan murid seringkali memandang terhadap proses -proses membaca dalam
kemahiran membaca asas terutamanya membatang suku kata. Teknik membatang suku kata penting dalam
memastikan murid memiliki kesediaan untuk membaca perkataan yang lengkap atau lebih kompleks selain murid
menguasai bunyi gabungan huruf vokal dan konsonan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar PISMP
Major Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah IPGKTAA terhadap teknik membatang suku kata dalam kemahiran
membaca. Seramai 104 orang pelajar major Bahasa Melayu IPGKTAA yang telah dan sedang menjalani praktikum
melibatkan diri sebagai peserta kajian dan seramai 80 menjadi . Instrumen yang digunakan dalam kajian untuk
mengutip data ialah soal selidik yang diedarkan menggunakan Google Form. Data yang dikumpulkan dianalisis
menggunakan perisian komputer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 23.0 untuk mendapatkan
statistik deskriptif seperti peratusan, kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Setelah data-data dianalisis , Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap teknik membatang suku kata berada pada tahap yang
tinggi dengan skor min 4.54. Kajian ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran kemahiran membaca guru
Bahasa Melayu , penguasaan membaca murid , sekolah dan IPG.

Kata Kunci : Pelajar , Bahasa Melayu, Teknik , Membatang suku kata , Kemahiran membaca

ABSTRACT

Reading skill is one of the vital language skills that must be optimally acquired by students in order to learn other
language skills. However teachers and students often view reading processes in basic reading skills as insignificant
especially in learning syllables. Syllable stemming technique is important in ensuring that students readiness to read
complete and more complex words in addition to mastering the sounds of a combination of vowels and consonants.
This study is conducted to examine the perceptions of the primary school PISMP Bahasa Melayu major students in
IPGK. Tengku Ampuan Afzan on syllables stemming technique in reading skills. A total of 104 PISMP Bahasa Melayu
major students in IPGK. Tengku Ampuan Afzan who have completed and are currently undergoing their practicum
session, is taken the research population. And only 80 of them are selected as the respondents of the research. For
the purpose of data collection, a set of questionnaire in Google Form is distributed as the research instrument. The
collected is analyzed using Statistical Package of Social Science (SPSS) version 23.0 software to obtain descriptive
statistics which are percentage, frequency, mean score and standard deviation. The findings show that the level of
students' perceptions of the syllables stemming technique is at a high level, with a mean score of 4.54. This study will
benefit teachers, students and IPG students in the process of teaching reading in Bahasa Melayu, especially in their
reading proficiency skills.

Keywords : Students, Bahasa Melayu, Technique, Syllables Stemming, Reading Skills


PENGENALAN

Kesediaan diri sangat penting sebelum menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca awal tergolong
dalam kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran membaca. . Kemahiran membaca bermula daripada
mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya
membaca perkataan dan ayat. Teknik membatang suku kata tergolong dalam kemahiran membaca awal. Kemahiran
membatang suku kata perkataan seperti kv+kv merupakan salah satu kemahiran asas membaca di dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah sebelum memasuki peringkat pembacaan yang lebih sukar. Proses
membatangkan suku kata daripada sesebuah perkataan merupakan sebuah proses kognitif . Teknik membatang
suku kata menekankan kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi kata yang
bermakna. Murid juga dipastikan boleh menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Mahir mencerakinkan
bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. Pemilihan teknik pengajaran sangat penting untuk
memastikan murid kekal berminat melibatkan diri dalam pengajaran. Teknik pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan murid juga membantu murid menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. . Guru perlu mengikuti
proses-proses pengajaran kemahiran membaca yang kompleks supaya tidak menjejaskan tahap pencapaian murid
dalam pembelajaran mereka. Oleh itu , pengkaji telah memilih untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar PISMP
Bahasa Melayu terhadap teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah kemahiran membaca dalam pengajaran bahasa Melayu menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid
memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan mendatangkan masalah terhadap kemahiran lain
terutamanya kemahiran menulis. Dalam melaksanakan pengajaran kemahiran membaca pada peringkat awal , para
guru Bahasa Melayu sering kali mengabaikan pengajaran kemahiran membatangkan suku kata sebelum
membunyikan perkataan. Guru perlu mahir membuat perancangan dan memilih kaedah atau pendekatan yang
sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Penggunaan teknik membatangkan suku kata dalam pengaj aran
kemahiran membaca merupakan satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang
mengalami masalah dalam kemahiran membaca. Namun , kebanyakan guru tidak menguasai cara-cara mengajar
teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif yang menjadi garis panduan utama kajian adalah ;

i. Menilai persepsi guru pelatih terhadap teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran membaca.

ii.

SOALAN KAJIAN
i. Apakah persepsi pelajar PISMP Bahasa Melayu teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran
membaca bahasa Melayu?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Pengkaji hendak menjalankan tinjauan untuk menilai persepsi pelajar
PISMP Bahasa Melayu mengenai teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran membaca. Dalam kajian
tinjauan ini , pengkaji telah memilih pelajar PISMP major Bahasa Melayu di IPGKTAA yang mempunyai pengalaman
berpraktikum di sekolah sebagai responden kajian. Pelajar major Bahasa Melayu ini telah didedahkan pengajaran di
sekolah dan masalah kemahiran membaca kebiasaannya timbul pada kelas tahap 1 yang baru belajar kemahiran
membaca asas.

Pengkaji melihat kajian tinjauan sebagai cara yang efektif untuk mengkaji data secara spesifik. Data diperoleh dengan
mudah , mampu menjimatkan masa serta mengurangkan perbelanjaan. Selain itu, semasa waktu endemik ini ,
pengkaji mudah mendapat jumlah responden yang banyak dalam persekitaran IPG sahaja tanpa perlu ke sekolah
atau kawasan lapangan untuk menjalankan kajian. Bilangan responden yang ramai memudahkan pengkaji untuk
meninjau keadaan sebenar tentang kajian. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif. Data kajian dianalisis
secara deskriptif untuk mencari kekerapan, min , peratusan dan sisihan piawai. Pengkaji mengukur tahap kesetujuan
para responden kajian mengenai teknik pengajaran ini melalui soal selidik.

Persampelan

Dalam kajian ini , pengkaji telah memilih pelajar PISMP major Bahasa Melayu IPGKTAA yang pernah menjalankan
praktikum sebagai populasi kajian. Keseluruhan populasi kajian adalah seramai 104 orang dan pengkaji telah memilih
80 daripada 104 orang pelajar sebagai sampel atau peserta kajian sesuai dengan jadual penentuan saiz sampel yang
dicadangkan oleh Krejcie & Morgan (1970) .Pengkaji juga telah menggunakan strategi persampelan rawak mudah.
Setiap subjek yan tergolong dalam populasi sampel akan mendapat peluang yang sama untuk menjadi sampel kajian.

Instrumen Kajian

Bagi kajian tinjauan, penggunaan instrumen merupakan kaedah yang berkesan dan menyediakan maklumat dalam
bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji selidik yang lebih umum. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip
data ialah soal selidik yang telah digubal oleh pengkaji berdasarkan kajian lalu yang dijalankan o leh Yuthisdeeran
Maniam et.al (2018) yang mengkaji mengenai Pendekatan Pembelajaran Melalui Bermain Untuk Meningkatkan
Kemahiran Murid Membatangkan Suku Kata Terbuka Kv+Kv Menggunakan Teknologi Realiti Maya. Kajian lalu ini
berkait dengan pemboleh ubah utama kajian iaitu teknik membatang suku kata. Namun , kajian Yuthisdeeran
Maniam et.al (2018) lebih berfokuskan terhadap pendekatan belajar sambil bermain untuk meningkatkan
penguasaan murid membatang suku kata. Kajian lalu ini fokus kepada Tindakan untuk m eningkatkan penguasaan
teknik membatang suku kata. Pengkaji pula berfokuskan teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca.
Instrumen yang terdapat soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A : Data demografi responden
dan Bahagian B : Persepsi pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap teknik membatang suku kata dalam kemahiran
membaca

Kesahan

Item yang memperoleh persetujuan pakar antara 60% hingga 80% pula perlu dimurnikan berdasarkan cadangan dan
komen daripada kumpulan pakar (Mohd Sahandri et al., 2013 ; Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff et.al., 2018). Semakan
pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005 ; Mohd
Akhmarudi Mohd Yusoff et.al., 2018). Kesahan muka juga perlu dilakukan dengan melibatkan beberapa orang pakar
yang dilantik dalam bidang mereka bagi menilai ketepatan bahasa, frasa dan ayat. Beberapa orang pakar daripada
Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA telah dijadikan rujukan sebelum kajian rintis dijalankan untuk melakukan
pembaikan terhadap soal selidik. Kebolehpercayaan kajian rintis dinilai berdasarkan nilai Cronbach Alpha. Dalam
Jadual 2 menunjukkan nilai Cronbach Alpha dalam instrumen kajian soal selidik untuk kajian rintis.
Jadual 1

Nilai Cronbach Alpha Instrumen Soal selidik Kajian Rintis

Pemboleh Ubah Nilai Cronbach Alpha


Persepi pelajar 0.957

Kebolehpercayaan merupakan nilai ketekalan atau kestabilan keputusan penilaian sesuatu pemboleh ubah (Azizi
Ahmad, 2010 ; Mohammad Imran Ahmad, 2019) menggunakan pekali alfa Cronbach bagi setiap pemboleh ubah dan
keseluruhan instrumen penilaian.Berdasarkan jadual 2 , kebolehpercayaan instrumen bahagian B iaitu persepsi
pelajar terhadap teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca adalah sebanyak 0.957 . Nilai Cronbach
Alpha bagi pemboleh ubah dalam kajian rintis ini menunjukkan tahap kepercayaan yang amat baik mengikut nilai
pekali kebolehpercayaan antara 0.90 atau lebih. Pengkaji menentukan item yang harus dikekalkan atau digugurkan,
data-data kajian rintis telah dianalisis melalui semakan item menggunakan analisis skala bagi mendapatkan
kebolehpercayaan alfa Cronbach (Chua, 2011). Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh daripada kajian rintis
dianalisis dan dinilai menggunakan Jadual Nilai Kebolehpercayaan (Lim, 2007; Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah &
Leow, 2017).

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi
bagi kegunaan kajian lapangan (Chua, 2011; Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor, 2014). Dalam
kajian tinjauan ini , pengkaji telah menjalankan kajian rintis terhadap 40 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu
semester 4 yang memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan responden sebenar iaitu pelajar PISMP Bahasa Melayu
semester 6 dan 8. Peserta kajian rintis ini telah menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermakna peserta
pernah berada dalam situasi sebenar pengajaran kelas Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, peserta kajian rintis
memiliki pengetahuan mengenai teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran membaca dan boleh
menjawab soalan dengan relevan. Peserta kajian rintis tidak terlibat sebagai responden sebenar.

Prosedur Penganalisisan Data

Sebelum menjalankan kajian rintis , pengkaji telah merujuk seorang pakar iaitu pensyarah Jabatan Pengajian Melayu
iaitu Dr. Fauzi Hasan untuk menilai dan menjalankan pemeriksaan terhadap borang soal selidik daripada aspek
instrumen , item-item dalam instrument , arahan , terma-terma yang digunakan agar bersesuaian dengan soalan
kajian dan mudah difahami dengan jelas oleh peserta kajian. Setelah soal selidik diperbaiki , borang kajian rintis
diedarkan melalui Google Form untuk menjalankan kajian rintis. Data yang dikumpulkan telah dianalisis
menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0 untuk menganalisis data deskriptif
(Creswell, 2014) bagi menjawab persoalan kajian. Analisis deskriptif meliputi peratus dan taburan kekerapan, skor
min dan sisihan piawai untuk pengkaji meninjau keseluruhan maklumat yang diperoleh dengan lebih terperinci dan
jelas

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Demografi Responden

Keseluruhan jumlah responden bagi kajian tinjauan ini terdiri daripada 104 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu
IPGKTAA yang telah menjalani praktikum iaitu pelajar semester 8 dan 6. Responden memberikan respons melalui
soal selidik iaitu platform Google Form.
Jantina

Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan reponden perempuan seramai 56 orang (70%) dan bilangan
responden lelaki pula seramai 24 orang (30 %) menjadikan jumlah peserta kajian seramai 80 orang. Dapatan ini
menunjukkan bilangan responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki.

Ambilan

Bilangan peserta kajian yang terdiri daripada semester 8 iaitu ambilan Jun 2018 seramai 39 orang (48.8%) dan
peserta kajian daripada ambilan Jun 2019 seramai 41 orang (51.2%). Dapatan kajian menunjukkan semua sampel
semester 8 menjawab soal selidik dan melibatkan diri dalam kajian sebagai peserta kajian.

Fasa Praktikum

Fasa praktikum merujuk kepada bilangan fasa praktikum yang telah dijalankan oleh responden di sekolah. Secara
umumnya , ambilan Jun 2018 telah menjalani fasa praktikum sebanyak dua kali dan ambilan Jun 2019 pula sebanyak
satu kali. Fasa praktikum berhubungkait dengan tahun ambilan peserta kajian. Sehubungan dengan itu , jumlah
peserta kajian yang melalui satu fasa praktikum lebih ramai dengan jumlah 42 orang (51.2%) berbanding dua fasa
praktikum iaitu hanya 39 orang (48.8%).

Pengalaman Mengajar Kelas Bahasa Melayu Tahun 1 ( semasa praktikum)

Berdasarkan rajah , dapatan kajian menunjukkan bahawa pengalaman mengajar kelas Bahasa Melayu Tahun 1
semasa kelas ganti lebih ramai dengan bilangan 53 orang (66.3%). Kekerapan kedua tertinggi diikuti dengan
pengalaman tidak pernah sama sekali mengajar kelas Bahasa Melayu Tahun 1 seramai 18 orang (22.5%). Peserta
kajian yang pernah mengajar kelas Bahasa Melayu Tahun 1 pula seramai 8 orang (10 %) . Manakala responden yang
kerap mengajar kelas Bahasa Melayu Tahun 1 pula seramai 1 orang membawa peratusan 1.3%.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Soalan Kajian :
Apakah persepsi pelajar PISMP Bahasa Melayu teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran membaca
bahasa Melayu?

Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi persepsi pelajar PISMP Bahasa
Melayu teknik membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu

Bil. Item Skala (%) Min SP


1 2 3 4 5
1 Saya berpendapat bahawa teknik membatang suku kata - - 1 30 50 4.60 .518
lebih berkesan untuk membantu murid menguasai 1.2 37.0 61.7
kemahiran membaca bagi membaca perkataan yang lebih
kompleks.
2 Saya berpendapat bahawa teknik membatang suku kata - - 7 27 47 4.50 .656
memudahkan guru untuk membimbing murid mengingat 8.6 33.3 58.0
bunyi suku kata pertama semasa membatang dua suku
kata dalam pembacaan.
3 Saya berpendapat bahawa teknik membatang suku kata - - 2 33 46 4.53 .573
membantu murid bagi menguasai bunyi huruf vokal dan 2.5 40.7 56.8
konsonan
4 Saya berpendapat bahawa teknik pengajaran membatang - - 2 31 48 4.58 .546
suku kata boleh mendidik murid membunyikan suku kata 2.5 38.3 59.3
dalam sesebuah perkataan mengikut turutan dengan
betul.
5 Saya berpendapat bahawa kemahiran membatang suku - - 2 30 49 4.58 .546
kata menjadikan pengajaran kemahiran membaca lebih 2.5 37.0 60.5
mudah.
6 Saya berpendapat bahawa teknik membatangkan suku - - 7 29 45 4.46 .674
kata dalam kemahiran membaca menjadikan pengajaran 8.6 35.8 55.6
lebih menyeronokkan.
7 Saya berpendapat bahawa pengajaran kemahiran - - 1 31 49 4.61 .515
membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran 1.2 38.3 60.5
membaca perlu dilaksanakan.
8 Saya berpendapat bahawa masalah membatang suku - - 4 32 45 4.50 .595
dapat diatasi dengan menggunakan teknik membatang 4.9 39.5 55.6
suku kata yang jelas, sistematik , berfokus dengan
kemahiran yang sesuai.
9 Saya berpendapat bahawa teknik membatang suku kata - 1 3 27 50 4.56 .633
merupakan salah satu bimbingan individu yang sesuai 1.2 3.7 33.3 61.7
untuk tahap pembacaan rendah.
10 Saya berpendapat bahawa pengaplikasian teknik - - 4 28 49 4.55 .593
membatang suku kata dalam pengajaran kemahiran 4.9 34.6 60.5
membaca boleh mewujudkan interaksi sosial dalam Pdp.
11 Saya berpendapat bahawa guru perlu mengubah suai - 1 2 27 50 4.58 .612
bentuk sokongan yang diberi dalam pengajaran kemahiran 1.2 2.5 33.3 61.7
membaca mengikut kemampuan murid.
12 Saya berpendapat bahawa guru perlu mewujudkan - - 5 29 47 4.51 .616
elemen kerja kelompok, iaitu secara koperatif bersama 6.2 35.8 58.0
rakan dalam aktiviti membatang suku kata supaya
pembelajaran jadi lebih efektif.
13 Saya berpendapat bahawa pengajaran kemahiran - - 2 29 50 4.60 .542
membaca dengan teknik membatang suku kata lebih 2.5 35.8 61.7
menyeronokkan jika murid terlibat secara aktif dalam
aktiviti pembacaan.
14 Saya berpendapat bahawa guru perlu memberi bimbingan - - 3 31 47 4.54 .572
teknik membatang suku kata pada peringkat awal 3.7 38.3 58.0
pembacaan.
15 Saya berpendapat bahawa guru perlu mengurangkan - - 6 28 47 4.51 .636
tahap bimbingan apabila murid mula menguasai 7.4 34.6 58.0
kemahiran membaca dan dapat menguasai kemahiran
membaca sepenuhnya.
16 Saya berpendapat bahawa aktiviti membatang suku kata - - 5 31 45 4.49 .616
boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan heterogenus 6.2 38.3 55.6
kerana murid yang pelbagai tahap kemahiran diletakkan
dalam satu kumpulan untuk mewujudkan koperatif dan
kolaboratif.
PURATA 4.543
Tahap: Tinggi
Pengkaji menganalisis 16 pernyataan dalam bahagian B secara lebih terperinci dalam bentuk jadual. Secara
kesimpulannya , berdasarkan dapatan kajian jelaslah bahawa pelajar PISMP mempunyai persepsi yang tinggi
terhadap teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca sesuai dengan nilai skor min µ=4.543. Nilai skor
min berada pada tahap yang tinggi.

KESIMPULAN , CADANGAN DAN IMPLIKASI

KESIMPULAN

Merujuk hasil analisis deskriptif yang telah dijalankan , nilai min keseluruhan yang meninjau aspek persepsi pelajar
terhadap teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca adalah µ=4.543. Nilai sisihan piawai
menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca adalah
tinggi. Kesimpulannya , pengkaji menekankan bahawa dapatan kajian telah menjawab persoalan kajian dengan skor
min yang telah dinyatakan.

IMPLIKASI

Hasil dapatan kajian menunjukkan betapa pentingnya teknik membatang suku kata dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca. Hal ini memberi kesedaran kepada guru dan murid untuk mengikuti satu demi
satu proses-proses dalam kemahiran membaca asas untuk memastikan murid mampu menguasai kemahiran
membaca sepenuhnya. Teknik membatang suku kata merupakan teknik yang penting setelah mengenal huruf
sebelum membentuk perkataan yang lengkap. Meskipun kelihatan mudah , guru dan murid tidak boleh memandang
remeh akan pemilihan penggunaan teknik yang bersesuaian dan berkesan . Jika tidak , murid akan mengalami
masalah pada tahap pembacaan perkataan yang lebih kompleks kesan daripada mengabaikan teknik membatang
suku kata pada peringkat awal. Hal ini disokong oleh kajian Usha Nagasundram and Vijayaletchumy Subramaniam
(2019) ada menyatakan bahawa penggunaan strategi kemahiran membaca di dalam kelas dalam kalangan murid
cemerlang dan murid lemah. Murid cemerlang banyak menggunakan strategi kemahiran membaca berbanding
murid lemah.

Daripada masalah kajian yang didukung oleh hasil dapatan kajian , guru s ebagai pendidik juga ditekankan perlu
memiliki kemahiran memilih teknik dan pendekatan yang sesuai dengan keperluan murid supaya pengajarannya
lebih berkesan. Pada peringkat awal pembacaan , murid perlu memiliki kesediaan diri antaranya seperti pergerakan
mata ketika membaca , penguasaaan mengenali huruf vokal dan konsonan , bunyi gabungan huruf-huruf. Oleh yang
demikian , guru boleh mengaplikasikan teknik membatang suku kata dalam pengajaran supaya murid lebih bersedia
untuk membaca perkataan yang lengkap atau lebih kompleks. Kajian ini memberikan kesedaran kepada guru betapa
pentingnya pemilihan teknik yang betul untuk membantu murid dalam pembelajaran.

Kajian ini juga memberi kesan kesedaran betapa pentingnya penguasaan kemahiran membaca. Merujuk Roselan
(2003) dalam Intan Nur Syuhada Hamzah & Zamri Mahamod. (2021), kemahiran bahasa mempunyai peranan yang
besar dan merupakan kemahiran asas untuk menguasai sesuatu mata pelajaran . Kemahiran membaca merupakan
antara kemahiran asas berbahasa dalam Bahasa Melayu. Sekiranya murid gagal menguasai kemahiran membaca
dengan baik maka murid akan mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa lain seperti kemahiran menulis.
Murid tidak boleh membaca dengan baik , murid tidak akan mampu mentafsir maklumat yang disampaikan dalam
bentuk tulisan.
CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian , pengkaji menyatakan beberapa cadangan sebagai panduan yang boleh dilaksanakan
oleh penyelidik-penyelidik akan datang untuk menjadikan hasil dapatan kajian akan datang lebih baik supaya boleh
menjadi rujukan pelbagai pihak mengenai topik teknik membatang suku kata dalam kemahiran membaca. Berikut
merupakan beberapa idea yang boleh dijadikan panduan untuk penyelidikan akan datang.

1. Kajian ini hanya menggunakan sampel yang berada di sebuah institusi sahaja iaitu IPGKTAA. Dapatan kajian tidak
dapat digeneralisasikan kerana pelajar di IPG lain mungkin memiliki persekitaran pengajaran yang berbeza sewaktu
berpraktikum. Oleh yang demikian , pengkaji mencadangkan perluasan skop kajian dengan melibatk an beberapa
institusi Pendidikan seperti IPG lain atau university bagi mendapat gambaran secara menyeluruh mengenai persepsi
bakal guru terhadap teknik membatang suku kata.

2. Kajian menggunakan guru pelatih yang hanya melalui fasa praktikum sebanyak satu hingga dua kali sahaja. Hal ini
kerana dapatan kajian ada menunjukkan ada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman mengajar kelas Bahasa
Melayu Tahun 1. DSKP Kelas Bahasa Melayu Tahun 1 ada merangkumi topik membatang suku kata. Sampel yang
tidak berpengalaman dalam mengajar teknik membatang suku kata berkemungkinan tidak mempunyai pengetahuan
mengenai teknik ini. Ada kemungkinan juga pelajar tidak tahu pengaplikasian teknik membatang suku kata dalam
keadaan sebenar bilik darjah menjadikan mereka memilih jawapan soal selidik secara rawak sahaja tanpa melibatkan
pengetahuan.

3. Skop tinjauan kajian ini hanya berfokuskan kepada persepsi para peserta kajian mengenai teknik membatang suku
kata dalam kemahiran membaca sahaja. Persepsi merangkumi pandangan , pendapat sama ada peserta kajian
bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan oleh pengkaji mengenai teknik membatang suku kata dalam
pengajaran kemahiran membaca sahaja tanpa memperincikan masalah seperti cadangan penyelesaian terhadap
masalah. Skop tinjauan perlulah diperluaskan dengan merangkumi pelbagai sudut teknik membatang suku kata
dalam kemahiran membaca agar boleh menjadi rujukan yang relevan dengan banyak topik dan padat maklumat.

4. Kajian ini hanya melibatkan 80 orang sahaja peserta kajian meskipun bilangan populasinya adalah seramai 104
orang yang terdiri daripada dua ambilan major Bahasa Melayu di IPGKTAA yang telah menjalani praktikum. Oleh itu,
pengkaji mencadangkan agar penyelidik akan datang menambah bilangan peserta kajian yang pernah menjalani
praktikum dengan melibatkan IPG-IPG lain.

RUJUKAN

Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam

Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman

Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Intan Nur Syuhada Hamzah, Zamri Mahamod. (2021). Strategi Pengajaran Dalam Talian Yang

Digunakan Oleh Guru Bahasa Melayu Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca


Murid Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Jayaganes Balanadam ,Khairul Jamaludin. (2021). Isu dan Cabaran Dalam Kemahiran

Membaca Dikalangan Murid Sekolah Rendah di Malaysia. Research Gate.

Mohammad Imran Ahmad, Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf, Mohammad Najib Jaffar.

(2019). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Model Keperluan Bahasa Arab

Untuk Pelancongan Islam di Selangor. e-Jurnal Bahasa Dan Linguistik.

Mohd Hussin Musa ,Christina Andin, Syahrul Nizam Salam. (2020). Kesahan Dan

Kebolehpercayaan Instrumen Pentaksiran Kemahiran Insaniah Murid (Ipkim) Mata

Pelajaran Rekacipta. International Journal Of Education, Psychology And Counselling

(IJEPC).

Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff, Siti Noor Ismail, Anis Salwa Abdullah. (2018). Kesahan Dan

Kebolehpercayaan Instrumen Iklim Sekolah Di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi

di Kelantan. IJEISR Journal.

Norlela Ahmad , Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil, Marzni Mohamed Mokhtar, Mohd

Azuan Mohd Nawawi, Zullaili Hason. (2019). Pengaruh Didik Hibur Dalam

Meningkatkan Kesediaan Belajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Belum

Menguasai Tahap Pencapaian Minimum. Asian Journal of Civilizational .

Sarimah Binti Baco & Mohd. Zaki Bin Ishak. (2021). Kesahan dan Kebolehpercayaan

Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Ungkapan Algebra Tingkatan Dua.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities.

Usha Nagasundram & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Strategi Kemahiran Membaca

Dalam Kalangan Murid Cemerlang Dan Murid Lemah Di Sjk(T) Batu Caves,Selangor.

Infrastructure University Kuala Lumpur Research Journal.

Yuthisdeeran Maniam et.al (2018). Pendekatan Pembelajaran Melalui Bermain Untuk

Meningkatkan Kemahiran Murid Membatangkan Suku Kata Terbuka Kv+Kv


Menggunakan Teknologi Realiti Maya. Research Gate.
Kesediaan dan Sikap Pelajar Opsyen Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Laman Web PRPM Sebagai Sumber
Rujukan

Wan Nur Sabiha Wan Zawawi


Shahnam Abd Rashid
Nor Asiah Ismail, Ph.d

PISMP Bahasa Melayu 1 (SK)


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
sabihazawawi99@gmail.com

ABSTRAK

Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada hari ini menyebabkan sektor pendidikan terpaksa mengikut
arus penggunaan teknologi di semua peringkat pengajian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan
laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat
tahap kesediaan dan sikap pelajar terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan. Kajian ini
melibatkan 80 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan Jun 2018 dan Jun 2019 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka
bentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik melalui perisisan Google Form dengan empat
skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang pelajar
bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan
instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian
sebenar. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, keker apan dan peratusan.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS 23.0. Analisis deskriptif mendapati kedua-dua purata min,
iaitu kesediaan (μ=3.79) dan sikap (μ=3.55) pelajar terhadap penggunaan laman web PRPM berada pada tahap
yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar bersedia dan bersikap positif terhadap penggunaan laman
web PRPM sebagai sumber rujukan dalam pembelajaran bahasa Melayu mereka. Penggunaan bahan
berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti laman web PRPM dapat menarik minat pelajar dan
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.

Kata kunci : Kesediaan, sikap, laman web

ABSTRACT

The rapid development of technology today has resulted in the education sector being forced to follow the current
use of technology at all levels of study. This study aims to review the use of the Malay Literary Reference Centre
(PRPM) website in learning the Malay language. This study looked at the level of preparedness and attitude of
students towards the use of the PRPM website as a source of reference. The study involved 80 students of the
Bachelor's Degree Programme (PISMP) in June 2018 and June 2019 at Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan (IPGKTAA).This study is a quantitative study with the design of the survey study. In this study,
questionnaire instruments through Google Form with four Likert scales were used for data collection purposes. A
pilot study was conducted on 20 students to determine the validity and reliability of the study instruments and the
results of the pilot study showed that the instruments used had high reliability and remained used in real studies.
Descriptive statistics are used to view mean analysis, standard deviation, frequency, and percentage. The data
obtained analyzed using SPSS 23.0. Descriptive analysis found that both the mean, the readiness (μ=3.79) and the
attitude (μ=3.55) of the students towards the use of the PRPM website were at a high level. This shows that students
are prepared and positive towards the use of the PRPM website as a source of reference in their Malay language
learning. The use of materials based on information and communication technology such as the PRPM website can
attract students and improve their Malay language proficiency.

Keywords : Readiness, attitude, website


PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semakin pesat digunakan
dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Penggunaan TMK amat penting dan telah diterapkan
dalam semua peringkat pengajian samaada di peringkat institusi, kolej, sekolah menengah mahupun sekolah
rendah. Perkara ini sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) dalam memaksimumkan penggunaan TMK sebagai usaha
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Menurut Ahmad Fakrudin, Wan Norina dan Nor Khayati
(2019), teknologi yang diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menunjukkan satu
peralihan baharu dalam teknik penyampaian pedagogi para pendidik. Perkembangan teknologi bukan sahaja
memberi impak terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar malahan dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran para pendidik dalam bidang TMK. Selain itu, penggunaan TMK juga dapat memudahkan proses
pengajaran para pendidik. Hal ini kerana pelajar lebih menunjukkan minat yang mendalam terhadap isi pelajaran
apabila para pendidik menggunakan TMK. Oleh yang demikian, pengaplikasian TMK dalam proses pengajaran
mampu menarik perhatian murid untuk terus fokus dan dapat memahami isi pelajaran dengan lebih jelas. Tidak
dapat disangkal lagi bahawa penerapan TMK dalam proses pembelajaran sememangnya mendatangkan pelbagai
kebaikan samaada kepada pelajar mahupun para pendidik.

Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) adalah merupakan sebahagian daripada penggunaan
teknologi dalam bidang pendidikan. PRPM iaitu sebuah kamus secara atas talian ataupun dikenali sebagai kamus
elektronik yang diwujudkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai alternatif baharu menggantikan
kamus bercetak berikutan perkembangan arus teknologi semasa. Laman web PRPM biasanya digunakan sebagai
alat bantuan penterjemahan dalam satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Namun demikian, rujukan dalam PRPM juga
turut meliputi kamus Melayu-Inggeris, istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan
(Sabah dan Sarawak) dan peribahasa. Selain daripada fungsi tersebut, laman web PRPM juga menyediakan arkib
khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang
ditentukan oleh DBP. Jelaslah bahawa, laman web PRPM mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat
kepada pengguna. Kamus elektronik seperti PRPM merupakan medium yang amat fleksibel dan bersesuaian untuk
digunakan kerana dapat diakses pada bila-bila masa sahaja. Pengkaji melaksanakan kajian ini kerana mendapati
pelajar menggunakan laman web PRPM ini untuk meningkatkan perbendaharaan kata terutamanya dalam bahasa
Melayu. Oleh yang demikian, kajian ini telah dilaksanakan untuk melihat sejauh manakah penggunaan laman web
PRPM sebagai sumber rujukan dalam kalangan pelajar opsyen Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA).

PERNYATAAN MASALAH
Seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan pada abad ini, aspek kesediaan pelajar
dalam menggunakan teknologi perlu diberi perhatian. Sumarni Lapammu (2018) dalam kajiannya telah
bersetuju dengan pendapat (Oblinger & Oblinger 2007) yang menyatakan bahawa generasi pelajar pada hari
ini merupakan “Generasi Net” yang lahir dan membesar seiring dengan persekitaran Internet dan TMK serta
sering terdedah dengan perkembangan teknologi berasaskan komputer dan peralatan elektronik. Beliau turut
menegaskan bahawa sikap, minat dan pencapaian pembelajaran golongan generasi ini sangat dipengaruhi oleh
komputer dan Internet. Jelaslah bahawa pembelajaran masa kini mementingkan penggunaan TMK dan
Internet.

Namun, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi untuk memastikan kejayaan pembelajaran
secara maya. Antaranya ialah kekurangan kemudahan peranti elektronik seperti komputer, komputer riba dan
telefon pintar. Selain itu, isu kemudahan capaian Internet juga menjadi isu yang tidak asing lagi terutamanya
di kawasan luar bandar dan pedalaman. Cabaran yang seterusnya pula adalah dari segi kesediaan para pendidik
untuk menimbulkan suasana pembelajaran secara maya yang berkesan. Kebanyakan para pendidik masih
menggunakan kaedah pembelajaran secara tradisional di mana berlakunya pembelajaran secara sehala. Dalam
hal ini, pendidik memainkan peranan utama sebagai penyampai maklumat manakala pelajar hanya sekadar
mendengar sahaja.
Pengkaji berpendapat bahawa cabaran-cabaran yang dinyatakan turut memberi kesan terhadap tajuk
kajian yang dilaksanakan iaitu berkaitan penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan. Hal ini kerana
kesediaan pelajar dan para pendidik samaada dari segi kemudahan peralatan dan kemahiran TMK amat
penting untuk memastikan laman web PRPM dapat dicapai. Maksudnya, laman web PRPM dapat diakses hanya
apabila mempunyai kemudahan peralatan elektronik dan kemudahan capaian Internet. Oleh yang demikian,
kajian ini merupakan satu inisiatif pengkaji untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan sikap pelajar opsyen
bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan.

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji, iaitu :
i.Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM
sebagai sumber rujukan.
ii.Mengenal pasti sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai
sumber rujukan.

SOALAN KAJIAN
Soalan-soalan kajian berikut digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan :
1. Apakah tahap kesediaan pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web
PRPM sebagai sumber rujukan?
2. Bagaimanakah sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM
sebagai sumber rujukan?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan pendekatan kuantitatif. Kajian ini bertujuan untuk
melihat sejauh manakah kesediaan dan sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web
PRPM. Dalam menganalisis kuantitatif deskriptif, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan
kepada peserta kajian melalui Google Form.

Persampelan
Populasi pelajar yang dipilih ialah pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 dan 2019 yang merupakan pelajar semester 6
dan Semester 8 di IPGK Tengku Ampuan Afzan. Dianggarkan seramai 62 orang pelajar Semester 6 dan 39 orang
pelajar Semester 8 yang terlibat sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Kaedah persampelan ini adalah bertujuan
bagi memilih sampel kajian agar memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki bagi kajian ini.

Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik. Set soal selidik yang digunakan adalah merupakan
adaptasi daripada soalan soal selidik ‘Tahap pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 Terhadap
Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya VLE FROG Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu’ oleh Zamri
Mahamod (2018). Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Bahagian A yang mengandungi lima item
berkenaan demografi peserta kajian. Bahagian B pula mempunyai 10 item mengenai kesediaan pelajar opsyen
bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan. Manakala, Bahagian C pula
mengandungi lapan item mengenai sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM
sebagai sumber rujukan. Penggunaan Skala Likert adalah pada bahagian B dan C yang terdiri daripada empat tahap
di mana skala 1 adalah aras yang terendah manakala skala 4 adalah aras yang tertinggi.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1
Demografi Peserta Kajian

Demografi Peserta Kajian Kekerapan Peratusan (%)

Jantina :
Lelaki 33 41.3
Perempuan 47 58.8
Semester Pengajian :
PISMP Ambilan Jun 2018 33 41.3
PISMP Ambilan Jun 2019 47 58.8

Kaum :
Melayu 49 61.3
Cina 9 11.3
India 0 0
Peribumi 22 27.5
Latar Belakang Keluarga :
Pendidik 21 26.3
Bukan Pendidik 59 73.8

Taraf Hidup :
B40 57 71.3
M40 21 26.3
T20 2 2.5

Seramai 80 orang peserta kajian daripada pelajar IPGKTAA telah menjawab soal selidik kajian yang diedarkan.
Jadual 1 menerangkan secara terperinci mengenai data demografi peserta kajian yang diperoleh daripada soal
selidik. Rumusan yang dapat dibuat adalah pelajar perempuan lebih ramai iaitu seramai 47 orang (58.8%)
berbanding pelajar lelaki iaitu 33 orang (41.3%). Melalui soal selidik ini juga, didapati pelajar PISMP Ambilan Jun
2019 adalah lebih ramai yang menjawab soal selidik ini iaitu seramai 47 orang (58.8%) berbanding pelajar PISMP
Ambilan Jun 2018 iaitu 33 orang (41.3%). Majoriti peserta kajian adalah daripada kaum Melayu iaitu 49 orang
(61.3%), diikuti kaum peribumi seramai 22 orang (27.5) dan seterusnya kaum Cina iaitu hanya 9 orang sahaja
(11.3%). Manakala tiada penyertaan daripada kaumj India dalam soal selidik ini. Majoriti peserta kajian adalah
daripada keluarga bukan pendidik (73.8%) dan daripada golongan B40 (71.3%).

Analisis Persoalan Kajian Pertama

1. Apakah tahap kesediaan pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai
sumber rujukan?

Berdasarkan kajian yang dijalankan, min tertinggi bagi tahap kesediaan pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap
penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan adalah pada item ke-6 iaitu “Saya dapat mengakses laman
web PRPM dengan mudah kerana terdapat kemudahan peranti di rumah” dengan nilai min sebanyak 3.90 dan
sisihan piawai 0.302 . Bagi min terendah pula terdapat pada dua item dengan nilai min 3.59 dan sisihan piawai
0.791. Pertamanya, item ke-5 iaitu “Saya boleh menggunakan laman web PRPM sepanjang masa” dan yang kedua
adalah pada item ke-7 iaitu “Saya dapat mengakses laman web PRPM dengan mudah kerana terdapat kemudahan
internet di rumah”.
Daripada dapatan kajian yang diperoleh, tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan laman web PRPM
adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan min sebanyak 3.79 dan sisihan piawai 0.184. Oleh yang
demikian, jelaslah bahawa tahap pelajar opsyen bahasa Melayu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap
penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan.

Jadual 2
Tahap Kesediaan Pelajar Opsyen Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Laman Web PRPM Sebagai Sumber
Rujukan

Bil. Item Sisihan Min Tahap min


piawai (S.P)

1. Saya menggunakan laman web PRPM dalam


pembelajaran bahasa Melayu. 0.402 3.88 Tinggi

2. Saya mempunyai kemudahan akses terhadap


internet 0.537 3.63 Sederhana
3. Saya mudah mencari makna sesuatu perkataan
menggunakan laman web PRPM. 0.402 3.88 Tinggi

4. Saya menggunakan laman web PRPM untuk


meningkatkan kemahiran bahasa Melayu. 0.381 3.86 Tinggi
5. Saya boleh menggunakan laman web PRPM
sepanjang masa. 0.791 3.59 Sederhana
6. Saya dapat mengakses laman web PRPM dengan
mudah kerana terdapat kemudahan peranti di 0.302 3.90 Tinggi
rumah.
7. Saya dapat mengakses laman web PRPM dengan
mudah kerana terdapat kemudahan internet di 0.630 3.59 Sederhana
rumah.
8. Saya dapat mengakses laman web PRPM dengan
mudah kerana terdapat kemudahan peranti di 0.424 3.85 Tinggi
kampus.
9. Saya dapat mengakses laman web PRPM dengan
mudah kerana terdapat kemudahan internet di 0.644 3.63 Sederhana
kampus.

10 Saya bersedia untuk menggunakan laman web


PRPM dalam pengajaran bahasa Melayu di 0.469 3.79 Tinggi
sekolah nanti.

Analisis Persoalan Kajian Kedua

2. Bagaimanakah sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai
sumber rujukan?

Berdasarkan kajian yang dijalankan, min tertinggi bagi sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan
laman web PRPM sebagai sumber rujukan adalah pada item ke-5 iaitu “Saya sering menggunakan laman web PRPM
untuk mengetahui makna sesuatu perkataan” dengan nilai min sebanyak 3.83 dan sisihan piawai 0.444 . Bagi min
terendah pula adalah pada item ke-6 iaitu “Saya suka dengan paparan laman web PRPM yang menarik” dengan
nilai min 2.90 dan sisihan piawai 1.086. Daripada dapatan kajian yang diperoleh, sikap pelajar terhadap
penggunaan laman web PRPM adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan min sebanyak 3.55 dan sisihan
piawai 0.223. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tahap pelajar opsyen bahasa Melayu mempunyai sikap yang
positif terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan.

Jadual 3
Sikap Pelajar Opsyen Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Laman Web PRPM Sebagai Sumber Rujukan

Bil. Item Sisihan Min Tahap min


piawai (S.P)
1. Saya suka belajar melalui laman web PRPM. 0.457 3.76 Tinggi
2. Saya berasa seronok apabila mengakses 0.587 3.69 Tinggi
laman web PRPM.
3. Saya mudah mempelajari bahasa Melayu 0.469 3.79 Tinggi
menggunakan laman web PRPM.
4. Saya seronok menggunakan laman web 0.606 3.61 Sederhana
PRPM kerana mudah diakses di mana
sahaja.
5. Saya sering menggunakan laman web PRPM 0.444 3.83 Tinggi
untuk mengetahui makna sesuatu
perkataan.
6. Saya suka dengan paparan laman web 1.086 2.90 Sederhana
PRPM yang menarik.
7. Saya sering menggunakan laman web PRPM 0.776 3.33 Sederhana
bersama rakan-rakan.
8. Saya lebih suka menggunakan kamus
elektronik berbanding kamus bercetak. 0.722 3.60 Sederhana

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian yang terlibat di dalam kajian ini, pengkaji telah
menggariskan secara kasar aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menghasilkan kajian yang lebih
berkualiti. Berikut dikemukakan beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan untuk kajian yang selanjutnya.
Antaranya ialah memperluaskan skop kajian dengan melibatkan pelajar opsyen bahasa Melayu di IPG seluruh
Malaysia, bukan hanya tertumpu di IPGKTAA sahaja supaya mampu memberi gambaran sebenar tentang
kesediaan dan sikap pelajar opsyen bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai sumber
rujukan. Selain itu, diharapkan dalam kajian akan datang, pengkaji akan memilih peserta kajian daripada pelbagai
opsyen supaya dapat mengkaji tahap pengetahuan mereka dalam penggunaan PRPM. Kemudian, memandangkan
kajian ini hanya melibatkan reka bentuk kajian kuantitatif sahaja, pengkaji mencadangkan agar kajian selanjutnya
menggunakan reka bentuk kualitatif seperti kajian kes dan juga kaedah gabungan supaya menghasilkan dapatan
kajian yang lebih kukuh.

Terdapat juga beberapa implikasi kajian ini terhadap pihak-pihak tertentu. Pertamanya, kajian ini memberi
manfaat kepada pelajar opsyen bahasa Melayu kerana dapat menyedarkan mereka mengenai kepentingan
penggunaan laman web PRPM sebagai sumber rujukan dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, kajian ini juga
memberi kesan yang positif kepada guru sekolah iaitu dapat memberikan pendedahan yang terperinci mengenai
penggunaan laman web PRPM dan kepentingannya. Secara tidak langsung, guru sekolah dapat mengaplikasikan
penggunaan laman web ini dalam proses pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah juga boleh menggunakan dapatan
kajian ini untuk melihat peratus penggunaan laman web PRPM dalam kalangan pelajar serta dapat mengesan
kepentingan laman web ini dalam pembelajaran bahasa. Oleh yang demikian, menjadi peranan pihak pentadbir
sekolah untuk melazimkan penggunaan laman web PRPM dalam proses PdPc terutamanya bagi subjek bahasa
Melayu.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh
manakah tahap kesediaan dan sikap pelajar opsyen Bahasa Melayu terhadap penggunaan laman web PRPM
sebagai sumber rujukan. Hasil pada akhir kajian telah menunjukkan bahawa pelajar opsyen bahasa Melayu
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi serta bersikap positif terhadap penggunaan laman web PRPM sebagai
sumber rujukan. Tambahan pula, penggunaan TMK dalam pendidikan sangat ditekankan pada dasarwasa ini.
Lantaran itu, sebagai seorang bakal guru, kemahiran dan pengetahuan mengenai TMK perlu ditingkatkan sejajar
dengan perkembangan teknologi semasa agar dapat melahirkan modal insan yang mampu bersaing rapat dengan
negara luar dari segi pendidikan.

RUJUKAN

Abdul Rahman, H., Zainal, N., & Ab Karim, N. A. (2015). Keberkesanan Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. International Conference on
Information Technology & Society, Kuala Lumpur, Malaysia.

Ahmad Fakrudin Mohamed Yussof, Wan Norina Wan Hamat dan Nor Khayati Basir. (2019). Penggunaan Aplikasi
Web 2.0 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Mata Pelajaran UMUM (MPU) di Politeknik.
E-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 16(5), 1-13.

Alagesan, Siti Hajar Halili & Mohana Dass Ramasamy. (2020). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Bahasa
Tamil Terhadap Penggunaan Teknologi Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan. Kuala Lumpur: Univerisiti
Malaya.

Emilda Balkis Ismail & Anuar Ahmad. (2022). Kesediaan Murid Mengaplikasikan Penggunaan Web 2.0 dalam Mata
Pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (2),
e001285.

Fuad Mohamed. (2017). Metodologi Penyelidikan : Panduan Menulis Tesis Edisi Kedua. Kedah: Universiti Utara
Malaysia.

Hamimah Salleh, & Marlina Abdul Manaf. (2017). Pengintegrasian pembelajaran teradun dalam Pembelajaran
Berasaskan Kerja (Work Based Learning). Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, 1, 16-23

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Edisi Pelancaran
PIPP 2006. Diterbitkan oleh Kementerian.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sumarni Lapammu. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan
Pembelajaran Persekitaran Maya VLE FROG Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 4, Bil. 1(Mei), 53- 62

Vinathan & Talirkodi. (2017). Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Di SJK (T)
Daerah Kuala Muda Yan: Kedah. Universiti Utara Malaysia.
Sikap dan Motivasi Pelajar IPGKTAA Terhadap Pembelajaran
Kursus Teras Bahasa Melayu Secara dalam Talian Sepanjang PKP

Nur Fatinah Shuhaimi


Rahimah Sabtu
Nor Asiah Ismail, Ph.d

PISMP Bahasa Melayu


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
nurfatinahshuhaimi@gmail.com

ABSTRAK
Penularan wabak Covid-19 yang melanda negara Malaysia telah menyebabkan penutupan instisusi-institusi
pengajian tinggi di seluruh negara seterusnya sesi Pengajaran dan Pengajaran (PdP) terpaksa dilaksanakan secara
dalam talian. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) terhadap pembelajaran
kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP. Peserta kajian ini terdiri daripada 144 orang pelajar PISMP
IPGKTAA yang mengambil kursus teras Bahasa Melayu. Data-data yang diperoleh dan dikumpulkan telah dianalisis
menggunakan Statistical Package of Science Social (SPSS) Versi 27.0. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
tinjauan. Borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk Google Form dengan skala Likert Empat mata untuk
dianalisis secara deskreptif bagi mengukur tahap sikap dan motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran
kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP. Secara keseluruhannya, dapatan hasil menunjukkan
bahawa min bagi tahap sikap adalah tinggi, iaitu 3.53 manakala tahap motivasi pula adalah sederhana, iaitu 3.4 9.
Hal ini menunjukkan bahawa peserta kajian ini mempunyai sikap dan motivasi yang tinggi pembelajaran kursus teras
Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP.
Kata Kunci: sikap, motivasi, pelajar, dalam talian, PKP

ABSTRACT
The Covid-19 pandemic that has plagued Malaysia has led to the closure of institutions of higher learning throughout
the country and the Teaching sessions had to be carried out online. Thus, this study was conducted to identify the
attitude and motivation of students of the Bachelor of Teaching Programme (PISMP) of the Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) towards learning the core Malay courses online throughout the MCO. The
participants were 144 students of PISMP IPGKTAA who took the core Malay language course. The data obtained and
collected were analyzed using the Statistical Package of Social Science (SPSS) Version 27.0. The study used the survey
study design. The questionnaire used is in the form of a Google Form with a four -point Likert scale to be analyzed
descriptively to measure the level of attitude and motivation of PISMP IPGKTAA students towards learning the core
Malay language course online throughout the MCO. Overall, the results showed that the mean of attitude level was
high, at 3.53 while the motivation level was moderate, at 3.49. This shows that the study participants had a high
attitude and motivation to learn the core Malay courses online throughout the MCO. Researchers hope that the
findings of this study will help lecturers improve the quality of learning of the core Malay language courses as the
students strive to make changes in terms of managers.
Keywords: attitude, motivation, student, online learning, MCO
PENGENALAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ialah sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal -bakal
guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. IPGM bertanggungjawab melatih bakal -bakal guru untuk
menjadi seorang guru yang mahir dalam semua aspek keguruan. IPGM telah menawarkan pelbagai kursus
pendidikan sama ada melalui kursus teras dan kursus elektif teras. Hal ini kerana sebagai seorang bakal
guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan terhadap subjek
yang diajar, kesediaan mengajar, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelaksanaan pengajaran di
sekolah bagi melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), 2017). Kurikulum pendidikan guru yang merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan afektif
memenuhi keperluan asas jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Kurikulum pendidikan yang
direka bentuk dengan baik akan membantu dan memandu serta menjelaskan proses pendidikan yang
dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi pendidikan tertentu termasuk Institusi
Pendidikan Guru (IPG).

Kursus teras dan kursus elektif Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dirangka untuk
memberi asas yang kukuh dalam teori dan pengetahuan yang sewajarnya dalam pengkhususan masing-
masing. Kedua-dua kursus teras dan elektif memainkan peranan yang amat penting dalam menghasilkan
seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang global serta kemahiran insaniah yang tinggi. Justeru,
penguasaan pengetahuan dan pembinaan kemahiran insaniah perlu dilaksanakan ketika mereka sedang
mengikuti program latihan keguruan (KPM, 2017).

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap dan motivasi pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam
talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tinjaun terhadap kedua-dua aspek ini diukur dari
persektif pelajar yang mengambil opsyen Bahasa Melayu semester enam, semester empat dan semester
dua. Sebanyak 17 kursus teras yang wajib diambil oleh pelajar major Bahasa Melayu sepanjang mengikut
program tersebut. Antaranya ialah Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah dan Drama dalam Pendidikan.

PERNYATAAN MASALAH

Penularan wabak COVID-19 yang melanda negara telah memberi impak besar kepada pelbagai sektor
termasuklah sektor pendidikan. Kebanyakan negara di dunia termasuklah negara Malaysia terpaksa
menutup sementara institusi pendidikan sebagai usaha mengelakkan jangkitan dan memutuskan rantaian
Covid19 telah menjejaskan hampir 80% daripada populasi pelajar di dunia iaitu hampir 1.37 bilion pelajar
daripada 138 negara dan 60.2 juta pengajar sekolah dan universiti (UNESCO, 2020). Akibatnya, proses
PdP secara bersemuka atau konvensional yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi terpaksa
ditagguhkan dan digantikan secara dalam talian. Rentetan itu, hal ini menjadi cabaran baharu kepada
pelajar mahupun pensyarah kerana terpaksa melaksanakan aktiviti PdP dalam talian secara sepenuhnya
sepanjang pandemik ini.

Pelajar mahupun pensyarah perlu membiasakan diri dengan norma baharu yang memerlukan
proses PdP masih dapat dilaksanakan seperti biasa tetapi melalui medium dalam talian. Perubahan kaedah
pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas kepada medium pembelajaran secara atas talian memberi
kesulitan dan tekanan kepada guru dan pensyarah untuk melaksanakannya dalam masa yang singkat
terutama semasa tempoh PKP. Menurut Bao (2020), penerimaan warga pendidik terhadap PdP secara
dalam talian adalah berbeza mengikut tahap penguasaan kemahiran digital masing -masing. Individu yang
mempunyai kemahiran digital yang tinggi dan sederhana berupaya untuk menerima dan mengikuti
pembelajaran secara dalam talian dengan lebih berkesan berbanding dengan individu yang memiliki
kemahiran digital yang rendah. Para pendidik menyatakan rasa tidak puas dalam menyampaikan
kandungan pengajaran, manakala para pelajar pula menyatakan perasaan tidak berpuas hati terhadap
kandungan pembelajaran yang diterima (Nor Halina, Norlizawati & Norhafinas, 2020).
Semasa pelaksanaan PdP secara dalam talian, ramai pelajar telah terkesan dengan PdP baharu
ini seterusnya menimbulkan beberapa masalah psikologi seperti kebimbangan, stres, gangguan emosi,
dan kemurungan (Sheela et al., 2020; Hairani et al., 2021). Pernyataan ini selari dengan dapatan kajian
yang dijalankan oleh Khaled et al. (2021) yang mendapati tahap kesihatan mental pelajar institut pengajian
tinggi sepanjang PdP dalam talian semasa pandemik berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan
masalah-masalah yang dibincangkan, jelaslah bahawa suatu kajian perlu dijalankan untuk meneroka sikap
dan motivasi pelajar IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang
PKP.

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap sikap pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa
Melayu dalam talian sepanjang PKP.
2. Mengenal pasti tahap motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras
Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, dua persoalan telah dikemukakan oleh pengkaji, iaitu:
1. Apakah tahap sikap pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu
dalam talian sepanjang PKP?
2. Apakah tahap motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa
Melayu dalam talian sepanjang PKP?

METODOLOGI
Reka Bentuk
Reka bentuk kajian amat penting bagi sesuatu kajian. Hal ini kerana reka bentuk kajian menjadi panduan
kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Pengkaji telah memilih kajian tinjauan yang menggunakan reka
bentuk kualitatif untuk meneroka secara mendalam sikap dan motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap
pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP. Menurut Creswell (2006, seperti
yang dirujuk dalam Nur Hawa Hanis & Ghazali, 2018) menjelaskan bahawa kajian tinjauan merupakan
kaedah mendapatkan maklumat dalam bentuk pendapat, persepsi dan sikap sesuatu populasi daripada
peserta kajian yang dijadikan sampel dan sangat sesuai untuk digunakan sebagai kajian penyelidikan
pendidikan.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai keadah mengumpul maklumat dan
data daripada peserta kajian. Pengkaji memilih kaedah ini kerana data yang diperoleh adalah bersifat
sistematik berdasarkan kehidupan yang sebenarnya. Kenyataan ini bertepatan dengan pendapat Chew
dan Zul Hazmi (2018) yang menjelaskan bahawa pemilihan kaedah soal selidik adalah tepat kerana
peranannya yang lebih praktikal dalam realiti sebenar dalam konteks kajian yang sedang dijalankan.

Persampelan

Menurut Fuad Mohamed Berawi (2017) dalam buku yang bertajuk “Metodologi Penyelidikan” menyatakan
persampelan ialah satu proses pemilihan sasaran kajian sama ada subjek, objek atau fenomena yang ingin
dikaji bagi mewakili sekumpulan unsur yang dipilih, iaitu populasi. Populasi pula ialah satu set unsur atau
elemen, misalnya orang, haiwan atau fenomena yang memiliki persamaan ciri-ciri yang hendak dikaji pada
satu tempat, masa dan keadaan tertentu mengikut objektif kajian. Dalam kajian ini, kaedah persamplean
yang dipilih ialah persampelan rawak mudah.

Kajian ini dijalankan berkaitan dengan sikap dan motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap
pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP yang melibatkan para pelajar
PISMP Bahasa Melayu ambilan Jun 2019, Jun 2020 dan Jun 2021. Jumlah populasi kajian bagi ketiga-tiga
ambilan yang terlibat adalah seramai 234 orang. Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie
dan Morgan (1970); Fadilla Layang & Zamri Mahamod (2019), populasi yang paling hampir dengan 234
ialah 230, maka bilangan saiz sampel yang diperlukan dan bersesuaian dengan pelaksanaan kajian ini
adalah sebanyak 144 orang sahaja.

Intrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan
data untuk mengenal pasti sikap dan motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus
teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP dengan tepat. Soal selidik yang dibina ialah adaptasi
daripada kajian yang dijalankan oleh Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah
(2021). Justifikasi pemilihan instrumen ini adalah kerana kandungan itemnya yang serupa dengan
kandungan yang ingin dinilai dalam kajian ini.

Borang soal selidik bagi kajian ini merangkumi tiga bahagian. Bahagian A merangkumi demografi
peserta kajian seperti jantina, kaum, tahun ambilan, PNGK, tempat tinggal, sosioekonomi keluarga dan
latar belakang pendidikan. Bahagian B merangkumi soalan yang berkaitan dengan sikap pelajar PISMP
IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP. Bahagian B
ini mempunyai 11 item soalan bagi mendapatkan maklumat tentang persoalan kajian pertama. Manakala,
bahagian C pula memuatkan 10 item soalan yang mengkaji motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap
pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP bagi mendapatkan maklumat
tentang persoalan kajian kedua.

Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang dilakukan secara kecil-kecilan sebelum kajian sebenar dan amat
penting dalam sesebuah kajian tinjauan. Hal ini kerana kajian rintis dapat menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 2018), mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan instrumen yang dibina, serta kesesuaian istilah dan struktur ayat supaya tidak timbul kekeliruan
dan salah tafsir.

Bil. Skor Alpha Cronbach Skor Alpha Cronbach


1. Sikap pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran 0.927
kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP
2. Motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran 0.930
kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP
Keseluruhan 0.929

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Demografi Peserta Kajian


Maklumat demografi peserta kajian diperoleh melalui instrumen soal selidik pada Bahagian A. Sebanyak
tujuh item soalan telah dikemukakan dalam soal selidik. Antaranya ialah jantina, kaum, tahun ambilan,
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK), tempat tinggal, sosioekonomi keluarga dan latar belakang pendidikan.
Oleh yang demikian, tujuh item soalan beserta dengan hasil analisis berkaitannya dinyatakan dalam bentuk
kekerapan dan peratusan.

Analisis Persoalan Kajian Pertama

Apakah tahap sikap pelajar bukan Melayu IPGKTAA dalam pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu

Berdasarkan persoalan kajian pertama, pengkaji telah menyediakan 11 item kepada peserta kajian
berkaitan tahap sikap pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam
talian sepanjang PKP.

Jadual 1
Tahap sikap pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian
sepanjang PKP

Sisihan
Bil Item N Min Tafsiran
piawai
Saya sentiasa bersedia untuk pembelajaran kursus
1. teras Bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang 144 3.48 0.669 Tinggi
tempoh PKP.
Saya menghadiri kursus teras Bahasa Melayu
2. secara dalam talian mengikut jadual yang 144 3.53 0.647 Tinggi
ditetapkan semasa PKP.
Saya suka teknik pengajaran pensyarah secara
3. 144 3.26 0.773 Tinggi
dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Saya suka platform pembelajaran yang digunakan
4. oleh pensyarah kursus teras Bahasa Melayu secara 144 3.40 0.703 Tinggi
dalam talian.
Saya lebih aktif semasa pembelajaran kursus teras
5. 144 3.09 0.876 Tinggi
Bahasa Melayu secara dalam talian.
Saya suka suasana belajar kursus teras Bahasa
6. 144 3.26 0.859 Tinggi
Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Saya sering mencatat nota kuliah yang disampaikan
7. 144 3.22 0.846 Tinggi
oleh pensyarah.
Saya selalu berkongsi nota kuliah dengan rakan lain
8. yang menghadapi masalah capaian internet 144 3.26 0.816 Tinggi
sepanjang tempoh PKP.
Saya sentiasa berhubung dengan pensyarah
9. apabila kurang faham mengenai tajuk 144 3.02 0.889 Tinggi
pembelajaran.
Saya mampu menyiapkan tugasan tutorial yang
10. diberi oleh pensyarah mengikut masa yang 144 3.24 0.793 Tinggi
ditetapkan.
Saya dapat menghantar tugasan kerja kursus yang
11. diberi oleh pensyarah secara dalam talian 144 3.49 0.626 Tinggi
sepanjang tempoh PKP.
Purata 144 3.29 0.777 Tinggi

Berdasarkan Jadual 1, interpretasi data tahap sikap pelajar PISMP IPGKTAA terhadap
pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP menunjukkan tahap yang tiggi
dengan nilai purata min konstruk 3.29 dan nilai sisihan piawai 0.777. Item yang mendapat nilai min yang
tertinggi ialah item (2) saya menghadiri kursus teras Bahasa Melayu secara dalam talian mengikut jadual
yang ditetapkan semasa PKP iaitu (µ= 3.53, S.P= 0.647). Dalam konteks kajian ini, kehadiran pelajar dalam
talian merujuk kepada kemasukan pelajar ke dalam sesi PdP dalam talian melalui aplikasi Google Meet
dan menanda kehadiran pada Google Classroom yang dikendalikan oleh pensyarah. Berdasarkan dapatan
kajian, hal ini jelas menunjukkan bahawa pelajar PISMP IPGKTAA peka terhadap kelas yang perlu dihadiri
secara dalam talian dan sentiasa menanda kehadiran pada ruang yang disediakan. Dapatan kajian ini
bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Seri Mulia
Cheras, Haslindar Nor Ismail (Sinar Harian, 2020) yang menyuarakan keluhan beliau apabila mendapati
bahawa tidak semua muridnya mengikuti kelas secara dalam talian. Malah, Anwar Patho Rohman & Mohd
Nasaruddin Parzi (2020) dalam Berita Harian Online turut melaporkan bahawa hanya 20-30% sahaja murid
yang mengikuti PdP dalam talian sepanjang tempoh PKP.
Analisis Persoalan Kajian Kedua

Apakah tahap sikap pelajar bukan Melayu IPGKTAA dalam pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu

Berdasarkan persoalan kajian kedua, pengkaji telah menyediakan 10 item kepada peserta kajian berkaitan
tahap motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian
sepanjang PKP.

Jadual 2

Tahap motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian
sepanjang PKP

Sisihan
Bil Item N Min Tafsiran
piawai
1. Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk
belajar kursus teras Bahasa Melayu secara dalam 144 3.33 0.737 Tinggi
talian sepanjang tempoh PKP.
2. Saya menerima dorongan daripada pelbagai pihak
untuk belajar kursus teras Bahasa Melayu secara 144 3.20 0.833 Tinggi
dalam talian sepanjang tempoh PKP.
3. Saya berusaha untuk menghadiri kursus teras
Bahasa Melayu sepanjang tempoh PKP walaupun 144 3.44 0.687 Tinggi
menghadapi masalah capaian internet.
4. Saya lebih menumpukan perhatian semasa
belajar kursus teras Bahasa Melayu secara dalam 144 2.90 0.973 Sederhana
talian berbanding bersemuka.
5. Saya lebih memahami pembelajaran kursus teras
Bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang 144 3.06 0.846 Tinggi
tempoh PKP.
6. Saya lebih fokus mempelajari kursus teras Bahasa
Melayu apabila menonton semula video rakaman 144 3.10 0.814 Tinggi
pembelajaran.
7. Saya mahu mendapat markah yang cemerlang
dalam pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu 144 3.40 0.703 Tinggi
secara dalam talian berbanding bersemuka.
8. Saya mencari lebih banyak maklumat berkaitan
kursus teras Bahasa Melayu berbanding kursus 144 3.10 0.817 Tinggi
elektif sepanjang tempoh PKP.
9. Saya berusaha untuk menyiapkan tugasan tutorial
secara dalam talian walaupun menghadapi 144 3.36 0.744 Tinggi
masalah capaian internet.
10. Saya berusaha untuk menghantar tugasan kerja
kursus secara dalam talian walaupun menghadapi 144 3.49 0.669 Tinggi
masalah capaian internet.
Purata 144 3.24 0.782 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2, interpretasi data tahap motivasi pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran
kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP menunjukkan tahap yang tiggi dengan nilai
purata min konstruk 3.24 dan nilai sisihan piawai 0.782. Item yang mendapat nilai min yang tertinggi ialah
item (10) saya berusaha untuk menghantar tugasan kerja kursus secara dalam talian walaupun
menghadapi masalah capaian internet iaitu (µ= 3.49, S.P = 0.669). Dapatan kajian ini selari dengan kajian
Nurul Azira Sapian, Zamri Mahamod & Irma Mahad (2021) yang menyatakan bahawa pelajar berusaha
untuk menghantar tugasan yang diberikan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan masalah
teknikal. Tambahan pula, Dapatan kajian Ainun Rahmah Iberahim et al. (2017) menunjukkan bahawa
apabila murid berminat dengan teknik dan platform pembelajaran yang digunakan oleh guru, maka murid
mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik. Bertentangan
dengan kajian Nirwani Nayan, Syamsyinar binti Hasan & Nurul Huda binti Mashudi (2020) yang
menyatakan bahawa pelajar tidak mampu untuk menghantar tugasan seperti yang dijadualkan kerana
kemahiran mengurus masa yang tidak teratur dan sistematik. Tambahan pula, pelajar mengalami
kesukaran utnuk mengakses platform pembelajaran dalam talian dan mendapatkan bahan pembelajaran
yang dimuat naik oleh pensyarah.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa sikap dan motivasi pelajar PISMP IPGKTAA
terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP adalah positif. Penularan
abak Covid-19 telah membawa satu perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kerana pelaksanaan
sesi PdP secara konvensional kepada PdP secara dalam talian sepenuhnya telah mengejutkan pelajar
serta para pensyarah. Namun demikian, itu bukanlah satu alasan untuk para pelajar menunjukkan sikap
dan motivasi yang lemah dan tidak berminat untuk meneruskan sesi PdP. Hal ini kerana pihak KPM telah
menyediakan garis panduan kepada para pensyarah dan pelajar untuk menjalankan sesi PdP dalam talian
dengan teratur dan sistematik menggunakan aplikasi terkini yang semakin canggih.

Implikasi kajian ini adalah berupaya membantu pensyarah mengenal pasti sikap dan motivasi
pelajar PISMP IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP.
Bagi memastikan sikap dan motivasi pelajar sentiasa berada dalam keadaan positif, pensyarah perlulah
mengambil cakna mengenai stuasi yang dihadapi oleh para pelajar. Antaranya ialah pensyarah boleh
mengenal pasti tahap kebolehcapaian internet pelajar bagi membolehkan pensyarah menentukan kaedah
dan teknik pengajaran yang bersesuaian agar pembelajaran dalam talian dapat dijalankan dengan baik.
Pemilihan platform bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti aplikasi whatsapp,
telegram, google meet mahupun zoom amat penting bagi mengelakkan berlakunya lag atau screen freeze
yang boleh mengganggu tumpuan pelajar. Saranan cadangan ini selari dengan cadangan yang
dikemukakan oleh Mohamad (2020) dan Najmi (2020) iaitu pensyarah juga perlu ke hadapan dan kreatif
kearah pedagogi digital. Sesi PdP menggunakan teknologi mampu mengangkat pedagogi pensyarah
terutama dalam cabaran menghadapi PdP semasa pandemik dan dalam tempoh PKP.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji berdasarakan kajian yang dijalankan ialah
kepelbagaian kaedah pengumpulan data pada masa akan dating dan tidak terhad kepada instrument soal
selidik sahaja. Contohnya menggunakan kaedah kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian. Saranan
cadangan ini juga adalah sependapat dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf et al.
(2020), iaitu kaedah pengumpulan data juga boleh dijalankan secara pemerhatian langsung bagi
memperkukuhkan dapatan kajian yang diperolehi. Bagi kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan agar
kajian berkaitan hubungan antara tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar PISMP
IPGKTAA terhadap pembelajaran kursus teras Bahasa Melayu dalam talian sepanjang PKP dijalankan
untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian
sepanjang PKP.
RUJUKAN

Ainun Rahmah Iberahim et al. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi
dan pencapaian bahasa melayu pelajar sekolah menengah (21th century learning and the influence
of attitude, motivation and achievements malay language secondary school student). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.

Anwar Patho Rohman & Mohd Nasaruddin Parzi. (2020, Jun 23). Hanya 20-30% murid ikuti PDP dalam
talian. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/703364/hanya-
20-30-peratus-muridikuti-pdp-dalam-talian

Bao. (2020). COVID‐19 and online teaching in higher education: A case study of Peking University. Human
behavior and emerging technologies, 2(2), 113-115.

Chew, F. P. & Zul Hazmi Hamad. 2018. Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8
(1), 2018, pp. 1-12.

Fuad Mohamed Berawi (2017) Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis (UUM Press). UUM Press.

Hairani et. al. (2021). Stres akademik mahasiswa dalam melaksanakan kuliah daring selama masa
pandemi Covid 19. Jurnal Psikologi, 10(1), 31-39.

Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan mot ivasi muri sekolah
rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11 (1), 16-28

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016-2025. Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Cyberjaya

Khaled et al. (2021). Knowledge, attitude, and acceptance of healthcare workers and the public regarding
the COVID-19 vaccine: a cross-sectional study. BMC public health, 21(1), 1-21.

Mohamad. (2020). Covid-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah menuju MalaysiaMaju.
Astro Awani, 9 April 2020.

Mohd Najib Abdul Ghaffar, 2018). The Correlation Between Assessment for Learning and Constructive
Alignment Based on Age. International Research-Based Education Journal, 1(2), 169-174.

Mohd. Ashraf et al. (2020). Coronavirus disease 2019 (COVID-19): a systematic review of pregnancy and
the possibility of vertical transmission. Journal of reproduction & infertility, 21(3), 157.

Najmi. (2020). Pembelajaran alam maya: Ini solusi ketika berdepan Covid-19. Astro Awani. 23 Mac
2020.

Nirwani Nayan, Syamsyinar binti Hasan & Nurul Huda binti Mashudi. (2020). Masalah Pembelajaran Dalam
Talian Kepada Pelajar Semester 5 Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’dzam
Shah Semasa Pandemik Covid19. Implication Of Covid-19 Pandemic Towards Education, Social
Life & Global Economics, 187

Nor Halina, Norlizawati & Norhafinas, (2020). Cabaran pensyarah kolej komuniti dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. e-Proceedings of the Green Technology &
Engineering 2020 Virtual Conference

Nur Hawa Hanis & Ghazali (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 22-31

Nurul Azira Sapian, Zamri Mahamod, Irma Mahad. (2021). Penglibatan Murid-Murid Sekolah Kebangsaan
Di Kawasan Bandar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Daripada Persepsi Guru
Bahasa Melayu. PENDETA, 12(2), 80-97. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.7.2021
Sheela et al. (2020). The Psychological Effect of Covid-19 Among Healthcareworkers In Department Of
Obg And Its Allied Branches At Rl Jalappa Hospital And Research Centre. Authorea.

Sinar Harian. (2020, April 2). Cabaran mengajar dalam talian. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-}mengajardalam-talian

UNESCO. (2020). Global Education Coalition-290-million students out school due-COVID-19. In Unesco.
https://en.unesco.org/news/290-million-students-out-school-due-covid-19-unesco-releases-first-
global-numbers-and-mobilizes
Faktor-faktor Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri

Bahasa Melayu Pelajar PISMP Kaum Cina di IPGKTAA

Nurul Nabila Bahrun


Aminuddin Mohamed, Ph.d
Nor Asiah Ismail, Ph.d

PISMP Bahasa Melayu


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
Iyanabila1999@gmail.com

ABSTRAK

Penguasaan tatabahasa khususnya kata ganti nama diri dalam Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sebagai bakal
guru adalah penting untuk membantu meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi murid semasa berbahasa
Melayu di sekolah kelak. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat faktor -faktor yang mempengaruhi
penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu pelajar PISMP kaum Cina di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan, IPGKTAA. Kajian tinjauan ini dijalankan secara kuantitatif melibatkan pelajar kaum Cina
semester akhir ambilan Jun 2018 di IPGKTAA. Empat unit menjadi sasaran pengkaji iaitu unit Bahasa Cina 1, Bahasa
Cina 2, Bimbingan dan Kaunseling (SJKC) dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (SJKC). Instrumen yang digunakan dalam
kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai 32 item secara keseluruhannya m erangkumi tiga faktor iaitu
persekitaran, motivasi dan sikap. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan yang mempengaruhi
penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu ialah faktor motivasi. Justeru, pelajar Cina perlu berusaha
menggunakan kata ganti nama diri Bahasa Melayu kerana penguasaan Bahasa Melayu membantu mereka
berkomunikasi dengan lebih baik.

Kata kunci: Faktor-faktor, penguasaan kata ganti nama diri, Bahasa Melayu, kaum Cina, IPGKTAA

ABSTRACT

Grammatical mastery especially on personal pronouns in Bahasa Melayu among students as potential teachers is
important to help improve the knowledge, skills and competence of students during the Malay language in school.
Accordingly, the aim of this research is to know the factors that influence the mastery of personal pronouns in Malay
Language among the PISMP Chinese students in Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPGKTAA.
For this research, a quantitative survey conducted involving Jun 2018 Chinese intake students in their last semester
in IPGKTAA. A total of four units became the target of the researcher which are Bahasa Cina 1, Bahasa Cina 2,
Bimbingan dan Kaunseling (SJKC) and Pendidikan Awal Kanak-kanak (SJKC). The instrument used in this study is a
questionnaire with 32 items which includes three factors of environment, motivation and attitude. Overall, the results
showed that the most dominant factors that affect the mastery on personal pronouns in Malay language is
motivation. Hence, the Chinese students should strive to use personal pronouns in Malay language because the
mastery of Malay language helps them to communicate better.
Keywords: Factors, personal pronouns mastery, Malay language, Chinese ethnic, IPGKTAA

PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah kerana
dirasakan bahawa dasar ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat pelbagai kaum yang menjalin
hubungan dengan cara berkomunikasi dalam satu bahasa yang sama. Dalam bilik darjah, interaksi lisan antara guru
dan murid serta murid dan murid merupakan satu medium yang berkesan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran berbahasa secara lisan murid-murid (Dayang Sufilkawany Ujai dan Wan Muna Ruzanna Mohammad,
2017). Oleh demikian, guru sebagai seorang penyampai ilmu, duta pengetahuan dan perantara maklumat dalam
proses pendidikan memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan proses pendidikan iaitu dengan
memastikan diri dapat bertutur menggunakan Bahasa Melayu yang betul supaya dapat menjadi suri teladan terbaik
bagi murid di sekolah (Yong Hie Hie et al, 2018).

Tatabahasa Bahasa Cina dan Bahasa Melayu adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini menyukarkan
penguasaan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan pelajar Cina Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa
pelajar bukan Melayu banyak melakukan kesalahan tatabahasa terutama dari aspek sintaksis, semantik dan
morfologi seperti kesalahan kata ganti nama diri dan penggunaan aspek kata (Zaliza Moham ad Nasir, 2017). Pelajar
yang keliru dan kurang berkeyakinan semasa menggunakan kata ganti nama diri orang dalam Bahasa Melayu secara
tidak sedar akan melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan prestasi pertuturan dan penulisan mereka. Sebagai
pelajar atau guru pelatih yang akan bertugas untuk mendidik anak bangsa kelak, pelajar haruslah membuat
persiapan penuh dengan menguasai kata ganti nama diri Bahasa Melayu dengan mantap.

Untuk menguasai kata ganti nama diri Bahasa Melayu, pelbagai faktor boleh diambil kira antaranya ialah
faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Bagi meningkatkan penguasaan kata ganti nama diri dalam Bahasa Melayu,
penting untuk pengkaji mengenal pasti faktor-faktor yang mengganggu penguasaan kata ganti nama diri dalam
kalangan pelajar Cina PISMP di IPGKTAA. Oleh demikian, kajian tinjauan ini dilaksanakan dengan berfokuskan
tatabahasa Bahasa Melayu iaitu kata ganti nama diri sebagai tumpuan kajian. Pengkaji melaksanakan kajian tinjauan
terhadap pelajar PISMP Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu mereka dengan
lebih mendalam.

PENYATAAN MASALAH

Penguasaan Bahasa Melayu oleh pelajar Cina merupakan proses yang bukan mudah (Dayang Sufilkawany Ujai &
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2017). Faktor kepada kegagalan penguasaan bahasa ini seringkali
dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Masalah penguasaan Bahasa Melayu oleh pelajar ini merupakan salah satu
masalah yang jelas berlaku. Berdasarkan kajian oleh Dayang Sufilkawany Ujai dan Wan Muna Ruzanna Wan
Mohammad (2017), diringkaskan bahawa faktor dominan yang mempengaruhi pembelajaran bahasa ialah faktor
motivasi, sikap dan persekitaran. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan kata ganti nama
diri dikaji untuk mengenal pasti faktor yang paling banyak memberikan kesan kepada diri pelajar. Menurut
Roasharimah Ibrahim (2017), penguasaan bahasa kedua akan terhalang jika setiap gangguan tidak diatasi dengan
baik. Hal ini menunjukkan bahawa amat penting untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi masalah ini bagi
mengatasinya.

Roasharimah Ibrahim (2017) menyatakan dalam kajiannya, keputusan ujian peperiksaan UPSR
memperlihatkan prestasi pembelajaran Bahasa Melayu oleh murid bukan penutur jati berada di tahap yang rendah.
Sebagai pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang akan ditempatkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina kelak, pelajar seharusnya telah menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan dapat bertutur menggunakan
Bahasa Melayu dengan lancar dan penuh kesantunan. Nora’Azian Nahar (2020) dalam kajiannya memetik
pandangan Zulkifley Hamid (2014) bahawa bagi murid bukan penutur natif, aspek kecekapan bahasa dikuasai
menerusi pembelajaran formal di sekolah. Oleh demikian, penyampaian maklumat oleh guru kepada murid semasa
berkomunikasi perlulah betul dan tepat (Norhayati Mohd Nor dan Roslinda Rosli, 2018). Maka, pelajar haruslah
menggunakan kata ganti nama diri yang betul semasa berkomunikasi dengan murid..

Nurul Ain Alizuddin dan Nik Nur athirah Nik Mohd Arif (2021) dalam kajiannya memetik penulisan Juriah et
al (1994) bahawa selain kekurangan pengetahuan berkaitan aspek tatabahasa dan kecelaruan bahasa ibunda,
kesilapan juga boleh berlaku disebabkan kekeliruan terhadap perbezaan laras-laras bahasa yang sepatutnya
digunakan dalam konteks tertentu. Kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid bukan penutur natif ialah
kesilapan pemilihan kata ganti nama, ketinggalan kata ganti nama dan kesilapan penyusunan kata. Menurut Nurul
Ain Alizuddin dan Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif, (2021),Kesalahan penggunaan kata ganti nama kedua berbentuk
jamak ‘kami’, ‘kita’ dan kata ganti nama diri ketiga ‘mereka’ paling kerap dilakukan oleh pelajar. Kesal ahan berlaku
kerana pelajar tidak dapat membezakan penggunaan kedua-dua kata ganti nama kedua iaitu ‘kita’ dan ‘kami’

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk:

i. Mengenal pasti sama ada faktor persekitaran mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan.
ii. Mengenal pasti sama ada faktor motivasi mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.
iii. Mengenal pasti sama ada faktor sikap mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

SOALAN KAJIAN

Persoalan yang wujud dalam kajian ini ialah:

i. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan?
ii. Adakah faktor motivasi mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan?
iii. Adakah faktor sikap mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan?

METODOLOGI

Reka Bentuk

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif analisis deskriptif. Menurut Van Dalen, 1979 dalam Norani Mohd
Noor dan Ruzilayati Rameli (2020), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif
yang diperolehi daripada pembentukan item-item soal selidik. Bambang Sudaryana et al. (2022) dalam penulisannya
mengemukakan pendapat Cohen dan Manion 1996 bahawa penelitian kuantitatif ialah penelitian sosial yang
menggunakan metode-metode dan pernyataan-pernyataan empiris. Pengkaji menjalankan kajian tinjauan dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Melalui kaedah tinjauan, maklumat yang diperoleh dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dalam kajian ini, masalah tersebut merujuk kepada penguasaan kata
ganti nama diri.

Dayang Sufilkawany Ujai dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017) dalam kajiannya menggunakan
Model Psikologi Sosial oleh Gardner (1985) bagi melihat beberapa faktor yang berkait rapat dengan penguasaan dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam model ini, sikap dan orientasi, motivasi serta kecenderungan menunjukkan
kesan secara langsung terhadap kecekapan bahasa oleh pelajar. Hasil kajian mereka mendapati bahawa faktor
dominan yang mempengaruhi penguasaan bahasa ialah faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Oleh demikian,
pengkaji membentuk soal selidik berfokuskan faktor dominan dengan merujuk kajian Dayang Sufilkawany Ujai dan
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017) serta dimurnikan oleh para pensyarah di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Persampelan

Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang dipilih ialah persampelan bukan rawak iaitu teknik persa mpelan
bertujuan homogen yang dibuat berdasarkan bangsa (Nicki Lisa, 2020). Pemilihan sampel teknik bertujuan ialah
pemilihan berdasarkan tujuan mendapatkan individu dengan kriteria yang telah ditetapkan pengkaji. Populasi bagi
kajian ini ialah pelajar Cina semester akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Kampus Tengku
Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis, Pahang. Secara khususnya, populasi kajian ini ialah seramai 63 orang pelajar
Cina semester akhir yang terdiri daripada empat unit berbeza. Daripada jumlah tersebut, 18 pelajar dari unit Bahasa
Cina 1 (BC 1), 16 pelajar dari unit Bahasa Cina 2 (BC 2), 16 pelajar dari unit Bimbingan dan Kaunseling SJKC (BNK) dan
13 pelajar dari unit Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK).

Pemilihan pelajar ini adalah kerana mereka merupakan pelajar kaum Cina yang merupakan sasaran paling
sesuai untuk tajuk kajian ini yang mencari faktor-faktor mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa
Melayu pelajar Cina. Justeru itu, pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang paling veteran dibandingkan dengan
pelajar semester dua, empat mahupun enam. Oleh demikian, berdasarkan saiz populasi seramai 63 orang pelajar,
pengkaji mengambil keputusan untuk mengambil saiz sampel atau peserta kajian sebanyak lebih kurang 56 -52 orang
pelajar berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Shuhairy Norhisham (2018) menyatakan bahawa jadual Krejic
dan Morgan (1970) menggunakan aras keyakinan dalam pengiraan saiz sampel.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan bagi kajian ini ialah satu set soal selidik yang dibentuk untuk meninjau faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu pelajar Cina PISMP di IPGKTAA. Instrumen
berbentuk soal selidik kerana soal selidik merupakan salah satu kaedah signifik an yang boleh digunakan untuk
mengumpulkan data dan maklumat daripada peserta kajian. Pengkaji telah mengadaptasi dan mengubah suai soal
selidik daripada Dayang Sufilkwany Ujai dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017) dan Norsahida Sakira
Kirman et al (2021) untuk mendapatkan maklumat berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan kata
ganti nama diri Bahasa Melayu pelajar.

Bahagian yang ada dalam borang soal selidik ialah Bahagian A: Demografi Peserta Kajian, Bahagian B: Faktor
Persekitaran yang Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu, Bahagian C: Faktor Motivasi
yang Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu dan Bahagian D: Faktor Motivasi yang
Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu. Pengiraan untuk mendapatkan skor min adalah
dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS). Untuk bahagian B, C dan D, setiap soalan
akan dikira skor dengan menggunakan skala Likert 5 mata. Skala tersebut terdiri daripada Sangat Tidak Setuju (1),
Tidak Setuju (2), Kurang Setuju (3), Setuju (4) dan Sangat Setuju (5Bagi mendapatkan data untuk dianalisis, pengkaji
mengedarkan set soal selidik kepada peserta kajian dengan menggunakan perisian Google Form.

Kajian Rintis

Pengkaji membuat kajian rintis dengan menjadikan pelajar Cina Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
semester 4 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai peserta kajian. Tujuan utama adalah
untuk mengenal pasti sesuatu pernyataan yang tidak sesuai dan mengelirukan peserta kajian semasa menjawab soal
selidik yang diberi (Norani Mohd Noor & Ruzilayati Rameli, 2020). Kajian rintis dilaksanakan untuk mendapatkan
pengesahan tahap kebolehpercayaan soal selidik. Pengkaji memutuskan untuk mengutip sampel bagi kajian rin tis
seramai 30 orang. Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunus Kassim (2018) dalam kajiannya memetik pendapat
Creswell (2009) bahawa bilangan ini adalah mencukupi bagi sesuatu kajian dalam bidang sains sosial. Hasil daripada
kajian rintis yang dilakukan, nilai Alpha Cronbach bagi kumpulan item yang telah dibina adalah seperti berikut:

Jadual 1

Nilai Alpha Cronbach Bagi Kumpulan Item

Bil. Kumpulan item Nilai Alpha Cronbach

1. Bahagian B 0.856

2. Bahagian C 0.896

3. Bahagian D 0.910

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kaedah deskriptif digunakan dan semua dapatan dianalisis dalam bentuk sisihan piawai dan min. Interpretasi faktor
yang mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu pelajar PISMP kaum Cina di IPGKTAA
dilaksanakan berpandukan jadual yang dipelopori oleh Mohd Majid 2000 dalam kajian Noor Habsah Ali dan Yahya
Othman (2018).

Jadual 2

Interpretasi Skor Min Mengikut Tahap

Nilai min Interpretasi

3.68-5.00 Tinggi

2.34-3.67 Sederhana

1.00-2.33 Rendah

Sumber: (Mohd Majid Konting, 2000: Noor Habsah Ali dan Yahya Othman, 2018).

Soalan 1: Adakah faktor persekitaran mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar PISMP kaum Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan?

Jadual 3

Jadual Faktor Persekitaran Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu Pelajar PISMP Kaum
Cina
Bil Item N Min Sisihan Tahap Min
Piawai
1 Saya minat dengan pertuturan pensyarah 55 3.80 0.931 Tinggi
semasa mengajar Bahasa Melayu.
2 Saya menggunakan kata ganti nama diri 55 4.25 0.775 Tinggi
Bahasa Melayu apabila bertutur ketika di IPG.
3 Menguasai kata ganti nama diri Bahasa 55 4.18 0.884 Tinggi
Melayu membantu saya berkomunikasi
dengan rakan-rakan di dalam kelas.
4 Saya selesa apabila rakan-rakan saya boleh 55 4.27 0.849 Tinggi
bertutur menggunakan kata ganti nama diri
dalam Bahasa Melayu.
5 Pensyarah saya menggalakkan saya 55 3.78 1.117 Tinggi
menggunakan kata ganti nama diri yang betul
semasa bertutur di dalam kelas.
6 Pensyarah saya tidak akan memarahi saya jika 55 4.02 0.991 Tinggi
saya tidak bertutur dengan betul
menggunakan kata ganti nama diri Bahasa
Melayu di dalam kelas.
7 Pensyarah saya akan menerangkan kata ganti 55 3.53 1.136 Sederhana
nama diri yang tidak saya fahami.
Min keseluruhan 3.98 0.955 Tinggi

Berdasarkan jadual interpretasi nilai min, hasil dapatan kajian menunjukkan enam item mempunyai tahap
pengaruh yang tinggi kerana berada dalam julat nilai min 3.68-5.00. Item ke-7 mempunyai nilai min sederhana
sebanyak 3.53. Oleh itu, item tersebut mempunyai nilai min sederhana kerana berada dalam julat nilai min 2.34-
3.67. Kajian ini mendapati bahawa faktor persekitaran yang paling mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri
Bahasa Melayu pelajar ialah “Saya selesa apabila rakan-rakan saya boleh bertutur menggunakan kata ganti nama
diri dalam Bahasa Melayu”. Hal ini dibuktikan apabila item tersebut mempunyai purata min sebanyak 4.27
seterusnya menjadi pilihan utama peserta kajian. Dapatan ini selaras dengan pernyataan Noorhidayan Abu Hasim
et al (2019) daripada Zulkifley 2014 yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa diperoleh melalui pergaulan sosial
dalam persekitaran situasi tidak formal. Pelajar berupaya meningkatkan penguasaan dengan adanya proses
transformasi dalam komunikasi bersama rakan (Norliza Jamaluddin, 2019). Manakala, hanya item ke-7 mempunyai
nilai purata min sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa peserta kajian kurang bersetuju dengan faktor persekitaran
iaitu “Pensyarah akan menerangkan kata ganti nama diri yang tidak difahami pelajar”. Ini dibuktikan dengan purata
min item tersebut iaitu sebanyak 3.53 yang berada pada tahap sederhana.

Soalan 2: Adakah faktor motivasi mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan?

Jadual 4

Jadual Faktor Motivasi Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu Pelajar Kaum Cina

Bil Item N Min Sisihan Tahap Min


Piawai
1 Saya berasa seronok menggunakan kata ganti 55 3.89 0.994 Tinggi
nama diri Bahasa Melayu.
2 Saya menggunakan kata ganti nama diri yang 55 4.11 0.875 Tinggi
betul dalam kehidupan seharian.
3 Saya berusaha menggunakan kata ganti nama diri 55 4.27 0.781 Tinggi
yang betul apabila berkomunikasi.
4 Aktif dalam aktiviti kelas membantu saya 55 3.78 0.896 Tinggi
menguasai kata ganti nama diri dalam Bahasa
Melayu.
5 Saya perlu menguasai kata ganti nama diri Bahasa 55 4.18 0.796 Tinggi
Melayu.
6 Saya mempunyai kelebihan jika saya menguasai 55 4.15 0.803 Tinggi
kata ganti nama diri dalam Bahasa Melayu.
7 Menguasai Bahasa Melayu membantu saya 55 4.27 0.732 Tinggi
berkomunikasi dengan baik.
Min keseluruhan 4.093 0.840 Tinggi

Analisis kajian telah dijalankan menggunakan tujuh item bagi mengukur faktor-faktor motivasi yang
mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu pelajar. Berdasarkan Jadual 4, hasil kajian
mendapati bahawa kesemua item mempunyai tahap pengaruh yang tinggi kerana purata min keseluruhan item ini
adalah pada paras tinggi iaitu 4.093. Pada bahagian ini, terdapat dua item yang mempunyai nilai min yang sama dan
juga merupakan nilai min tertinggi iaitu 4.27. Item tersebut ialah item ke-3 dan item ke-7. Hal ini menunjukkan
bahawa faktor motivasi yang paling banyak dipilih oleh pelajar ialah “Pelajar berusaha menggunakan kata ganti
nama diri yang betul apabila berkomunikasi” dan “Menguasai Bahasa Melayu membantu pelajar untuk
berkomunikasi dengan baik”. Walaupun masih berada pada tahap min yang tinggi, namun item ke-4 mempunyai
nilai min terendah pada bahagian ini iaitu sebanyak 3.78. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aktif dalam
aktiviti kelas kurang membantu pelajar dalam menguasai kata ganti nama diri dalam Bahasa Melayu sekiranya
dibandingkan dengan faktor motivasi yang lain. Namun, hal ini adalah bertentangan dengan pernyataan Norliza
Jamaluddin (2019) yang menyatakan bahawa pelibatan pelajar merupakan aspek yang penting dalam penguasaan
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Soalan 3: Adakah faktor sikap mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar Cina semester lapan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan?

Jadual 5

Jadual Faktor Sikap Mempengaruhi Penguasaan Kata Ganti Nama Diri Bahasa Melayu Pelajar Kaum Cina

Bil Item N Min Sisihan Tahap Min


Piawai
1 Saya memberi perhatian terhadap kata ganti 55 4.13 0.904 Tinggi
nama diri yang saya gunakan ketika bertutur.
2 Saya sentiasa menggunakan kata ganti nama diri 55 4.05 0.870 Tinggi
Bahasa Melayu dalam perbualan seharian.
3 Saya suka untuk terlibat dalam komunikasi 55 3.98 0.805 Tinggi
Bahasa Melayu menggunakan kata ganti nama
diri.
4 Saya suka menggunakan kata ganti nama diri 55 3.98 0.828 Tinggi
Bahasa Melayu dalam berkomunikasi.
5 Saya lebih cekap menggunakan kata ganti nama 55 4.09 0.867 Tinggi
diri Bahasa Melayu jika bergaul dengan kaum
Melayu.
6 Saya bersungguh-sungguh belajar kata ganti 55 3.98 0.850 Tinggi
nama diri yang tidak difahami bagi meningkatkan
kemahiran Bahasa Melayu.
7 Saya seronok berkawan dengan rakan-rakan 55 4.33 0.795 Tinggi
berbangsa Melayu.
Min keseluruhan 4.077 0.846 Tinggi

Pengkaji mendapati bahawa kesemua item mempunyai tahap pengaruh yang tinggi kerana kesemua item
mempunyai purata min keseluruhan pada paras tinggi iaitu 4.077. Pada bahagian ini juga, walaupun masih berada
pada tahap nilai min yang tinggi, namun terdapat tiga item yang mempunyai nilai min yang sama dan juga
merupakan nilai min terendah pada bahagian ini iaitu sebanyak 3.98. Item -item tersebut ialah item ke-3, item ke-4
dan item ke-6. Boleh dinyatakan bahawa pelajar kurang gemar untuk terlibat dalam komunikasi Bahasa Melayu
menggunakan kata ganti nama diri, kurang suka menggunakan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam
berkomunikasi dan tidak terlalu bersungguh-sungguh dalam mempelajari kata ganti nama diri yang tidak difahami
bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa, item ke-7 “Saya seronok berkawan
dengan rakan-rakan berbangsa Melayu.” mempunyai nilai min yang paling tinggi berbanding item-item yang lain
iaitu sebanyak 4.33. Hal ini menunjukkan bahawa faktor sikap yang paling dominan ialah pelajar berasa seronok
berkawan dengan rakan-rakan yang berbangsa Melayu. Hal ini disokong oleh Melati Mohd Ariff (2020) dalam
penulisannya yang menyatakan bahawa pelajar yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan bergaul dengan kawan
bukan Cina membantu meningkatkan kefasihan Bahasa Melayu. Apabila pelajar silap menyebut perkataan, rakan
Melayu dapat membetulkan kesilapan tersebut.

KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

Dapat dirumuskan bahawa faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri
Bahasa Melayu pelajar PISMP kaum Cina di IPGKTAA ialah faktor motivasi. Faktor motivasi merupakan faktor yang
paling jelas memberi pengaruh ke atas pelajar diikuti dengan faktor sikap dan faktor persekitaran. Maka, penguasaan
bahasa seseorang individu itu adalah berpunca daripada dalam diri individu itu sendiri. Dapatan ini adalah selaras
dengan dapatan kajian oleh Dayang Sufilkawany Ujai dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2017) bahawa
faktor motivasi dan sikap yang positif adalah penting bagi seseorang untuk mencapai tahap penguasaan dalam diri
mereka. Pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi lebih mudah untuk menguasai Bahasa Melayu. Secara
keseluruhannya, pelajar yang berusaha menggunakan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dan mengganggap
bahawa penguasaan Bahasa Melayu membantu mereka berkomunikasi dengan baik, dapat menguasai kata ganti
nama diri Bahasa Melayu dengan lebih mudah. Selain itu, rakan sebaya mudah mempengaruhi dan membantu
seseorang individu itu untuk menguasai sesuatu bahasa dengan lebih berkesan.

Guru adalah agen utama dalam penguasaan kemahiran berbahasa pelajar di Malaysia khususnya dari segi
tatabahasa seperti kata ganti nama diri Bahasa Melayu. Guru menjadi nadi penting untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan dasar-dasar dalam sistem pendidikan negara. Oleh demikian, pelajar perlulah
mempunyai penguasaan bahasa yang tinggi dan mantap sebagai persediaan serta jaminan kejayaan sesuatu
kurikulum semasa mendidik anak murid di sekolah kelak. Institut Pendidikan Guru Malaysia yang melatih bakal-bakal
guru sekolah rendah perlulah memastikan bakal guru tersebut berkemahiran dan berilmu pengetahuan. Kurikulum
di Institut Pendidikan Guru haruslah seiring dengan teknologi dan menepati kehendak dimensi dunia pendidikan
yang semakin bermaklumat dan mencabar. Hal ini supaya guru yang cekap dan berkemahiran dalam berbahasa
dapat dilahirkan untuk menjadi suri teladan bagi murid yang akan menerajui negara kelak. Jelasnya, pengujian dan
tinjauan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan kata ganti nama diri Bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar Cina di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ini perlu diperluas kepada populasi
yang lebih menyeluruh untuk mendapatkan data yang lebih rinci. Tinjauan yang berterusan harus dilakukan untuk
menyedarkan para pelajar yang bakal menjadi tenaga pengajar di sekolah kelak terhadap penguasaan Bahasa
Melayu.

RUJUKAN

Abu Hasim et al. (2019). Pengaruh persekitaran dalam penguasaan kosa kata pelajar Kuim . Proceeding The 1st
International Language, Culture and Education Conference 2019.
https://www.researchgate.net/publication/337438804_PENGARUH_PERSEKITARAN_DALAM_PENGUASA
AN_KOSA_KATA_PELAJAR_KUIM

Awatif Abdul Rahman et al. (2019). Tahap pengetahuan guru Melayu dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Arab.
Jurnal Melayu, 18(2), 231- 243. http://journalarticle.ukm.my/14326/1/35390-110907-1-SM.pdf

Bambang Sudaryana et al. (2022). Metodologi Penelitian Kuantitatif. Penerbit Deepublish

Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 74-84.

Melati Mohd Ariff. (2020, Ogos 14). Aku, Shin dan Bahasa Melayu. Bernama.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/08/610088/aku-shin-bahasa-melayu

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Kajian rintis bagi pelaksanaan komposisi pengajaran guru
Pendidikan Islam yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menerusi pendidikan akidah
sekolah rendah di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 55-60.

Nicki Lisa. (2020, Mac 19). Apa yang Perlu Anda Fahami Mengenai Persampelan Purposive.
https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/sains-sosial/purposive-sampling-3026727/

Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kedua Dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 33-41.

Nora’Azian Nahar. (2020). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid
bukan penutur natif di Sekolah jenis Kebangsaan (SJK). Issues in Language Studies, 9(1), 107-123

Norani Mohd Noor & Ruzilayati Rameli. (2020). Mengenal Pasti Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja
dalam Kalangan Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/id/eprint/12033/1/Mengenal_Pasti_Faktor.pdf

Norhayati Mohd Nor & Roslinda Rosli. (2018). Persepsi Pelajar terhadap Amalan Komunikasi Guru Matematik
Sekolah Menengah. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan.

Norliza Jamaluddin. (2019). Amalan pengajaran Bahasa Melayu: Cabaran dan Harapan. Seminar Bahasa Melayu
2019.
https://www.researchgate.net/publication/339446363_Amalan_Pengajaran_Bahasa_Melayu_Cabaran_d
an_Harapan

Norsahida Sakira Kirman et al. (2021). Faktor sosialisasi dalam mempengaruhi tingkah laku individu. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 106-118. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i1.640

Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan Bahasa
Melayu pelajar antarabangsa. International Social Sciences and Humanities Journal, 4(1), 113-127
Roasharimah Ibrahim. (2017). Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu murid-
murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuhairy Norhisham. (2018, Mac 21). Penentuan Saiz Sampel. Pascasiswazah.


https://www.pascasiswazah.com/penentuan-saiz-sampel/

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab. Halim. (2018). Peranan
guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.
https://doi.org/10.17576/akad-2018-8802-07

Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam penulisan karangan pelajar. LSP
International Journal, 4(1), 23-35
Persepsi Pelajar Pismp Bahasa Melayu Terhadap Penerapan Elemen Didik Hibur dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan Bahasa Melayu

Nurul Fitriah J. Samsudin


Encik Mohd Asri Abdul Razak
PISMP Bahasa Melayu SK 2
Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan
nurulfitriahbintijsamsudin@gmail.com

ABSTRAK

Kajian yang telah dijalankan ini adalah suatu kajian tinjauan berkenaan “Persepsi Pelajar PISMP Bahasa
Melayu Terhadap Penerapan Elemen Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang. Seramai
80 orang pelajar pengkhususan Bahasa Melayu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun
2018 dan Ambilan Jun 2019 yang telah menjalani praktikum selama 12 minggu terlibat sebagai peserta kajian
dalam kajian ini. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk kuantitatif, dan reka bentuk kajian ini
ialah kajian tinjauan. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah boring soal selidik, di mana dalam soal
selidik ini terdapat 20 soalan dan telah dibahagikan kepada 3 sub bahagian soalan yang akan menjawab setiap
persoalan kajian. Dengan ini, dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi
taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar PISMP
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang ini bersikap positif dan
mempunyai keyakinan terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian penerapan elemen didik hibur dalam
pengajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu. Mereka juga mempunyai kesedaran bahawa pembelajaran
yang menerapkan elemen didik hibur mampu meningkatkan prestasi pembelajaran murid dan prestasi
pengajaran dalam bilik darjah.
Kata kunci: Persepsi, PISMP, praktikum, didik hibur, pengajaran dan pemudahcaraan, Bahasa Melayu.
ABSTRACT

This study that has been conducted is a survey study on “Malay Language PISMP Students' Perception
Towards the Application of Fun Learning Education Elements in Malay Language Teaching and Facilitation
among students of the Teacher Education Institute of Tengku Ampuan Afzan Campus Kuala Lipis, Pahang. A
total of 80 students of Malay Language Specialization of the Bachelor of Teaching Program (PISMP) Taken in
June 2018 and Taken in June 2019 who had undergone a practicum for 12 weeks were involved as respondents
in this study. Therefore, the researcher has conducted a quantitative study, and the design of this study is a
survey study. The instrument used in this study is a boring questionnaire, where in this questionnaire there
are 20 questions and have been divided into 3 sub -sections of questions that will answer each research
question. With this, the study findings were analyzed using descriptive statistics that include frequency
distribution, percentage, mean and standard deviation. Findings of the study show that PISMP students of the
Teacher Education Institute, Tengku Ampuan Afzan Campus, Kuala Lipis, Pahang are positive and have
confidence in the applicability and suitability of the application of fun learning education elements in the
teaching and facilitation of the Malay language. They also have an awareness that learning that incorporates
elements of entertaining learners can improve student learning performance and teaching performance in the
classroom.
Keywords: Perception, PISMP, practicum, fun learning education, teaching and facilitation, Malay language.

PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2018) pada tahun 2011 telah
mencadangkan penyerapan pendekatan didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Hal
ini didik hibur merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid -murid
kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan
berhibur. Walaupun murid seronok sambil belajar tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat
dicapai seperti yang ditetapkan. Dalam hal ini, guru perlu merancang pengajaran dan pem belajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Oleh hal yang demikian, suasana ceria di
dalam bilik darjah adalah merujuk kepada amalan pembelajaran yang menyeronokkan oleh guru. Disposisi
guru yang cenderung kepada sikap autokratik atau serius boleh menimbulkan konflik antara guru dengan
murid. Guru yang mampu mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif merupakan guru
yang cemerlang. Oleh itu, guru-guru perlu sedar akan kepentingan unsur pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran untuk mewujudkan hubungan baik dengan murid-murid mereka. Dengan menggunakan
pendekatan elemen didik hibur ini murid-murid akan lebih bersemangat untuk belajar serta mampu
mengubah suasana bilik darjah menjadi lebih ceria dan harmoni.

PENYATAAN MASALAH

Dalam era globalisasi kini, majoriti semua sekolah mempunyai tingkah laku yang bermasalah dalam kalangan
murid seperti hiperaktif, kelakuan nakal serta mengganggu rakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
merupakan masalah disiplin yang sering menjadi isu dalam kalangan guru di sekolah. Suasana sekolah dan
bilik darjah yang begitu tegas dengan pelbagai peraturan dan disiplin serta pendekatan pengajaran guru yang
serius akan boleh menyebabkan murid berasa amat tertekan. Tambahan pula menurut Nur Aliah Izzaty
(2019) guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu
pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Oleh hal yang demikian, suasana ceria di dalam bilik
darjah adalah merujuk kepada amalan pembelajaran yang menyeronokkan oleh guru. Tidak dapat dinafikan
bahawa peranan guru amat penting sebagai individu yang menjadi pemangkin dalam proses murid mencari
ilmu. Tanpa kehadiran guru, proses pembelajaran yang berlaku mungkin tidak efektif. Guru yang mampu
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif merupakan guru yang cemerlang. Maka, guru-
guru perlu sedar akan kepentingan unsur pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran untuk
mewujudkan hubungan baik dengan murid-murid mereka. Dengan menggunakan pendekatan elemen didik
hibur ini murid-murid akan lebih bersemangat untuk belajar serta mampu mengubah suasana bilik darjah
menjadi lebih ceria dan harmoni. Oleh itu, guru-guru di sekolah perlu mewujudkan hubungan yang lebih
akrab dengan murid-murid. Salah satu caranya adalah melalui pendekatan pembelajaran menyeronokkan
dengan menerapkan elemen didik hibur dalam PdPc. Hal ini demikian, agar dapat menarik minat murid -murid
untuk belajar di dalam bilik darjah dan seronok datang ke sekolah.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian ini, maka objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti kesedaran pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap penerapan elemen didik hibur dalam
pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti kebolehan pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap penerapan elemen didik hibur dalam
pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.
iii. Mengenal pasti persepsi pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap kepentingan penerapan elemen didik hibur
dalam pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kajian ini, terdapat beberapa persoalan berikut:


i. Adakah sikap pelajar PISMP Bahasa Melayu bersikap positif terhadap penerapan elemen didik hibur dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?
ii. Adakah medium yang pelajar PISMP gunakan berunsur didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu?
iii. Adakah pelaksanaan pembelajaran yang berelemenkan didik hibur dapat meningkatkan prestasi murid dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?
METODOLOGI

Reka Bentuk
Menurut shuhairy Norhisham (2019), kajian yang dipilih adalah berbentuk kuantitatif. Penyelidikan atau
kajian kuantitatif ialah kajian yang melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik yang
terlibat dalam kajian kuantitatif ini ialah seperti pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan,
sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Kelebihan menggunakan kajian kuantitatif ini ialah
ianya lebih berstruktur, mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear,
mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan
peserta kajian yang besar. Sebagai contoh, kajian ini melibatkan peserta kajian atau sampel seramai 66 orang
pelajar daripada keseluruhan populasi iaitu 80 orang pelajar. Penglibatan responden yang ramai ini
menyebabkan kajian yang dipilih ialah berbentuk kuantitatif. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan
deskriptif. Kajian tinjauan deskriptif merupakan cara yang paling berkesan dan praktikal untuk mendapatkan
maklumat. Secara umumnya, kajian ini memerlukan peserta kajian iaitu pelajar PISMP Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2018 dan Jun 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang
untuk menjawab soal selidik mengenai persepsi mereka terhadap penerapan elemen didik hibur dalam
Pengajaran dan Pemudahcaraan bahasa Melayu tersebut.

Persampelan
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah melibatkan peserta kajian daripada para pelajar PISMP Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2018 dan Ambilan Jun 2019 IPGKTAA Kuala Lipis Pahang. Bilangan pelajar PISMP ini adalah
seramai 101 orang pelajar iaitu pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 seramai 39 orang pelajar dan Ambilan Jun
2019 seramai 62 orang pelajar. Hal ini pengkaji hanya mengambil populasi pelajar tersebut seramai 80 orang
sahaja. Namun begitu, pengkaji tidak menggunakan kesemua populasi ini sebagai peserta kajian, malah
pengkaji hanya mengambil sampel daripada populasi ini yang seramai 66 orang pelajar sahaja. Hal ini kerana
pengkaji menggunakan kajian kuantitatif, oleh itu saiz sampel telah pengkaji tentukan dengan menggunakan
prosedur pengiraan tertentu, seperti mengambil kira ralat persampelan, aras kebolehpercayaan dan aras
kesignifikan. Pengkaji telah memilih saiz sampel Kriejcie dan Morgan pada tahun 1970 (Fadillah Layang dan
Zamri Mohamod, 2019). Oleh itu, seramai 66 murid telah dipilih sebagai sampel kajian daripada keseluruhan
80 orang pelajar tersebut. Dalam pemilihan sampel ini, pengkaji telah menggunakan kaedah persampelan
kebarangkalian ataupun persampelan secara rawak. Persampelan kebarangkalian secara rawak ini ialah
pengkaji memilih secara rawak sampel dalam sesuatu populasi kerana kesemua sampel memiliki ciri-ciri yang
sama dan terdapat dalam populasi kajian.

Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tinjauan dan mengumpul data persepsi
pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap penerapan elemen didik hibur dalam pengajaran dan pemudahcaraan
bahasa Melayu. Borang soal selidik yang telah pengkaji gunakan ialah instrument soal selidik daripada hasil
kajian lepas menurut Nur Aliah Izzaty (2019) iaitu Tay Meng Guat pada tahun 2015 dalam jurnalnya yang
bertajuk ‘Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu’. Borang soal
selidik ini telah beliau gunakan dalam kajiannya untuk melihat sejauh mana persepsi pelajar Institut
Pendidikan Guru terhadap kebolehgunaan dan kesesuain pembelajaran menyeronokkan (didik hibur) dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik ini
kerana skop peserta kajian adalah sama dengan skop peserta kajian pengkaji terdahulu, iaitu pelajar PISMP
Institut Pendidikan Guru. Dalam intrumen borang soal selidik ini juga, terdapat 4 bahagian soalan, iaitu
bahagian A, B, C dan D. Bahagian A meliputi latar belakang peserta kajian yang berbentuk maklumat peribadi
dan ciri-ciri demografi pelajar iaitu jantina, umur, ambilan, bangsa dan jenis sekolah praktikum. Manakala
bahagian B pula, terdapat 8 penyataan yang perlu dijawab oleh peserta kajian dan pernyataan ini adalah
tentang kesedaran pelajar PISMP terhadap penerapan elemen didik hibur dalam PdPc. Seterusnya, bahagian
C pula, mengandungi 5 pernyataan yang perlu dijawab oleh peserta kajian tentang kebolehan pelajar PISMP
terhadap penerapan elemen didik hibur dalam PdPc. Dan bahagian D pula mengandungi 7 pernyataan yang
perlu dijawab oleh peserta kajian tentang persepsi pelajar PISMP terhadap kepentingan penerapan elemen
didik hibur dalam PdPc. Bentuk soal selidik dalam bahagian B, C dan D ini ialah berbentuk soal selidik tertutup
di mana soalan yang disediakan adalah berstruktur dan peserta kajian hanya memilih jawapan yang
ditentukan sahaja.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan Kajian (Analisis Soalan Kajian 1)

Berdasarkan borang soal selidik bahagian 1, terdapat 8 item di mana setiap pernyataan ini akan mengkaji dan
menjawab setiap soalan kajian seperti yang telah dinyatakan dalam bab 1. Item daripada bahagian 1 ini akan
menjawab soalan kajian mengenai kesedaran pelajar PISMP terhadap penerapan elemen didik hibur dalam
PdPc. Berdasarkan kajian lalu, menurut Nur Aliah Izzaty (2019) melalui kajian Tay Meng Guat pada tahun 2015
mendapati bahawa item 1 hingga 8 ini menunjukkan bahawa anjakan pemikiran peserta kajiannya telah
berubah ke arah yang positif dan memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu secara mendalam
melalui pembelajaran menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata. Di dalam
kajian pengkaji terdahulu, beliau telah menyediakan soalan yang menggunakan penyataan ‘saya’ yang
merujuk kepada diri pelajar yang dijadikan sebagai peserta kajiannya untuk menguji tahap pengetahuan
mereka terhadap kesedaran pembelajaran yang menyeronokkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini, pengkaji telah menggunakan item soalan kajian pengkaji terdahulu dan digunapakai serta
ditambah baik oleh pengkaji sendiri untuk menguji peserta kajiannya tentang kesedaran pelajar PISMP
terhadap penerapan elemen didik hibur dalam PdPc. Berikut merupakan hasil dapatan kajian mengenai item
bahagaian 1 selepas pengkaji melakukan analisis data dan memperolehi min, sisihan piawai dan kekerapan
peserta kajian memilih respon mereka ke dalam jawapan skala likert:

Jadual 4.6
Taburan Kekerapan Peserta Kajian Dalam Item Skala Likert Bahagian 1
Dalam bahagian 1 ini, item soalan yang memiliki min yang paling tinggi ialah min 4.79 ialah soalan 1 iaitu
‘Saya mahu meningkatkan kemahiran pedagogi dengan mengikuti kursus-kursus peningkatan
profesionalisme berkaitan penerapan elemen didik hibur dalam PdPc’. Hal ini adalah kerana, item ini memiliki
min yang paling tinggi kerana terdapat seramai 65 orang pelajar (81.3%) daripada 80 peserta kajian
menyatakan sangat setuju dalam memberi respon mengikut skala likert dalam item tersebut. Namun, dalam
masa yang sama, berdasarkan taburan kekerapan peserta kajian dalam item nombor 1 bahawa terdapat
seorang (1.3%) yang tidak setuju dengan soalan item tersebut. Hal ini kemungkinan, peserta kajian tersebut
tidak mahu meningkatkan kemahiran pedagogi dengan mengikuti kursus -kursus peningkatan
profesionalisme berkaitan penerapan elemen didik hibur dalam PdPc. Hal ini menunjukkan peserta kajian
tersebut menunjukkan respon yang negatif terhadap item tersebut. Selain itu, pernyataan setuju dalam item
tersebut menunjukkan terdapat 14 orang (17.5%) yang telah memberikan respon terhadap soalan nombor 1
tersebut. Oleh itu, hal ini menunjukkan hampir kesemua peserta kajian memberikan respon yang sangat
positif bagi meningkatkan kemahiran pedagogi dengan mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme
berkaitan penerapan elemen didik hibur dalam PdPc.

Dapatan Kajian (Analisis Soalan Kajian 2)

Berdasarkan borang soal selidik bahagian C, terdapat 5 item di mana setiap pernyataan ini akan mengkaji dan
menjawab setiap soalan kajian seperti yang telah dinyatakan dalam bab 1. Bahagian 2 ini akan menjawab
soalan kajian mengenai kebolehan pelajar PISMP terhadap penerapan elemen didik hibur dalam PdPc. Berikut
merupakan hasil dapatan kajian mengenai item bahagian 2 selepas pengkaji melakukan analisis data dan
memperolehi min, sisihan piawai dan kekerapan peserta kajian memilih respon mereka dalam jawapan skala
likert:

Jadual 4.7
Taburan Kekerapan Peserta Kajian Dalam Item Skala Likert Bahagian 2

Dalam bahagian 2 ini, item soalan yang memiliki min yang paling tinggi ialah min 4.66 ialah soalan 1 iaitu
‘Saya Boleh melaksanakan pembelajaran yang menerapkan elemen didik hibur dalam PdPc ketika di dalam
kelas’. Hal ini adalah kerana, item ini memiliki min yang paling tinggi kerana terdapat seramai 55 orang pelajar
(68.8%) daripada 80 peserta kajian menyatakan sangat setuju dalam memberi respon mengikut skala likert
dalam item tersebut. Namun, dalam masa yang sama, berdasarkan taburan kekerapan peserta kajian dalam
item nombor 1 bahawa terdapat 2 orang (2.5%) yang kurang setuju dengan soalan item tersebut. Hal ini
kemungkinan, peserta kajian tersebut kurang bersetuju untuk boleh melaksanakan pembelajaran yang
menerapkan elemen didik hibur dalam PdPc ketika di dalam kelas. Hal ini menunjukkan peserta kajian
tersebut menunjukkan respon yang negatif terhadap item tersebut. Selain itu, pernyataan setuju dalam item
tersebut menunjukkan terdapat 23 orang (28.7%) yang telah memberikan respon terhadap soalan nombor 1
tersebut. Oleh itu, hal ini menunjukkan hampir kesemua peserta kajian memberikan respon yang sangat
positif bagi boleh melaksanakan pembelajaran yang menerapkan elemen didik hibur dalam PdPc ketika di
dalam kelas.

Dapatan Kajian (Analisis Soalan Kajian 3)

Berdasarkan borang soal selidik bahagian D, terdapat 7 item di mana setiap pernyataan ini akan mengkaji dan
menjawab setiap soalan kajian seperti yang telah dinyatakan dalam bab 1. Bahagian 3 ini akan menjawab
soalan kajian mengenai persepsi pelajar PISMP terhadap kepentingan penerapan elemen didik hibur dalam
PdPc. Dalam item soalan bahagian 3 ini, pengkaji terdahulu menyediakan soalan yang lebih berfokuskan
kepada persepsi peserta kajian terhadap kepentingan didik hibur dalam PdPc. Item soalan ini adalah untuk
menguji apakah persepsi mereka terhadap kepentingan elemen didik hibur dalam PdPc. Berikut merupakan
hasil dapatan kajian mengenai item bahagian 3 selepas pengkaji melakukan analisis data dan memperolehi
min, sisihan piawai dan kekerapan peserta kajian memilih respon mereka dalam jawapan skala likert:

Jadual 4.8
Taburan Kekerapan Peserta Kajian Dalam Item Skala Likert Bahagian 3

Dalam bahagian 3 ini, item soalan yang memiliki min yang paling tinggi ialah min 4.78 ialah soalan 3 iaitu
‘Saya berpendapat bahawa penerapan elemen didik hibur dalam PdPc dapat menyampaikan isi pelajaran
dengan lebih baik (contoh seperti belajar sambil bermain) ‘. Hal ini adalah kerana, item ini memiliki min yang
paling tinggi kerana terdapat seramai 63 orang pelajar (78.8%) daripada 80 peserta kajian menyatakan sangat
setuju dalam memberi respon mengikut skala likert dalam item tersebut. Namun, dalam m asa yang sama,
berdasarkan taburan kekerapan peserta kajian dalam item nombor 3 bahawa terdapat seorang (1.3%) yang
kurang setuju dengan soalan item tersebut. Hal ini kemungkinan, peserta kajian tersebut kurang bersetuju
berpendapat bahawa penerapan elemen didik hibur dalam PdPc dapat menyampaikan isi pelajaran dengan
lebih baik (contoh seperti belajar sambil bermain). Hal ini menunjukkan peserta kajian tersebut menunjukkan
respon yang negatif terhadap item tersebut. Selain itu, pernyataan setuju dalam item tersebut menunjukkan
terdapat 16 orang (20.0%) yang telah memberikan respon terhadap item nombor 3 tersebut. Oleh itu, hal ini
menunjukkan hampir kesemua peserta kajian memberikan respon yang sangat positif bagi berpendapat
bahawa penerapan elemen didik hibur dalam PdPc dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik
(contoh seperti belajar sambil bermain). Oleh itu, pengkaji dapat memberikan kesimpulan akhir dan
memberikan keputusan bahawa persepsi pelajar PISMP ini adalah persepsi yang sangat positif terhadap
penerapan elemen didik hibur dalam PdPc.

Perbincangan

Perkaitan Hasil Dapatan Kajian Dengan Soalan Kajian

Berdasarkan empat hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji di atas, pengkaji dapat menjawab
setiap soalan kajian dalam bab 1 selepas menjalankan analisis data daripada borang soal selidik bahagian B,
C dan D. Setiap tiga hasil data kajian tersebut akan menjawab setiap satu soalan kajian yang telah diutarakan
oleh pengkaji. Soalan kajian yang pertama ialah ‘Adakah sikap pelajar PISMP Bahasa Melayu bersikap positif
terhadap penerapan elemen didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?’. Bagi
menjawab soalan ini, pengkaji telah mendapati kesemua item soalan dalam bahagian 1 ini memiliki skor min
bernilai 4.45 ke atas. Dengan merujuk Jadual Tahap Persetujuan Bagi Setiap Min (Jadual 3.5), pengkaji
mendapati nilai min ini terletak dalam tahap persetujuan persepsi yang sangat positif, iaitu di antara skala
min 4.21 sehingga 5.00. oleh itu, keputusan ini telah menunjukkan pelajar PISMP Bahasa Melayu ini bersikap
positif terhadap penerapan elemen didik hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.
Seterusnya, bagi soalan kedua pula iaitu ‘Adakah pelajar PISMP Bahasa Melayu berkebolehan menggunakan
BBM berunsurkan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu?’. Bagi menjawab soalan ini, pengkaji telah
mendapati kesemua item soalan dalam bahagian 2 ini memiliki skor min di atas 4.44 ke atas. Hal ini dengan
merujuk Jadual Tahap Persetujuan Bagi Setiap Min (Jadual 3.5), pengkaji mendapati nilai min ini terletak
dalam tahap persetujuan persepsi yang sangat positif, iaitu di antara skala min 4.21 sehingga 5.00. Oleh itu,
keputusan ini telah menunjukkan pelajar PISMP Bahasa Melayu mempunyai kebolehan menggunakan BBM
berunsurkan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu, soalan ketiga dalam kajian ini ialah
‘Adakah pelaksanaan pembelajaran yang berelemenkan didik hibur dapat meningkatkan prestasi murid
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?’. Bagi menjawab soalan ini, pengkaji telah
mendapati kesemua item soalan dalam subbahagian 3 ini memiliki skor min yang bernilai 4.45 ke atas. Dengan
merujuk Jadual Tahap Persetujuan Bagi Setiap Min (Jadual 3.5), pengkaji mendapati nilai min ini terletak
dalam tahap persetujuan persepsi yang sangat positif, iaitu di antara skala min 4.21 sehingga 5.00. Oleh itu,
jelaslah keputusan ini telah menunjukkan pelajar PISMP Bahasa Melayu mempunyai persepsi yang sangat
positif terhadap pelaksanaan pembelajaran yang berelemenkan didik hibur dapat meningkatkan prestasi
murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa pelajar PISMP Bahasa Melayu IPGKTAA
Kuala Lipis, Pahang ini mempunyai persepsi yang positif terhadap penerapan elemen didik hibur dalam
pengajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui nilai min keseluruhan bagi
soal selidik bahagian B, C dan D yang terletak dalam tahap persetujuan persepsi yang sangat positif, iaitu di
antara skala min 4.21 sehingga 5.00. Penyataan ini secara tidak langsung telah menjawab soalan kajian yang
utama iaitu ‘Adakah sikap pelajar PISMP Bahasa Melayu bersikap positif terhadap penerapan elemen didik
hibur dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu?’. Selain itu, penyataan ini juga selaras
dengan soalan kajian. Hal ini bermaksud soalan kajian ini telah diterima. Dalam kajian ini juga, dapatan hasil
analisis kajian telah menjawab kesemua soalan soalan kajian yang timbul. Pengkaji telah menyimpulkan
bahawa pelajar PISMP Bahasa Melayu ini mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap penerapan elemen
didik hibur dalam pengajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu. Bagi soalan kedua pula iaitu ‘Adakah
pelajar PISMP Bahasa Melayu berkebolehan menggunakan BBM berunsurkan didik hibur dalam pengajaran
Bahasa Melayu?’, pengkaji telah menyimpulkan bahawa pelajar PISMP Bahasa Melayu ini mempunyai
pengetahuan yang tinggi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsurkan didik hibur dalam
pengajaran bahasa Melayu. Di samping itu, soalan ketiga dalam kajian ini ialah ‘Adakah pelaksanaan
pembelajaran yang berelemenkan didik hibur dapat meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Bahasa Melayu?’, dan dengan ini pengkaji telah merumuskan bahawa pelajar PISMP Bahasa
Melayu ini mempunyai persepsi yang sangat positif terhadap pelaksanaan pembelajaran yang berelemenkan
didik hibur dapat meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu di
dalam bilik darjah.

Implikasi

Antara implikasi kajian ini dijalankan ialah dapat membuka mata pelajar IPSMP Bahasa Melayu mengenai
senario terhadap penerapan elemen didik hibur dalam pengajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu.
Dalam erti kata lain, kajian ini akan memberikan gambaran yang berlaku dalam kalangan mereka iaitu pelajar
PISMP Bahasa Melayu yang bakal menjadi guru Bahasa Melayu kelak. Dalam penyataan masalah, pengkaji
telah mendapati bahawa suasana sekolah dan bilik darjah yang begitu tegas dengan pelbagai peraturan dan
disiplin serta pendekatan pengajaran guru yang serius akan boleh menyebabkan murid berasa amat tertekan.
Oleh itu, kajian ini dapat memberikan isu dan menyedarkan pihak yang berkaitan bahawa terdapat
permasalahan tersebut berlaku di sekolah. Selain itu, implikasi kajian ini ialah dapat memperbaiki mutu
pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Apabila pelajar PISMP Bahasa Melayu ini dapat
mengetahui persepsi yang sangat positif terhadap penerapan elemen didik hibur dalam pengajaran dan
pemudahcaraan bahasa Melayu, secara tidak langsung pelajar-pelajar ini akan menggunakan bahan bantu
mengajar yang berunsurkan didik hibur yang bersesuaian untuk menggekalkan persepsi positif ini secara
berterusan. Oleh itu, mereka dapat memperbaiki mutu pengajaran ke arah yang lebih baik, berkesan, dapat
menimbulkan kepuasan dalam diri mereka serta aktiviti yang dijalankan dapat diterima oleh semua murid
dan mendapat sambutan mereka di dalam bilik darjah dan menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih
seronok dengan menggunakan elemen didik hibur.

Cadangan

Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkaitan seperti bakal guru (pelajar PISMP Bahasa
Melayu) ialah mereka perlu memainkan peranan yang besar dan perlu bertindak secara aktif dalam
menggekalkan persepsi positif mereka terhadap penerapan elemen didik hibur dalam pengajaran dan
pemudahcaraan bahasa Melayu. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu di sekolah perlulah aktif menggunakan
elemen didik hibur semasa PdPc dijalankan di dalam bilik darjah kepada murid-murid agar objektif
pembelajagan dapat disampaikan dengan berkesan sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran di dalam
bilik darjah lebih seronok. Hal ini secara tidak langsung akan menarik minat murid terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu yang menyeronokkan tersebut. Selain itu, cadangan pengkaji untuk mengatasi permasalahan
ini ialah pelajar PISMP Bahasa Melayu, perlulah menimba ilmu sebanyak mungkin berkaitan penerapan
elemen didik hibur dalam PdPc semasa sedang menuntut pengajian di IPGKTAA ini. Sebagai contoh,
menghadiri kursus atau bengkel yang dibuat oleh IPG itu sendiri berkaitan elemen didik hibur yang boleh
diterapkan dalam pengajaran dan pemudahcaraan apabila di sekolah nanti. Hal ini agar dapat menimbulkan
persepsi baharu kepada murid, bahawa pembelajaran Bahasa Melayu amat menyeronokkan apabila guru
menggunakan pendekatan elemen didik hibur dalam pengajaran dan Pemudahcaraan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, pelajar PISMP Bahasa melayu akan dapat menggekalkan
persepsi positif mereka terhadap penerapan elemen didik hibur dalam PdPc Bahasa Melayu. Oleh itu
dicadangkan diadakan kursus, bengkel dan program berterusan supaya mereka mendapat pended ahan,
pengalaman, kefahaman dan pengetahuan yang lebih meluas tentang amalan pembelajaran menyeronokkan.
RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah rendah. Dewan Bahasa & Pustaka.

Nur Aliah Izzaty. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran menyeronokkan dalam PdP

Bahasa Melayu. Jurnal.

Fadillah Layang dan Zamri Mohamod. ( 2019). Kriejcie dan Morgan pada tahun 1970. Persampelan Kajian.

Shuhairy Norhisham. (2019). Reka bentuk kajian kuantitatif. Pascasiswazah.


Kesediaan Dan Sikap Pelajar PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 Dan 2019 IPGKTAA Terhadap Penggunaan
Peta i-Think Semasa PdP

Auni Syahirah binti Azliman

A. Jailani Che Abbas

Nor Asiah Ismail, Ph.D

PISMP Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

jungauni94@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan sikap pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 dan 2019
Bahasa Melayu IPGKTAA terhadap penggunaan peta i-Think semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini
menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian yang dibina menggunakan perisian Google Form dan diedarkan
melalui aplikasi WhatsApp kepada peserta-peserta kajian yang terlibat. Seramai 100 orang peserta kajian telah
terlibat dalam menjayakan kajian ini. Kampus Institut Pendidikan Guru yang dipilih ialah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Data kajian ini seterusnya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan dalam kajian
ini untuk menunjukkan kekerapan, peratusan, min, serta sisihan piawai. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa tahap
kesediaan pelajar PISMP Bahasa Melayu IPGKTAA ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i -think
semasa PdP berada pada tahap yang sederhana (min = 3.59) manakala sikap mereka pula berada pada tahap yang
tinggi (min = 3.72). Pelajar PISMP Bahasa Melayu IPGKTAA ambilan Jun 2018 dan 2019 dilihat mempunyai sikap yang
positif dengan menggunakan peta i-Think sebagai bahan bantu mengajar. Implikasi kajian ini ialah pelajar PISMP
Bahasa Melayu IPGKTAA ambilan Jun 2018 dan 2019 mengetahui kepentingan pengaplikasian i-Think dalam PdP
Bahasa Melayu.

Kata kunci: Kesediaan, sikap, pelajar PISMP Bahasa Melayu dan peta i-Think.

ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the level of readiness and attitudes of PISMP Malay Language intake 2018
and 2019 IPGKTAA in implementing i-Think map. This study was carried out using survey design questionnaire as a
research instrument built using Google Form software and distributed through WhatsApp applications . 100
participants were involved for the succeed of this study. The selected Teacher's Education Institute campus is the
Education Institute of Tengku Ampuan Afzan campus, Kuala Lipis, Pahang. The data of this study was further analyzed
using the Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) software version 23.0. Descriptive analysis methods are
used in this study to show frequency, percentage, mean, and standard deviation. The findings show that the level of
readiness of PISMP students IPGKTAA intake June 2018 and 2019 on the use of i-Think maps during the PDP is at a
moderate level (min = 3.59) while their attitude is at a high level (3.72). PISMP Students Malay Language IPGKTAA
intake June 2018 and 2019 are seen to have a positive attitude by using i-Think map as a teaching aid. The
implications of this study are students of PISMP Malay Language IPGTAA intake June 2018 and 2019 know the
importance of i-Think's application in the Malay PDP.

Keywords: readiness, attitude, student PISMP Malay Language and i-Think map.
PENGENALAN

Definisi program i-Think yang dikeluarkan oleh KPM pada tahun 2012 ialah sebuah program yang bertujuan
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Tujuan program ini selari dengan hasrat negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Peta i-
Think ini dipersembahkan dalam lapan bentuk yang membantu murid-murid mengeluarkan isi penting, idea atau
hujahan dalam bentuk nota yang ringkas dan padat. Oleh itu, guru-guru diperlihat memainkan peranan yang
signifikan dalam memastikan murid-murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka ke dalam bentuk yang lebih
jelas, padat dan berkesan menerusi peta i-Think ini. Penggunaan peta i-Think ini juga banyak membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran yang dipelajari (Fadilla Layang dan Zamri Mahamod, 2019).
Benarlah bahawa kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai semasa proses pdp dilaksanakan mampu
memaksimumkan pengetahuan dan mengasah kemahiran berfikir murid agar melahirkan seorang individu yang
berilmu dan berpengetahuan tinggi.

PENYATAAN MASALAH

Menurut Chew dan Siti Syahirah Yusof (2021), Laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan
21 Century School (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 telah mendapati bahawa pemikiran aras tinggi
dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia masih dalam tahap yang rendah. Sejajar dengan situasi ini, Hyerle pada
tahun 2011 telah memperkenalkan sebuah peta pemikiran yang dinamakan sebagai i-Think untuk dijadikan sebuah
bahan berfikir. Peta i-Think ini dibuktikan dapat menggalakkan metakognisi dan perkembangan kognitif murid secara
berterusan. Objektif PdP juga boleh dicapai dalam waktu yang singkat apabila guru menggalakkan murid
menggunakan peta i-Think (Abdul Rasid Jamian et al., 2017). Walaupun begitu, kajian Muhammad Faez Nurazman
et al. (2018) mendapati bahawa guru masih kurang menggunakan pendekatan peta i-Think ini semasa pdp dek
kerana beberapa faktor seperti kurang berpengetahuan, kepelbagaian kecerdasan murid dan tiada kemudahan di
sekolah. Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian untuk mengukur tahap kesediaan bakal gu ru yang terdiri
daripada pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think semasa PdP agar mereka
dididik dan didedahkan dengan keberkesanan peta ini.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-
Think semasa PdP.
ii. Mengenal pasti sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think semasa
PdP.
iii. Mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan.
iv. Mengenal pasti perbezaan sikap penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan.

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah tahap kesediaan pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think
semasa PdP
ii. Apakah sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think semasa PdP?
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan?
iv. Adakah terdapat perbezaan sikap penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan?
METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Hal
ini kerana, pengkaji melihat banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan menerusi kaedah kajian ini seperti dapat
menjimatkan tenaga dan masa serta data peserta kajian juga mudah dikutip dan dianalisis (Maznida Mahadi, 2019).
Data yang diperoleh berdasarkan kajian ini akan diproses dan dianalisis menggunakan sistem statistik SPSS.

Persampelan Kajian
Sampel kajian terdiri daripada pelajar PISMP Bahasa Melayu IPGKTAA ambilan Jun 2018 dan 2019. Seramai 100 orang
pelajar telah terpilih menjadi peserta kajian bagi kajian ini dengan 38 daripadanya terdiri daripada pelajar PISMP
Bahasa Melayu ambilan Jun 2018 dan selebihnya iaitu seramai 52 orang terdiri daripada pelajar PISMP Bahasa
Melayu ambilan Jun 2019. Pemilihan sampel kajian adalah secara persampelan mudah dengan mengambil pelajar
PISMP Bahasa Melayu IPGKTAA ambilan Jun 2018 dan 2019 sebagai sampel kajian ini, Persampelan mudah
merupakan teknik di mana seseorang penyelidik menggunakan sampel sedia ada dan memudahkan kajian
dijalankan. Perolehan data kajian juga adalah sangat tinggi (Eng, 2021).

Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah soal selidik. Set soalan soal selidik diubah suai oleh
pengkaji daripada soalan soal selidik (Fadilla Layang dan Zamri Mohamad, 2019) dan (Chew dan Siti Syahirah Yusof,
2021). Instrumen kajian merangkumi tiga bahagian utama. Bahagian A mengandungi enam item tentang maklumat
demografi responden. Bahagian B pula mengandungi sembilan item berkaitan dengan tahap kesediaan pelajar
PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think semasa PdP. Bahagian yang terakhir iaitu
Bahagian C melibatkan 10 item berkenaan sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan
peta i-Think semasa PdP. Skala Likert empat mata digunakan bagi kajian tinjauan ini. Penggunaan Skala Likert adalah
pada Bahagian B dan C dengan aras 1 menilai skala yang paling rendah, manakala 4 merupakan skala tertinggi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Demografi Peserta Kajian

Jadual 1:

Profil Peserta Kajian

Bil. Demografi Peserta Kajian Frekuensi Peratusan (%)


1 Jantina
Lelaki 19 24
Perempuan 61 76
2 Bangsa
Melayu 50 62
Cina 10 13
Peribumi 20 2

3 Ambilan
Jun 2018 36 45
Jun 2019 44 55
4 Lokasi sekolah praktikum
Bandar 30 37
Luar bandar 50 63
5 Taraf hidup keluarga
B40 51 64
M40 25 31
T20 4 5

6 Latar belakang keluarga


Pendidik 30 37
Bukan pendidik 50 63
Merujuk kepada data demografi peserta kajian, peserta kajian perempuan dilihat lebih ramai dengan
frekuensi sebanyak 61 dengan peratus 76% berbanding peserta kajian lelaki dengan jumlah 19 orang (24%).

Seterusnya, bangsa Melayu telah mendominasikan hasil dapatan kajian ini iaitu seramai 50 orang (62%) dan
10 orang (13%) terdiri daripada bangsa Cina manakala 40 orang lagi (25%) daripada bangsa Peribumi.

Peserta kajian ini majoritinya daripada ambilan Jun 2019 dengan pelajarnya seramai 44 orang (55%)
berbanding pelajar ambilan Jun 2018 iaitu 36 orang (55%).

Memandangkan institut IPGK Tengku Ampuan Afzan terletak di kawasan luar bandar, majoriti peserta kajian
berpraktikum juga di kawasan luar bandar dengan jumlah sebanyak 50 orang peserta kajian (63%) dan 30 orang lagi
di kawasan bandar (37%).

Taraf hidup keluarga para peserta kajian pula menunjukkan ramai daripada kategori B40 dengan jumlahnya
sebanyak 51 orang (64%). 25 orang terdiri daripada kalangan M40 (31%) dan empat orang daripada T20 (5%).

Akhir sekali, seramai 30 orang peserta kajian terdiri dalam latar belakang keluarga pendidik dengan peratus
sebanyak 37%. Walau bagaimanapun, peserta kajian dilihat lebih ramai yang datang daripada keluarga bukan
pendidik iaitu seramai 50 orang dengan peratus sebanyak 63%.

4.3 Dapatan Kajian dan Perbincangan

4.3.1 Soalan Kajian 1: Apakah tahap kesediaan pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan
peta i-Think semasa PdP?
Jadual 2:

Tahap kesediaan pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think semasa PdP.

Sisihan Tahap
No. Item Min
Piawai Kesediaan
Saya mengenal pasti tahap pengetahuan asas murid
dalam pelaksanaan peta i-Think
1 3.44 0.592 Sederhana

Saya merancang kaedah pengajaran Bahasa Melayu


berdasarkan penggunaan peta i-Think
2 3.59 0.630 Sederhana

Saya melaksanakan aktiviti PdP Bahasa Melayu


berdasarkan peta i-Think
3 3.68 0.569 Tinggi

Murid boleh meneroka pelbagai maklumat


4 berdasarkan peta i-Think 3.59 0.589 Sederhana
Saya menyediakan pelbagai teknik penyoalan
menggunakan peta i-Think
5 3.73 0.449 Tinggi

Saya menyediakan soalan mengikut aras taksonomi


bloom menggunakan peta i-Think
6 3.43 0.591 Sederhana

Saya menggalakkan murid berhujah isi kandungan


pelajaran menggunakan peta i-Think
7 4.65 0.530 Tinggi

Saya merangsang murid menaakul isi kandungan


pelajaran menggunakan peta i-Think
8 3.61 0.490 Sederhana

Saya membuat refleksi PdP Bahasa Melayu


9 menggunakan peta i-Think 3.57 0.591 Sederhana

Merujuk kepada hasil dapatan tahap kesediaan pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 dalam Jadual 2
di atas, skor min tertinggi terlihat kepada item ke -7 iaitu “Saya menggalakkan murid berhujah isi kandungan
pelajaran menggunakan peta i-Think” dengan nilai min sebanyak 4.65. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar
PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 mampu membimbing murid mengujarkan idea di samping menerapkan sifat
berani melontarkan pandangan sendiri. Menurut Rohani Arbaa et. al. (2017), murid-murid juga boleh menyampaikan
hujah dan idea dengan lebih baik menerusi perbincangan dengan rakan sepasukan mereka. Kenyataan ini jelas
memaparkan bahawa guru bukan sahaja mampu memimpin murid berhujah malah mengaplikasikan pembelajaran
koperatif dalam kelas. Kajian lalu oleh Fadilla Layang dan Zamri Mahamod (2019) yang menjalankan kajian ini ke atas
guru bahasa Melayu juga memaparkan min yang tinggi menggunakan soalan item yang lebih kurang sama (min =
3.89).

Selain itu, item yang mempunyai min paling rendah dengan nilai 3.43 terpapar pada item 6, “ Saya
menyediakan soalan mengikut aras taksonomi bloom menggunakan peta i-Think”. Walaupun begitu, item ini masih
dalam kategori paras sederhana. Pelajar PISMP ambilan Jun dan 2019 mungkin mengalami kesukaran dalam
mengaplikasikan taksonomi bloom pada peringkat yang tinggi seperti peringkat aplikasi, analisis dan sintesis.

4.3.2 Soalan Kajian 2: Apakah sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think
semasa PdP?
Jadual 3:

Sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i-Think semasa PdP.

Sisihan Tahap
No. Item Min
Piawai Kesediaan
Penggunaan elemen peta i-Think sesuai
1 3.85 0.359 Tinggi
digunakan semasa PdP Bahasa Melayu
Peta i-Think sesuai digunakan dengan tajuk-tajuk
2 3.69 0.466 Tinggi
PdP Bahasa Melayu
Peta i-Think merupakan bahan bantu mengajar
3 3.78 0.477 Tinggi
yang kreatif
Penggunaan peta i-Think dapat membuatkan
4 saya lebih peka terhadap kepelbagaian 3.54 0.550 Sederhana
kecerdasan murid semasa PdP
Saya merancang aktiviti yang bersesuaian
5 dengan minat dan kesediaan murid 3.57 0.546 Sederhana
menggunakan peta i-Think
Murid boleh memilih sendiri peta i-Think yang
6 3.67 0.522 Tinggi
sesuai digunakan semasa PdP Bahasa Melayu
Kerja berkumpulan mudah dilaksanakan dengan
7 3.74 0.497 Tinggi
penggunaan peta i-Think semasa PdP
Saya gemar melihat murid membentangkan hasil
8 perbincangan kumpulan menggunakan peta i- 3.79 0.412 Tinggi
Think
Kemahiran berfikir murid dapat ditingkatkan
9 3.78 0.420 Tinggi
dengan penggunaan peta i-Think
Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan
10 peta i-Think membuatkan murid lebih suka 3.75 0.490 Tinggi
belajar Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 3, sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 terhadap penggunaan peta i -Think
semasa PdP dengan nilai min tertinggi (min = 3.85) boleh dilihat pada item 1 iaitu “Penggunaan elemen peta i-Think
sesuai digunakan semasa PdP Bahasa Melayu”. Melihat kepada nilai ini menunjukkan bahawa pelajar PISMP setuju
akan kesesuaian dan keberkesanan peta i-Think semasa PdP. Bagi nilai min terendah pula adalah pada item 4 iaitu
“Penggunaan peta i-Think dapat membuatkan saya lebih peka terhadap kepelbagaian kecerdasan murid semasa
PdP”. Hal ini mungkin terjadi kerana peta i-Think sinonimnya dilakukan murid bersama-sama dengan rakan mereka.
Oleh itu, guru mempunyai kesukaran dalam menentukan kepelbagaian kecerdasan murid melainkan guru
mempraktikkan peta i-Think kepada murid secara individu semasa PdP.

4.3.3 Soalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan penggunaan peta i-Think semasa PdP
mengikut ambilan?
Jadual 4:

Tahap kesediaan penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan.

Ambilan N Min Sig.


Ambilan Jun 2018 36 3.71 0.388
Ambilan Jun 2019 44 3.49

Melihat kepada hasil dapatan dalam Jadual 4, min bagi ambilan Jun 2018 lebih tinggi dengan nilai 3.71
berbanding nilai min ambilan Jun 2019 iaitu 3.49. Walaupun begitu, berdasarkan hasil analisis ujian yang telah
dijalankan, Ha1 ditolak dan Ho1 diterima. Hal ini kerana tidak terdapat perbezaan antara tahap kesediaan
penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan antara ambilan Jun 2018 dengan ambilan Jun 2019.

4.3.4 Soalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaan sikap penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut
ambilan?
Jadual 5:

Sikap penggunaan peta i-Think semasa PdP mengikut ambilan.


Ambilan N Min Sig.
Ambilan Jun 2018 36 3.77 0.304
Ambilan Jun 2019 44 3.67
Berdasarkan Jadual 5, Ha2 ditolak dan Ho2 diterima. Hal ini dibuktikan dengan nilai signifikan kajian yang
berjumlah 0.304; masih tiada perbezaan yang signifikan mengenai sikap penggunaan peta i-Think semasa PdP
mengikut ambilan antara ambilan Jun 2018 dengan ambilan Jun 2019.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulan

Pengaplikasian peta i-Think merupakan antara satu langkah yang efektif dan berkesan untuk difokuskan
dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Program peta i-Think yang
diperkenalkan di sekolah-sekolah juga atas dasar untuk memperkasakan kemahiran berfikir yang seterusnya
meningkatkan aras pemikiran pelajar (Chew dan Siti Syahirah Yusof, 2021). Menurut Mazura Mohd dan Rus lin Amir
(2018), penggunaan peta i-Think dapat meningkatkan kefahaman, penghayatan, daya ingatan dan keseronokkan
dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini membuktikan bahawa program i-Think berpotensi untuk digunakan
sebagai satu bahan bantu mengajar atau teknik pengajaran guru di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga
boleh mengaplikasikan pelbagai strategi lain seperti pembelajaran koperatif atau aktiviti PAK21 sambil
menggunakan peta i-Think. Oleh itu, murid bukan sahaja berupaya meningkat keupayaan kemahiran berfikir malah
dapat belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan dan berkesan. Kenyataan ini dipersetujui oleh Normah Zakaria
et.al. (2018) yang menyatakan bahawa penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-think juga mampu melahirkan
murid berfikiran kreatif, kritis dan inovasi selain mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Cadangan-cadangan Kajian

Antara cadangan yang disyorkan oleh pengkaji termasuklah mengenai peserta kajian yang diambil oleh
pengkaji dalam kajian ini. Pengkaji hanya melibatkan pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 dari sebuah institut
sahaja iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Oleh itu, untuk kajian akan datang, pengkaji
disarankan dan digalakkan untuk meluaskan lagi fokus kajian kepada institut-institut pendidikan guru yang lain di
seluruh Malaysia. Hal ini penting untuk memastikan bakal-bakal guru diberi pendedahan mengenai peta i-Think dan
bagaimana peta ini mampu memberi impak yang positif dan berkesan terhadap pembelajaran muri d di dalam bilik
darjah. Selain itu, pengkaji hanya memfokuskan kajian ini terhadap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 sahaja.
Cadangan untuk pengkaji seterusnya ialah pengkaji boleh menyelidik juga tahap kesediaan dan sikap pelajar PISMP
ambilan dan semester yang lain terhadap penggunaan peta i-Think semasa PdP Bahasa Melayu. Hal ini kerana, tahap
penguasaan terhadap peta i-Think ini bukan sahaja penting untuk para pelajar yang sudah berpraktikum malah juga
membantu para pelajar semester lain dalam memastikan teknik pengajaran yang digunakan di sekolah nanti adalah
sesuai dan selari dengan kaedah PdP masa kini. Menurut Abdul Rasid et. al. (2017), dalam usaha untuk melahirkan
murid yang berketerampilan unggul dalam sistem pendidikan alaf ini, komitmen dan tanggungjawab para guru amat
dititikberatkan agar dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan
Pendiidkan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Implikasi

Kajian ini menerangkan dengan nyata bahawa penggunaan peta i-Think mendatangkan kesan yang baik
terhadap sistem pendidikan negara terutamanya dalam PdP Bahasa Melayu. Tambahan pula, kajian ini menyelidik
tahap kesediaan dan sikap pelajar PISMP ambilan Jun 2018 dan 2019 yang jarang dikaji. Kebiasaannya, pengkaji -
pengkaji lebih memilih untuk menjalankan kajian ke atas guru-guru di sekolah. Oleh itu, pengkaji mengambil peluang
ini untuk meneliti dengan lebih mendalam lagi mengenai penggunaan peta i-Think terhadap para pelajar PISMP yang
sudah melalui fasa praktikum. Kajian ini seterusnya diharapkan dapat membuka mata dan minda para pelajar PISMP
untuk menggunakan peta i-Think dengan lebih giat agar tahap pengetahuan dan kemahiran berfikir murid-murid
yang diajar dapat dimaksimumkan. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu dilaksanakan bagi menggalakkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) murid-murid.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md Sabil. (2017). Penggunaan peta pemikiran iThink dalam pemahaman
KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 51-59.

Chew F. P. & Siti Syahirah Yusof. (2021). Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Terhadap Peta Pemikiran I-Think
Dalam Pembelajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah (Knowledge, Attitude and
Readiness of Students towards i-Think Map in Learning KOMSAS in Malay Language in Secondary Schools).
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 15-25.

Eng L. Y. (2021). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Kemahiran Bertutur Bahasa Mandarin. Journal of
Social Sciences, 7(2), 34-44.

Fadilla Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah
rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 44(1), 37-44.

Kamalawati Dolhan, Dyg Putri Awg Mahbi & Yusop Hj. Malie. (2018). Meningkatkan Kemahiran Mengenal Huruf
Dalam Kalangan Murid-Murid Prasekolah Di Sekolah Berdasarkan Pendekatan Gambaran Visual. ICoTE
Proceedings, 2(1), 9-20.

Mazura Mohd & Ruslin Amir. (2018). Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) terhadap penulisan karangan bahasa
Inggeris.

Muhammad Faez Nurazman Amrullah, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad & Melor Md Yunus. (2018).
Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran karangan upsr oleh guru bahasa Melayu: Satu
Kajian Kes. Sains Humanika, 10(3-2).

Normah Zakaria, Azita Ali, Izeanty Hamidon & Suhaili Abd Rasap. (2018). Aplikasi Peta Pemikiran I-Think Dalam
Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Online Journal for TVET Practitioners.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1), 1-11.

Siti Rubaini Mat dan Ani Salwiah Zakaria. (2021). Penandaarasan Antarabangsa Pisa Dan Kesinambungan Dalam
Pengajaran Di Peringkat Pengajian Tinggi.

Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam Melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah (Knowledge, Skills, Attitude and Problem of
Teacher's in Implementing Classroom Assessment Malay Language in Primary Schools). Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 9(3), 56-67.
Sikap Pelajar PISMP Terhadap Penggunaan TMK
dalam PdPr Bahasa Melayu

Jay Nur Maszuana Jelieta Jaya


Nor Asiah Ismail Ph. D

PISMP BAHASA MELAYU


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
jaynurmaszuanajelieta@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu. Peserta kajian bagi kajian ini terdiri daripada pelajar major Bahasa Melayu ambilan Jun 2018 dan
ambilan Jun 2019 yang menjalankan praktikum secara PdPR berikutan negara dilanda wabak Covid-19. Seramai 80
orang pelajar PISMP dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) yang menjadi peserta
kajian dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Instrumen yang
digunakan ialah soal selidik yang menggunakan perisian Google Form. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik
tersebut iaitu bahagia A demografi peserta kajian yang mengandungi empat item dan bahagian B sikap pelajar PISMP
terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu yang mengandungi sepuluh item yang diadaptasi dan
diubahsuai oleh pengkaji menggunakan kajian yang dijalankan oleh Siti Aishah Zainudin dan Kamariah Abu bakar
(2021). Kajian ini menggunakan skala likert 5 supaya memudahkan peserta kajian untuk menjawab soalan kajian.
Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 23.0. Kaedah deskriptif
digunakan untuk menunjukkan min, peratusan, sisihan piawai dan frekuensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu pada kedudukan yang sangat
tinggi dengan nilai keseluruhan min sebanyak 4.623 dan nilai keseluruhan sisihan piawai ialah 0.3449. Kajian ini
memberi implikasi kepada pelajar yang bakal menjalankan praktikum dan pelajar yang bakal ditempatkan disebuah
sekolah serta memberi implikasi kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus(IPGK) iaitu dapat mengenalpasti
sejauh manakah sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu.

Kata Kunci: TMK, Bahasa Melayu, Pelajar, PdPR


ABSTRACT

This research is carried out to study the attitudes of PISMP students towards the use of Information and
Communication Technology (ICT) in home-based teaching and learning mode (PdPr) for Bahasa Melayu. The
respondents for this research are Bahasa Melayu major students for PISMP June 2018 and June 2019 intake. They
have to fulfill their practicum session via home-based teaching and learning mode due to Covid-19 pandermic. A total
of 80 PISMP students from Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) have been selected as
the respondents for this research. This research is a quantitative research with a survey design. The research
instrument used is a set of questionnaire constructed using Google Form application. There are two parts in the
questionnaire; Part A the respondents demographics which contain four items and Part B which is based on the
attitudes of PISMP students towards the use of ICT in home-based teaching and learning mode for Bahasa Melayu.
Part B consists of ten items which are adapted and modified by the researcher using a research that carried out by
Siti Aishah Zainudin and Kamariah Abu Bakar (2021). This research is using 5 Likert scale to ease the respondents to
answer the questions. The data from the research is analysed using Statistical Package for Social Science application
Version 23.0. Descriptive method is used to show mean, percentage, standard deviation and frequency. The result
from this research shows that the attitudes of PISMP students towards the use of ICT i n home-based teaching and
learning mode for Bahasa Melayu is at a high position with the overall mean value is 4.623 and the overall value of
standard deviation is 0.3449. This research is beneficial to those students who will undergo their practicum session
and those who will be placed in a school. It will also affect teacher education institutes (IPGK) because they need to
study the attitudes of PISMP students towards the use of ICT in Bahasa Melayu home-based teaching and learning.

Keywords: Information and Communication Technology (ICT), Bahasa Melayu, Student, home-based teaching and
learning mode (PdPr)
PENGENALAN
Anjakan paradigma atau perubahan sesuatu peraturan dapat mengubah dan mempengaruhi kehidupan seharian
semua lapisan masyarakat dan semua sektor yang tidak terkecuali juga dalam sektor pendidikan. Dengan
pengisytiharan yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia berkaitan dengan situasi pandemik akibat
penularan sejenis virus baharu iaitu virus Covid-19 pada tahun 2020 telah memberi kesan kepada semua sektor
termasuklah sektor pendidikan sehingga kini. Bagi memastikan setiap murid mendapat hak mereka untuk
mendapatkan pendidikan, pihak KPM telah melaksanakan e-pembelajaran iaitu pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) semenjak Malaysia dilanda virus berbahaya ini. Bagi menyokong kenyataan ini dapat dirujuk dalam
intipati dalam hak asasi kanak-kanak yang mengatakan semua kanak-kanak tidak mengira keupayaan dan
ketidakupayaan mereka, jantina, ekonomi, sosial, kebudayaan, latarbelakang etnik, agama dan taraf kesihatan
kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sama rata. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan e-
pembelajaran iaitu PdPR dapat menunjukkan bahawa pelaksanaannya akan banyak menggunakan TMK.
Perkembangan pesat dalam bidang Teknologi terutama Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) membawa
banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru.
Kesimpulannya, dengan keadaan sistem pendidikan negara yang kerap berlaku perubahan dengan pelaksaan pdp
pelajar PISMP yang menjalankan praktikum haruslah mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan TMK untuk
memastikan proses PdPR berjalan dengan lancar serta memberi kesan yang positif kepada murid -murid. Oleh itu,
para pelajar PISMP haruslah melengkapkan diri dengan meningkatkan sikap yang positif terhadap penggunaan TMK
semasa menjalankan praktikum secara PdPR mengikut trend semasa yang digariskan oleh pihak KPM.

PENYATAAN MASALAH
Perubahan sistem pendidikan negara disebabkan menularan wabak Covid-19 turut membawa pengubahsuaian
pendekatan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Pelaksanaan e-pembelajaran oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan m urid-murid dapat
menimba ilmu walaupun berada di rumah menyeru para guru menggunakan pendekatan yang sesuai untuk
menyampaikan ilmu pengajaran kepada murid-murid. Salah satu pendekatan dah kaedahnya yang sangat kerap
digunakan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK). Dalam keadaan ini sikap guru terhadap
penggunaan TMK haruslah adalah sangat penting untuk dinilai. Hal ini kerana sikap ini akan mempengaruhi
pelaksanaan sesi PdPR.

Menyedari keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk melaksanakan kajian berkaitan dengan sikap
pelajar PISMP teras Bahasa Melayu terhadap penggunaan TMK yang melaksanakan praktikum secara PdPR.
Menurut Chew Fong Peng & Nur Atikah Ali Jinah (2020), masih terdapat guru-guru yang mengaplikasikan pengajaran
tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mereka. Penggunaan pengajaran tradisional yang lebih
kepada Chalk and Talk tidak bersesuaian untuk melaksanakan sesi PdPR. Di mana terdapat tiga kaedah PdPR iaitu
secara atas talian, luar talian dan secara off-site. TMK merupakan pengantara yang sesuai digunakan dalam
penyampaian ilmu pengajaran. Oleh itu, pengkaji melaksanakan kajian ini bagi melihat sejauh mana sikap guru
terhadap penggunaan TMK. Hal ini kerana boleh memberi kesan kepada guru tersebut semasa dalam proses
perancangan dan pelaksaan pengajaran dan pembalajaran di rumah malah murid turut menerima impak kepada
tahap penguasaan TMK para guru. Oleh itu, sebagai guru yang terlatih dan mempunyai kemahiran yang cemerlang
melalui latihan dan didikan dalam tempoh pengajian haruslah sentiasa mengikut perubahan yang dilakukan oleh
pihak KPM dalam sistem pendidikan negara dengan mempunyai sikap yang positif terhadap kemahiran dan
pengaplikasian TMK yang bersesuaian dengan rancangan KPM dalam melaksanakan proses PdPR.

OBJEKTIF
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

i. menilai sikap pelajar PISMP Bahasa Melayu terhadap penggunaan TMK

semasa melaksanakan proses PdPR.


SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu?

METADOLOGI

Metodologi merupakan satu prosedur kajian yang sistematik dalam menggabungkan pendekatan dan analisis data
bagi memastikan prestasi kajian yang dijalan dapat dicapai dengan sempurna.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang berjenis deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian di mana bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang diperlukan di dalam
kajian seperti latar belakang peserta kajian dan mengkaji sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu. Dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian memberi kelebihan kerana dapat
menjimatkan masa, tenaga dan data peserta kajian mudah untuk dianalisiskan.

Persampelan

Jumlah keseluruhan populasi kajian ini adalah 101 orang pelajar PISMP teras Bahasa Melayu yang terdiri daripada
dua ambilan iaitu ambilan Jun 2018 dan ambilan Jun 2019 yang telah menjalankan praktikum secara PdPR. Untuk
kajian ini pengkaji hanya akan mengambil sejumlah 80 orang pelajar PISMP untuk di jadikan sampel kajian ini.
Pemilihan sampel dipilih melalui kaedah persampelan mudah. Kaedah pemilihan sampel ini adalah bertujuan untuk
memilih sampel kajian agar memenuhi ciri-ciri yang diperolehkan bagi kajian ini.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik yang di adaptasi dan diubahsuai oleh pengkaji
daripada kajian yang dijalankan oleh Siti Aishah Zainudin dan Kamariah Abu Bakar (2021). Hal ini kerana pengkaji
merasakan soalan tersebut sangat penting dan sesuai untuk kajian yang dijalankan. Soal selidik ini mempunyai dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Di mana melibatkan 4 item di bahagian A dan 10 item di bahagian B. Soal
selidik yang dibina mudah dijawab kerana jawapan sudah disediakan oleh pengkaji, peserta kajian hanya perlu
memilih jawapan sahaja.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada gambaran kestabilan item yang digunakan di dalam kajian. Bagi mengenalpasti
kebolehpercayaan instrumen kajian pengkaji telah menggunakan kaedah ketekalan dalaman iaitu mencari pekali
alfa atau lebih dikenali sebagai Conbach Alpha bagi setiap item penilaian dan keseluruhan instrumen penilaian
melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan
item kajian ini.
Jadual 1

Kebolehpercayaan Keseluruhan Item Kajian dalam Soal Selidik

Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items
.849 10

Kesahan

Kesahan merupakan semakan pakar untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan. Dalam jadual
2 menunjukkan komen keseluruhan pakar terhadap penilaian intrumen kajian.

Jadual 2

Penilaian Instrumen Kajian

No. Item Ulasan


1. Format instrumen sesuai dan menarik Memuaskan
2. Item mengukur domain yang dikehendaki Memuaskan
3. Bahasa yang digunakan mudah difahami Sesuai
4. Saiz tulisan sesuai dan mudah dibaca Sesuai
5. Maksud setiap item jelas Memuaskan
6. Jumlah item mencukupi Memuaskan
7. Objektif jelas Sesuai
8. Arahan jelas Sesuai
9. Ejaan betul Memuaskan

Kaedah Pengumpulan Data

Bagi mendapatkan data kajian sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdP Bahasa Melayu secara
PdPR pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik yang diberi kepada peserta
kajian. Set soal selidik ini menggunakan ‘Skala Likert’ sebagai pilihan jawapan peserta kajian.

Kaedah Menganalisis Data

Penganalisis data yang dilaksanakan berasaskan maklumat yang diperolehi berdasarkan soal selidik dalam bentuk
Google Form yang telah diedarkan kepada 80 orang peserta kajian kajian yang terdiri daripada pelajar PISMP major
Bahasa Melayu dari Ambilan Jun 2018 dan Ambilan Jun 2019 yang telah menjalankan praktikum secara PdPR. Dalam
kajian ini, data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian Stastistical Package for the Social Sciences
(SPSS). Pengkaji mengemukakan data kajian dalam bentuk peratusan (%), min dan sisihan piawai yang dianalisiskan
secara deskriptif untuk memerihalkan data pada bahagian A iaitu demografi peserta kajian dan bahagian B iaitu sikap
pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Demografi Peserta Kajian

Berdasarkan jadual 3 jantina peserta kajian kajian yang diperolehi melalui hasil daripada soal selidik. Seramai 19
(23.7%) orang peserta kajian adalah lelaki manakala seramai 61 (76.3%) orang peserta kajian adalah perempuan. Ini
menunjukkan bahawa bilangan peserta kajian perempuan lebih ramai berbanding peserta kajian lelaki. Menurut
buku Makri Institusi Pendidikan Tinggi (2018) oleh KPM menunjukkan bahawa bilangan pelajar lelaki yang
melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah adalah lebih rendah berbanding pelajar perempaun. Faktor ini
menyebabkan bilangan peserta kajian lelaki dan perempuan dalam kajian ini tidak seimbang.

Jadual 3

Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi Peratusan(%)


Lelaki 19 23.7
Perempuan 61 76.3
Jumlah 80 100

Bagi jadual 4 menunjukkan analisis taburan tahun ambilan peserta kajian. Daripada 80 orang peserta kajian
kajian seramai 38 orang peserta kajian dari tahun ambilan Jun 2018 manakala selebihnya iaitu seramai 42 orang
peserta kajian dari tahun ambilan Jun 2019. Bilangan peserta kajian tahun ambilan Jun 2019 lebih ramai berbanding
tahun ambilan Jun 2018 kerana pengambilan pelajar teras Bahasa Melayu bagi tahun ambilan Jun 2019 lebih ramai
berbanding dengan tahun ambilan Jun 2018.

Jadual 4

Peratusan Responden mengikut Tahun Ambilan

Tahun Ambilan Frekuensi Peratusan(%)


Ambilan Jun 2018 38 47.5
Ambilan Jun 2019 42 52.5
Jumlah 80 100

Peserta kajian yang terlibat adalah bangsa Melayu, Cina dan Peribumi. Jadual 5 menunjukkan taburan
peserta kajian mengikut bangsa. Pelajar yang berbangsa Melayu seramai 46 orang iaitu bersamaan dengan 57.5%.
Bagi pelajar yang berbangsa Cina yang terlibat dengan kajian ini seramai 12 orang iaitu ber samaan dengan 15%.
Seterusnya bagi pelajar peribumi yang menjadi peserta kajian ini seramai 22 orang iaitu bersamaan dengan 27.5%.

Jadual 5

Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Frekuensi Peratusan


Melayu 46 57.5
Cina 12 15
India 0 0
Peribumi 22 27.5
Jumlah 80 100

Jadual 6 menunjukkan analisis aliran jenis sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 14 peserta kajian
iaitu 17.5% adalah daripada aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC). Manakala aliran Sekolah Kebangsaan (SK)
yang merupakan bilangan peserta kajian paling ramai iaitu seramai 66 orang yang bersamaan dengan 82.5%. Bagi
aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula tidak mempunyai peserta kajian. Hal ini kerana ambilan Jun 2018
dan ambilan Jun 2019 teras Bahasa Melayu hanya mempunyai ambilan untuk dua buah jenis sekolah tersebut sahaja.
Jadual 6

Peratusan Responden Mengikut Aliran Jenis Sekolah

Aliran Jenis Sekolah Frekuensi Peratusan (%)


Sekolah Kebangsaan (SK) 66 82.5
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 14 17.5
(SJKC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 0 0
(SJKT)
Jumlah 80 100

Sikap Pelajar Pismp Terhadap Penggunaan TMK Dalam Pdpr Bahasa Melayu
Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR


Bahasa Melayu?

Bagi interpretasi skor min untuk kajian ini pula menggunakan sumber dari Nur Hawa Hanis Abdullah (2018).
Pemeringkatan skala skor min akan dinilai bedasarkan jadual 7 di bawah.

Jadual 7

Interpretasi Skor Min

Nilai Min Interpretasi


1.00-1.80 Sangat Rendah
1.81-2.60 Rendah
2.61-3.40 Sederhana
3.41-4.20 Tinggi
4.21-5.00 Sangat Tinggi

Jadual 8 di bawah menunjukkan skor min bagi sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu. Berdasarkan jadual 14 min tertinggi bagi sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu ialah pada item ke-1, iaitu “Saya digalakkan berkomunikasi dengan menggunakan e-mel/
Whatsapp/ Telegram bagi mewujudkan lebih banyak maklumat antara saya dengan murid-murid semasa
menjalankan sesi PdPR Bahasa Melayu” dengan nilai min 4.85 dan sisihan piawai 0.359. Hal ini menunjukkan
hampir semua pelajar PISMP yang menjadi peserta kajian menggunakan e-mel atau Whatsapp atau Telegram dalam
menyampaikan lebih banyak maklumat antara guru dengan murd-murid semasa menjalankan sesi PdPR Bahasa
Melayu. Kebanyakkan pelajar PISMP yang menjalankan praktikum Bahasa Melayu secara PdPR m enggunakan salah
satu daripada tiga medium tersebut dalam berhubung serta menyalurkan input pengajaran kepada murid -murid.
Bagi nilai min terendah pula pada item ke-7 iaitu “Saya sentiasa yakin jika mengajar menggunakan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu” dengan min 4.05 dan sisihan piawai 1.200. Ini menunjukkan bahawa terdapat pelajar PISMP yang
masih tidak yakin untuk menggunakan TMK dalam pelaksanaan sesi PdPR Bahasa Melayu. Sikap sebegini boleh
menyebabkan pelajar PISMP tidak menggunakan TMK serta tidak dapat menghasilkan TMK yang mampu memberi
kesan yang psositif kepada sesi PdPR Bahasa Melayu. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, menunjukkan
bahawa bahawa sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu pada kedudukan yang
sangat tinggi dengan nilai keseluruhan min sebanyak 4.623 dan nilai keseluruhan sisihan piawai ialah 0.3449. Hal ini
menunjukkan bahawa sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu adalah pada
kedudukan yang sangat tinggi dan positif. Ini menunjukkan jangkaan pengkaji terhadap kajian yang dijalankan adalah
benar di mana sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam sesi PdPR Bahasa Melayu akan mempengaruhi
keberkesanan PdPR.

Jadual 8

Sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu

No. Item N Min Sisihan Sikap


Piawai
1. Saya digalakkan berkomunikasi
dengan menggunakan e-mel/ 4.85 Sangat
Whatsapp/ Telegram bagi 80 0.359 Tinggi
mewujudkan lebih banyak
maklumat antara saya dengan
murid-murid semasa menjalankan
sesi PdPR Bahasa Melayu.
2. Saya digalakkan untuk 80 4.83 0.382 Sangat
menggunakan TMK dalam PdPR Tinggi
Bahasa Melayu.
3. Saya suka menggunakan TMK dalam 80 4.74 0.497 Sangat
PdPR Bahasa Melayu Tinggi
4. Saya percaya bahawa TMK dapat 80 4.66 0.476 Sangat
membantu saya mempelajari Tinggi
pelbagai perkara baharu yang dapat
membantu dalam PdPR Bahasa
Melayu
5. Saya percaya bahawa TMK 80 4.68 0.471 Sangat
menjadikan PdPR Bahasa Melayu Tinggi
menarik dan berkesan.
6. Saya yakin bahawa TMK benar- 80 4.51 0.795 Sangat
benar dapat meningkatkan amalan Tinggi
PdPR saya.
7. Saya sentiasa yakin jika mengajar 80 4.05 1.200 Tinggi
menggunakan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu.
8. Saya berpendapat bahawa 80 4.66 0.693 Sangat
penggunaan TMK dalam PdPR Tinggi
Bahasa Melayu dapat merangsang
penglibatan lebih ramai murid.
9. Saya suka menggunakan TMK 80 4.58 0.708 Sangat
sebagai alat bantu mengajar Tinggi
berbanding dengan kaedah bantu
mengajar lain dalam PdPR Bahasa
Melayu.
10. Saya berasa seronok menggunakan 80 4.68 0.725 Sangat
TMK dalam PdPR Bahasa Melayu. Tinggi
Min Keseluruhan 80 4.623 0.3449 Sangat
Tinggi
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kesimpulan Kajian
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa
Melayu pada tahap yang sangat tinggi dengan jumlah skor min keseluruhan sebanyak 4.623 dan nilai keseluruhan
sisihan piawai ialah 0.3449. Dengan mempunyai sikap yang positif terhadap TMK dapat disimpulkan bahawa pelajar
PISMP dapat menggunakan TMK dengan jayanya semasa menjalankan sesi PdPR Bahasa Melayu semasa
berpraktikum. Maka mutu pembelajaran murid-murid semasa PdPR Bahasa Melayu akan dapat ditingkatkan dan
akan lebih efisien dengan menggunakan TMK dalam sesi PdPR Bahasa Melayu. Dengan penerapan TMK dalam PdPR
Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar PISMP untuk menyampaikan isi pengajaran kepada murid -murid di
rumah semasa menjalankan praktikum selama tiga bulan. Dengan keadaan yang berbeza apabila berada di b ilik
darjah, penggunaan TMK merupakan elemen penyampaian yang bersesuaian semasa sesi PdPR. Malah secara
langsung dapat memberi pendedahan TMK kepada murid-murid seperti yang termaktub dalam anjakan ke tujuh
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Justeru itu, pelajar PISMP haruslah mempunyai sikap
yang positif terhadap TMK supaya dapat mengaplikasikannya sewaktu berkhidmat di sekolah nanti.

Cadangan Kajian Akan Datang


Berdasarkan dapatan kajian, penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan bagi kajian akan datang ialah meluaskan
peserta kajian kajian yang terdiri daripada pelajar PISMP dari IPG di seluruh negara juga. Malah kajian lanjutan juga
boleh dilaksanakan ke atas guru-guru yang berada di sekolah bagi melihat sejauh mana sikap guru-guru terhadap
penggunaan TMK. Dengan melakukan kajian lanjutan menjadikan guru-guru di sekolah sebagai peserta kajian dapat
membantu pihak KPM dalam melihat sikap guru terhadap penggunaan TMK sekaligus pihak KPM dapat merancang
bagi sistem pendidikan akan datang dalam aspek TMK.
Selain itu, pengkaji hanya memfokuskan kajian terhadap pelajar PISMP teras Bahasa Melayu untuk kajian
akan datang mungkin pengkaji boleh mengkaji bagi pelajar PISMP elektif Bahasa Melayu atau pelajar PISMP yang
dari teras atau elektif selain daripada Bahasa Melayu. Hal ini kerana memandangkan konsep penggunaan TMK
adalah bersifat universal dan terbuka semua mata pelajaran menggunakan TMK dalam sesi PdPR. Seterusnya
cadangan bagi kajian akan datang ialah pengkaji boleh mengkaji tentang motivasi dan kekangan yang dihadapi boleh
pelajar PISMP atau guru-guru terhadap penggunaan TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah kajian
yang berkaitan dengan tahap penggunaan TMK di sekolah turut boleh dijalankan untuk melihat apak ah tahap
penggunaan TMK guru-guru yang berada di sekolah. Hal ini kerana penggunaan TMK akan memberi impak positif
yang besar dalam diri setiap murid.

Implikasi Kajian

Implikasi kajian ini akan terbahagi kepada dua iaitu kepada pelajar PISMP dan pihak Institut Pendidikan Guru Kampus
(IPGK). Implikasi pertama kepada pelajar PISMP adalah dapat memberi kesedaran supaya sentiasa mempunyai sikap
yang positif terhadap penggunaan TMK dalam PdPR Bahasa Melayu. Hal ini kerana apabila pelajar mempunyai sikap
yang positif kepada TMK bermakna pelajar PISMP dapat menggunakan TMK dengan cemerlang semasa sesi PdPR
Bahasa Melayu. Penggunaan TMK sebagai medium, alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar dalam PdPR
dapat meningkatkan lagi kefahaman murid-murid. Malah ianya turut dapat membantu melancarkan lagi aktiviti yang
ingin dilaksanakan semasa sesi PdPR.

Implikasi kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) pula ialah pihak IPGK dapat mengetahui
sejauh mana sikap pelajar PISMP terhadap penggunaan TMK. Dengan mengetahui perkara ini dapat membantu
pihak IPGK untuk membuat perancangan dari segi program, khusus atau bengkel dalam memupukkan sikap yang
positif terhadap penggunaan TMK. Antara salah satu tanggungjawab IPGK yang telah diamanahkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) ialah meningkatkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman
pengajaran pembelajaran pendidik guru. Oleh itu, pihak IPGK haruslah memastikan pelajar PISMP mempunyai sikap
yang positif terhadap TMK kerana sikap ini akan mempengaruhi kepada tahap penguasaan dan penggunaan TMK
dalam sesi PdPR Bahasa Melayu.
RUJUKAN

Chew Fong Peng & Nur Atikah Ali Jinah. (2020). Sikap, Motivasi dan Pelaksanaan Strategi Think-Paire-Share. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 3.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Makro Institusi Pendidikan Tinggi . Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nur Hawa Hanis Abdullah. (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 24.

Siti Aishah Zainudin & Kamariah Abu Bakar. (2021). Sikap Guru Prasekolah Terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Prasekolah Pedalaman Daerah Baram. BITARA International Journal of
Civilization Studies and Human Sciences, 1-13.

Anda mungkin juga menyukai