Anda di halaman 1dari 2

Kisah Negeri yang Miskin

Situasi 1: Gambaran situasi yang menunjukkan beberapa orang yang kaya bergembira
dengan keluarga. Orang yang gembira mendapat duit melalui perniagaan (business).
Keluarga yang gembira bersiar-siar di tempat peranginan. Gambaran pemimpin yang
memimpin rakyat negara.

Una : (berpantun)

Indah berseri cincin dekima,


Bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 60 tahun merdeka,
Negara kita aman dan damai.

Pakai baju baju kebaya,


Buat bersanding pengantin berseri,
Bersatu padu rakyat sejahtera,
sama-sama bersaing memantap ekonomi.

Auni : (berseloka)
Dari hospital ke Dewan Negeri
Dari Doktor jadi Wakil Rakyat
Insan Tabah suka seni
Sentiasa sedia untuk berkhidmat

Penat bekerja tidak terasa


Dulu merawat kini berkhidmat
Pusat Khidmat dibuka sentiasa
Jadi rujukan dan tumpuan rakyat

Situasi 2: Gambaran situasi yang menunjukkan seorang yang berkaya raya tidak
mempedulikan seorang pengemis di tepi masjid. Seorang guru menampar seorang murid
di kelas kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Seorang peragut meragut beg seorang
wanita semasa berjalan.

Sha : (bersajak)
Negeriku kaya, elok, dan makmur
Hanya ada dalam lagu Rayuan Pulau Kelapa
Namun kenyataan yang ada
Kemiskinan semakin menjadi-jadi
Miskin hati juga semakin bertambah
Yang tak peduli lagi sesama manusia
Walaupun kota bersih dan bersinar
Namun pengemis masih menghuni jalan kota dan kolong jambatan
Yang membuat dada semakin sesak
Una : (bersajak)
Di mana mereka?
Di mana para pemuda pemudi remaja masjid?
Di mana para pejabat, hartawan, dan dermawan?
Di mana para ibu-ibu dan anak-anak?
Walaupun suara azan telah berkumandan
Namun mereka seolah tuli,bisu, dan buta

Auni : (berseloka)
Terlalu bersosial masyarakat sekarang,
Berkelakuan tidak bertuhan,
Gaya hidup tidak disekat,
Jadi alpa tidak beribadat

Situasi ketiga: gambaran mengenai rakyat pelbagai kaum beribadat

Sha: (bersyair)
Bila berkawan jangan bergaduh,
Tiada guna bermusuh-musuh,
Jangan sesekali bersikap angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh

Una : (bersyair)
Walupun kaya jangan menghina,
Kaya dan miskin sama sahaja,
Yang hina jangan ditambah hina
Kerana hidup seperti roda

Auni : (berpantun)
Pergi ke pasar beli durian,
Letaknya durian di jalur barat,
Hari sabat ingatlah tuhan,
Hari lain jalankan amanat.

Anda mungkin juga menyukai