Anda di halaman 1dari 10

Negaraku Merdeka

Negaraku tetap merdeka,


Walau dalam genggam bara,
Walau dalam tangis duka,
Walau dalam cemas bencana.

Negaraku tetap merdeka,


Walau ada yang cuba menderhaka,
Walau ada yang mengkhianati negara,
Walau ada sekongkol musuh durjana.

Negaraku tetap merdeka,


Walau bila zamannya,
Walau bagaimana pemimpinnya,
Walau di mana duduk rakyatnya.

Negaraku tetap merdeka,


Kerana ada anak Malaysia,
Berbangga dengan negaranya,
Berjuang hingga akhir nafasnya.

Salam kemerdekaan.
Negaraku Bebas Merdeka

Kini…
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala.

62 tahun dahulu…
dataran merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya.

Merdeka…
tiada lagi penjajahan
tiada lagi penderitaan
tiada lagi jeritan penyiksaan
tanah air ditadbir insan bijak bestari
memimpin negara mengukir nama.

Kini…
62 tahun sudah merdeka
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman damai.

Maju teknologi
kearah mencapai negara maju
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya.
Bangsa Merdeka

Bangsaku
Kemerdekaan ini
Milik kita
Perjuangkanlah
Pertahankanlah.

Kemerdekaan ini
Sudah 62 tahun ia berlalu
Kini lihatlah
Negara kita ini
Yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Bangunlah bangsaku
Bangunlah bangsaku.

Semarakkan kemerdekaan kita ini


Dengan satu semangat
Satu matlamat
Negaraku Malaysia.
Malaysia Tercinta

Malaysiaku,
Disinilah tempat aku dilahirkan,
Disinilah juga aku dibesarkan,
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh,
Demi negara dan bangsa tercinta.

Malaysiaku,
Demimu kusanggup berkorban,
Walaupun nyawa dan harta sekalipun,
Demimu juga akan ku pertahankan,
Dari segala ancaman mendatang.

Malaysiaku,
Akan ku usaha dengan gigih,
Untuk menaikkan namamu,
Akan ku hiasi dengan segala keindahan,
Agar namamu harum di persada dunia.

Malaysiaku,
Akan ku teruskan usaha murniku,
Demi mendidik anak-anak watan,
Supaya lahir generasi gemilang,
Untuk menggalas impian dan harapan.
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di sini kami dilahirkan


Di sini kami dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan
Dan di sini lahirnya sebuah cinta.

Di sini terciptanya sejarah


Warisan nenek moyang bangsa
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku.

Air setitik menjadi tasik


Tanah segempal menjadi gunung
Rakyat didik hidup muafakat
Dan di sini globalisasi sempadan dunia
Mengharum wangi di antarabangsa.

Di sini lahirnya cinta


Dijaga rapi merdeka ini
Di sini merdeka sudah dianugerahi
Semat dijiwa disimpan dihati
Merdeka ini anugerah ilahi
Dan Malaysia tanah air kami.
Malaysia Tanah Airku

Malaysia oh tanah air ku


Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa.

Sawah mu terbentang meluas


Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang.

Sungguh indah di Malaysia


Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia.

Malaysia negeri ku Malaysia


Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap Sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku.
Di Pentas Kebebasan

Kamu membakar hutan bandar


Kedai dan kereta disambar api kemarahan
Semarak darah generasi abad 21
Siapa yang ditentang juga jelas
Menegakkan keadilan dengan tangan kasar
Meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian


Peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
Apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan


Kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah


Putih bersih sedap mata memandang
Kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar


Tangannya letih hendak menangani
Mereka yang bingung di pentas kebebasan
Tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
Sedangkan ladang sudah dibajak
Benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih


Aku membina, kamu meruntuhkan.
Damai (Tanah Airku dan Dunia)

Sisa hidup ini hendak kita pelihara


Juga tanah, pohon dan buah-buah
Juga tulang, daging dan darah
Jangan suara jadi parau di musim kemarau.

Tapi tanah kami sudah kerecikan api


Lama bermula, tidak hilang sampai kini
Dan meski tawaran damai sudah diberi
Orang masih tidak peduli!

Pohon getah dan tanah mengandung bijih


Rebutan manusia daerah asing
Kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!

Damai – seruan dan tawaran


Damai – untuk tanah airku dan kemerdekaan
Damai – untuk dunia dan kesejahteraan!
Hujan Merdeka

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi


dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi


titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termeterai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka


walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.
Sumpah Anak Watan

Kawan
buat kesekian kalinya
kita titis air mata darah
kita hembus nafas panas api

bersama bulan bintang


ke gunung kita
ke hutan bersama
kita patah duri beracun
terlalu lama menusuk daging

dan kalian di hutan


ketagih pada kibaran bendera merah
ayuh! putar haluan
kembali ke pangkal jalan

anak peribumi
kira berdegil batu hatinya
buat kesekian kali
kita titis air mata darah
kita hembus nafas panas api
kita bakar mereka
bersama
api yang mereka nyala sendiri.

Anda mungkin juga menyukai