Anda di halaman 1dari 4

NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini.. Kini..
Tiada lagi tangisan insan terseksa
Terkapai-kapai lemas mencari 50 tahun sudah merdeka..
daratan Negaraku cemerlang, gemilang dan
Berkorban jiwa pertahan negara terbilang
Penjajah durjana merampas segala Burung berkicau bebas berterbangan
Menjadi tanda negaraku aman damai
50 tahun dahulu.. Maju berteknologi
Kearah mencapai wawasan 2020
Stadium merdeka menjadi saksi
Negaraku merdeka Kugenggam erat amanah pejuang
Rakyatku tidak lagi sengsara tanah air
Menangis gembira mendapat cahaya Pertahanlah kemerdekaan
Teruskanlah kemajuan disebalik tirai
Merdeka.. kemerdekaan
Sematkanlah semangat jiwa bangsa
Tiada lagi penjajahan.. dilubuk hati
Tiada lagi penderitaan.. Semoga kekal selamanya
Tiada lagi jeritan penyiksaan..
Tanah air ditadbir insan bijak bestari.. Merdeka tetap merdeka..
Memimpin negara mengukir nama..
HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
Awan gembira mengkhabarkan
Hujan merdeka turun lagi
Untuk kesekian kalinya
Membasahi bumi keramat ini
Dinginnya merangkul perasaan nusa
Syahdunya menyelimuti hati pembela
Damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi


Dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
Kukecapi aroma pembangunan
Kukucupi wangian pembebasan
Dan telah kuwarnai kanvas jati diri
Mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi


Titisnya menjelajahi hati srikandi
Pertiwi tersenyum menerimamu
Memeluk janji yang termetarai
Harapan yang terkota
Teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka


Walau langit Ogos berlalu
Titisnya membasahi sepanjang musim.
DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar


Kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua
Puluh satu
Siapa yang ditentang juga jelas
Menegakkan keadilan dengan tangan kasar
Meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termangu melihat kejadian


Peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
Apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan


Kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah


Putih bersih sedap mata memandang
Kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar


Tangannya letih hendak menangani
Mereka yang bingung di pentas kebebasan
Tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
Sedangkan ladang sudah dibajak
Benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih


Aku membina kamu meruntuhkan.
31 OGOS TIBA LAGI

Setiap kali tibamu Ogos


Mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
Dalam matang akal fikir
Semangat dan kudrat masih berbaki
Merisik khabar pejuang yang jauh
Dalam lipatan darmawisata merdeka
Mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua


Menyentak lolong makrifat membiak musim
Ceriteranya berderai plotnya berkecai
Mengirai skrip duga yang tak sudah
Atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka


Tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
Tetap menyimpul senyum
Meskipun termateri kenangan pahit
Yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi


Bersama gemersik angin di bumi bertuah
Mendewasakan ukhuwah dan ummah
Siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
Dalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdeka


Terima kasih aduhai tanah airku malaysia!

Anda mungkin juga menyukai