Anda di halaman 1dari 16

NEGARAKU BEBAS MERDEKA Kini..

tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 56 tahun dahaulu..

HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos awan gembira mengkhabarkan hujan merdeka turun lagi untuk kesekian kalinya membasahi bumi keramat ini dinginnya merangkul perasaan nusa syahdunya menyelimuti hati pembela damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa. Telah kutemui mutiara yang tersembunyi dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan kukecapi aroma pembangunan kukucupi wangian pembebasan dan telah kuwarnai kanvas jati diri mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku. Hujan merdeka turun lagi titisnya menjelajahi hati srikandi pertiwi tersenyum menerimamu memeluk janji yang termetarai harapan yang terkota teguh mengepung cinta. Terima kasih, hujan merdeka

stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka..

tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 56 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologi

walau langit Ogos berlalu titisnya membasahi sepanjang musim.

kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka..

DI PENTAS KEBEBASAN Kamu membakar hutan bandar kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu siapa yang ditentang juga jelas menegakkan keadilan dengan tangan kasar meja rundingan pun turut dibakar. Seorang tua termanggu melihat kejadian peristiwa yang tidak terlintas di fikiran apakah yang dicari wahai anak muda? Aku yang membina tiang kemerdekaan kau bersorak bangga mematahkan. Aku yang mengecat tugu sejarah putih bersih sedap mata memandang kau conteng dengan niat hitam. Jari terketar tak mampu menampar tangannya letih hendak menangani mereka yang bingung di pentas kebebasan tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak sedangkan ladang sudah dibajak benih sudah dipilih untuk disemai. Orang tua itu berbisik sedih aku membina kamu meruntuhkan.

31 OGOS TIBA LAGI 31 OGOS TIBA LAGI Setiap kali tibamu Ogos mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah dalam matang akal fikir semangat dan kudrat masih berbaki merisik khabar pejuang yang jauh dalam lipatan darmawisata merdeka mahalnya nostalgia. Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua menyentak lolong makrifat membiak musim ceriteranya berderai plotnya berkecai mengirai skrip duga yang tak sudah atas aspal fatamorgana bumi bertuah. Ogos yang sujud di kaki merdeka tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang tetap menyimpul senyum meskipun termateri kenangan pahit yang mahal dan cantik. Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi bersama gemersik angin di bumi bertuah mendewasakan ukhuwah dan ummah siap siaga warga berdaulat memahat sejarah dalam tamadun bangsa yang gah. Terima kasih pejuang tanah merdeka terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

MENYAMBUT MERDEKA Sambutannya berulang lagi saban tahun ia kembali keranamu Malaysia aku di sini menabur bakti ibu pertiwi. Jalur gemilang berkibar megah sana sini mencipta indah namun segelintir tiada endah satukan hati bukannya mudah. Hanya Malaysia negara tercinta pejuang bersusah untuk merdeka jangan siakan apa yang ada sayangilah tumpah darah kita.

PAHLAWAN KEMERDEKAAN (kepada pahlawan Pahang) Pahlawan! Jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan kau derhaka maka kaulah pahlawan sebenarnya. Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang Sungai Semnatan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakt mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat. Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat.

POKOK BANGSA POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. Anak merdeka alaf baru! tanamlah, semailah, bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi demi generasi dan agama mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat. Anak merdeka alaf baru siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka.

JIWA HAMBA Menung seketika sunyi sejenak kosong di jiwa tak berpenghuni hidup terasa diperbudak-budak hanya suara melambung tinggi Berpusing roda, beralih masa berbagai neka, hidup di bumi selagi hidup berjiwa hamba pasti tetap terjajah abadi Kalau hidup ingin merdeka takkan tercapai hanya berkata tetapi cuba maju ke muka melempar jauh jiwa hamba Ingatan kembali sepatah kata dari ucapan seorang pemuka di atas robohan Kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka

TANAHAIR (menjelang kemerdekaan) Engkau Tanah Air pemilik perut yang berbudi penampung hujan penyedut sinar mentari lahirlah anakmu dari semaian petani Engkau Ibu Murni dengan jasa abadi berdetik didenyut nafas kami kerna kita satu sama dipunyai Telah kau rasa segala seperti kami dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi di mana-mana wajahmu tak pernah mati Tapi begitu sejarah hidup zaman berzaman pernah merangkul pahlawan kemerdekaan mereka sujud dalam kaku mohon perlindungan Bukankah dengan kasih dan harapan kau tenggelamkan mereka dalam dakapan di mana bunga ganti nisan bertaburan Negara baru di atas rongga jantungmu akan tertegak bertapak dalam kebebasan cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

KETAATAN DAN KEBERANIAN Berjanjilah kami demi keberanian melalui suara-suara hijaz putaran kemerdekaan menyusur sungai-sungai mati kepada insan seikat masyarakat yang telah bebas. Dalam sejarah kepahitanmu terselit larian aku anak kecil dibentuk dalam kelas-kelas rendah hingga ke kamar dewasa jiwa ini digantung loceng mongel lalu direntap-rentap terbawa-bawa. Titisan darah ibuku pada papan cendana pejal masih melekat di situ di perigi yang telah terkambus hanyir masih terbau tembuni dalam diam berubah fosil atas tanah yang merdeka. Seperti selalu berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil menyamai pemberian hadiah bapamu kami menyebut MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Dato' Onn Jaafar

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultansultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar

Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada

1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syaratsyarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orangorang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

- Portal Jabatan Hal Ehwal Khas | http://www.jasa.gov.my

or best business class hosting read InMotion Reviews and get a good web hosting deal.

Galeri Merdeka

Tema dan Logo

Tokoh dan Pemimpin


Yang Di-Pertuan Agong Senarai Yang Di-Pertuan Agong Perdana Menteri Malaysia Bapa Kemerdekaan Tokoh Kemerdekaan Tokoh Pendidikan

Sumber : - Wikipedia Ensiklopedia | Onn Jaafar

Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Nama Asal : Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.

Bapa Kemerdekaan
"Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan satu negara, memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai keamanan dan kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan" (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-BH 7 Ogos 2009)

Nama dan Gelaran : Tunku Abdul Rahman Putera Al-Ha. Tarikh Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pelamin). Kelulusan dan Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang. 1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London. Pengalaman Jawatan Awam dan Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar. Catatan Ringkas Tunku : Penglibatan Dalam Politik Pengalaman pertama dengan diskriminasi perkauman oleh pihak pentadbir kolejnya telah mencetuskan

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.

semangat kepada Tunku untuk berjuang menuntut keadilan dan membebaskan tanahairnya daripada penjajah iaitu Inggeris. Bakat kepimpinannya juga menyerlah di England. Menyedari pelajar Melayu tiada wakil dari manamana organisasi, beliau menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Association of Great Britain) dan menjadi setiausaha pertamanya. Setelah pulang ke tanahair, Tunku berkhidmat di Pejabat Penasihat Undang-Undang dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kedah. Tunku tidak begitu popular di kalangan pegawai-pegawai British kerana kelantangannya dan kecenderungannya memperkenalkan reformasi dalam meningkatkan taraf orang Melayu. Tunku terpaksa menghentikan pelajarannya di Inner Temple, England pada tahun 1938 setelah meletusnya Perang Dunia Kedua. Tunku menyambung kembali pengajiannya lapan tahun kemudian dan kembali ke tanahair pada tahun 1949. Tunku memperolehi kesedaran politik setelah bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai negara di England dan telah dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) apabila pulang ke tanahair. Pada 26 Ogos 1951 Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Tunku menjelajah ke seluruh negeri berjumpa dengan rakyat jelata untuk menggalakkan perpaduan. Usahanya dalam mengatasi masalah politik tanahair dengan menggabungkan kerjasama antara pelbagai kaum telah membawa kepada penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1955. Di bawah kepimpinan beliau, Perikatan memenangi pilihanraya umum pertama negara pada bulan Julai 1955. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1956, Tunku mengetuai satu rombongan ke London untuk satu perbincangan dengan kerajaan Britain berkenaan kemerdekaan Malaya. Pertemuan itu telah membawa kepada

suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Merdeka dan ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Tunku dipilih menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama dan memimpin Parti Perikatan ke arah kemenangan pada pilihanraya umum tahun 1959, 1964 dan 1969. Tunku telah menyarankan pembentukan gagasan Malaysia pada bulan Mei 1961 yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei. Kesemua negeri-negeri tersebut kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut pada 9 Julai 1963. Pada tahun 1965, Singapura telah menarik diri dari gagasan Malaysia. Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 22 September 1970 dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.
Sumber : Portal pejabat Perdana Menteri Malaysia | http://www.pmo.gov.my./

or best business class hosting read InMotion Reviews and get a good web hosting deal.

Senarai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006 sehingga sekarang.

Perdana Menteri Malaysia

1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

BAPA KEMERDEKAAN

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Tarikh dan Tempat Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda). Kelulusan dan Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang. 1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

BAPA PEMBANGUNAN Nama : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein Tarikh dan Tempat Lahir : 11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Kelulusan dan Pendidikan : Sekolah Melayu Langgar, Pekan. Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK. 1940 - Raffles College Singapura Pentadbiran 1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang. 1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law. Pengalaman dan Kerjaya : 1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang. 1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan - bertanding pilihanraya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak

Pengalaman dan Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.

yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar. 1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani. 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Setiausaha UMNO Pertama. 1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang. 1970 Menteri Pelajaran. 1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri. 1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga. 1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. 29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

BAPA PERPADUAN Nama : Tun Hussein bin Dato Onn PEMODENAN Tarikh dan Tempat Lahir : 12 Februari 1922, di Johor Bahru. Kelulusan dan Pendidikan : English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. 1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India. 1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London. Nama : Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad. Tarikh dan Tempat Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah. Kelulusan dan Pendidikan : Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar. Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS 1953. BAPA

Pengalaman dan Kerjaya : 1942 Bertugas di Mesir. 1945 - Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru. 1946 - Masuk UMNO bersama ayahnya.

Pengalaman dan Kerjaya : 1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO. 1954 - Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis. 1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar. 1964 - Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan. 1973 - Dilantik Pengerusi FIMA. 1975 - Naib Presiden UMNO. 1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri. 1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat

di Kementerian Wilayah Persekutuan. 1980 hingga 1981 - Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan. 1981 hingga 1984 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 1984 hingga 1986 - Menteri Pelajaran. 1986 hingga 1987 - Menteri Pertahanan. 15 Mac 1991 hingga Januari 1999 Menteri Luar Negeri. 1999 - Timbalan Perdana Menteri. 2003 - Perdana Menteri Malaysia Kelima.

BAPA TRANSFORMASI BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN Nama : Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Tarikh dan Tempat Lahir : 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang Kelulusan dan Pendidikan : Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam. Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. 1964 - Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pengalaman dan Kerjaya : 1964 - Menyertai UMNO. 1978 hingga 1980 - Setiausaha Parlimen Nama : Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Tarikh dan Tempat Lahir : 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang

Kelulusan dan Pendidikan : Pendidikan Rendah dan Menengah, Institusi St. John, Kuala Lumpur. Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England 1974 - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England

Pengalaman dan Kerjaya : 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

1980-1981 Pendidikan. 1981-1982 Kewangan.

Timbalan

Menteri

Timbalan

Menteri

1982-1986 - Menteri Besar Pahang. 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan. 1990-1995, Pertahanan. 1999-2008 Menteri

1995-1999 - Menteri Pendidikan. 2004 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 2009 - Perdana Menteri Malaysia Keenam.

Sumber : Wikipedia Ensiklopedia - Perdana Menteri Malaysia : Portal Maklumat Rakyat | http://pmr.penerangan.

Anda mungkin juga menyukai