Anda di halaman 1dari 15

SUSUR GALUR MERDEKA

Dari Empayar Majapahit


ke Empayar Melaka
ke Empayar Acheh
ke Empayar Johor Riau
Pejuang-pejuang ulung
tetap timbul sepanjang zaman
Panglima Awang Seri Melaka
Dato Maharaja Lela di Perak
Dol Said di Negeri Sembilan
Datuk Bahaman di Pahang
Tok Janggut di Kelantan
Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Rosli Dobi di Sarawak
Mat Salleh di Sabah
Kemudian,
Ibrahim Yaakob
Abu Bakar Baqir,
Dr. Burhanudin Al-Helmi
Ishak Haji Muhammad
Ahmad Boestamam
kemudian,
Dato Onn Jaafar
Tunku Abdul Rahman Putra
jerih payah air mata darah
memperjuang Negara tercinta.
Terima kasih pemimpin semua
sekarang kita sambut
50 tahun Merdeka
agar Negara terus hidup
sampai bila-bila!

HISHAM ARIFFIN
AL-KATIURI*
Parit, Perak
ANAK MERDEKA

Tanggal 31 Ogos 57
tarikh keramat bumi Malaysia
negaraku tercinta mencapai kebebasan
dalam kata erti kemerdekaan
tanggal 31 Ogos 1957
tarikh keramat untukku
kerana di situlah bermulanya
telah ditakdirkan Tuhan
lahir seorang insan
seorang insan yang berwibawa
seorang insan yang berjiwa merdeka
seorang wira bernama Kamardeka.
Kini 31 Ogos kembali lagi
tanpa ku sedari
50 tahun telah berlalu
bersama usiaku
namun terdapat satu kebanggaan dalam diriku
tanggal 31 Ogos
akan diingati anak-anak Malaysia
akan diraikan setiap tahun
akan dilaungkan secara beramai-ramai
perkataan yang amat bermakna
MERDEKA
MERDEKA
Itulah namaku
aku bangga
akulah Kamardeka; anak merdeka.

MERDEKA

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


Dahulu..aku sering termanggu
Mengapa namaku dilaung dan dilagu
Terasa malu punyai nama sebegitu..tiada erti bagi diriku
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Kini.50 tahun sudah berlalu
Namaku tetap dilaung dan dilagu
Baru ku sedar apa maksud namaku itu
Penuh makna, penuh pengertian
Saat negara mencapai kemenangan
Menuntut keadilan dan kemerdekaan
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Namaku disebut lagi
Aku semakin bangga kini
Menjengah ke dunia pada tarikh keramat ini ( 31 Ogos 1957 )
Syukurku panjat pada Ilahi
Lahirku ke dunia penuh bererti
Terima kasih pada ayah dan ibu
Kurnia nama MERDEKA buat diriku
Tanda semangat cintakan tanah air mu
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Aku bangga akan diriku
Menyumbang tenaga membangun negara
Menjaga maruah tanah air tercinta
Semoga keamanan terus terpelihara
Agar MERDEKA dulu, kini dan selamanya.
MERDEKAAHMAD*

MERDEKA BUMIKU MALAYSIA

BUMI yang kita pijak ini bumi kita


Begitu jugalah langit yang kita junjung
Biarpun kita berasa ada yang tak kena
Dan kerananya kita sedih dan murung
Namun apa daya
Kerana di bumi inilah kita berlindung
Dan di sinilah kita menabur jasa
Dengan harapan menuai bahagia
Kerana hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Lebih baik di negeri sendiri
Maka keranamu dan untukmu Malaysia
Kami kibarkan bendera
Diiringi teriakan merdeka, merdeka, merdeka!

A KADIRJASIN*

BUAT PEJUANG YANG BUKAN


MERAIH NAMA

Berdiri gagah kau di lembah itu


Siap siaga mengusir musuh durjana
Lantang suaramu menggugah petualang
Sekeras besi sekuat tembok berdiri
Tidak gentar mundur ke belakang.
Kau tidak takut segala itu
Agitasi musuh mengundang parah
Biar pedang bersilang seribu arah
Biar peluru merobek memuntahkan darah
Pendirianmu tidak tersasar rebah.
Ada orang menohmah seribu tohmah
Ada orang menjilat seribu jilat
Ada orang melacur seribu lacur
Meraih sedikit harta duniawi
Untuk nanti membuncitkan perut
Namun kau tidak begitu
Perjuangan menuntut sari keikhlasan
Kejujuran bagaikan permata nilam
Yang terpacak di gunung keberanian.
Buatmu perjuang tanpa nama
Mekar namamu kemana-mana.
Biarpun zaman tidak mengenangmu
Tuhan pasti merahmatimu.

ABDULLAH A.M
SMK Jabi, Jerteh,Terengganu

BAHTERA NUSA BANGSA

i.
Berikan aku sehelai kertas
kertas jati diri dan maruah cinta
untuk aku cipta
bahtera merdeka
bahtera nusa
sebelum kulepaskan
di lautan luas cabaran
di lautan dalam dugaan.
ii.
Izinkan bahtera nusa
belayar di lautan duga
belayar di samudera lumba
ayuh, kita panjatkan sejuta doa
kepada-Nya
bersama gah nakhoda bijaksana
bersama megah anak-anak bahtera setia perkasa
gah tabah mencantas tunas pertualang
cekal tekal membanteras ras temberang
tanpa gusar digusarkan riak ombak
tanpa lemas dilemaskan badai ganas
iii.
Bahtera itu
bahtera merdeka
bahtera itu
bahtera berdaulat
bahtera itu
bahtera nusa bangsa
bahtera cinta bahagia
gah megah berlabuh
di pulau impian
di pelabuhan wawasan!

ADI CHONAN
Bandar Proton, Tanjong Malim

RUMAH KITA INI, ANAKKU

Rumah merdeka ini, anakku


bertiangsendikan semangat juang anak-anak bangsa
berdindingkan benteng waja wira-wira nusa
beralangkan kekayu tabah dan cekal
berkisikan ilmu dan wawasan kental
berlantaiasaskan nafas-nafas moral dan agama
di tanah ibunda yang tercinta
di tanah pusaka warisan setiap warga
usah kita asyik bersengketa, anakku
membicarakan ceritera duka cemburu atau wacana
fitnah yang
bernanah
usah kita asyik bercakaran, anakku
tentang khabar angin atau bebayang palsu yang sering
membelenggu
sakit
dalam nafas yang hidup perit
usah kita asyik bertelagah, anakku
tentang ceritera fitnah tohmah yang sering
bersandiwara di pentas
siasah
sedangkan dunia sarwajagat ini menuntut
kesiapsiagaan kita
agar tidak mudah tewas di lautan globalisasi
sains dan teknologi.
Ayuh kita hias rumah merdeka ini, anakku
dengan usaha berganda
dengan kasih menggunung
dengan tulus ikhlas
tanpa mengemis balas
ayuh, kita perkukuh tiang seri rumah merdeka ini,
anakku
dengan wacana ilmu cendekia
dengan mahir teknologi yang bitara
dengan tekad azam berani yang perkasa
segagah Tuah,
seperkasa Maharajalela
sepintar Onn Jaafar.
Segmen E: Sasterawan / Penulis / Wartawan
97
Ayuh, kita payungkan rumah merdeka ini, anakku
dengan aroma kasih nusa
dengan wewangi setia warga aneka bangsa
dengan bebunga cinta maha perkasa
di taman wawasan rumah perpaduan
ayuh, kita calitkan sketsa rumah merdeka ini, anakku
dengan wewarna harmoni cinta kasih tulus ikhlas
dengan bebenih patriotisme padu di perkebunan
nasionalisme
agar tumbuh akar-akar bangsa yang setia
agar tumbuh dedaun nusa yang cinta
agar tumbuh bebunga patriotisme yang waja
dalam nadi nafas nasionalisme
yang tidak lupa akan nasib bahasa, bangsa dan nusa!
Di rumah ini, anakku
rumah milik kita milik anak cucu bangsa
kita semaikan benih-benih cinta
kita taburkan baja-baja setia
kita bangunkan nusa bangsa bahagia
kita kibarkan panji-panji merdeka
MERDEKA, MERDEKA MERDEKA!

ADI CHONAN
SMK Methodist, Tanjong Malim

TOLEH

Tolehlah ke belakang
rel waktu yang ditinggalkan
tompok darah di halaman sejarah
semangat terbakar dan membesar
dibungkus perjuangan.
Tolehlah luka di kaki duka
tersayat di zaman darurat
lebam dipalu dendam
malam melindung kejam
masih berdarah kini
menitis di pekarangan hati.
Tolehlah wajah yang pernah berjanji
mengisi kemerdekaan kini
dengan bicara budi
ucap keramat yang tersirat
beri peluang generasi kini
memilih yang pasti.
Darah dan sejarah
janji dan toleransi
masih perlu diisi

ADNANA.M

JANGAN MENCUBA MEMBUNUH


SEBUAH KEMERDEKAAN

Jangan mencuba membunuh sebuah kemerdekaan


jika kebebasan ini
cukup memberi ruang yang terkini dan sehingga
akhirnya
kala derita masih tertusuk
kala luka belum cukup sembuhnya
Jangan mencuba membunuh sebuah kemerdekaan
setelah 50 tahun kita
menikmati kesejahteraan milik-Nya
merangkul bahasa yang berwarna-warna tarikan dan
gayanya
Jangan mencuba membunuh sebuah kemerdekaan
sejenak usia seadanya
menukilkan kerealitian semata-matanya
demi maruah yang sentiasa
memerlukan semakan laranya
andai batu-batu kekerasan
akan haus digilisi keingkaran sendiri.

AL HISYAM
Sudut Karyawan Pk.,
Kuala Kangsar

DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar


kedai dan kereta disambar api kemarahan
semarak darah generasi abad dua puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar.
Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?
Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.
Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.
Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.
Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

SIAPA SEBENARNYA MERDEKA

Pabila laungan dan lolongan sama bunyinya


tak membedakan nada kecewa dengan suara meminta
yang jelas terpampang di mata kini
kepincangan melata-lata di sana-sini
tak siapa menghiraukan lagi
manusia sudah gila berebut rezeki
menimbun kekayaan ekonomi menyalut hati budi.
Yang papa melolong kedaifan sendiri
di kaki lima toko dan gedung mengutip sisa rezeki
di sebalik pintu kebal si kaya merangka pemerasan
menghitung untung laba hasil penindasan
mereka laungkan budi tapi racun pula dihidangkan
tertipu si miskin dengan derita tak terperi
di tanah airnya sendiri
mati kebuluran tak siapapun peduli!
Jika Everest pucaknya mampu ditawan
Selat Inggeris direnangi teman,
mengapa hutan dan bukit jua jadi taruhan
ditebang, diruntuh tanpa belas kasihan?
kini sungai menjadi tercemar kotor
tanah subur dibanjiri lodak dan lumpur
merdekanya siapa, labanya ke mana?
penghuni KL masih lagi tertanya-tanya.
Merdeka bererti bebas dari segala petaka
kemakmuran negara bakal diagih sesama rata
nikmat bahagia setimpal kemajuan pembangunan
tidak rosak hingga kemusnahan dijadikan ukuran,
merdeka, adalah buah ranum yang lazat
bukan menyemai bibit dengki dan khianat
jika merdeka mampu menghalau darurat
mengapa tidak rahmat dicurahkan penuh berkat?

M. ASHIKIN

RUMAH II

Rumah ini kita bina berabad lamanya


dari resah berzaman kita bina sebuah taman
dari tangis anak watan kita bangunkan
sebuah peradaban
Bersama ayahanda
kita tegakkan tiang cita
dengan semangat membara
kita pacak sejuta cinta
nanti di hati mereka
berkembang bunga-bunga kasih
mekar harum di laman tradisi kita
Janji ayah
rumah bunda akan didandan indah
dindingnya warna kemajuan
cahayanya kelak bersinar
melampaui zaman
Meskipun kini ayah telah pergi
tapi sentuhan azimatnya masih panas terasa
lembut santunnya masih segar menggegar
dengan lontaran idea merencana agenda
membangun rumah sejahtera
rumah bermaruah di bumi bertuah
Terima kasih ayahanda!

MAHAYUDDIN IBAS
Karyawan Pk.
Teluk Intan

JANGAN SESEKALI KITA


TERLENA

Wahai bangsaku
jangan sesekali kita terlena
dalam kedamaian dan kemakmuran
kerana di sebalik kehijauan permaidani setia
ada mata yang mengintai
dan akan menyelinap
untuk membongkar khazanah bumi
untuk menabur visa-visa pelarian
untuk melebur perpaduan
Wahai bangsaku jangan sesekali kita terlena
apabila sawah ladang dikerjakan pendatang tanpa izin
ke mana pemuda-pemudaku yang gagah perkasa?
di mana kalian
dengarlah hasil bumi merintih
mengalir ke benua asing
Bersama Islam Hadhari
kita bentangkan warna kehidupan
kita susuri arus ketenangan
Jangan sesekali kita terlena
dalam apa jua keadaan
kerana kemerdekaan dan tanah air tercinta ini
adalah milik kita.
Jangan sampai ia tergadai dek tipu daya pengkhianat
yang sentiasa inginkan tanah pusaka nenek moyang kita
setelah setengah abad kita tidak lagi sengsara
kini kita telah memiliki segala yang penjajah inginkan
mereka hanya melihat dengan putih mata.

RAHMANIAH HJ KANTAN
Karyawan Pk (Sudut Teluk Intan)

SATU NEGARA SATU BANGSA

Ramasamy menjamah ketupat


Ah Seng berjamu tosai
Badrul mengunyah pau, dan
isteri mereka meratah rojak campur.
Kaum di Malaysia berbilang bangsa
pelbagai bahasa jua adat
berbeza kulit namun bersefahaman
tiada sengketa tiada huru hara
hidup bersatu aman damai
Tragedi 13 Mei 1969
hanya sekadar tinggal kenangan
rakyat Malaysia hidup serumpun
berkongsi segala budaya taulan
bukan sekadar bersatu hati
malah bersatu wawasan
Selagi ikatan ini tersimpul rapi
tiada kuasa yang mampu meroboh
tembok keteguhan rakyat Malaysia
ke arah menjana kehidupan yang harmoni
satu negara satu bangsa.

GORINITA
Bedong, Kedah

Anda mungkin juga menyukai