Anda di halaman 1dari 13

Tema Novel Chot

Tema novel Chot ialah kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan.

Kasih sayang ini jelas terpancar melalui watak Alias yang amat menyayangi ibunya
yang lumpuh. Alias menjaga danmenyara ibunya yang mehidap lumpuh dengan
penuh kasih sayang. Setelah kematian ayahnya, Alias meneruskan kehidupan dengan
berdikari. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapi kepada orang
lain dan sebaliknya berusaha mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.

Selain itu, kasih sayang antaramanusia dengan haiwan iaitu Alias dengan Chot juga
amat kuat. Ini dapatterbukti kerana Alias sanggupberusaha mencari Chot di sekeliling
kampung apabila Chot hilang walaupun menyedari dia sudah lewat ke sekolah. Alias
mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh Chot. Alias juga
menjaga Chot dengan rapi termasuklah memberi makan dan minum, menjaga
kesihatan dan memberi kasih sayang kepada Chot.

Chot juga amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang
bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu mengapa-apakan Alias menyebabkan
Chot menerkam dan menggigit lengan guru itu.

Tema Kasih sayang juga digambarkan dalam hubungan antara Alias dengan kawan
baiknya, iaitu Som. Alias tidak teragak-agak membantu Som yang lemah dalam mata
pelajaran Matematik, sebagai tanda kasih sayangnya terhadap sahabatnya itu. Som
juga mengambil berat dan simpati terhadap Alias yang hidup dalam kesusahan dan
sering dimarahi oleh cikgu Sunan.

Persoalan Novel Chot


Kemiskinan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman
Alias dan ibunya, Puan Leha tinggal di pondok buruk. Mereka bergantung belas ihsan
jiran yang memberi makanan dan bergantung pada upah yang diterima hasil kerja
memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk peliharaannya.

Persoalan kanak-kanak yang berdikari


Alias yang berusia 11 tahun meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya dengan
berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk
kesayangannya, Chot. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapi
kepada orang lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha
mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.

Penduduk kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakat


Penduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga. Buktinya, Mak Su Kiah
akan menyediakan makanan tengah hari untuk ibu Alias, Puan Leha. Pak Din pula
selalu menjenguk ke rumah Alias untuk membantu keluarga itu dan seterusnya
mengupah Alias memetik buah kelapa di kebunnya.
Kebijaksanaan manusia yang bertindak secara rasional
Alias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga menyayangi Cikgu Sunan. Ketika
Chot mengamuk dan menggigit lengan guru itu, Alias terpaksa mengambil tindakan
segera dengan merodok perut Chot menggunakan lembing. Akhirnya, Cikgu Sunan
selamat tetapi Chot pula mati.

Persoalan sikap manusia yang memiliki cara hidup berhemah tinggi


Alias melayan ibunya dengan baik. Dia tidak pernah membantah kata-kata ibunya. Dia
bertanggungjawab menyediakan keperluan ibunya tanpa rasa terbeban. Dia juga akan
berbaring di sisi ibunya sambil bertasbih dan ibunya pula akan berzikir.

Sinopsis Novel Chot


Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor
beruk bernama Chot. Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias
amat mengharapkan Chot untuk membantunya menyara kehidupannya dan ibunya.
Ibu Alias mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima
tahun yang lalu akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan
peninggalan arwah ayahnya yang telah dilatih untuk memetik buah kelapa.

Alias tinggal dan membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang
sangat usang kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya
pula sudah dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu
dan tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati dan
selalu menghantar makanan untuk mereka.

Som ialah jiran dan sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka
bersekolah di sekolah yang sama. Cabaran hidup Alias bertambah rumit apabila Cikgu
Sunan, iaitu guru mata pelajaran Matematiknya telah menengkingnya sehingga
membuatkan Alias terkejut dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena pada bucu meja
rakannya. Akibatnya, telinga Alias bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias
mengambil keputusan untuk tidak datang ke sekolah kerana berasa malu.

Chot pernah hilang sebanyak dua kali. Alias mencarinya di sekeliling kawasan
kampung kerana dia amat sayang akan beruknya itu. Alias dan Chot mengambil upah
dengan memetik buah kelapa di kebun Pak Din, iaitu ayah Som. Upah memetik buah
kelapa itu telah digunakan oleh Alias untuk membeli barangan dapur bagi menyara
kehidupannya dan ibunya. Alias dan Chot selalu diusik oleh Budin, Kamal, dan Talib
semasa memetik buah kelapa. Pada masa yang sama, Chot telah dituduh menceroboh
kebun Miah dan merosakkan setandan pisang miliknya. Pak Din berusaha untuk
mententeramkan keadaan dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan
tersebut. Rupa-rupanya beruk yang merosakkan kebun pisang Miah itu bukanlah Chot.

Cikgu Sunan berasa bertanggungjawab atas tindakannya yang menyebabkan Alias


jatuh terlentang sehingga telinganya bengkak dan bernanah. Dia telah meminta
bantuan Som untuk menunjukkan lokasi rumah Alias. Kehadiran Cikgu Sunan ke
rumah Alias adalah untuk bertanyakan sebab Alias tidak datang ke sekolah sedangkan
peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi. Chot yang berada di atas pokok
langsat berasa kurang senang akan kehadiran Cikgu Sunan. Alias yang baru pulang
sambil membawa dua biji buah kelapa bersalaman dengan Cikgu Sunan. Cikgu Sunan
ingin melihat telinga Alias yang bengkak dan bernanah itu.

Semasa Cikgu Sunan melihat telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok
langsat telah meronta-ronta sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menerkam
dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan lengan Cikgu Sunan
daripada gigitan Chot tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya lalu merodok perut
Chot hingga menyebabkan Chot terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih kerana
beruk yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati dan dia tidak dapat ke
sekolah lagi. Cikgu Sunan menenangkan Alias dan berjanji akan menanggung segala
kos persekolahannya sehinggalah dia memasuki universiti. Alias menguburkan Chot di
tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang tertulis “Tunggu aku di pintu
universiti, Chot”. Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada
hari esok.
WATAK PERWATAKAN NOVEL CHOT

Watak Utama: Alias

1. Berumur ________________(1) tahun.


2. Tinggal bersama-sama dengan ibunya yang lumpuh di Kampung
_____________________(2).
3. Murid tahun lima yang kematian bapanya kerana terjatuh dari pokok
_____________(3).
4. Sayang akan _________________________(4) peliharaan.

Murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik


Alias sentiasa menjadi rujukan Som untuk mengajarnya membuat latihan
___________(5).

Anak yang taat akan nasihat ibunya


Alias patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan
_________________(6) dan membaca al-Quran.

Anak yang bertanggungjawab


Alias mengambil alih peranan ______________________(7)nya menjaga ibunya yang
lumpuh. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan
gelama.

Seorang yang berjiwa lembut dan mudah berkecil hati


Alias berkecil hati dengan sikap Som yang menegur bau _______________(8) yang
busuk.

Seorang yang Gigih mengulang kaji pelajaran


Alias membawa ____________________________(9) ke mana-mana sahaja dia
pergi walaupun ketika memetik kelapa.

Seorang yang tidak berdendam


Alias melayan Cikgu ________________(10) dengan ramah ketika kunjungan guru
kelas itu ke rumahnya sekalipun Cikgu Alias menengkingnya sehingga dia jatuh
terlentang di dalam kelas sehingga telinganya terkena bucu
______________________(11) murid.

Watak Sampingan: Cikgu Sunan

1. Cikgu Sunan memiliki tubuh yang tinggi dan bermisai.


2. Dia mempunyai sebuah kereta ___________________(12) dan berasal dari bandar.
3. Dia sudah lima tahun mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah Alias.
4. Seorang yang menghargai jasa orang lain.

Seorang guru kelas tahun lima.


Beliau sudah _____________(13) tahun mengajar mata pelajaran Matematik di
sekolah itu dan salah satu kelas yang diajar ialah kelas Alias dan Som.

Seorang yang garang


Cikgu Sunan cepat ________________(14) apabila murid-murid tahun lima tidak
dapat menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.

Seorang yang sedar akan kesilapan


Dia menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada
______________(15) kerana terlalu mengikut perasaan marahnya.
WATAK PERWATAKAN NOVEL CHOT
Watak Utama: Alias

1. Berumur ________________(1) tahun.


2. Tinggal bersama-sama dengan ibunya yang lumpuh di Kampung ____________(2).
3. Murid tahun lima yang kematian bapanya kerana terjatuh dari pokok _________(3).
4. Sayang akan _________________________(4) peliharaan.

Murid yang pintar dalam mata pelajaran Matematik


Alias sentiasa menjadi rujukan Som untuk mengajarnya membuat latihan _______(5).

Anak yang taat akan nasihat ibunya


Alias patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan _____________(6)
dan membaca al-Quran.

Anak yang bertanggungjawab


Alias mengambil alih peranan _______________(7)nya menjaga ibunya yang lumpuh.
Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama.

Seorang yang berjiwa lembut dan mudah berkecil hati


Alias berkecil hati dengan sikap Som yang menegur bau ___________(8) yang busuk.

Seorang yang Gigih mengulang kaji pelajaran


Alias membawa ____________________________(9) ke mana-mana sahaja dia
pergi walaupun ketika memetik kelapa.

Seorang yang tidak berdendam


Alias melayan Cikgu ________________(10) dengan ramah ketika kunjungan guru
kelas itu ke rumahnya sekalipun Cikgu Alias menengkingnya sehingga dia jatuh
terlentang di dalam kelas sehingga telinganya terkena bucu
______________________(11) murid.

Watak Sampingan: Cikgu Sunan

1. Cikgu Sunan memiliki tubuh yang tinggi dan bermisai.


2. Dia mempunyai sebuah kereta ___________________(12) dan berasal dari
bandar.
3. Dia sudah lima tahun mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah Alias.
4. Seorang yang menghargai jasa orang lain.

Seorang guru kelas tahun lima.


Beliau sudah _____________(13) tahun mengajar mata pelajaran Matematik di
sekolah itu dan salah satu kelas yang diajar ialah kelas Alias dan Som.

Seorang yang garang


Cikgu Sunan cepat ________________(14) apabila murid-murid tahun lima tidak
dapat menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap.

Seorang yang sedar akan kesilapan


Dia menyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada
______________(15) kerana terlalu mengikut perasaan marahnya.
Watak Sampingan: Leha
Ibu yang menitik beratkan pendidikan agama
Leha menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan
dalam solat-solat lain. Malahan, selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan
menunaikan solat.
Ibu yang menitikberatkan pendidikan sekular
Leha mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias
ponteng sekolah terlalu lama.

Watak Sampingan: Chot


1. Seekor beruk peliharaan Alias.
2. Bermata bening, berbulu cering, berekor pendek, dan bergigi putih tajam.
3. Tinggal di dalam kotak sabun di atas pokok langsat.
4. Beruk yang bijak.
5. Takut akan air.
6. Sayang akan tuannya, Alias
7. Patuh akan arahan dan setia kepada Alias.
8. Beruk yang garang dan ganas.

Watak Sampingan: Som


1. Murid tahun lima yang berumur 11 tahun.
2. Sahabat bauk Alias.
3. Anak bongsu Pak Din.
4. Seorang yang Mementingkan persahabatan
5. Seorang yang pandai menyimpan rahsia.
6. Seorang yang tekun belajar.
7. Lemah dalam mata pelajaran Matematik.
8. Bijak mengawal perasaan.
9. Prihatin akan nasib Alias.

Binaan Plot Novel Chot


Permulaan
Pada bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan dengan Alias, seorang kanak-
kanak yang berumur 11 tahun dan tinggal bersama-sama ibunya yang lumpuh.
Selepas mandi, Alias telah bersembahyang subuh bersama-sama ibunya kerana dia
masih belum lancar membaca doa qunut. Sebelum pergi ke sekolah, Alias menapis air
ketul-ketul ubi kayu. Jika tidak membawa bekalan, dia hanya membawa air kopi sahaja.
Kehidupan Alias sangat miskin. Dia hanya memiliki sebuah beg yang telah koyak dan
lusuh yang dihadiahkan oleh Tok Penghulu tiga tahun yang lalu. Alias memiliki seekor
beruk kesayangan yang bernama Chot.

Perkembangan
Pada bahagian perkembangan novel Chot, Alias hendak pergi ke sekoalah tetapi dia
mendapati Chot hilang dari tempatnya ditambat iaitu di atas dahan pokok langsat.
Keadaan ini amat merisaukan Alias dan Alias mengambil keputusan untuk mencari
Chot di sekeliling kampung. Dia menyedari bahawa dia akan lewat datang ke sekolah
dan dimarahi oleh Cikgu Sunan. Usahanya untuk mengesan Chot pada pagi itu telah
gagal.
Perumitan/Konflik
Peristiwa bermula semasa Alias berada di sekolahnya. Oleh sebab Alias lewat datang
ke sekolah, dia telah dipanggil oleh Cikgu Sunan yang bertanyakan sebab
kelewatannya itu. Semasa ditanya, Alias hanya mendiamkan diri kerana takut untuk
menjawab pertanyaan Cikgu Sunan. Namun setelah didesak, Alias mengatakan bahawa
dia mencari beruknya yang hilang. Jawapan tersebut telah menyebabkan Cikgu Sunan
berasa sangat marah dan menengking Alias. Alias yang terkejut telah terjatuh dan
telinga kanan Alias terkena bucu meja rakannya sebelum dia jatuh terlentang di atas
lantai. Cerita semakin rumit apabila Alias tidak mahu datang ke sekolah kerana tidak
mahu diejek oleh rakan-rakan akibat telinganya bengkak dan bernanah serta berbau
busuk.

Alias menghadapi dugaan apabila bekalan barangan dapur di rumahnya semakin habis
dan ibunya mengalami batuk. Hasil pendapatannya memetik buah kelapa di kebun
Pak Din telah digunakan untuk membeli beras, gula, kopi, ikan gelama dan ubat batuk
untuk ibunya. Miah dan Budin telah datang ke rumah Alias dan menuduh Chot telah
merosakkan setandan pisang miliknya. Pak din telah bersetuju untuk membayar ganti
rugi bagi meredakan kemarahan mereka.

Klimaks
Cikgu Sunan datang ke rumah Alias denganmeminta bantuan Som. Cikgu Sunan
berasa amat bersalah kerana telah menyebabkan telinga Alias bengkak dan bernanah
sehingga dia tidak mahu ke sekolah. Semasa sedang memeriksa telinga Alias, Chot
yang berada di atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta hingga rantainya putus.
Chot menerkam danmenggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan
gigitan chot pada lengan Cikgu Sunan tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya
kemudian merodok perut chot hinggga chot terkuai dan mati dalam pelukan Alias.

Peleraian
Pada bahagian peleraian, Cikgu Sunan berjanji untuk membiayai kos persekolahan
Alias sehingga ke universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan
mencacakkan papan yang tertulis, “Tunggu aku di pintu universiti, Chot”. Alias
memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.

Teknik Plot Novel Chot


Dialog
Contoh: Perbualan antara Alias dengan ibunya yang mengadu Chot, iaitu beruk
peliharaannya hilang ketika Alias ingin ke sekolah. Ibu Alias menasihatinya agar dia
tidak risau akan beruknya itu dan segera pergi ke sekolah sebelum terlewat. Ibunya
juga bimbang Som akan menunggunya lama di persimpangan jalan.

Monolog
Contoh: Alias bermonolog sewaktu dia tidak mahu ke sekolah kerana berbelah bahagi
untuk memberitahu ibunya tentang telinganya yang sakit selepas peristiwa dia
dimarahi oleh Cikgu Sunan. Alias membatalkan niatnya untuk memberitahu perkara itu
kerana bimbang ibunya akan mengatakan bahawa dia murid yang nakal dan malas.
Imbas kembali
Contoh: Alias teringat semula tentang pesanan yang disampaikan oleh Som pada tiga
hari lalu, iaitu Pak Din menyuruhnya memetik buah kelapa sebanyak yang mungkin.

Imbas muka
Contoh: Som membayangkan perkara yang akan dilakukan oleh rakan-rakan
sekelasnya kepada Alias apabila tamatnya waktu rehat selepas peristiwa Alias
ditengking oleh Cikgu Sunan.

Saspens
Contoh: Peristiwa seekor beruk yang merosakkan kebun pisang Budin telah ditembak
mati. Badan Alias menjadi lemah kerana menyangkakan beruk yang ditembak mati itu
ialah Chot. Pembaca tertanya-tanya sama ada beruk yang ditembak itu Chot ataupun
bukan.

Kejutan
Contoh: Peristiwa Alias yang lewat datang ke sekolah kerana mencari beruknya yang
hilang. Cikgu Sunan telah menengking Alias kerana berasa marah apabila Alias
memberikan alasan bahawa dia mencari beruknya yang hilang hingga dia lewat
datang ke sekolah. Pembaca tidak menyangka bahawa Cikgu Sunan akan menengking
Alias sehingga menyebabkan Alias terjatuh dan telinganya terkena bucu meja
rakannya.
Latar Novel Chot

Latar Masa
Waktu Pagi
o Ada perhimpunan sekolah.
o Cikgu Sunan mengajar Matematik.
o Alias dan Chot memetik kelapa.

Tengah hari
Mak Su Kiah menghantar nasi bersama _________________(1) kepada Alias dan
ibunya serta bertanya ________________(2) sebelum pulang ke rumah.

Waktu Petang
o Alias memandikan Chot di sungai di belakang rumah ___________________(3).
o Alias dan Som belajar membaca al-Quran daripada _______________________(4).
o Som belajar membuat latihan ____________________(5) daripada Alias.

Latar Tempat
a. Kampung Dingin
Sebuah kampung di tepi _____________(6) yang sangat terpencil, tempat Alias
dilahirkan.

b. Rumah Alias
Som belajar mengaji ____________________(7). Som juga belajar membuat latihan
Matematik yang diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias.
Mak Su Kiah menghantar makanan kepada Alias dan ibunya.

c. Halaman perhimpunan
Ketika Som tiba __________________(8) kerana menunggu Alias, perhimpunan
sekolah diadakan. Guru bertugas pada minggu itu ialah Cikgu Sunan. Cikgu Sunan
menyentuh beberapa isu, iaitu kenakalan murid yang
mencalarkan_________________(9) guru dan ____________________(10) yang
dibuang merata-rata.

d. Bilik darjah lima


Cikgu Sunan, iaitu guru kelas tahun lima mengajar Matematik
__________________(11) Alias kerana Alias seperti menyindirnya ketika datang
lewat ke sekolah dengan alasan beruk.

e. Rumah Pak Din


Alias meminta tolong Pak Din membeli ubat _______________(12) untuk ibunya, di
samping memberitahu Pak Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik.

f. Sungai g. Kebun kelapa Pak Din


Alias membawa Chot mandi di sungai. Alias dan Chot memetik kelapa.

h. Kedai Ah Chai
Alias membeli _______________(13) untuk Chot.
Latar Masyarakat
a. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
Alias tidak pernah ______________________(14) walaupun hidup dalam kemiskinan.

b. Masyarakat yang berdikari


Alias berusaha menyara kehidupan dan ___________________(15) persekolahannya
dengan mengambil upah memetik buah kelapa.

c. Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak


Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha mengingatkan
kepentingan pendidikan ___________________(16) dan pendidikan sekular.

d. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan


Hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alias
mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah memetik
kelapa di ______________________(17) Pak Din.

f. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama


Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang
dilakukan oleh Alias dalam ____________________(18) solat.

g. Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular


Ibu Alias menegur Alias akan ketinggalan dalam pelajaran jika terlalu
______________(19) tidak ke sekolah,

h. Masyarakat yang bertanggungjawab


Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal _____________(20)
tahun lalu kerana jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti
beras, gula, kopi dan ikan gelama.

i. Masyarakat yang jujur


Alias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari
beruk kesayangannya yang hilang.

j. Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan


Alias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan dan membacanya walaupun
ketika sedang bekerja memetik kelapa.

k. Masyarakat yang berprasangka buruk dan suka menuduh tanpa bukti


_______________(21) menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya walhal
yang melakukan ialah beruk ____________(22).

l. Masyarakat yang gigih berusaha mencapai kejayaan


Som gigih berusaha belajar Matematik daripada Alias jika terdapat latihan yang tidak
_______________________(23) dan sukar diselesaikan.

m. Masyarakat yang baik hati


Mak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha, sering bertanya khabar dan
memberi makanan.

n. Masyarakat yang tidak menyimpan dendam


Alias tidak pernah menyimpan dendam terhadap cikgu Sunan yang menyebabkan
telinganya bengkak dan bernanah, malahan Alias menyambut kedatangan cikgu
Sunan ke rumahnya dengan __________________________(24) dan ramahnya.
Nilai Novel Chot
a. Nilai Kasih sayang
Alias sanggup datang lewat ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana
bimbang tiada punca ____________________(1) jika Chot tidak ditemui setelah
hilang pada pagi itu.

b. Nilai Bertanggungjawab
Alias merupakan seorang anak yang bertanggungjawab. Dia mencari rezeki dengan
mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din untuk menyara
kehidupannya dan ibunya yang lumpuh. Wang yang diperoleh digunakan untuk
membeli barang dapur seperti beras, kopi dan ikan.

c. Nilai Simpati
Mak Su Kiah amat simpati akan nasib keluarga Alias yang _______________(2) dan
sering memberikan makanan.

d. Nilai Kesabaran
Alias sabar apabila diherdik oleh Cikgu Sunan dan ________(3) oleh rakan-rakannya.

e. Nilai Rasional
Pak Din bertindak secara rasional dalam menyelesaikan masalah Miah dan
________________(4) yang menuduh Chot merosakkan setandan pisang mereka.

f. Nilai Kebijaksanaan
Alias seorang pelajar yang bijak terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.
Selepas mengaji, Som akan meminta bantuan Alias untuk menjawab soalan
Matematik yang tidak diketahuinya.

g. Nilai Berdikari
Alias mencari duit untuk membeli barangan _____________(5), ubat batuk ibunya,
dan pisang untuk Chot dengan bekerja sebagai pemetik buah kelapa.

h. Nilai Kejujuran
Alias sentiasa jujur dan bercakap ______________(6) kepada Cikgu Sunan apabila
ditanya sebab dia datang lewat ke sekolah.

i. Nilai Ketaatan kepada perintah agama


Alias dan ibunya menunaikan ________________(7) sebagai hamba-Nya dengan
mendirikan solat dan membaca al-Quran.

j. Nilai Keikhlasan
Som ikhlas berkawan dengan Alias tatkala rakan-rakan lain mengejek Alias. Som juga
________________(8) sekiranya Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana lewat ke
sekolah.

k. Nilai Baik hati


Mak Su Kiah memberi makanan ______________(9), iaitu nasi dengan semangkuk
gulai atau sayur kepada Alias dan Leha.

l. Nilai Keinsafan
Cikgu Sunan insaf atas kesilapannya yang tidak memberi _________________(10)
akan kedaifan keluarga Alias dan layanan yang tidak sepatutnya kepada Alias.
Pengajaran Novel Chot

a. Kita haruslah bersikap jujur supaya tidak berlakunya salah faham


Alias berterus-terang kepada Cikgu Sunan dengan mengatakan bahawa dia mencari
beruknya yang hilang sehingga menyebabkan dia lewat datang ke sekolah.

b. Kita tidak sepatutnya bertindak mengikut kata hati dan perlu mengawal emosi
Cikgu Sunan telah memarahi Alias di hadapan rakan-rakan Alias apabila dia tidak
dapat _________________(1) perasaan marahnya terhadap Alias.

c. Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukan


Cikgu Sunan sedar dan insaf atas tindakannya yang telah memarahi Alias sehingga
menyebabkan Alias _________________(2) ke sekolah kerana malu telinganya
bernanah dan berbau busuk.

d. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan dalam kehidupan


Ibu Alias mahu anaknya lebih mengutamakan _________________(3) walaupun
menyedari Alias perlu memetik buah kelapa untuk menyara kehidupan mereka.

e. Kita tidak seharusnya menyimpan perasaan dendam


Alias tidak berdendam dengan Cikgu Sunan. Alias melayan gurunya itu dengan ramah
walaupun Cikgu Sunan pernah __________________(4) dan menengkingnya.

f. Kita hendaklah mengamalkan sikap ________________(5) antara satu sama


lain
Mak Su Kiah selalu menolong Alias dan ibunya dengan menghantar makanan ke
rumah mereka pada waktu tengah hari.

g. Kita hendaklah berdikari dan tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang
lain
Alias telah mengambil ________________(6) memetik buah kelapa di kebun Pak Din
untuk menyara kehidupannya dan ibunya yang lumpuh.

h. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa


Alias mendengar nasihat _________________(7)nya supaya menunaikan solat.

i. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah takdir hidup


Alias belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pengetahuan penting untuk mengubah
hidupnya ke arah yang _____________________(8).
Gaya Bahasa Novel Chot
Bahasa Arab
Contoh: qunut; al-Quran; al-Kafirun; assalamualaikum; waalaikumussalam.

Bahasa Inggeris
Contoh: jeans; netball.

Peribahasa
Contoh: berat mulut; naik minyak; besar hati.

Simile
Contoh: Jiwa Cikgu Sunan tersentak bagai ditikam lembing yang berkarat.

Sinkope
Contoh: “Kenapa kamu tak datang kelmarin?” herdik Cikgu Sunan.

Personifikasi
Contoh: Angin malam di kampung itu bagaikan mati.

Anda mungkin juga menyukai