Anda di halaman 1dari 6

MENITI IMPIAN

Bab 1 Cita-cita

Pak Yusuf berasa resah kerana isterinya,Mak Temah belum muncul muncul lagi
dengan minuman kegemarannya walaupun jam sudah menujukkan pukul 10.30
pagi.Pak Yusuf memerhatikan anak saudaranya, Zahar yang sedang tekun bekerja
walaupun panas membahang amat terasa di dalam bengkel beratapkan zink
itu.Zahar sudah lebih setahun bekerja dengan Pak Yusuf setelah gagal dalam
usahanya memohon pelbagai jawatan.Zahar tidak berpeluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ibunya tidak mampu untuk
membiayai persekolahannya memandangkan ada dua lagi adiknya yang juga masih
bersekolah.Tanggungjawab mencari rezeki ditanggung oleh ibunya setelah bapa
Zahar meninggal dunia.Dengan hasil menoreh getah dan menganyam tikar
mengkuang,ibunya menanggung kehidupan mereka.

Semasa sedang menikmati bihun dan kopi yang disediakan oleh Mak Temah,Pak
Yusuf berbincang tentang rak kasut masjid yang sedang disiapkan oleh
mereka.Zahar memberitahu bahawa dia akan berusaha menyiapkan rak itu
sebelum semua jemaah menunaikan solat fardu jumaat minggu itu.Pak Yusuf tahu
bahawa masalah kasut yang bersepah,tidak tersusun dan kehilangan kasut selepas
waktu jumaat menyebabkan pihak jawatankuasa masjid meletakkan kepercayaan
kepada Pak Yusuf untuk membuat rak kasut yang baharu.Pak Yusuf bertanya
tentang keputusan temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar dua bulan yang
lalu.Zahar tahu bahawa bapa saudaranya benar-benar berharap agar dia dapat
melanjutkan pelajaran di IKM untuk menjadikannya lebih mahir dan dengan
hidangan gulai ikan talang kering,ulam pucuk pegaga bersama-sama sayur tumis
pucuk paku kemudian menunaikan solat Zuhur,Zahar dan Pak Yusuf menyambung
kerja dengan bersungguh-sungguh agar boleh menyiapkan rak kasut seberapa
segera.

BAB 2 TAWARAN
Mak Kiah menyerahkan sampul surat daripada posmen kepada Zahar.Dengan wajah
yang berseri,Zahar memberitahu ibunya berita gembira bahawa permohonnya ke
Institut Kemahiran Mara dalam kursus Pertukangan Perabot telah berjaya.Setelah
mandi dan mengambil wuduk,Zahar mencapai basikalnya menuju ke masjid untuk
menunaikan solat maghrib.Sementara menunggu masuk waktu Isyak,Zahar dan
rakan-rakannya Bakar dan Rahim, berbual-bual tentang rak kasut untuk
masjid.Mereka memuji- muji Zahar dengan menyatakan keyakinan bahawa rak
kasut itu pasti akan siap kerana Pak Yusuf sudah ada pembantu yang cekap. Mereka
mengucapkan tahniah kepada Zahar apabila dia memaklumkan kejayaannya
diterima masuk ke IKM, Sg Petani.Bakar mengusik-usik Zahar dengan
mengingatkanya kepada Suhaili,rakan sekolah mereka yang pernah menjadi
sahabat Zahar.Zahar menafikan mereka ada hubungan selain sebagai sahabat
kerana beranggapan kejayaan Suhaili melanjutkan pelajaran di Insitut Teknologi
Mara (ITM) sejak tiga tahun yang lalu terlalu jauh berbanding dengan dirinya yang
baru hendak mendaftar di IKM pada hari isnin depan.

Surat yang diterimanya dari IKM mengingatkannya semula kepada zaman


persekolahannya tiga tahun yang lalu.Kali ini dia perlu melupakan hasrat
melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Institut Teknologi Mara
setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM sebaliknya dia akan
menjadi seorang tukang lerabot.Kata-kata Bakar yang mengaitkannya dengan
Suhaili semasa di masjid,tergiang-giang di telinganya.Masih ada debaran setiap kali
dia terpandang senyuman manis Suhaili dan ketika dia melewati rumah Suhaili.Dia
tertanya-tanya apakah reaksi Suhaili jika tahu dia akan meneruskan cita-citanya
namun dalam bidang yang berbeza.

Bab 3 Cabaran
Setelah berperang dengan perasaan,akhirnya Zahar mengambil keputusan
menelefon Suhaili melalui telefon awam yang dipasang di hadapan masjid di
kampungnya.Rumah Suhaili juga baru seminggu dipasang perkhidmatan telefon
memudahkan Zahar menghubunginya.Suhaili yang merupakan anak ketiga ketua
kampung, Pak Karim besetuju menemui Zahar di City Point,bandar Alor Setar kerana
kebetulan dia juga ingin ke sana pada keesokan harinya. Hati Zahar dibuai perasaan
gembira setelah mendapat oersetujuan Suhaili untuk bertemu. Suara Suhaili yang
lunak membawa ingatan Zahar ke zaman persekolahan mereka. Dia dan Suhaili
menjadi rapat sejak mereka belajar di dalam kelas yang sama di tingkatan empat
dan lima. Zahar berjaya mendekati Suhaili kerana mereka sama-sama hebat dalam
pelajaran dan aktif dalam kelas.Namun beberapa hari sebelum memduduki SPM,
Zahar diserang demam sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
peperiksaannya.Zahar masih tertanya-tanya bagaimana penerimaan Suhaili setelah
mengetahui dia akan menjadi pelatih IKM.Zahar bakal menjadi pekerja kolar biru
sedangkan Suhaili bakal menjai seorang eksekutif muda yang bergaya.Lamunan
Zahar terhenti mendengar suara ibunya meminta menghalau ayam masuk ke dalam
reban.

Bab 4 Pertemuan

Zahar tiba lebih awal dari masa yang dijanjikan dengan menaiki basa MARA dari Sik
ke Stesen Bas Alor Setar.Dia tahu Suhaili pasti lebih awal tiba kerana dia terlebih
dahulu menaiki teksi pagi itu.Zahar tidak mahu mereka menaiki kenderanan yang
sama kerana pasti akan menimbulkan khabar angin yang menyakitkan telinga ke
seluruh kampung oleh sesetengah orang yang gemar mereka-reka cerita.Setelah
beberapa ketika berlegar-legar di tingkat bawah kompleks,Zahar disapa oleh Suhaili
yang berpakaian skirt warna merah jambu,kembang berkedut dan baju berkedut di
lengan hadapan.Mereka minum di retoran Kentucky Fried Chicken.Wajah cantik
Suhaili yang dimekap nipis dengan dihiasi lesung pipit dipipi kanan menarik hati
Zahar.Mereka berbual-bual tentang pelajaran dan masa depan Suhaili yang bakal
menjadi ekskutif muda.
Suhaili cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya apabila mendengar Zahar akan
menjadi pelatih IKM.Suhaili mengingatkan Zahar tentang cabarannya supaya Zahar
mendapat gred satu dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran bersama
sama di ITM suatu masa dulu.Suhaili menganggap Zahar mudah berputus asa dan
tidak sanggup meredah onak duri untuk mencapai kejayaan sekali lagi dalam
SPM.Kata-kata Suhaili seolah olah sembilu yang menikam hati Zahar.Suhaili
memandang sinis kejayaan Zahar memasuki IKM kerana beranggapan pelatih IKM
tiada masa depan yang cerah dan akan meremoat tanpa pekerja an setelah tamat
latihan kelak.Zahar ini membuktikan bahawa dia akan menjadi seorang pelatih yang
berjaya kerana dia yain kejayaan bergantung pada daya usaha dan kegigihan
seseorang.Zahar mengekori langkah tergesa-gesa Suhaili yang
meninggalkannya.Suhaili mendekati sebuah proton Saga berwarna merah yang
segera bergerak keluar dari kawasan letak kereta.

Bab 5 Dilema

Wajah Zahar yang kelihatan muram dan tidak banyak bercakap menimbulkan
kehairanan di hati Pak Yusuf. Zahar tidak bersedia untuk berterus terang kepada Pak
Yusuf tentang hatinya yang masih gundah gulana mengenangkan kata-kata
penghinaan yang menghiris daripada Suhaili.Bukan ucapan tahniah yang diterima
sebaliknya kata-kata sinis yang menghina dan menyakitkan hati. Zahar
menganggap dia terlalu terbuai-buai dibawa perasaan terluka.Lamunannya terhenti
mendengarkan kata-kata Pak Yusuf yang berjanji untuk membantu keluarga Zahar
sekada kemampuannya. Zahar berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh dan
membuktikan bahawa lulusan IKM juga mempunyai masa depan yang cerah jika
berjaya memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya.Dia tidak akan melupakan budi baik
Pak Yusuf kepada keluarganya selama ini.

Pertanyaan Mak Temah tentang pemergiannya ke Alor Setar mengejutkan Zahar.Dia


tertanya-tanya sama ada Mak Temah sudah tahu pertemuannya tempoh hari.Suara
Pak Yusuf yang bertanyakan hidangan makan tengah hari menyebabkan Mak Temah
segera beredar untuk menyiapkan makanan. Pak Yusuf berjanji akan menghantar
Zahar ke IKM di Sungai Petani.

Bab 6:Perjalanan

Pak Yusuf tiba awal di rumah Mak Kiah untuk membawa Zahar ke Sungai Petani.Pak
Yusuf memberitahu kakaknya bahawa mereka akan menaiki teksi Pak Usin yang
merupakan bapa saudara Suhaili yang kebetulan baru mempunyai seorang
penumpang ke Sungai Petani pagi itu.Pak Yusuf menjemput Usin Teksi naik ke
rumahnya terlebih dahulu,namun ditolak dengan baik oleh Pak Usin kerana mereka
perlu bergegas ke Sungai Petani.Zahar yang segak berkemeja lengan pendek warna
kelabu mengangkat dua beg besar yang akan dibawa ke sana.Sebelum
bertolak,Zahar bersalam dan menciu tangan Mak mKiah sambil dia menasihati
Zahar agar belajar bersunguh-sungguh.

Pak Usin memandu dengan tenang bergerak keluar dari Kampung Carok Petitih
melewati pekan Sik membelah keheningan pagi.Tauke Lim yang juga turut sama
sebagai penumpang di dalam teksi itu memuji kejayaan Zahar memasuki IKM
sambil menganggap rancangan Pak Yusuf menyokong Zahar memasuki IKM
sememangnya bijak bagi mengembangkan perniagaan perabot di
kampungnya.Tauke Lim turut menghantar anak lelakinya untuk belajar menjadi
mekanik setelah anaknya tidak menunjukkan kemajuan dalam bidang
pelajaran,manakala anak perempuannya yang akan mengambil SPM bercita-cita
menjadi akauntan.Di dalam hari kecilnya,Zahar menyimpan satu hasrat untuk
memperbesar bengkel pak ciknya dan melengkapkanya dengan alat pertukangan
yang moden supaya kelak dapat menghasilkan perabot yang bermutu.Perbualan
Tauke Lim dan Pak Usin yang menyentuh tentang kejayaan Suhaili dalam pelajaran
membawa ingatan Zahar kepada pemuda kacak pemandu Proton Saga merah yang
membawa Suhaili pergi ketika itu.

Setibanya mereka di institut itu, Zahar segera mendaftar diri dengan kerani yang
bertugas.Kelihatan pak ciknya sedang berbual mesra dengan seorang lelaki separuh
umur bersongkok berasal dari Johor Bahru.Pak Kamil turut menghantar anak
gadisnya, Norimi mendaftar sebagai pelatih IKM dalam bidang lukisan Seni
Bina.Walaupun baru berkenalan,seolah-olah terjalin kemesraan dalam kalangan
mereka.Norimi sendiri merasakan ada suatu tarikan tatkala terpandang
Zahar.Mereka segera ke blok asrama untuk mengambil kunci.

Bab 7 Suai Kenal

Sebagai pelajar baharu,mereka dikehendaki berkumpul di padang pada jam 2.30


petang siap berseluar panjang hitam dan baju T berwarna biru muda.Mereka
diminta berkumpul oleh pelajar senior dalam barisan sebelum bergotong-royong
membersihkan kawasan sekitar institut.Suara lantang pelajar senior mengingatkan
bahawa mereka perlu sentiasa berdisiplin tidak malas dan sentiasa tahan
menempuh cabaran selari dengan latihan mereka sebagai pekerja kolar biru suatu
hari nanti.Sebagai pelatih IKM ereka mestilah bercita-cita tinggi,tidak akan
mengalah dan mampu berdikari walaupun dipandang rendah oleh sesetengah
golongan.

Zahar dan rakan sebiliknya Ramli menebas rumput yang tumbuh meliar di bekas
tanah kebun getah mendatar,manakala Norimi dan rakannya, Habsah pula
mengangkat rumput yang sudah penuh di dalam pongkes.Kerjasama lebih 150
pelatih baharu menjadikan kawasan yang selama ini terbiar dan semak menjadi
bersih semula.Setelah minum petang,mereka diarahkan balik ke bilik sebelum
berkumpul semula di surau sebelum waktu Maghrib dan ke dewan utama selepas
waktu makan malam.

Bab 8:Kemahiran

Sesi pengenalan diri di dalam kelas oleh Cikgu Baharum setelah minggu suai kenal
berakhir.Pelatih seramai 20 orang yang datang dari seluruh negara diberi peluang
berkenal-kenalan dengan lebih dekat setelah ditempatkan di dalam kelas mengikut
bidang masing-masing.Zahar turut berkongsi kisah dan keinginanya untuk memiliki
bengkel sendiri serta menghasilkan perabot yang canggih suatu masa
nanti.Mendengar nasihat dan penerangan Cikgu Baharum di dalam kelas
Pertukangan Perabot,Zahar menguatkan tekad dan keazaman untuk tidak mensia-
siakan peluang memasuki IKM walaupun dia terluka dengan hinaan kata-kata yang
dianggap tajam bagai sembilu.

Setelah menerangkan jenis-jenis kayu,papan dan mesin-mesin yang ada di situ,


Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-
pelatihnya. Semua alat perlu direkod dan ditandatangani borang penerimaan
sebagai tanda tanggungjawab terhadap peralatan tersebut.Mereka juga diingatkan
bahawa latihan amali akan banyak dilaksanakan di dalam bengkel.Kerja
menghasilkan perabot yang bermutu tinggi tidak jauh bezanya dengan kerja
seorang pengukir yang mementingkan ketelitian dan kehalusan kerja yang
berseni.Sewaktu minum petang, Habsah memuji Norimi dan Zahar yang
mendeklemasikan sajak pada malam persembahan pelatih baharu dalam minggu
suai kenal yang lalu.Habsah menganggap mereka berbakat sebagai penyair.Mereka
juga berjanji akan keluar ke bandar Sungai Petani untuk membeli alat lukisan
bersama-sama.

Bab 9:Kepulangan

Zahar tertanya-tanya apabila melihat kemeriahan kenduri semasa di melewati


rumah Pak Karim.Hanya adiknya Zakri sahaja yang berada di dalam
rumah,manakala ibu dan adiknya Halim menghadiri kenduri tersebut.Zahar
mengetahui tujuan kenduri Pak Karim adalah meraikan kejayaan Suhaili mendapat
pekerjaan di Petaling Jaya daripada adiknya.Ketika berada di bengkel Pak
Yusuf,Zahar teringat kata-kata yang sering diulang oleh Cikgu Baharum tentang
perabot yang bermutu tinggi bergantung pada hasil kerja yang cermat,teliti,halus
dan berseni.Hasil kerja Pak Yusuf di dalam bengkelnya yang serba kekurangan
memang jauh berbeza dengan hasil kerja pelatih di IKM.

Zahar gembira mendapat tahu bahawa Pak Yusuf sudah mula mendapat tempahan
almari daripada tauke Lim pemilik kedai basikal di Pekan Sik.Dia membayangkan
suatu hari nanti bengkel Pak Yusuf bertukar menjadi sebuah bengkel yang serba
lengkap dengan beberaoa orang pekerja sambil menyiapkan meja dan kerusi
tempahan daripada syarikat pengedar.Mak Temah yang baru pulang dari kenduri
menegur Zahar yang tidak kelihatan dalam majlis tersebut.Mak Temah cuba
mengusk Zahar dengan mengatakan bahawa dia tahun Zahar pernah bertemu
dengan Suhaili di bandar Alor Setar .Berat hati Zahar untuk menjamah makanan
yang dibawa pulang oleh Mak Temah,namun kerana lapar dia makan juga makanan
yang sudah sejuk itu.

Bab 10:Nota

Awal bulan sememangnya agak sibuk di pejabat IKM kerana pelatih-pelatih


berbasris menunggu giliran mengambil wang imbuhan.WQalaupun hanya RM200.00
namun Zahar menerimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur.Wang itu
digunakan sebaik-baiknya dengan berbelanja dengan jimat hingga cukup bulan
tanpa perlu membebankan ibunya yang sudah bersusah payah menyekolahkan
kedua-dua adiknya Zakri dan Halim.Mak Kiah,ibu Zahar sudah beransur sihat dan
sudah mampu menoreh getah semula walaupun dia pernah dimasukkan ke wad tibi
selama tiga bulan.

Habsah yang sedang membelek-belek surat yang dihantar olej posmen


menghulurkan sepucuk surat yang dialamatkan kepada Zahar.Norimi sepantas kilat
melihat cap pos surat dari Shah Alam yang diterima oleh Zahar sambil mendesak
Zahar membaca surat itu dengan segera.Rupa-rupanya surat itu daripada Suhaili
yang meminta Zahar melupakanya kerana dia hampa dengan pilihan Zahar dan
menganggap bahawa haluan hidup mereka sudah jauh berbeza.Zahar tidak
sanggup terus membaca surat yang menghiris perasaannya.Walaupun sudah
berada di dalam kelas,Zahar tetap teringat kembali surat yang diterimanya tadi.Dia
yakin surat itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk memburu cita-cita dan
kejayaan dalam hidup.Dia akan membuktikan bahawa laluan kerjaya yang
dipilihnya akan menjadi lambang kejayaannya.

Anda mungkin juga menyukai